lompat tinggi

8
1.0 PENGENALAN Lompat Tinggi merupakan salah satu cabang olahraga yang melakukan gerakan lompatan untuk mencapai lompatan yang setinggi-tingginya. Ukuran lapangan sama dengan lompat jauh, tinggi tiang minstar 2.5 meter, Panjang mistar 3.15 meter. Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai kerana terdapat pelbagai gaya lompatan yang dapat digunakan oleh para atlet. Selain itu, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi dalam acara ini. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu diutamakan bagi melaksanakan satu lompatan yang baik. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting dalam acara lompat tinggi. 2.0 FASA LOMPAT TINGGI Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada 4 fasa pergerakan iaitu : I. Fasa penujuan II. Fasa lonjakan III. Fasa layangan IV. Fasa pendaratan Fasa penujuan Fasa lonjakan Larian landas menghala ke palang Tindakan kaki untuk menaikkan badan

Upload: nur-syafika-nasir

Post on 08-Aug-2015

119 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: lompat tinggi

1.0 PENGENALAN

Lompat Tinggi merupakan salah satu cabang olahraga yang melakukan gerakan

lompatan untuk mencapai lompatan yang setinggi-tingginya. Ukuran lapangan sama dengan

lompat jauh, tinggi tiang minstar 2.5 meter, Panjang mistar 3.15 meter. Acara Lompat Tinggi

adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian

ramai kerana terdapat pelbagai gaya lompatan yang dapat digunakan oleh para atlet. Selain itu,

seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi dalam acara ini. Persediaan dari segi

mental dan fizikal perlu diutamakan bagi melaksanakan satu lompatan yang baik. Secara

amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan

yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai

kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana

kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting dalam acara lompat tinggi.

2.0 FASA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada 4 fasa pergerakan iaitu :

I. Fasa penujuan II. Fasa lonjakan

III. Fasa layanganIV. Fasa pendaratan

Fasa penujuan Fasa lonjakan

Larian landas menghala ke palang Tindakan kaki untuk menaikkan badan

Page 2: lompat tinggi

Fasa Layangan Fasa pendaratan

Gaya dan kedudukan badan ketika berada Sentuhan badan dan bahagiannya di udara dan di atas palang. dengan tempat mendarat.

3.0 GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi iaitu:

I. Gaya guntingII. Gaya pelana

III. Gaya timurIV. Gaya guling baratV. Gaya Frosbury Flop

Gaya Gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.

Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Page 3: lompat tinggi

Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan

pelompat melepasi palang secara mengiring.

Gaya Guling Barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari

dengan palang untuk membuat pelepasan.

Page 4: lompat tinggi

Gaya pelana

Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya

seolah-olah meniarap di atas palang.

Gaya Fosbury Flop 

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.

Page 5: lompat tinggi

4.0 GAYA FLOSBURY FLOP

1. Penujuan

Larian adalah laju dan beritma. Guna larian 5 – 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Larian yang mengikuti lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal, iaitu daya yang

berkecenderungan untuk bergerak keluar daripada pusat putaran. Pelompat melonjak dengan kaki yang berada di dalam cara melonjak sama seperti gaya

gunting.

2. Lonjakan

Pelompat melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki di luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakan atau condong sedikit ke belakang. Kaki yang bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan dihayun ke atas. Lutut digerakan melintang badan untuk membantu pusingan badan.

Page 6: lompat tinggi

3. Layangan

Semasa berada di udara iaitu semasa berada di atas palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan berada di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Selepas sahaja badan melepasi palang, kedua belah kaki diluruskan dan digerakkan ke

atas sambil menggangkat kepala ke atas.

4. Mendarat

Pendaratan dilakukan dengan bahagian belakang badan di tilam dahulu. Pelompat mendarat di atas tilam dengan bhagian belakang badan dengan keadaan kaki

lurus ke atas.

Posisi mendarat Flosbury Flop

Page 7: lompat tinggi

Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.1. Fasa Penujuan

Larian landas menghala ke palang

V. Fasa penujuan - larian landas menghala ke palangVI. Fasa lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan

VII. Fasa layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

VIII. Fasa pendaratan –

Page 8: lompat tinggi

Lompat Tinggi merupakan salah satu cabang olahraga yang melakukan gerakan

lompatan untuk mencapai lompatan yang setinggi-tingginya. Acara Lompat Tinggi adalah salah

satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai kerana

terdapat pelbagai gaya lompatan yang dapat digunakan oleh para atlit. Lompat Tinggi mula

diperkenakan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah

diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Selain itu, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula

jadi dalam acara ini. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu diutamakan bagi

melaksanakan satu lompatan yang baik. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-

atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet

yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam

membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria

yang penting dalam acara lompat tinggi.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-

     i)        Gaya Gunting (Scissors)

    ii)        Gaya Eastern Cut-off

   iii)        Gaya Guling Barat (Western Roll)

   iv)        Gaya Guling Pelana (Straddle)

    v)        Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi

mendapatkan lompatan yang tinggi.

Page 9: lompat tinggi