latihan edu

2
Mohamad Firdaus B. Jusof LATIHAN EDU Mengapakah Bahasa Melayu Dijadikan Bahasa Kebangsaan? Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan kerana Bahasa Melayu itu sendiri melambangkan identiti masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai budaya serta adat resam sebagai satu rakyat Malaysia. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Ini kerana, Bahasa Melayu juga berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah yang digunakan oleh semua kaum di Negara ini. Selain itu, Bahasa Melayu ini juga merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan yang boleh digunakan di sekolah bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang boleh diterapkan melalui penggunaan Bahasa Melayu ini sebagai bahasa kebangsaan. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum. Mereka juga akan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya kaum lain. Seterusnya, faktor mengapa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan adalah kerana Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa,beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum

Upload: muhamad-arham-benjamin

Post on 01-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan edu

TRANSCRIPT

Mohamad Firdaus B. Jusof LATIHAN EDUMengapakah Bahasa Melayu Dijadikan Bahasa Kebangsaan?Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan kerana Bahasa Melayu itu sendiri melambangkan identiti masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai budaya serta adat resam sebagai satu rakyat Malaysia. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Ini kerana, Bahasa Melayu juga berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah yang digunakan oleh semua kaum di Negara ini. Selain itu, Bahasa Melayu ini juga merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan yang boleh digunakan di sekolah bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang boleh diterapkan melalui penggunaan Bahasa Melayu ini sebagai bahasa kebangsaan. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum. Mereka juga akan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya kaum lain.Seterusnya, faktor mengapa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan adalah kerana Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa,beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Begitu juga amalan bergotong-royong , menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta sambutan rumah terbuka yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong dalam masyarakat menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu iaitu bahasa yang mudah difahami. Bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap toleransi antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana.