laporan program bina insan guru khidmat masyarakat

7
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT Nama Program : Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat Fasa 3 Tarikh : 22 Mei 2013 Hari : Rabu Tempat : Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim (PULAKO) Kumpulan : P3D - Matematik LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI Pada hari Rabu iaitu 22 Mei 2013 saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru Fasa 3 yang bertemakan tentang khidmat masyarakat. Program ini merupakan suatu program yang wajib dijalani oleh setiap individu yang bergelar bakal guru semasa mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program Bina Insan Guru ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian yang mantap dalam diri seorang bakal guru. Oleh itu, perbincangan antara saya dan rakan-rakan telah memutuskan untuk melaksanakan program ini Pusat Latihan Kokurikulum atau dikenali sebagai PULAKO di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Lokasi ini dipilih atas faktor kesempitan masa dan beberapa kekangan yang timbul. Namun demikian, kami tetap yakin lokasi yang dipilih masih berupaya untuk memberikan pengalaman yang berguna yang mampu membentuk kami menjadi individu yang lebih baik dan dalam masa yang sama berupaya memenuhi tujuan atau matlamat program ini. Memandangkan terdapat beberapa kekangan yang timbul, kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi melaksanakan program ini.

Upload: fatimah-azaharah-mohamad

Post on 01-Dec-2015

174 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Program : Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat Fasa 3

Tarikh : 22 Mei 2013

Hari : Rabu

Tempat : Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim

(PULAKO)

Kumpulan : P3D - Matematik

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Pada hari Rabu iaitu 22 Mei 2013 saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan

Program Bina Insan Guru Fasa 3 yang bertemakan tentang khidmat masyarakat. Program ini

merupakan suatu program yang wajib dijalani oleh setiap individu yang bergelar bakal guru

semasa mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program Bina Insan Guru

ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian yang mantap dalam diri seorang bakal

guru. Oleh itu, perbincangan antara saya dan rakan-rakan telah memutuskan untuk

melaksanakan program ini Pusat Latihan Kokurikulum atau dikenali sebagai PULAKO di IPG

Kampus Sultan Abdul Halim. Lokasi ini dipilih atas faktor kesempitan masa dan beberapa

kekangan yang timbul. Namun demikian, kami tetap yakin lokasi yang dipilih masih berupaya

untuk memberikan pengalaman yang berguna yang mampu membentuk kami menjadi individu

yang lebih baik dan dalam masa yang sama berupaya memenuhi tujuan atau matlamat program

ini.

Memandangkan terdapat beberapa kekangan yang timbul, kelas kami telah dibahagikan

kepada dua kumpulan bagi melaksanakan program ini. Kumpulan yang pertama terdiri daripada

enam orang peserta iaitu Amri bin Ali, Chua Soo Wey, Elsey Gani, Lam Pui Han, Nellson

Joumin dan Tan Kai Kee. Kumpulan yang pertama telah dipilih untuk menjayakan program bina

insan guru di Alor Star di mana mereka terlibat dalam persembahan koir sempena sambutan

hari guru peringkat negeri. Selebihnya pula iaitu seramai 17 orang telah diarahkan untuk

melaksanakan program bina insan guru di PULAKO. Pada hari yang telah dirancang, kami

berkumpul pada pukul 8.30 pagi di PULAKO dan mendengar taklimat daripada ketua jurulatih

Page 2: Laporan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat

kokurikulum iaitu Encik Norizan. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana

kumpulan pertama seramai lapan orang diberikan tugas untuk membersihkan stor sukan di

kawasan kuarters manakala sebuah kumpulan lagi telah diberikan tugasan untuk

membersihkan kawasan sekitar bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Gambar 1: Encik Norizan memberikan taklimat kepada guru pelatih

Gambar 2: Guru Pelatih menumpukan sepenuh perhatian sepanjang taklimat

Page 3: Laporan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat

Selesai taklimat yang terperinci yang diberikan, kami mengambil peralatan dan bergerak

ke tempat masing-masing sebagaimana yang telah diarahkan. Saya bersama tujuh rakan yang

lain iaitu Nur Hayati binti Hamdin, Siti Nor Asmidar binti Zakaryansor, Lau Hao Sean, Khairul

Imran bin Kamarulzaman, Mohd Shazwan bin Sulaiman, Wong Xun Xiang dan Augustine a/k

Singga telah diletakkan dalam kumpulan yang sama iaitu bagi melaksanakan tugasan di stor

sukan dan sekitar kuarters. Aktiviti pertama yang telah kami lakukan ialah mengemas bilik

penyimpanan barang. Kami memunggah semua barang yang terdapat di dalam bilik tersebut

terlebih dahulu supaya kerja-kerja pembersihan mudah untuk dijalankan. Semasa kerja

pemunggahan berjalan, kami juga merapikan dan memastikan semua barang-barang atau

alatan berada dalam keadaan yang baik. Selesai aktiviti pemunggahan yang berlangsung kira-

kira hampir 45 minit, kerja-kerja pembersihan bilik tersebut dimulakan. Bermula dengan

menyapu sampah dan kemudian mengemop lantai beberapa kali bagi memastikan bilik tersebut

benar-benar bersih dan menjadi sebuah bilik yang selesa untuk penyimpanan alatan.

Bilik penyimpanan yang sudah dibersihkan dan dimop dibiarkan kering untuk seketika

sebelum barang-barang dan alatan dimasukkan semula. Sementara itu, kami membersihkan

dua bilik bersebelahan dengan bilik penyimpanan tersebut. Salah sebuah bilik tersebut

merupakan bilik rehat jurulatih manakala sebuah bilik lagi merupakan bilik kosong yang telah

lama ditinggalkan. Maka diharap pembersihan yang dijalankan ini dapat membantu

memanfaatkan semula bilik yang telah lama ditinggalkan kosong di samping memberi peluang

kepada jurulatih untuk melepaskan lelah di tempat yang lebih selesa. Pelbagai usaha yang

Gambar 3: Rak penyimpanan barang dibersihkan Gambar 4: Baju-baju jersi digantung dan dilipat agar lebih kemas dan mudah untuk

penyimpanan

Page 4: Laporan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat

telah kami lakukan untuk membersihkan kedua-dua bilik tersebut. Bermula daripada menyusun

perabot, mengemop lantai, mencuci bilik air sehinggalah mencuci alatan-alatan yang terdapat di

dalam bilik-bilik tersebut. Aktiviti membersihkan bilik tersebut memakan masa lebih dua jam.

Namun, tugasan belum sampai di penghujungnya kerana kami belum menyimpan semula

barang-barang yang dipunggah daripada bilik penyimpanan barang. Oleh itu, setelah

melepaskan lelah untuk beberapa ketika, kami menyambung semula mengemas dan

menyimpan semula barang-barang dalam bilik penyimpanan. Setelah beberapa jam bertungkus

lumus dan berpenat lelah, tugas-tugas mengemas ketiga-tiga bilik tersebut berakhir kira jam

1.30 tengah hari. Encik Kholid sebagai penyelaras Program Bina Insan Guru datang memantau

keadaan bilik-bilik tersebut dan bersetuju bahawa kami talah menyempurnakan tugasan dengan

baik. Justeru, beliau bersetuju untuk membenarkan kami pulang meskipun program tersebut

sewajarnya berakhir petang.

Gambar 5: Aktiviti membersihkan alatan

Gambar 6: Aktiviti membersihkan alas

Gambar 7: Aktiviti mengemop lantai

Gambar 8: Aktiviti memindahkan barang Gambar 9: Aktiviti membersihkan peralatan

Page 5: Laporan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat

Selesai sahaja berehat selepas aktiviti pagi tersebut, kumpulan saya turut datang

membantu rakan-rakan saya yang masih bertungkus lumus mengemas bilik RBT. Meskipun

tugasan kami mengemas bilik penyimpanan barang di kuarters telah selesai dan kami sudah

diberi kebenaran untuk pulang, kami tetap memilih untuk pergi membantu rakan-rakan kami. Ini

adalah kerana kami yakin kerja yang banyak dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah

jika dilakukan secara beramai-ramai dengan kerjasama. Setelah bertungkus lumus mengemas

selama dua jam, akhirnya bilik RBT juga berjaya dikemas dan kami dibenarkan pulang apabila

tutor kami, Puan Shazlina menilai tugasan yang telah kami sempurnakan. Kami berharap usaha

kami dapat memudahkan dan memberi keselesaan kepada semua pihak yang menggunakan

bilik-bilik tersebut.

Laporan disediakan oleh,

……………………………………

(NUR HAYATI BINTI HAMDIN)

Guru Pelatih,

Pismp Matematik (P3D)