laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

30
Fakulti Sains Dan Teknologi HHHC9301: KemahiranPengurusanMaklumat Dan PembelajaranSepanjang Hayat Semester 1: Sesi 2014/2015 Tajuk: GUNA SEMULA Dihantar kepada: Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad SET 24 Disediakan oleh : NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705) NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)

Upload: farahinyaziz

Post on 24-Jul-2015

124 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Fakulti Sains Dan Teknologi

HHHC9301: KemahiranPengurusanMaklumat Dan PembelajaranSepanjang Hayat

Semester 1: Sesi 2014/2015

Tajuk: GUNA SEMULA

Dihantar kepada: Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad

SET 24

Disediakan oleh :

NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705)

NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)

SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700)

ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737)

NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)

Page 2: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

1.0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya, kami

sekumpulan berjaya menyiapkan laporan bagi memenuhi tuntutan HHHC 9301 Kemahiran

Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Di Kesempatan ini, kami juga

ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Wan Nur’Ashiqin Binti Wan Mohamad,

selaku penyelaras atas segala tunjur ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang

menyempurnakan tugasan ini.

Tidak dilupakan juga,kepada kedua-dua ibubapa kami yang tidak henti-henti memberi

sokongan moral bagi membangkitkan lagi semangat kami untuk menyempurnakan segala

tuntutan pembelajaran yang terdapat dalam subjek ini.

              

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

sumbangan dari segi idea, moral dan lain-lain. Tidak dilupakan juga, terima kasih kami

ucapkan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses

menyiapkan akitiviti dan laporan.

Page 3: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

2.0 LOKASI AKTIVITI GUNA SEMULA

Kumpulan kami telah menyenaraikan beberapa lokasi yang sesuai untuk aktiviti guna semula.

Oleh itu, satu lokasi telah dipilih kerana terdapat sumber ataupun bahan yang boleh dijadikan

bahan untuk guna semula seperti botol, surat khabar, buku dan air kotak minuman.Bahan-

bahan tersebut sangat diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ataupun tugasan kursus ini.

Tempat yang kami pilih ialah sekitar tong kitar semula di Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR).

Kami membuat keputusan untuk memilih DECTAR sebagai lokasi aktiviti kerana DECTAR

merupakan salah satu dewan yang terbesar di UKM dan merupakan dewan terpenting dan

tempat tumpuan untuk majlis rasmi UKM seperti majlis Konvekesyen. Disebabkan sikap

tidak bertanggungjawab segelintir warga UKM, terdapat longgokan sampah di sekitar tong

kitar semula yang tidak sepatutnya dibuang merata-rata. Selain itu, kami juga memilih tempat

tersebut kerana lokasinya yang tidak jauh daripada kolej kediaman kami dan tidak

memerlukan kos pengangkutan. Akhir sekali, kami memilih kawasan tersebut kerana kami

ingin menyumbang tenaga kepada universiti untuk memastikan kawasan di UKM sentiasa

bersih dan tidak tercemar.

Page 4: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Figura 1 : Lokasi sekitar tong kitar semula di DECTA

Page 5: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Figura 2 : Tong Kitar Semula di DECTAR

Tong Kitar Semula ini terletak di sebelah DECTAR. Buku-buku terpakai, botol dan tin yang

tidak digunakan lagi akan ditempatkan disini.Barang-barang ini boleh dijual di pusat kitar

semula yang berdekatan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan barang-barang tersebut

untuk digunakan semula seperti membuat bekas pensil dan sebagainya. Kumpulan kami telah

memilih projek guna semula bagi melengkapkan kursus ini. Tambahan lagi, kami juga boleh

berbakti pada alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran.

Page 6: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 7: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 8: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Figura 3 : Pembuktian kerja pembersihan Lokasi Aktiviti dan Pemilihan Bahan Guna Semula

Figura 4 : Gambar Kawasan Selepas dibersihkan

Figura 5 : Hasil

kutipan barangan

guna semula

dari lokasi aktiviti

Page 9: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 10: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 11: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Figura 6 : Pelaksanaan aktiviti oleh setiap ahli kumpulan

3.0 AKTIVITI GUNA SEMULA

Barang-barang yang telah kami jumpa di lokasi aktiviti ternyata banyak kegunaannya yang

mampu menjimatkan wang dan masih boleh diguna semula.Sebagai contoh daripada air kotak

minuman kami mampu hasilkan bekas untuk letak telefon bimbit.Selain itu, kami juga

menghasilkan tabung daripada botol air mineral 1.5 liter.

Page 12: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 13: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga telah menghasilkan laci keronsang dan aksesori

daripada kotak tisu.Selain itu,kami juga menghasilkan bekas pensil daripada botol air mineral

500ml yang kami jumpai di lokasi sekitar tong kitar semula di DECTAR.

Page 14: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Page 15: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Setelah berfikir secara kreatif, kami ingin menghasilkan beberapa lagi produk guna semula

daripada barang terpakai yang kami jumpa. Kami telah membuat keputusan untuk mengguna

kotak kertas A4 untuk membuat bingkai gambar dan kami juga membuat bekas untuk letak

kertas memo menggunakan surat khabar.

Page 16: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Penyapu BotolHiasan

Dari kiri: Asdayanti, Sa’idah, Amira, Ana

Page 17: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Hadapan: Farahin

4.0 KEPENTINGAN AKTIVITI GUNA SEMULA

Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan

semula bahan terpakai,samaada untuk tujuan yang sama atau yang lain

manakala kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan

untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa

Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672), kitar semula bermaksud

memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan

keluaran. 

Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa,

wang, tenaga dan sumber. Hal ini kerana guna semula dan kitar semula

mengurangkan sisa buangan dan sisa industri, mengurangkan

penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,

mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),

Dan pencemaran air (dari tapak pelupusan) serta mengurangkan

pengeluaran gas rumah hijau.

Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan

jangka hayat tapak pelupusan.Selain itu juga, kebanyakan kawasan tanah

di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan

disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Tambahan

pula, amalan guna semula dan kitar semula membantu memelihara

sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.

Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan

datang.

Page 18: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak

pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan, dan

diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti

sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan

baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai

digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene

terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula),

kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.

Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber

terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana

daripadanya kita boleh buat plastic dan bijih aluminium bagimembuat tin

minuman.Dengan mengamalkan 3R kitadapat menjimat sumber-sumber

terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah

pembaziran sekaligus dapat menjaga alam sekitar.

Page 19: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

5.0 KEPENTINGAN ISU PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR YANG BERKAITAN

DENGAN GUNA SEMULA DENGAN MERUJUK KEPADA BAHAN BUANGAN.

Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu guna semula?

Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, guna semula ialah

proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya guna semula? Kemungkinan pelbagai jawapan

yang diterima. Dengan guna semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan,

mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,

mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana

penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan guna semula telah dilaksanakan oleh agensi

kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Guna semula merupakan komponen utama bagi

pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce

Kepentingan kitar semula

Mengurangkan bahan buangan

Mengurangkan penggunaan bahan

mentah baru

mengurangkan tenaga

mengurangkan pencemaran

mengurangkan pengeluaran gas

rumah hijau

Page 20: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

(Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa

pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.

Antara bahan buangan yang boleh diguna semula termasuklah aluminium, plastic dan surat

khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta,

aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium

ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat

aluminium.Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika

dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh guna semula

semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah

dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk diguna semula kerana penggunaannya

meluas di Malaysia. Lebih banyak yang diguna semula, maka berkurangan plastik yang

terkumpul di tempat pembuangan sampah.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini.Contohnya seperti surat

khabar, majalah dan surat. Mengguna semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat

memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan

pelupusan sampah.

Oleh hal yang demikian,sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif

dengan menggunakan bahan-bahan buangan ini menjadikan satu produk yang baru.

Page 21: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

6.0 KECEKAPAN KOS TERHADAP PENGGUNAAN SEMULA BAHAN BUANGAN

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu,

sebelum membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan

semula.

Guna semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antaranya ialah penjimatan dan

kecekapan kos. Bukan hanya dapat menjimatkan wang, sumber dan tenaga dapat juga dapat

dijimatkan sekiranya bahan buangan digunakan semula. Contoh mudah ialah plastik yang

didapati semasa membeli belah di pusat membeli belah boleh digunakan semula sebagai

plastik sampah. Selain itu, kotak kasut juga boleh digunakan semula untuk menyimpan

barang-barang. Individu tidak perlu mengeluarkan wang di samping tidak perlu membazir

tenaga untuk ke kedai lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh

dari kedai.

Bahan buangan juga boleh diubah suai membentuk sesuatu yang baru bergantung kepada

kebijaksanaan individu mereka cipta dan kreativiti. Kreativiti guna semula ini

memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang diguna semula menjadi

barangan lain yang berbeza rupa dan fungsiatau perhiasan. Produk baru yang dihasilkan

daripada bahan buangan tersebut boleh dijual dan dipasarkan kepada orang ramai.

Contohnya, surat khabar dapat menghasilkan bakul yang cantik. Bakul tersebut boleh dijual

kepada rakan-rakan dan seterusnya berpeluang mendapat tempahan yang banyak dari kedai

atau syarikat-syarikat. Hasilnya sangat menguntungkan memandangkan ianya hanya

menggunakan bahan terbuang dan tidak memerlukan modal yang banyak.

Hampir 60% daribada bahan buangan didalam tong sampah boleh diguna semula sekiranya

kita prihatin terhadap alam sekitar. Guna semula juga dapat mengurangkan kuantiti sampah

dan pihak majlis atau pihak swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan

sampah. Selain itu, ia juga memelihara ruang kehidupan kita. Sekiranya sampah tidak

diuruskan dengan baik, manakala persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak

pelupusan sampah. Ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana sampah akan menjadi

tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Guna semula juga akan

mengurangkan pencemaran, maka kesihatan kita akan lebih terjamin.

Page 22: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

 Bahan terbuang merupakan sesuatu yang amat berharga. Sekiranya kita bijak dalam menilai

sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang

berlainan fungsi dan pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif. Barangan yang dihasilkan

dapat digunakan dan sekaligus dapat menjimatkan kos. Selain itu, ia juga boleh dijual dan

dipasarkan sekaligus menambah pendapatan. Hal ini terbukti yang mengguna semula bahan

terbuang membantu kecekapan kos khususnya dalam pengurusan wang dan perbelanjaan.

Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk

membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda

yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di

buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari

sumber alam semulajadi yang terhad. Bahan terbuang juga boleh

dikumpulkan dan dijual ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di

proses menjadi bahan asas semula. Anda untung, kehidupan terjaga dan

alam pun terpelihara.

Page 23: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

6.0 RUMUSAN

Isu pemuliharaan alam sekitar dengan konsep 3R(‘REUSE,REDUCE,RECYCLE’) telah lama

diperkatakan sejak pertama kali ianya di lancarkan di Malaysia.Bagi maksud yang lebih tepat

konsep 3R ini merupakan proses mengolah semula bahan buangan untuk menjadikan

barangan yang baru.Konsep 3R ini merupakan langkah yang terbaik bagi mendapatkan kesan

yang positif kepada dunia yang didiami manusia.Dalam gaya hidup sekarang,kita perlu

mengimbangi apa yang kita gunakan sekarang dengan mengamalkan konsep 3R bagi

menjamin masa depan kehidupan generasi akan datang.Setiap dikalangan kita perlu sedar

akan tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kehidupan sama ada dalam keluarga,di

tempat kerja,universiti dan komuniti.Kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-

sumber di dunia dengan mengamalkan konsep 3R(pengurangan,guna semula,dan kitar

semula).

Salah satu konsep 3R adalah pengurangan.Konsep ini membawa maksud mengurangkan

jumlah apa yang digunakan setiap hari dan di hadkan kepada apa yang perlu

sahaja.Seterusnya,konsep guna semula.Konsep ini amat mudah untuk di amalkan.Sebagai

contoh,tin minuman boleh digunakan semula dengan membuat bekas meletak alat tulis

manakala bekas kaca boleh dijadikan bekas untuk meletakkan barang keperluan dapur seperti

gula dan garam.Akhir sekali,konsep kitar semula yang sememangnya telah lama di

mulakan.Kini,terdapat banyak pusat kitar semula dibuka di kawasan orang ramai.Di mana

mereka perlu mengasingkan dan mengagihkan barangan yang hendak di kitar semula

memgikut tong sampah yang terbahagi kepada kertas,kaca dan plastic.

Masyarakat perlu sedar akan kepentingan dan tanggungjawab dalam mengamalkan konsep

3R ini.Peranan ibubapa sangat penting dalam menerapkan kedalam diri anak-anak akan

kepentingan kitar semula.Sememangnya untuk menerapkan sifat cinta akan alam sekitar perlu

di semai sejak dari kecil.Oleh itu,ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam

menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.Selain itu ,di tempat kerja mahupun di

tempat belajar seperti sekolah dan universiti pihak atasan atau pihak yang berkaitan perlu

mengambilberat akan isu ini terlebih dahulu bagi memastikan pekerja dan pelajar mempunyai

nilai-nilai positif terhadap isu pemuliharaan alam sekitar.Sememangnya konsep 3R ini sangat

Page 24: Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

relevan dan mempunya rasionalnya untuk dipraktikan di sekitar tempat kerja dan tempat

belajar.Akhir sekali,komuti merupakan salah satu medan yang sangat menarik untuk

menjadikan konsep 3R ini Berjaya di amalkan terutamanya di kawasan perumahan.Sekiranya

setiap komuniti mempunyai kesedaran untuk memahami seterusnya mengamalkan konsep 3R

ini sedikit sebanyak isu pemuliharaan alam sekitar dapat di atasi sekaligus dapat

menyelamatkan bumi dari terus menjadi mangsa akibat tangan manusia

7.0 RUJUKAN

Muhammad (2013) , Idea Kreatif Bahan

Terbuang .http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/idea-kreatif-barang-

terbuang-kitar.html#ixzz3Lns4TXcx [13 November 2013]

Kevin Yew Tuck Hoong (2010) Kitar Semula

http://ceritatentangalam.blogspot.com/2010/08/kitar-semula.html [31

Ogos 2010]