pembentangan sepanjang hayat

22
PEMBENTANGAN HHHC9301 Set46 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN NO MATRIK : A146268 NAMA PENSYARAH : Dr. NOORAZEAN BINTI MOHD ALI

Upload: iffahroslan

Post on 27-Jul-2015

68 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan sepanjang hayat

PEMBENTANGAN

HHHC9301 Set46

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN

NO MATRIK : A146268

NAMA PENSYARAH : Dr. NOORAZEAN BINTI

MOHD ALI

Page 2: Pembentangan sepanjang hayat

PENGENALAN

Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss Strategic Planning and Team Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar KST.

Page 3: Pembentangan sepanjang hayat

Sepanjang menyertai program ini, saya telah bertugas selaku ahli jawatankuasa (AJK) Dokumentasi. AJK Dokumentasi mempunyai seramai tiga orang ahli untuk melakukan gerak kerja bersama-sama.

Skop tugasan AJK Dokumentasi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah membahagikan tugas antara kami bertiga. Kami ditugaskan mengambil gambar dan video sepanjang program.

AJK DOKUMENTASI

Page 4: Pembentangan sepanjang hayat

OBJEKTIF•Mendedahkan para pelajar kepada strategi pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen seterusnya lebih menyeronokkan.

•Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan komunikasi melalui aktiviti yang dianjurkan bersama.

•Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan para peserta.

•Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa.

Page 5: Pembentangan sepanjang hayat

HASIL DAN IMPLIKASISepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberi, pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari. Antaranya adalah cara berurusan dengan orang ramai dengan lebih efisien dan mesra. Dari situlah sifat sabar yang tinggi dapat diterap berikutan perlu melayani kerenah orang ramai yang berlainan. Selain itu, skop kerja yang diberikan memberi impak yang besar dalam mengasah bakat dalam menguruskan sesuatu maklumat.

Di samping menajamkan kebolehan mengurus sesuatu maklumat, pembelajaran sepanjang hayat juga dapat diterapkan semasa menjalankan tugas. Saya dapat mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat serta memerbaiki cara pengurusan maklumat dalam diri saya. Pelbagai nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri individu sepanjang melakukan tugas. Antaranya adalah semangat berkerjasama yang kuat dapat dibentuk. Semangat kerjasama adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu, dengan menyertai sesebuah organisasi, kita dapat mengetahui kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri. Dari situ, segala kekurangan yang terdapat dalam diri dapat diperbaiki untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan segala kelebihan dalam diri dapat diasah dan menjadikan ia sebagai satu tahap yang membezakan diri kita dan orang lain.

Page 6: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR

KETIKA

MESYUARAT

Page 7: Pembentangan sepanjang hayat
Page 8: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR

KETIKA

MELAKUKAN

PERSIAPAN

Page 9: Pembentangan sepanjang hayat
Page 10: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR SENAMROBIK

BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS

PENDAFTARAN)

Page 11: Pembentangan sepanjang hayat
Page 12: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA

ICE -BREAKING

Page 13: Pembentangan sepanjang hayat
Page 14: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA

AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 1)

Page 15: Pembentangan sepanjang hayat
Page 16: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA

AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 2)

Page 17: Pembentangan sepanjang hayat
Page 18: Pembentangan sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA

AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 3)

Page 19: Pembentangan sepanjang hayat
Page 20: Pembentangan sepanjang hayat

KESIMPULAN

Page 21: Pembentangan sepanjang hayat

Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari banyak pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat saya. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat amatlah penting untuk kita mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran ini tidak diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-sia. Sudah jelas lagi nyata, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat penting untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan program.

Akhir sekali, dalam pembelajaran ini, saya juga dapat memperbaiki teknik-teknik pembelajaran yang betul serta diaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sama ada melalui pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Saya juga dapat mempelajari bagaimana cara berinteraksi serta memberi pendedahan kepada peserta tentang arahan yang perlu dipatuhi ketika program berlangsung. Hal ini kerana program seperti ini memberikan saya pengalaman dan seterusnya dapat dijadikan pembelajaran sepanjang hayat.

Page 22: Pembentangan sepanjang hayat

PENUTUP Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada para peserta. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan sesama pelajar, berkenalan dan seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Sekian, terima kasih.