laporan akhir kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

9
NAMA: SITI BASIRAH BINTI BORHANUDIN NOMBOR MATRIK: A144268 FAKULTI: KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB) NAMA KURSUS: KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HHHC9701) SEMESTER: 2 SESI 2013/2014

Upload: sitibasirahborhanudin

Post on 29-Jul-2015

129 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

NAMA: SITI BASIRAH BINTI BORHANUDIN

NOMBOR MATRIK: A144268

FAKULTI: KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

NAMA KURSUS: KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT (HHHC9701)

SEMESTER: 2 SESI 2013/2014

Page 2: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

NAMA PROGRAM: ANAK MUDA NADI MALAYSIA

ANJURAN: SEKRETARIAT KESELAMATAN DAN KELAB XTREME-C KOLEJ

UNGKU OMAR

TARIKH: 14-16 FEBRUARI 2014

TEMPAT: KUALA SELANGOR, SELANGOR.

JAWATAN: KETUA POST GIMIK DAN PERSEMBAHAN

Pada hari pertama program, bermula jam 2 petang, majlis perasmian pembukaan telah diadakan di Foyer Kolej Ungku Omar dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penilaian & Penyelidikan Pusat Akreditasi Pembelajaran, Prof. Madya Sr Dr. Adi Irfan Che Ani.

Belon telah dilepaskan sebelum pelepasan rombongan konvoi sebagai simbolik keberangkatan rombongan konvoi anak muda ke kawasan Kuala Selangor. Pada jam 7.00 pm, rombongan konvoi tiba di Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat Tanjong Karang, Selangor.

Pada 15 Februari, program motivasi bersama pelajar SMK Seri Desa telah diadakan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan kepentingan pendidikan. Satu persembahan video montaj telah diadakan semasa majlis penutup program motivasi. Pada sebelah petangnya, kami berangkat ke Kampong Batu 23, Sg Nibong untuk persediaan ceramah agama. Ceramah agama diadakan pada malam hari tersebut.

Pada 16 Februari, Program Khidmat Masyarakat di Kampong Batu 23, Sg Nibong telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pengagihan bantuan dari segi bahan makanan dan pakaian kepada orang kampung, senamrobik, ceramah kesihatan dan permainan tradisional. Satu video montaj telah ditayangkan sebagai persembahan semasa majlis penutup program khidmat masyarakat ini. Pada jam 6 petang kami bertolak ke Kuala Lumpur bagi menjalankan program untuk para gelandangan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberi bantuan dari segi makanan dan pakaian kepada para gelandangan.

Kesimpulannya, program ini mampu melatih kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri. Program yang dilakukan di sekolah akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang Universiti Kebangsaan Malaysia kepada para pelajar untuk menaikkan semangat mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Selain itu, program motivasi di sekolah juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan seterusnya menarik minat mereka untuk terus belajar sepanjang hayat mereka.

Page 3: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

(1) (2)

(3) (4)

(5) (6)

GAMBAR 1-6: MAJLIS PERASMIAN @ KOLEJ UNGKU OMAR

Page 4: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

(7) (8)

GAMBAR 7-8: PROGRAM MOTIVASI @ SMK SERI DESA

GAMBAR 9: CERAMAH @ KG BT 23, SG NIBONG.

(10) (11)

GAMBAR 10-11: AKTIVI KEMASYARAKATAN @ KB BT 23, SG NIBONG.

Page 5: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

(12) (13)

GAMBAR 12-13: AKTIVITI BANTUAN UNTUK GELANDANGAN @ KUALA LUMPUR