pembuktian hp sepanjang hayat

15
PEMBUKTIAN HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN NO MATRIK : A146268

Upload: iffahroslan

Post on 27-Jul-2015

99 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembuktian hp sepanjang hayat

PEMBUKTIAN

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT

DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN

NO MATRIK : A146268

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PENGENALAN

Page 2: Pembuktian hp sepanjang hayat

Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia

Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan

Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss Strategic Planning and Team

Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama

program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan

silaturrahim antara pelajar KST.

Sepanjang menyertai program ini, saya telah bertugas selaku ahli jawatankuasa (AJK)

Dokumentasi. AJK Dokumentasi mempunyai seramai tiga orang ahli untuk melakukan gerak

kerja bersam-sama.

Skop tugasan AJK Dokumentasi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program

berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan

dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum program

berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat kali.

Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas

masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah membahagikan

tugas antara kami bertiga. Kami ditugaskan mengambil gambar dan video sepanjang

program.

HASIL DAN IMPLIKASI

Sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberi, pelbagai perkara baru yang telah saya

pelajari. Antaranya adalah cara berurusan dengan orang ramai dengan lebih efisien dan

mesra. Dari situlah sifat sabar yang tinggi dapat diterap berikutan perlu melayani kerenah

orang ramai yang berlainan. Selain itu, skop kerja yang diberikan memberi impak yang besar

dalam mengasah bakat dalam menguruskan sesuatu maklumat.

Di samping menajamkan kebolehan mengurus sesuatu maklumat, pembelajaran sepanjang

hayat juga dapat diterapkan semasa menjalankan tugas. Pelbagai nilai-nilai murni dapat

diterapkan dalam diri individu sepanjang melakukan tugas. Antaranya adalah semangat

berkerjasama yang kuat dapat dibentuk. Semangat kerjasama adalah perkara yang paling

penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa kerjsama yang kukuh, sesuatu program itu tidak

akan dapat dilangsungkan. Sepanjang menjalankan tugas ini, saya selaku AJK Dokumentasi

sentiasa bekerjasama dengan ahli yang lain dalam menjalankan tugas. Kami meluangkan

Page 3: Pembuktian hp sepanjang hayat

masa bersama-sama dalam menyiapkan program ini. Secara tidak langsung, ia juga

menguatkan semangat berpasukan kami. Skop kerja ini juga melatih diri untuk menjadi

seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab dan sifat amanah yang tinggi amat

diperlukan supaya wang para peserta selamat disimpan dan diberi kepada bendahari untuk

kegunaan program. Tanggungjawab juga memainkan peranan yang penting. Tanpa rasa

tanggungjawab, sesuatu kerja itu tidak akan dapat diselesaikan dengan baik dan juga tidak

ikhlas.

Oleh itu, dengan menyertai sesebuah organisasi, kita dapat mengetahui kekurangan dan

kelebihan yang ada dalam diri. Dari situ, segala kekurangan yang terdapat dalam diri dapat

diperbaiki untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan segala kelebihan dalam diri dapat

diasah dan menjadikan ia sebagai satu tahap yang membezakan diri kita dan orang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari

banyak pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran pembelajaran sepanjang

hayat saya. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat amatlah penting untuk kita

mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran ini

tidak diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-sia.

Sudah jelas lagi nyata, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat penting untuk menghasilkan

sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan program.

Akhir sekali, dalam pembelajaran ini, saya juga dapat memperbaiki teknik-teknik

pembelajaran yang betul serta diaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sama ada

melalui pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Saya juga dapat mempelajari

bagaimana cara berinteraksi serta memberi pendedahan kepada peserta tentang arahan yang

perlu dipatuhi ketika program berlangsung. Hal ini kerana program seperti ini memberikan

saya pengalaman dan seterusnya dapat dijadikan pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, pembelajaran sepanjang hayat juga dapat diperolehi melalui tugasan yang

diberikan. Sebagai contoh, tugasan yang diberikan amat memerlukan persediaan diri dalam

menghadapi orang ramai. Sifat sabar yang tinggi perlu dipupuk supaya kerja yang dilakukan

dapat diselesaikan dengan baik dan sabar dalam menghadapi karenah orang ramai.

Page 4: Pembuktian hp sepanjang hayat

Tanggungjawab yang besar juga terpaksa dipikul apabila perlu memberi arahan kepada para

peserta.

Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu program, kerjasama dan disiplin setiap ahli

jawatankuasa adalah tonggak utama dalam sesebuah organisasi. Jadi, setiap ahli jawatankuasa

perlulah mempunyai semangat berpasukan yang tinggi agar program yang dirancang dapat

dilangsungkan dengan jayanya.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan

objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada

para peserta. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan sesame pelajar, berkenalan dan

seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga kepada

semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Sekian, terima kasih.

BUKTI GAMBAR KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG

GAMBAR KETIKA MESYUARAT PERTAMA

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEDUA

Page 5: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KETIGA

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEEMPAT

Page 6: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR PERSIAPAN UNTUK HARI KEJADIAN PROGRAM BERLANGSUNG

GAMBAR SENAMROBIK BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS PENDAFTARAN)

Page 7: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA ICE-BREAKING

Page 8: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 1)

Aktiviti ini adalah menggunakan getah yang telah diputuskan untuk mengangkat tin minuman

tanpa menggunakan tangan dan hanya menggunakan getah tersebut. Setiap kumpulan

mendapat satu tin minuman dan lima getah yang telah diputuskan. Kesemua ahli perlu

memegang getah tersebut dengan syarat getah tersebut tidak boleh bersilang. Tin tersebut

perlu diangkat menggunakan getah oleh semua ahli kumpulan ke garisan penamat. Aktiviti

ini perlu berfikir dengan rasional dan memerlukan kerjasama antara satu sama lain.

Page 9: Pembuktian hp sepanjang hayat
Page 10: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 2)

Aktiviti ini memerlukan kesemua ahli menutup mata dan bergerak dalam kumpulan bersama

ahli kumpulan. Ahli kumpulan perlu berbaris panjang ke belakang dan mata dalam keadaan

bertutup. Manakala, setiap ahli diberi pegang gulungan surat khabar untuk memastikan

mereka tidak terlepas antara satu sama lain. Jika gulungan tersebut dapat dipisahkan, mereka

perlu cari ahli mereka semula dalam keadaan mata tertutup. Para fasilitator yang menjaga ahli

kumpulannya membawa peserta berjalan-jalan dan perlu mendengar arahan fasilitator

tersebut. Aktiviti ini perlu mendengar arahan ketua dan memerlukan pendengaran yang baik

agar ahli kumpulan tidak terputus.

Page 11: Pembuktian hp sepanjang hayat
Page 12: Pembuktian hp sepanjang hayat

GAMBAR KETIKA AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 3)

Aktiviti ini adalah menggunakan belon berisi air dan peserta dalam keadaan mata tertutup

ketika menyambut belon. Mereka perlu dengar arahan dari ketua untuk menyambut belon

tersebut. Aktiviti ini memerlukan pendengaran yang baik dan perlu mendengar arahan ketua

masing-masing.

Page 13: Pembuktian hp sepanjang hayat