laporan pengerusi bina insan guru siri 5

3
LAPORAN PENGERUSI BINA INSAN GURU SIRI 5/2015 Salam sejahtera dan salam satu Malaysia, saya selaku pengarah projek program Bina Insan Guru Siri 5/2015, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Unit Pengajian Tamil Pn. Arthilecthumy Suberamaniam yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sempurna kepada saya untuk menjayakan Program Bina Insan Guru. SEBELUM Saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Program Bina Insan Guru untuk semester 5. Pada mulanya saya tidak memahami tentang kritetia – kriteria yang perlu dilaksanakan untuk program Bina Insan Guru ini. Pada mulanya saya berbincang dengan Penyelaras BIG bagi semester ini iaitu En. Zainuri Embi untuk mendapatkan maklumat tentang program BIG ini. Beliau telah menerangkan tentang program BIG kali ini adalah membuat satu bengkel dan Lawatan Benchmarking ke sekolah harapan, sekolah cemerlang, sekolah berprestasi tinggi dan sebagainya. Aapabila mendapat maklumat daripada beliau saya telah berbincang dengan pensyarah saya iaitu Pn.Arthilecthumy Suberamaniam. Beliau telah membantu saya untuk memilih sekolah. Ini kerana saya mengalami kekeliruan dalam pemilihan sekolah. Dengan bantuan Puan, saya dapat memilih satu sekolah yang berprestasi tinggi iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa yang berhampiran dengan

Upload: anna

Post on 04-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pengerusi Bina Insan Guru Siri 5

LAPORAN PENGERUSI BINA INSAN GURU SIRI 5/2015

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia, saya selaku pengarah projek program

Bina Insan Guru Siri 5/2015, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli

jawatankuasa yang sudi memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program

ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Unit Pengajian Tamil Pn.

Arthilecthumy Suberamaniam yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sempurna

kepada saya untuk menjayakan Program Bina Insan Guru.

SEBELUM

Saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Program Bina Insan Guru untuk

semester 5. Pada mulanya saya tidak memahami tentang kritetia – kriteria yang perlu

dilaksanakan untuk program Bina Insan Guru ini. Pada mulanya saya berbincang

dengan Penyelaras BIG bagi semester ini iaitu En. Zainuri Embi untuk mendapatkan

maklumat tentang program BIG ini. Beliau telah menerangkan tentang program BIG kali

ini adalah membuat satu bengkel dan Lawatan Benchmarking ke sekolah harapan,

sekolah cemerlang, sekolah berprestasi tinggi dan sebagainya. Aapabila mendapat

maklumat daripada beliau saya telah berbincang dengan pensyarah saya iaitu

Pn.Arthilecthumy Suberamaniam. Beliau telah membantu saya untuk memilih sekolah.

Ini kerana saya mengalami kekeliruan dalam pemilihan sekolah. Dengan bantuan Puan,

saya dapat memilih satu sekolah yang berprestasi tinggi iaitu Sekolah Menengah Sains

Sultan Muhammad Jiwa yang berhampiran dengan Sungai Petani. Apabila telah

memilih sekolah saya dan kawan telah mengunjungi ke sekolah itu untuk mendapatkan

kebenaran untuk menjalankan program BIG. Apabila sampai di sana saya telah

berjumpa dengan Pn.Siti Rohah iaitu Penolong Kanan Kurikulum meminta kebenaran

untuk menjalankan Program BIG ini. Beliau telah bersetuju dengan Program Kami.

Selepas mendapat kelulusan saya telah membentuk satu jawatankuasa untuk Program

BIG ini. Semua jawatankuasa telah memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan

program ini.

Page 2: Laporan Pengerusi Bina Insan Guru Siri 5

SEMASA

Pada hari itu, kami telah sampai di sekolah tersebut untuk menjalankan program

BIG. Kami mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah. Di sana kami

mendapat taklimat tentang pengurusan professional dan lawatan sekitar sekolah

daripada pihak pengurusan sekolah. Selepas taklimat, kami melawat sekitar sekolah

dan pihak sekolah memberi satu jamuan makanan tengah hari. Selepas itu, satu majlis

penutup telah dijalankan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan

kami satu kelas mengambil gambar dengan pihak pengurusan sekolah. Kira – kira kami

bertolak 5.00 petang dari sekolah dan sampai ke IPG KSAH.

SELEPAS

Program Bina Insan Guru Siri 5/2015 berjaya dijalankan. Saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang turut bekerjasama dan kepada

pensyarah dan guru – guru di Sekolah Menengah Sains Sutan Muhammad Jiwa yang

sudi meluangkan masa bersama kami untuk menjayakan program ini.

DISEDIAKAN OLEH,

…………………………

UMAVATHY A/P VELLI MALAI

PENGERUSI

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5/2015