laporan big sem 5

56
LAPORAN BENGKEL ETIKA SOSIAL DAN PROTOKOL PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 NAMA PELAJAR PPG : NOR IDZMA BINTI MOHAMAD AMBILAN : PPG AMBILAN JUN,2011 SEMESTER : SEMESTER 5 OPSYEN : MATEMATIK PERINGKAT : FASA 2 TARIKH : 13 SEPTEMBER 2013 TEMPAT : DEWAN BESTARI SK PAYA JAKAS, JEMENTAH SEGAMAT, JOHOR. KEHADIRAN PESERTA : Murid Tahun 6. 27 orang (Bil. Peserta Lelaki = 14 orang, Bil. Peserta Perempuan = 13 orang) LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : BENGKEL KESANTUNAN BERBAHASA (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti) SEBELUM PROGRAM Pada semester 5 ini saya diberikan 2 tugasan untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 2. Hasil dapatan Page 1

Upload: noridzmamohamad

Post on 25-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big Sem 5

LAPORAN BENGKEL ETIKA SOSIAL DAN PROTOKOL PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2013

NAMA PELAJAR PPG : NOR IDZMA BINTI MOHAMAD

AMBILAN : PPG AMBILAN JUN,2011

SEMESTER : SEMESTER 5

OPSYEN : MATEMATIK

PERINGKAT : FASA 2

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2013

TEMPAT : DEWAN BESTARI SK PAYA JAKAS, JEMENTAH

SEGAMAT, JOHOR.

KEHADIRAN PESERTA : Murid Tahun 6. 27 orang (Bil. Peserta Lelaki = 14 orang, Bil. Peserta Perempuan = 13 orang)

LAPORAN REFLEKTIF:

TAJUK : BENGKEL KESANTUNAN BERBAHASA

(A)LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti)

SEBELUM PROGRAM

Pada semester 5 ini saya diberikan 2 tugasan untuk menjalankan Program Bina

Insan Guru Fasa 2. Hasil dapatan daripada taklimat BIG dan perbincangan lisan

bersama-sama rakan sekelas (PPG) Saya mengorak langkah sendirian dengan

berjumpa guru besar di sekolah saya berkhidmat iaitu Tn. Hj Md Ali Shifudin bin

Mahmood, untuk meminta kebenaran dan persetujuan pihak sekolah untuk saya

mengadakan satu bengkel etiket sosial di bawah tajuk Kesantunan Berbahasa dengan

kerjasama unit kaunseling SK Paya Jakas. Alhamdulillah, pihak pentadbir sekolah ini

sangat prihatin dan memberi kerjasama yang sangat baik.

Page 1

Page 2: Laporan Big Sem 5

Setelah mendapat persetujuan guru besar, saya sebagai setiausaha bengkel

pada kali ini memohon izin penyelaras unit kaunseling dan mengeluarkan surat

panggilan mesyuarat kepada ahli jawatankuasa Unit Kaunseling SK Paya Jakas untuk

mengadakan mesyuarat.

Hasil mesyuarat, ketetapan bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh/hari : 13 September 2013 / Khamis

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Bestari, SK Paya Jakas

Peserta : Murid Tahun 6

Penceramah : Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani

Setelah persetujuan dibuat saya bermula dengan mengemukakan kertas kerja

program kepada Guru besar untuk mendapatkan kelulusan. Seterusnya saya membuat

surat memohon kebenaran menggunakan bilik. Segala peralatan yang diperlukan bagi

menjayakan program ini turut di berikan perhatian oleh saya dengan bantuan rakan-

rakan sejawat.

SEMASA PROGRAM

Tepat jam 10.00 pagi, 13 September 2013, saya telah pun menunggu di Dewan

Bestari untuk proses pendaftaran murid. Seramai 27 orang murid Tahun 6 menyertai

bengkel ini. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi program selepas UPSR di

bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK. Paya jakas.

Bengkel ini bermula dengan sesi ceramah mengenai kesantunan berbahasa yang di

sampaikan Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani yang merupakan guru bimbingan dan

kaunseling SK Paya Jakas. Selesai sesi ceramah, bengkel berkumpulan diadakan

berkaitan dengan ceramah diadakan. Semua guru dan murid yang terlibat

memberikan komitmen yang baik sepanjang bengkel berlangsung. Selesai aktiviti

Page 2

Page 3: Laporan Big Sem 5

perbengkelan, majlis penutup ringkas turut diadakan. Ceramah dan aktiviti

perbengkelan yang djalankan menepati sasaran kerana adalah menjadi

tanggungjawab guru dan orang dewasa untuk mendidik murid-murid ini agar boleh

berkomunikasi menggunakan bahasa yang baik dan bersopan walau dimana mereka

berada. Menggunakan bahasa yang betul dan bersopan akan menjadikan diri

seseorang individu itu lebih dihormati dan di sayangi seterusnya dapat mewujudkan

masyarakat yang harmoni.

Penceramah yang dijemput iaitu Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani begitu komited

pada amanah yang diberi. Selain menepati masa penceramah juga menyampaikan

ceramah dengan baik. Sebagai penghargaan kepada penceramah, saya turut

menyediakan sijil penghargaan buat beliau. Sijil tersebut disampaikan oleh Tuan Guru

Besar di majlis perhimpunan rasmi. Sesungguhnya berkat usaha dan kerjasama semua

pihak yang terlibat semasa melaksanakan program ini menjadikan program ini berjaya

mencapai matlamatnya untuk memberi input kepada murid-murid tentang kesantunan

berbahasa seterusnya melahirkan murid-murid yang mempunyai adab dan boleh

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan bersopan.

SELEPAS PROGRAM

Program bengkel kesantunan berbahasa ini telah berjaya dilaksanakan dengan

baik seperti yang dirancang. Selepas program saya dan ahli jawatankusa unit

bimbingan dan kaunseling sekolah berjumpa bagi melakukan post mortem program

yang telah kami jalankan. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dari seawal

perbincangan sehinggalah tamatnya program ini. Sesungguhnya banyak kekuatan

seperti komitmen semua pihak terutamanya guru besar iaitu Tn. Hj Md Ali Shifudin bin

Mahmood dan semua guru SK Paya Jakas. Namun begitu segala kelemahan yang

didapati sepanjang program ini seperti pengurusan masa akan dapat diperbaiki di

dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang kelak.

Page 3

Page 4: Laporan Big Sem 5

(B)Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Tempat ceramah yang cukup selesa dengan kelengkapan kerusi meja, memberi

keselesaan kepada peserta program.

2. Tarikh dan masa program dilaksanakan sangat sesuai memandangkan

peperiksaan UPSR telah berlangsung.

3. Tajuk ceramah yang sesuai dengan aktiviti perbengkelan yang dijalankan.

4. Program ini memberi input yang sangat baik sama ada dalam tempoh jangka

pendek atau jangka panjang dalam melahirkan individu yang boleh

berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bersopan walau dimana mereka

berada. Ini memandangkan pada masa kini murid-murid begitu terdedah dengan

penggunaan bahasa yang salah dan tidak bersopan terutama pengaruh dari

media dan laman sosial.

(ii) KELEMAHAN

1. Penceramah tidak dapat menarik perhatian murid secara maksimum. Ini kerana

penceramah kurang berpengalaman kerana masih baru menggalas tugas

sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

2. Pengurusan yang agak lemah kerana hanya saya seorang pelajar PPG di

sekolah ini, segala perancangan dan keputusan yang dibuat hanya dapat

berbincang bersama rakan sejawat, namun mereka juga dikelilingi dengan

pelbagai komitmen jadi agak sukar bagi saya untuk mengendalikan program ini

secara sendirian. Walau bagaimamapun rakan-rakan sejawat telah memberikan

kerjasama yang sangat baik kepada saya, tanpa bantuan mereka tidak mungkin

program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Page 4

Page 5: Laporan Big Sem 5

(iii) PELUANG

1. Menguruskan program seperti ini memberi peluang kepada saya meningkatkan

kemahiran mengelola sesuatu aktiviti seperti program bengkel ini. Hal ini

menjadikan saya seorang guru yang serba boleh.

2. Secara tidak langsung program bengkel kesantunan berbahasa ini memberi

peluang kepada saya untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Ia turut

menyedarkan saya tentang peri pentingnya menggunakan bahasa yang betul

dan bersopan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru

merupakan model dan ikutan bagi murid-murid.

3. Kerjasama dan hubungan yang erat dengan guru-guru SK Paya Jakas ,

memudahkan pengurusan aktiviti.

(iv) ANCAMAN

1. Tekanan untuk menghabiskan masa untuk mendengar ceramah yang

disampaikan menyebabkan tumpuan mungkin kurang diberikan oleh murid-

murid.

(v) PENAMBAHBAIKAN

1. Perancangan yang lebih teliti diperlukan bagi mengadakan program ceramah

dan aktiviti perbengkelan seperti ini agar aktiviti dapat dipelbagaikan dan lebih

menyeronokkan.

2. Pemilihan penceramah yang lebih berpengalaman akan menjadikan program ini

lebih menarik, berkesan dan bermakna kepada murid-murid.

Page 5

Page 6: Laporan Big Sem 5

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI CERAMAH DAN BENGKE KESANTUBAB BERBAHASA

Aktiviti ceramah oleh Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani

Page 6

Page 7: Laporan Big Sem 5

Aktiviti perbengkelan program kesantunan berbahasa.

Page 7

Page 8: Laporan Big Sem 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKASKM26, JALAN MUAR, 85200, JEMENTAH,,

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

PROGRAM BENGKEL ETIKA SOSIAL & PROTOKOL

TAJUK:

KESANTUNAN BERBAHASA

Tarikh:

13 september 2013

Tempat:

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

Anjuran :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK PAYA JAKAS

Page 8

Page 9: Laporan Big Sem 5

1.0 PENGENALAN

Apabila mengendalikan acara-acara rasmi, aspek protokol amatlah penting

kerana ia berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradapan yang perlu

diikuti demi mengekalkan kehormanian acara itu.oleh itu pelajar perlu

didedahkan dengan etika penampilan diri dan adap . Hal ini dapat memberi

pendedahan kepada pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu majlis

yang dihadiri. Kesantunan berbahasa merujuk kepada cara dan bentuk bahasa

yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan serta timbang rasa yang

kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.

Contoh:

Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa

mengecilkan hatinya.

Diharapkan program ini dapat memberikan keyakinan dan pengetahuan baru

kepada murid-murid Tahun 6 Sk Paya Jakas, tentang kesantunan berbahasa

terutama dalam majlis.

2.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran sosial iaitu

berkeyakinan dalam pertuturan apabila berada dalam majlis rasmi.

2. Mewujudkan nilai Ketrampilan murid dalam aspek nilai Keagamaan dan universal

iaitu memiliki adab dalam berkomunikasi .

3. Membentuk pelajar mempunyai penampilan fizikal yang bersesuaian dengan

majlis rasmi iaitu Bergaya (kekemasan diri, cara pemakaian mengikut garis

peraturan sekolah dan garis panduan agama).

3.0 SASARAN

Murid-murid Tahun 6 SK Paya Jakas, Jementah Segamat, Johor.

Page 9

Page 10: Laporan Big Sem 5

4.0 TEMPAT

Dewan Bistari SK Paya Jakas, Jementah Segamat, Johor.

5.0 TARIKH & AKTIVITI

Tarikh : 13 September 2013 ( Jumaat )Masa : 10.00 – 12.00 tghTajuk : Kesantunan Berbahasa

6.0 ATUR ACARA MAJLIS

9.30am – 10.30 am : Ceramah

10.30am - 11.00am : Minum pagi

11.00 am – 11.45 am : Aktiviti LDK

11.45 am - 12.00 Tgh : Majlis penutup

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Tn. Mohd Ali Shifudin B Mahmood

( Guru Besar SK Paya Jakas)

Penasihat : Pn Hamidah bt Abdullah

( GPK HEM SK Paya Jakas)

Pengerusi : Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani

Setiausaha/P enyelaras :Pn. Nor Idzma binti Mohamad

Page 10

Page 11: Laporan Big Sem 5

Ahli Jawatankuasa :

Bacaan Doa

1. En Idris bin Ismail

Pengacara Majlis

1. Pn.Nor Idzma binti Mohamad

Jurukamera

1. Pn. Nor Idzma binti Mohamad

Penceramah

1. Pn. Noor Azila binti Abdul Ghani

9.0BELANJAWAN

Bil Perkara Anggaran (RM) Jumlah(RM)

1. Bayaran Penceramah RM50.00 RM 50.00

2. Minum pagi RM1.00 x 35 RM 35.00

JUMLAH RM85.00

Sumber kewangan adalah daripada unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Paya Jakas.

Page 11

Page 12: Laporan Big Sem 5

PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya bengkel kesantunan berbahasa untuk para pelajar

Tahun 6 ini berupaya membentuk cara berfikir, cara bertindak dan menambah

keyakinan para pelajar dalam berkomunikasi terutama untuk majlis-majlis tertentu.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatanNya.

Disediakan oleh:

_____________________________

( NOR IDZMA BINTI MOHAMAD )Setiausaha Program Bengkel Kesantunan Berbahasa,Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, JementahSegamat Johor.

Page 12

Page 13: Laporan Big Sem 5

PK 07/3MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKASMESYUARAT BENGKEL KESANTUNAN BAHASA 1/( 2013 )

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)

Masa : 1.30 petang hingga 2.15 petang

Tempat : Pusat Sumber SK Paya Jakas, Jementah.

Pengerusi : Tn. Hj Md Ali Shiffudin bin Mahmood - Guru Besar

Kehadiran(Bilangan) : 6/6 orang

1.Ucapan Pengerusi:

Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan mengharapkan semua

guru memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti pada kali ini.

2. Pembentangan kertas kerja kesantunan bahasa.

2.1 Tarikh program dan aktiviti yang dijalankan.

Tarikh cadangan : 13 September 2013 (Jumaat) Tempat : Dewan Bistari SK Paya JakasMasa : 10.00 am - 12.00 tgh

2.2 Perlantikan AJK Bengkel Kesantunan Berbahasa 2013

Penaung : Tn. Mohd Ali Shifudin B Mahmood ( Guru Besar SK Paya Jakas)

Penasihat : Pn Hamidah bt Abdullah ( GPK HEM SK Paya Jakas)

Pengerusi : Pn. Noor Azila bt Abdul Ghani

Page 13

Page 14: Laporan Big Sem 5

Setiausaha/Penyelaras Program :Pn. Nor Idzma binti Mohamad

Ahli Jawatankuasa :

Bacaan Doa/Persiapan Tempat

En Idris bin Ismail

Pengacara Majlis/Dokumentasi

Pn.Nor Idzma binti Mohamad

Penceramah

1. Pn. Noor Azila binti Abdul Ghani

2.3 Sumber Kewangan/Anggaran Perbelanjaan

Bil /Perkara Anggaran (RM) Jumlah(RM)

1. Bayaran Penceramah RM50.00 RM 20.00

2.

Minum pagi RM1.00 x 35 RM 35.00

JUMLAH RM85.00

Sumber kewangan adalah daripada unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Paya Jakas.

3. HAL-HAL LAIN:

3.1 Pengerusi menggalakan kehadiran guru-guru yang ada kelapangan turut serta

dalam aktiviti ini untuk menyuntik semangat di kalangan guru mahupun peserta

perbengkelan.

Page 14

Page 15: Laporan Big Sem 5

4. PENUTUP :

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan mengharapkan

agar perbengkelan yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh : Disemak:

.................................................. ........................................................(NOR IDZMA BINTI MOHAMAD) Tn Hj Md Ali Shifudin Bin Mahmood Setiausaha Guru BesarUnit Bimbingan Dan Kaunseling SK Paya Jakas, Jementah SegamatSk Paya Jakas, Jementah Segamat

Tarikh : 6 September 2013

Page 15

Page 16: Laporan Big Sem 5

LAPORAN KHIDMAT KOMUNITIPROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2013

NAMA PELAJAR PPG : NOR IDZMA BINTI MOHAMADAMBILAN : AMBILAN JUN 2011SEMESTER : 4OPSYEN : MATEMATIKPERINGKAT : FASA 2TARIKH : 13 April 2013TEMPAT : SK PAYA JAKAS, JEMENTAH SEGAMAT JOHOR.KEHADIRAN PESERTA : 50 orang (Bil. Peserta Lelaki = 24 orang,

Bil. Peserta Perempuan = 26 orang)

LAPORAN REFLEKTIF:TAJUK : KHIDMAT KOMUNITI

( KELAS TAMBAHAN)

(C) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti)

SEBELUM PROGRAM

Pada akhir tahun persekolah 2012, pihak sekolah dibawah unit kurikulum sekolah,

telah merancang aktiviti bagi program peningkatan akademik terutama kepada murid-

murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Antara program yang

dirancang adalah kelas tambahan UPSR. Sebagai penyelaras program tahun 6, saya

memulakan langkah dengan mengadakan mesyuarat bersama pihak pentadbir dan

guru-guru tahun 6. Dalam mesyuarat tersebut pelbagai perkara telah di bincangkan

antaranya pembentukan jadual kelas tambahan, guru-guru yang terlibat, dan sumber

kewangan dalam melaksanakan program tersebut.

Setelah menyediakan jadual, murid telah diedarkan surat pemberitahuan dan

surat kebenaran ibu bapa. Kelas tambahan ini akan diadakan pada sebelah petang,

Page 16

Page 17: Laporan Big Sem 5

malam dan juga hujung minggu. Saya juga terlibat dalam mengajar kelas tambahan ini

bagi mata pelajaran Matematik. Program Kelas Tambahan ini berlangsung dari bulan

Febuari hingga September 2013. Bagi mata pelajaran Matematik yang saya ajar ,kelas

tambahan diadakan pada hari Jumaat (malam - 8.00 pm hingga 10.00 pm) dan juga

pada hari sabtu ( 8.00 a.m hingga 10.00 a.m) Justeru itu saya mengambil kesempatan

ini untuk menjadikan program ini sebagai tugasan Bina Insan Guru (Khidmat Komuniti)

pada semester ini.

Sebagai guru, sebelum mengajar kelas tambahan ini adalah menjadi

tanggungjawab semua guru termasuk saya untuk membuat rujukan terlebih dahulu

dalam menyiapkan diri dengan ilmu yang mencukupi sebelum membimbing murid-

murid. Selain dari itu saya dan guru-guru lain juga menyediakan bahan yang sesuai

dan mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas tambahan ini.

SEMASA PROGRAM

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dimana saya

menggunakan setengah jam pertama dengan sesi perkembangan kemahiran dan

diikuti dengan latih tubi menjawab soalan dan perbincangan. Untuk hari Jumaat

(malam) saya lebih memfokuskan kepada kertas 2 manakala pada hari sabtu lebih

memfokuskan kertas 1.

SELEPAS PROGRAM

Memandangkan masa belajar matematik hanya 7 waktu seminggu dalam waktu

persekolahan, proses perkembagan kemahiran dan masa membuat latihan adalah

terhad, oleh itu kelas tambahan ini adalah sangat membantu murid untuk lebih

mendalami sesuatu kemahiran dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat

latihan .Selepas program saya mendapati murid-murid telah dapat memperkukuhkan

kemahiran mereka dalam menjawab soalan di samping dapat mempertingkatkan ilmu

mereka dalam setiap kemahiran yang dipelajari. Saya juga mendapati murid-murid lebih

Page 17

Page 18: Laporan Big Sem 5

yakin untuk menjawab soalan. Hal ini banyak membantu mereka dalam menyiapkan diri

untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Sesungguhnya banyak kekuatan seperti komitmen semua pihak terutamanya

semua murid dan guru yang terlibat menyokong kejayaan program ini. Namun begitu

segala kelemahan yang didapati sepanjang program khidmat masyarakat ini seperti

pengurusan masa akan dapat diperbaiki di dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang kelak.

Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Mempunyai tempat, bahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk

menjalankan aktiviti .

2. Mempunyai guru-guru yang berkemahiran, berpengalaman dan komited dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

3. Kawasan tempat tinggal murid yang berdekatan dengan sekolah membolehkan

murid hadir kesekolah bagi menghadiri kelas tambahan.

4. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa memudahkan

perjalanan program ini.

5. Kerjasama dan komitmen yang tinggi yang diberikan oleh semua pihak

terutama pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat melancarkan

perjalanan program yang dilaksanakan selama 7 bulan ini.

(ii) KELEMAHAN

1. Kekangan masa iaitu terdapat juga kelas yang terpaksa ditangguhkan kerana

cuti terutama cuti perayaan dan kekurangan guru apabila guru-guru terlibat

dengan tugasan dan komitmen kerja seperti berkursus.

Page 18

Page 19: Laporan Big Sem 5

2. Terdapat juga segelintir murid yang kerap tidak hadir atas alasan sakit dan tidak

mendapat sokongan keluarga.

3. Tugasan ini dipikul sendirian memandangkan hanya saya seorang pelajar PPG

di sekolah ini, oleh sebab itu saya terpaksa berbincang dan berkongsi idea

dengan rakan-rakan PPG yang lain melalui telefon bagi memastikan tugasan ini

dilaksanakan dengan baik, namun kerjasama yang diberikan oleh rakan sejawat

dan pihak pentadbir sekolah adalah sangat baik.

(iii) PELUANG

1. Meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam peperiksaan terutama

UPSR dari segi kualiti atau kuantiti.

2. Melahirkan murid yang komited dan cemerlang dalam pelajaran.

3. Menjadikan guru-guru lebih berpengalaman dan seterusnya meningkatkan

kemahiran guru.

4. Perhubungan yang baik di antara pihak sekolah dengan Ibu Bapa murid.

5. Kerjasama yang erat dari semua pihak terutama rakan-rakan guru dan pentadbir

SK Paya Jakas.

(iv) ANCAMAN

1. Tekanan untuk melaksanakan kerana ia diadakan pada waktu malam dan hujung

minggu dan ini merupakan tugas tambahan kepada guru-guru dan terdapat

juga murid yang keletihan.

Page 19

Page 20: Laporan Big Sem 5

(i) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Pihak pentadbiran sekolah perlu memberikan penghargaan seperti sijil atau

cenderahati kepada guru-guru dan murid-murid yang komited sepanjang

pelaksanaan program bagi meningkatkan motivasi guru dan murid.

2. Pihak PIBG dan pentadbiran sekolah boleh mengambil tenaga pengajar luar

agar dapat mengurangkan bebanan tugas kepada guru-guru disamping

3. memberikan suasana pembelajaran yang baru kepada murid-murid agar murid-

murid tidak jemu.

Page 20

Page 21: Laporan Big Sem 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKASKM26, JALAN MUAR, 85200, JEMENTAH,,

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

KELAS TAMBAHAN

Tarikh:

FEBUARI HINGGA SEPTEMBER

Tempat:

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

Anjuran :

SK PAYA JAKAS & PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

Page 21

Page 22: Laporan Big Sem 5

LAPORAN BERGAMBAR KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2013

Page 22

Page 23: Laporan Big Sem 5

Kelas Tambahan Malam

Kelas Tambahan Hari Sabtu/Ahad

Page 23

Page 24: Laporan Big Sem 5

PENGENALAN

Kelas tambahan Tahun 6 merupakan salah satu daripada strategi dan usaha untuk

mempertingkatkan lagi prestasi UPSR sekolah ini. Selama kelas bimbingan ini

dijalankan,   ianya dapat memberikan impak yang positif ke atas peningkatan prestasi

pelajar dan keputusan UPSR sekolah ini. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan

cemerlang UPSR  2 tahun berturut-turut  iaitu pada Tahun 2000 sebanyak 54 % dan

disusuli sebanyak 67% pada tahun 2011 hanya terdapat keciciran sebanyak 17%

kepada 50% pada tahun 2012. Semua ini adalah hasil daripada pemurnian dan

penelitian  kaedah pelaksanaan aktiviti ini secara keseluruhannya di samping perlu

mengambil ikhtibar daripada kebolosan yang berlaku ketika berada di dalam zon selesa

selama dua tahun berturut-turut.

 

MATLAMAT

Matlamat aktiviti ini adalah untuk membantu mempertingkatkan prestasi pelajar dalam

penguasaan kemahiran-kemahiran dalam setiap mata pelajaran dan seterusnya dapat

mengekalkan peningkatan  kecemerlangan prestasi UPSR sekolah ini. 

 

OBJEKTIF/ RASIONAL

Antara rasional aktiviti ini dijalankan ialah ;-

1.         Melahirkan pelajar yang boleh menguasai kemahiran perlu dalam semua mata

pelajaran UPSR selain memperolehinya dalam situasi P & P harian.

Page 24

Page 25: Laporan Big Sem 5

2.         Mengulangkaji kemahiran-kemahiran setiap mata pelajaran  dalam Tahun 4 dan

Tahun 5 yang tidak dapat dijalankan dalam pembelajaran harian khususnya

kepada Tahun 6.

3.        Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang dapat membantu

pembelajaran 

mereka bagi mempersiapkan diri pelajar sebelum menghadapi peperiksaan

sebenar UPSR.

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tahun 6.

 TEMPOH MASA

Setiap Sabtu setiap bulan. Masa yang diperuntukkan bagi setiap mata pelajaran ialah 1

jam 30 minit ( 90 minit ). Bermula pada pukul 07.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.00

pagi. Dua mata pelajaran setiap sesi. Kelas ini akan bermula March 2013 dan berakhir

penghujung Ogos ( 11 minggu )

Pelajar

Semua pelajar tahun 6 dan tidak diasingkan mengikut keupayaan pembelajaran

mereka.

 Tempat

Kelas bimbingan akan dijalankan dalam bilik darjah seperti kelas harian.

 

Kewangan

Page 25

Page 26: Laporan Big Sem 5

Dicadangkan pihak sekolah mengeluarkan sedikit peruntukan kewangan bagi

menampung minum pagi dengan nilai RM2.00 bagi setiap guru yang terlibat dalam

program ini . Ini adalah sebagai satu sagu hati.

 Guru

Semua guru terlibat dalam kelas kecemerlangan ini. Setiap guru akan mengajar

kemahiran yang mereka ajar pada pengajaran harian mereka, contohnya :-

 

Bil Nama Guru Tahun

diajar

Mata Pelajaran Kelas

Kecemerlangan

1.     Pn Rohiza bt Hussain 6 Bahasa Melayu Kemahiran Penulisan

2.     Pn.Rahayu nt Karmidi 6 Bahasa Melayu Kemahiran Tata

Bahasa

3     Pn. Nor Idzma bt

Mohamad

6 Matematik ( HSP ) Kemahiran

Tahun  6

4     Pn Dahlina bt Kamat 6 Matematik  

5     Pn. Nor Ashikin bt Tahir 6 Bahasa

Inggeris

( HSP )Kemahiran

Tahun 4 & 5

6     Pn. Hamidah bt

Abdullah

6 Bahasa

Inggeris

( HSP )Kemahiran

Tahun 6

7     Pn. Harina bt Abdullah 6 Sains ( HSP )Kemahiran

Tahun 5

Page 26

Page 27: Laporan Big Sem 5

8     En Mohd Sabri bin Sahir 6 Sains ( HSP )Kemahiran

Tahun 4

 

Tujuan pengagihan mengikut tahun yang diajar adalah untuk memudahkan guru

mengajar kemahiran yang perlu dikuasai mengikut tahun dan ini akan dapat

menampung keperluan di kalangan pelajar yang kurang menguasai kemahiran yang

lepas yang tidak dapat diulangi dalam tahun-tahun berikutnya. Cara ini merupakan satu

langkah mengulangkaji kemahiran supaya pelajar benar-benar dapat menguasai

kemahiran tersebut. Semua guru dilibatkan bagi melicinkan lagi pelaksanaan program.

Setiap  guru akan diagihkan mengikut jadual. Contoh jadual seperti yang ditunjukkan.

 

Guru ganti.

 Setiap guru kelas bimbingan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya satu set

soalan latih tubi sebelum kelas bimbingan dijalankan dan 1 salinan soalan hendaklah

disimpan di fail yang disediakan. Ini bertujuan untuk mempastikan kelas bimbingan

tetap berjalan walaupun guru tersebut tidak dapat hadir atas sebab tetentu. Sekiranya

terdapat guru  kelas bimbingan yang tidak dapat hadir, ada 2 cara pelaksanaan iaitu : 

1.         Guru tersebut boleh melakukan proses jual beli dengan guru mata pelajaran lain

Contohnya :-

Guru yang tidak hadir ialah Pn. Sharina mata pelajaran Bahasa Melayu, beliau

boleh mencari guru ganti kalangan guru yang mengajar kelas bimbingan dengan

menukar sama ada masa atau hari ( Sabtu berikutnya )

2.        Jika guru tersebut tidak dapat hadir dan tidak sempat mencari guru pengganti,

guru tersebut haruslah memaklumkan kepada pihak pentadbir lebih awal (melalui

telefon dan sebagainya) sebelum kelas bermula dan soalan lati tubi yang telah

Page 27

Page 28: Laporan Big Sem 5

disediakan dapat diagihkan kepada para pelajar dan kemudian diserahkan pada

guru berkenaan untuk disemak.

Pemantauan

 

Pemantauan akan dibuat oleh Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua

Panitia mata pelajaran. Pemantauan akan dibuat dalam 2 kaedah.

1.         Pihak yang disebut di atas akan masuk memantau ke dalam kelas bimbingan .

2.         Menyemak buku catatan/log yang disediakan oleh guru ( ringkasan mengajar

Sabtu )

PENILAIAN

 A. Guru

Program ini akan dijadikan sebagai penilaian prestasi guru dalam borang penilaian

prestasi tahunan. Penilaian akan dibuat berdasarkan :-

1.       Kehadiran dan

2.       Buku log ( catatan harian )

 B.  Pelajar.

Page 28

Page 29: Laporan Big Sem 5

 Setiap pelajar akan dinilai menerusi ujian formatif dan sumatif yang akan diberikan oleh

guru mata pelajaran kelas bimbingan. Soalan tersebut akan  dibina oleh guru mata

pelajaran tersebut yang akan dinilai draf awal oleh panitia mata pelajaran.  Semua

keputusan atau hasil penilaian akan direkodkan oleh guru dan pentadbiran sebagai satu

pengukuran awal pencapaian PKBS dan UPSR. Skima pemarkahan bagi penilaian

sumatif adalah sama dengan skima penilaian PKBS. Kesimpulannya penilaian akan

dibuat dalam dua bentuk iaitu formatif dan sumatif.

 

C. Impak/Hasil

 Pelunjuran semula dicadangkan berdasarkan daripada keputusan UPSR sejak Tahun

2002 sehingga 2012, rancangan 5 tahun.(pelunjuran dalam proses penyediaan)

  

Page 29

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM

PENASIHAT

TN HJ MD ALI SHIFUDDIN BIN MAHMOOD

GURU BESAR SK PAYA JAKAS

PENGERUSI

PN FADZILAH BT ABD SAMAT

(P.K. KURIKULUM & PENGURUSAN)

PENGERUSI

PN HAMIDAH BT ABDULLAH

( P.K. HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI

EN MOHD NAZHAR BIN RAZAK

( P.K.KOKURIKULUM)

Page 30: Laporan Big Sem 5

AHLI JAWATAN KUASA

Page 30

EN MOHD SABRI BIN SAHIR

( SAINS)

PN HAIRINA BT ABDULLAH

( SAINS)

PN DAHLINA BT KAMAT

( MATEMATIK )

NAIB PENGERUSI

EN MOHD NAZHAR BIN RAZAK

( P.K.KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA

PN NOR IDZMA BINTI MOHAMAD

PENYELARAS TAHUN 6

( MATEMATIK)

BENDAHARI

PN ROHIZA BT HUSSAIN

( PEMAHAMAN/PENULISAN)

Page 31: Laporan Big Sem 5

SENARAI NAMA PELAJAR PROGRAM KELAS TAMBAHAN UPSR

SK.PAYA JAKAS 2013

Bil Nokp Nama Kaum  Jantina  Agama 

1 010917010251 ABDUL AZZIS BIN JEFRI Melayu  L  Islam 

2 010618010550 ADIBAH INSYIRAH BINTI SALEHIN Melayu  P  Islam 

3 010827060415 AHMAD HAKIM ARSYAD BIN RAHMAN Melayu  L  Islam 

4 010922010723 AHMAD HAKIMI BIN ZAHARUDIN Melayu  L  Islam 

5 010731010712 AINAA NADZIRAH BINTI KAMAR Melayu  P  Islam 

6 011224010413 HAZRUL HAIKAL BIN SAMSARI Melayu  L  Islam 

7 AV38108 KHAIRUL NAHAR BIN KHAIRULLAH Melayu  L  Islam 

8 010813010556 KHAIRUNNISA MIZANI BINTI ROSLAN Melayu  P  Islam 

9 011009060274 LAILATTUL NUR SHUHADAH BINTI RAZMAN Melayu  P  Islam 

10 010911011456 MARIAH MUSFIRAH BINTI MOHD NOHOR Melayu  P  Islam 

Page 31

PN NOR ASHIKIN BT TAHIR

(BAHASA INGGERIS)

PN RAHAYU BT KARMIDI

( PEMAHAMAN/PENULISAN)

Page 32: Laporan Big Sem 5

11 010305010779 MOHAMAD AIDIL FAZRIN BIN ROSLI Melayu  L  Islam 

12 011123010107 MOHAMAD AIMAN BIN ZAINUDDIN Melayu  L  Islam 

13 010821010935 MOHAMAD FAIZ BIN MOHD NOH Melayu  L  Islam 

14 010426102071 MOHAMAD FARHAN AMINUDDIN Melayu  L  Islam 

15 010701011087 MOHAMAD SYED ISMAEL BIN MUHANIZAN Melayu  L  Islam 

16 010407010067 MUHAMMAD HAFIDZ BIN KHAIRULL Melayu  L  Islam 

17 011201011341 MUHAMMAD HELMI AKMAL BIN NIZAM Melayu  L  Islam 

18 011116011507 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ALI Melayu  L  Islam 

19 010425010909 MUHAMMAD NAJMI BIN NOR AZHAR Melayu  L  Islam 

20 011218010521 MUZZAFFAR RABBANI BIN MOHD RAMZI Melayu  L  Islam 

21 010520030238 NATASHA BINTI SIDEK Melayu  P  Islam 

22 010716050054 NUR ADRIANA BINTI ZAIDI Melayu  P  Islam 

23 010809011724 NUR AISYAH BINTI YUSOF Melayu  P  Islam 

24 011105011720 NURSHAZWIN BINTI ABU HASSAN Melayu  P  Islam 

25 010723010990 NURUL AZRIN BINTI MD ALIT Melayu  P  Islam 

26 011008121450 NURUL FERHANA BINTI FARUNAS Melayu  P  Islam 

27 011026010148 NURUL HAFIZAH BINTI ABDUL KARIM Melayu  P  Islam 

28 010904010412 NURUL NAJIHAH BINTI OMAR Melayu  P  Islam 

Page 32

Page 33: Laporan Big Sem 5

VISI

Ke arah meningkatkan Bilangan 5A dan A juga memaksimakan peratus lulus UPSR

MISI

Page 33

Page 34: Laporan Big Sem 5

1.Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan di dalam kelas.

2.Mengadakan kelas tambahan oleh guru-guru SK. Paya Jakas

3.Menyediakan bahan yang sesuai dan mencukupi.

4.Memastikan pelajar sentiasa bersedia dan berminat untuk belajar.

5.Memberikan pengajaran dan pengalaman yang luarbiasa melalui Program PECUT.

PROGRAM YANG SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN

Page 34

Page 35: Laporan Big Sem 5

Majlis temu Mesra Program ZoomA Program Motivasi Menjana Potensi Diri Kelas Tambahan Berfokus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

o Bahasa Melayu,o Bahasa Inggeris,o Matematiko Sains

Kelas Tambahan Cuti Sekolah Motivasi Kecemerlangan Pelajar Didik. Bacaan Yassin Setiap Jumaat Program Mentor Mentee (BFF) Kelas Kepung Waktu Peperiksaan KEMALA PINTAR SARANG ’A’ Bfirst-English VICIA Solat Hajat & Bacaan Yassin

Page 35

Page 36: Laporan Big Sem 5

PELAN TINDAKAN PROGRAM KELAS TAMBAHAN UPSR 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS SEGAMAT JOHOR

BIL NAMA PROGRAM TEMPOH/TARIKH

PELAKSANAAN SASARAN TINDAKAN

1

MAJLIS TEMU MESRA IBU BAPA

(Perjumpaan ibu bapa murid)

Feb/ April/Jun/Sept.

Semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 6

Guru B&K

Semua guru

Tahun 6.

2

MOTIVASI MENJANA POTENSI DIRI

Kemahiran belajar.

Kemahiran mengurus masa.

Jadual belajar. Rakan sebaya. Didik

Jan - Ogos Semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 6

Guru B&K

Guru Tahun 6

3

KELAS TAMBAHAN BERFOKUS

Kelas Tambahan Petang.

Bfirts-English

Program 30 minit bersama Guru.

Kelas ICU HALUS (Harapan Lulus)

Kelas Intensif (Cuti Sekolah)/SARANG ‘A’

Feb-Ogos

Isnin-Khamis

1.30 – 2.30 ptg

Feb – Ogos

Selasa – Khamis

Feb - Ogos

Fasa 1 (Mac)

Fasa 2 (Mei / Jun)

Tahun 6

Tahun 6

Murid Near Miss

Tahun 6

Guru subjek teras Tahun 6

4

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Semua murid Tahun 6

Mei Tahun 6 Guru subjek

teras Tahun 6

Page 36

Page 37: Laporan Big Sem 5

5

PROGRAM PEMANTAPAN KEROHANIAN

Bacaan Yasin & Solat Hajat (Letak Kerja)

Bacaan Yassin (Jumaat)

Solat Hajat (peringkat sekolah)

Solat Hajat Perdana

Khemah Ibadah Pemakanan Minda

(Kismis) Dan Air Yasin .

Berterusan Semua ibu bapa / penjaga murid

Tahun 6

Guru B&K

Semua guru

Tahun 6.

6

PROGRAM PENILAIAN KECEMERLANGAN PELAJAR

Ujian TOV

Ujian Pengesanan 1 (MGB)

Soalan Negeri.

PKSR 1

Percubaan Perak

Pra UPSR

Februari

Mac

Mei

Julai

Ogos

Sept..

Guru mata pelajaran

7

POST-MORTEM

KEPUTUSAN UJIAN

Ujian Pengesanan 1

PKSR 1

Percubaan Perak.

Pra UPSR

Selepas Ujian Tahun 6 Guru mata pelajaran

8 PROGRAM GERAK GEMPUR

-Penekanan Subjek UPSR

Program Latih Tubi

Soalan-soalan percubaan

Jun – 12 Sept Murid Tahun 6 Guru Subjek:

BM

BI

MATH

Page 37

Page 38: Laporan Big Sem 5

tahun-tahun lepas.

Soalan Ramalan UPSR

SNS

CARTA GANTT TINDAKAN PENINGKATAN UPSR 2013

BI PROGRAM/AKTIVITI JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS SEP OKT

Page 38

9

PROGRAM RAKAN SEBAYA (BFF)

(5 org satu kumpulan)

Cuti Pengggal Murid Tahun 6 Guru Subjek:

BM

BI

MATH

SNS

10 KEM LATU – (LATIH TUBI) Julai/Ogos Murid Cemerlang

Murid Near Miss

Guru mata pelajaran

UPSR

11

KELAS KEPUNG WAKTU PEPERIKSAAN

5- 15 September

3.00 – 6.00 ptg

Semua murid

Tahun 6

Semua guru

Mata pelajaran.

10

PROGRAM REHAT MINDA

Lawatan Ilmiah (MRSM)

Sukaneka

Mei

Jun - Ogos

Murid Tahun 6 Guru B&K

Semua guru Tahun 6.

11 HADIAH GALAKAN PRESTASI

Selepas Ujian

Berterusan Murid Cemerlang 5A

Setiausaha Peperiksaan

12 KEMALA PINTAR OGOS -

SEPTEMBER Semua murid

Tahun 6

Semua guru.

PIBG

13

PROGRAM RESTU/ MAJLIS IZIN ILMU

Guru / ibu bapa / murid Tahun 6.

September 2013 Semua murid Tahun 6

Semua guru.

Page 39: Laporan Big Sem 5

L T

1 Majlis Temu Mesra Ibu Bapa

x x x x

2 Motivasi Menjana Potensi Diri

x x

3 Kelas Tambahan BerfokuS

Kelas tambahan petang. X X X X X X X X

Bfirst-English X X X X X X X X

Kelas ICU – HALUS X - X X X X X X

Kelas intensif (Cuti Sekolah)/SARANG ‘A’

x X x X X x X x

4 Program Teknik Menjawab Soalan-Kem Didik

x

5 Program Pemantapan Kerohanian.

Bacaan Yasin & Solat Hajat x x

Bacaan Yasin (pagi Jumaat) X X X X X X X X X

Solat Hajat Perdana. x

Khemah Ibadah/Qiamulail X

Pemakanan Minda. X X X X X X X X

6 Program Penilaian Kecemerlangan Pelajar

Ujian TOV X

Ujian Pengesanan X X

PKSR X X

Percubaan Perak X

PRA UPSR X

PPM – Soalan NegerI X X X X X X X X

Page 39

Page 40: Laporan Big Sem 5

7 Post Mortem Keputusan Ujian

x x x x

8 Program Gerak Gempur Cemerlang

x x x x

9 Program Rakan Sebaya x x x x x x x x x

10 Kem Latu (Latih-Tubi) x x

11 Kelas Kepung Malam.(Kemala Pintar)

x

12 Program Rehat Minda

-Lawatan ilmiah.

-Sukaneka.

x x x x

13 Hadiah Galakan Prestasi. x x x x x x x x

14 Majlis Izin Ilmu (Restu) x

Page 40

Page 41: Laporan Big Sem 5

JADUAL GERAK TUMPU KELAS TAMBAHAN UPSR

MASA 7. 40 8. 10 8. 409. 10

9. 4010. 10

10. 40

11. 10 11.55 12. 10

HARI 8. 10 8. 40 9. 109. 40

10. 10

10. 40

11. 10

11.55 12. 10 01. 10

1 2 3 4 5 6 7 8 9

ISNIN pMT6/Dahlina

/Idzma

BI6/GB/syikin/

hamidahT

BM6/rahayu/

rohizaSN6/sabri/hairina

SELASA

MT6/Dahlina/

Idzma

BM6/Rahayu/Rohiza A

SN6/Sabri/Hairina

BI6/Syikin/Hamidah

RABUAG6/Faizul MZ6/SN6/

hairina H

BM6/rohiza/rahayu

PSV6/MT6/Dahlina/

Idzma

KHAMIS

SN6/Sabri/Hairina

AG6/Faizul

E

BM6/Rohiza/Rahayu

BI6/Hamidah/Syikin

JUMAAT

PJ6/BM6/RohizaBI6/Syikin/

Hamidah R

KH6/MT6/Sabri/Dahlina

Page 41

Page 42: Laporan Big Sem 5

MASA 8.00 PM - 10.00 PM

HARI

M.PELAJARAN KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

ISNIN MATEMATIK DAHLINA NOR IDZMA

SELASA BAHASA INGGERIS HAMIDAH NOR ASYIKIN

RABU SAINS SABRI HAIRINA

KHAMIS BAHASA MELAYU ROHIZA RAHAYU

JUMAAT MATEMATIK NOR IDZMA

8.00 AM - 12.00 TGH

SABTU MATEMATIK

SARANG ‘A’

DAHLINA/NOR IDZMAAHAD

MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

BAHAN : RUJUK GURU MATA PELAJARAN

Page 42

Page 43: Laporan Big Sem 5

Penutup

 

Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk

meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran para pelajar. Aktiviti ini bukan sahaja

untuk menghadapi peperiksaan UPSR malahan sebagai satu persediaan para pelajar untuk

melangkau ke alam persekolahan menengah mereka, supaya mereka lebih yakin dan bersedia.

Kejayaan pelaksanaan program ini juga dengan sendirinya dapat membantu peningkatkan lagi

prestasi pencapaian UPSR sekolah ini agar terus berada dalam landasan kecemerlangan yang

sebenar.

Disediakan oleh:

__________________________(Nor Idzma bt Mohamad)Setiausaha ProgramKelas Tambahan Tahun 6

Page 43

Page 44: Laporan Big Sem 5

REFLEKSI KENDIRI

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan rasa syukur dan terima kasih saya

yang tidak terhingga kepada Allah kerana dengan rahmat dan ehsannya telah

melindungi saya dan semua rakan yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada

kali ini sehingga saya dapat melaksanakan semua tugasan dengan lancar dan

selamat tanpa menghadapi banyak rintangan seterusnya berjaya mencapai objektif

yang disasarkan. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua

guru di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas kerana telah memberikan kerjasama kepada

saya dan tidak lupa kepada pensyarah pembimbing, Cik Rohana binti Jantan di atas

bimbingan beliau dalam semua aktiviti yang telah saya jalankan. Jutaan terima kasih

atas semua motivasi dan teguran yang telah diberikan.

Tugasan Kursus kali ini bertujuan memberi pendedahan tentang etika sosial dan

protokol kepada murid-murid. Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses

menjadi guru yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam

ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam

menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga

hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlis-

majlis formal dan rasmi, dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut

tertib dan pakaian yang betul mengikut tema majlis. Etika sosial dan protokol membawa

maksud peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada dalam

kehidupan seharian atau majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. — Adab tertib

dalam sesuatu kelompok masyarakat atau sesuatu pekerjaan. Berasal dari perkataan

Greek – “protos” yang bermaksud yang pertama dan “kolla” yang bererti pelekat .

Secara keseluruhannya— Protokol adalah peraturan yang telah diterima oleh semua

Page 44

Page 45: Laporan Big Sem 5

pihak samaada dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat dan pelbagai majlis

rasmi dan bukan rasmi.

Daripada Larouse Illustrated International Encyclopedia and Dictionary, protokol

dapatlah difahami sebagai suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan

juga proseduryang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara

negara.Suatu draf permulaan atau memorandum dokumen diplomatik seperti ketetapan

yang telah dipersetujui dalam rundingan untuk dimasukkan ke dalam suatu persetiaan

formal dan ditandatangani oleh perunding-perunding.Dalam kehidupan rakyat di

Malaysia, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protoko ltelah pun dipakai

sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka halini

sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan

pembesaradalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Ringkasnya

pada zaman kerajaanMelayu tradisi, protokol ini lebih banyak dilihat sebagai adat

istiadat dan pantang larang istana.

Dalam tugasan ini saya telah memilih untuk mengadakan satu sesi ceramah dan

bengkel yang mengetengahkan tentang kesantunan berbahasa kepada kumpulan

sasaran saya iaitu murid-murid. Definisi Kesantunan BerbahasaMenurut Amat Juhari

Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.

Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi

nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa

kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan, seperti ibarat kata

bijak pandai:

“Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga

Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa” .

Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak

dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Bahasa yang berkesan mampu

Page 45

Page 46: Laporan Big Sem 5

menarik minat pelbagai golongan untuk lebih tertarik kepada apa yang hendak kita

sampaikan. Pada masa yang sama, kesantunan berbahasa yang kita amalkan juga

dapat dijadikan satu ikutan yang baik kepada masyarakat di sekolah atau

sebaliknya.Tambahan pula, kita akan selamat dari celaan atau cercaan dari masyarakat

apabila menggunakan bahasa yang sesuai kepada mereka.

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai matlmatnya dalam

mendidik dan menyebarluaskan tentang kesantunan berbahasa kepada murid-murid

terutamnya murid Tahun 6.

Program yang diadakan selepas peperiksaan UPSR ini adalah bertujuan memberi

pendedahan kepada murid-murid dan secara tidak langsung menjadi salah satu

program selepas UPSR. Dalam merealisasikan program ini saya memulakan langkah

dengan membuat kertas kerja dan mendapatkan keizinan daripada Guru Besar.

Seterusya dengan bantuan rakan-rakan sejawat program ini berlangsung dalam

keadaan yang baik dan terkawal.

Bagi Tugasan kedua pula saya telah memilih untuk menyumbangkan tenaga

dalam program Kelas Tambahan sekolah. Program ini merupakan satu program

khidmat komuniti dimana guru-guru berkhidmat di luar waktu pengajaran dan

pembelajaran untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam setiap mata

pelajaran. Program seperti ini merupakan satu program yang popular di kalangan pihak

sekolah dalam usaha untuk memastikan pencapaian prestasi murid terus meningkat.

Sebagai penyelaras, saya telah memulakan langkah dengan membuat kertas kerja

yang terkandung jadual, senarai nama murid dan senarai guru yang terlibat.

Program ini dilaksanakan mulai dari bulan Febuari hingga September. Sebagai

penyelaras program dan juga guru tahun 6, sudah menjadi kewajiban saya untuk

mengajar kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak PIBG dan juga pihak sekolah ini.

Kelas ini berlangsung pada waktu malam dan hujung minggu selama 2 jam mengikut

mata pelajaran yang dijadualkan. Walaupun adakalanya saya dan rakan-rakan guru

berasa agak letih tetapi sebagai guru yang memikul tugas dan amanah, maka

segalanya dapat di atasi. Melalui pogram ini pelbagai input boleh disampaikan kepada

Page 46

Page 47: Laporan Big Sem 5

murid-murid.contohnya teknik menjawab soalan dengan betul . Hal ini tidak dapat

dilaksanakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran harian memandangkan waktu

pembelajaran yang agak terbatas. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan

dengan lancar dan kehadiran murid-murid juga tidak mengecewakan namun terdapat

juga kekangan yang wujud sepanjang program dilaksanakan yang boleh ditambah baik

pada masa akan datang.

Oleh itu secara keseluruhannya kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai

dan integrity yang baik dalam diri saya, menjadikan saya sebagai pembina modal insan

yang lebih sempurna, seterusya menjadikan saya seorang yang lebih mahir dalam

semua aspek. Di samping itu, melalui kursus BIG ini, ia mampu mencungkil bakat dan

potensi yang terpendam dalam diri seseorang. Bagi saya Kursus BIG ini membolehkan

setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak disedari selama

ini. Atas kesedaran itulah seseorang guru itu akan berusaha untuk mengasah dan

meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing. Sehubungan itu, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG)

Kampus Tun Hussein Onn kerana menyediakan aktiviti yang begitu bermakna untuk

pelajar program pemnsiswazahan guru ini untuk melatih kami menjadi seorang guru

yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan

meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan

cinta akan pekerjaannya. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada

semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan BIG ini dapat

dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Kesimpulannya, tugasan bagi kursus BIG ini dapat dilaksanakan dengan lancar

dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini

merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata

banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG

(bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi melalui

tugasan ini akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih tabah dan

serba boleh. program ini juga banyak memberi peluang kepada saya untuk menilai

kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Saya berasa seronok dan bersemangat

Page 47

Page 48: Laporan Big Sem 5

melaksanakan aktiviti-aktiviti BIG ini. Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan

diteruskan lagi pada masa hadapan. Terima kasih Allah, Terima kasih semua.

Page 48