tig mig sem 5

18
SAMBUNGAN SILINDER (TIG & MIG) 1.0 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kepada Kimpalan Arka Logam Gas Lengai (MIG) MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun Kimpalan Logam Gas Lengai. Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal, seperti yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separuh automatik. Walau bagaimanapun alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang berterusan dan seragam. 1

Upload: m-z

Post on 11-Jun-2015

22.175 views

Category:

Documents


68 download

DESCRIPTION

download using this link http://www.mediafire.com/?2mzzmznnjg1

TRANSCRIPT

Page 1: TIG MIG SEM 5

SAMBUNGAN SILINDER (TIG & MIG)

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Kimpalan Arka Logam Gas Lengai (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun Kimpalan Logam Gas Lengai.

Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam

induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus

yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod

yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar

dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas

pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal, seperti yang dilakukan dalam

kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separuh automatik.

Walau bagaimanapun alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya

memerlukan huluran elektrod yang berterusan dan seragam.

Gambar Bay MIG

1

Page 2: TIG MIG SEM 5

1.2 Pengenalan Kepada Kimpalan Arka Tungsten Gas (TIG)

          Kimpalan Arka Tungsten Gas merupakan satu proses penyambungan logam

yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang mengunakan kuasa elektrik serta

mengunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi.

KImpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti

penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hampir semua jenis

logam. Walaubagaimanapun logam keluli tidak digalakkan dikimpal menggunakan

kimpal jenis ini kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang lebih murah

harganya. Namun begitu, jika terdapat kerja kimpalan yang terlibat dengan gas-gas

yang tertentu disekelilingnya, proses kimpalan ini amatlah sesuai. Ini kerana

penggunaan gas argon dapat melindungi sambungan kimpalan tersebut dari dimasuki

gas yang sedia ada. Proses ini juga dikenali dengan Tungsten Innert Gas atau TIG dan

juga dikenali sebagai GTAW atau  Gas Tungsten Arc Welding.

 

Gambar Bay TIG

2

Page 3: TIG MIG SEM 5

2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif (MIG)

1. Untuk memahami cara penggunaan kimpalan MIG, cara-cara mengimpal

dengan betul untuk mendapatkan sambungan yang cantik.

2. Untuk mendapatkan sambungan yang lebih kuat.

3. Untuk mendapatkan proses kimpalan MIG secara berterusan dan seragam.

4. Untuk belajar mengendalikan mesin MIG dengan mudah dan dilakukan secara

insani.

5. Untuk mendapatkan hasil kerja kimpalan MIG yang berkualiti.

2.2 Objektif (TIG)

1. Memahami dan mempelajari langkah kerja atau prosedur yang betul untuk

melakukan kimpalan TIG bagi mendapatkan hasil sambungan yang kukuh dan

kemas.

2. Membezakan arus mengikut kesesuaian kerja kimpalan TIG yang dilakukan.

3. Dapat membezakan kerja-kerja kimpalan TIG mengikut ketebalan plat yang

digunakan untuk proses kimpalan TIG.

4. Dapat membezakan kaedah pengendalian atau penggunaan mesin kimpal MIG dan

TIG.

3

Page 4: TIG MIG SEM 5

3.0 LANGKAH KESELAMATAN

1. Pakai pelindung muka, sarung tangan dan apron semasa kerja kimpal

dilakukan.

2. Pakai kasut keselamatan untuk mengelakan logam atau barang-barang

jatuh atas kaki.

3. Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam

keadaan sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan

elektrik.

4. Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan suasana pengudaraan yang baik

dan selesa.

5. Pastikan kerja kimpalan dilakukan jauh dari bahan mudah terbakar.

6. Tutup suis mesin dan matikan pengaliran gas selepas digunakan.

7. Jangan bergurau senda semasa kerja kimpal dilakukan..

4

Page 5: TIG MIG SEM 5

4.0 PERALATAN KESELAMATAN

Pelindung muka Sarung tangan kulit

Apron Kasut keselamatan

5.0 ALATAN PEMBERSIH

Berus dawai Penyepit

Tukul penyerpih

5

Page 6: TIG MIG SEM 5

6.0 PERALATAN MIG

Bekalan Kuasa

Dalam kebiasaanya, mesin untuk kegunaan kimpalan MIG ialah penjana

motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus

sehingga 250 ampere. Secara automatiknya voltan berubah-ubah mengikut jarak

celahan diantara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula

berubah secara songsang ketika kerja dilakukan.

Penembak Kimpalan

Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas

pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah

secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung

Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan

untuk mengimpal MIG keluli karbon.

6

Page 7: TIG MIG SEM 5

Dawai Elektrod

Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai

kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

7.0 PERALATAN TIG

Bekalan Kuasa

Dalam kebiasaanya, mesin untuk kegunaan kimpalan MIG ialah penjana motor atau

penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga

250 ampere. Secara automatiknya voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan

diantara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah

secara songsang ketika kerja dilakukan.

Unit Penyejuk Air

Untuk menyejukkan mesin TIG.

7

Page 8: TIG MIG SEM 5

Penembak Bekalan

Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas

pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah

secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung

Gas pelindung yang digunakan bagi mengimpal TIG sesuatu logam tidak

semestinya sesuai juga untuk mengimpal MIG logam berknaan. Gas yang lazimnya

digunakan dalam kimpalan MIG ialah argon dan campuran argon dengan gas lain.

Tungsten

Tunngsten yang digunakan bagi penembak bekalan bertujuan untuk menghasilkan

pancuran api ke bahan kerja.

8

Page 9: TIG MIG SEM 5

8.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA

8.1 LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER (TIG)

1. Bersihkan bendakerja yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus

dawai.

2. Letakkan silinder di atas meja kerja dan laraskan arus serta tekanan mengikut

kesesuaian plat tersebut serta laraskan hujung mata tungsten.

3. Letakkan kedua-dua silinder untuk ditemukan hujung-hujung silinder

berkenaan serta lakukan kimpal paku pada sambungan silinder.

4. Lakukan kimpal TIG sehingga selesai memenuhi ruang kimpal dengan

menggunakan rod.

5. Matikan suis mesin kimpal TIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja

mengimpal sambungan silinder dan sejukkan bahan kerja.

6. Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih

untuk mendapatkan hasil yang kemas.

7. Benda kerja yang telah dikimpal terhasil.

9

Page 10: TIG MIG SEM 5

8.2 LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER (MIG)

1. Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.

2. Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A dan laraskan

gas pelindung. pastikan dawai elektod penembak kimpalan ada

.

3. Silinder 1 diletakkan dengan silinder 2, dan kimpal paku dibuat pada sambungan

tersebut.

4. Mulakan kimpal sambungan silinder secara tegak sehingga ia siap dikimpal.

5. Kemudian lihat hasil kumai kerja tersebut.

6. Sejukkan bendakerja dan bersihkan.

10

Page 11: TIG MIG SEM 5

9.0 PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan padat?

Voltan dan tekanan gas perlulah dilaras dengan betul untuk proses kerja

kimpalan TIG . Selain itu tangan perlulah ditetapkan ketika membuat pusingan

kimpalan mengikut darjah yang bersesuaian dan penggunaan rod logam yang

betul.

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan api yang cantik ?

Pastikan mata tungsten diasah tidak begitu tajam atau tidak terlalu lebar

kerana mata tungsten yang lebar akan menyebabkan api yang terhasil

kembang manakala

mata yang tajam akan menghasilkan api yang halus dan tajam.

3. Mengapakah kimpalan paku perlu dilakukan sebelum mengimpal TIG

sepenuhnya?

Kimpal paku perlu dilakukan untuk menetapkan kedudukan silinder sebelum

kimpalan dilakukan sepenuhnya bagi mendapatkan sambungan yang kukuh

dan mudah untuk menjalankan proses kimpalan.

11

Page 12: TIG MIG SEM 5

10.0 CADANGAN

Membaik pulih peralatan-peralatan yang telah rosak supaya dapat

memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk melakukan amali.

Memberi setiap seorang pelajar satu bay supaya projek dapat disiapkan

pada masa yang ditetapkan dan dapat membantu para pelajar

meningkatkan kemahiran dengan lebih cepat.

Pastikan pelajar-pelajar yang kurang mahir mendapat bantuan dan

perhatian secukupnya supaya mereka tidak ketinggalan.

Pastikan pensyarah membuat pemantauan ketika mesin dibuka atau ditutup

supaya mesin tidak cepat rosak dan kemalangan dapat dielakkan.

Pastikan pelajar memakai peralatan keselamatan ketika kerja-kerja

mengimpal dijalankan.

Mewujudkan suasana bengkel yang ceria supaya pelajar-pelajar tidak

mudah bosan dan cepat letih.

12

Page 13: TIG MIG SEM 5

11.0 KESIMPULAN

11.1 Kesimpulan Semasa Melakukan Kerja TIG :

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, saya dapat memahami

cara pengunaan TIG ini untuk saya lebih dapat kemahiran kimpalan arka tungsten

berperisai gas ini. Selain itu, pelajar dapat pendedahan tentang kerja-kerja TIG untuk

persedian di alam latihan indutri dan alam pekerjaan kelak. Pelajar juga dapat

menghasilkan projek yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan dalam masa

yang ditetapkan. Ini dapat meningkatkan lagi hasil kerja yang berkualiti dan baik.

11.2 Kesimpulan Semasa Melakukan Kerja MIG :

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah saya dapat memahami

prosedur-prosedur kerja MIG untuk saya membuat projek kemahiran yang ada. Selain

itu, walaupun kerjanya agak rumit tetapi pejalar dapat menghasilkan kerja yang baik

dan seragam. Walau bagaimanapun pelajar dapat memahami teknik-tenik penggunaan

MIG lebih mendalam lagi.Ini dapat mencapai objektif yang dicapai.

RUJUKAN

1. TEKNOLOGI WORKSYOP, ABDUL RAHIM DARMAN

- Bab 10- Kimplan Arka Berperisai Gas

2. TEKNOLOGI BENGKEL MESIN, IBRAHIM CHE MUDA,

N.RAMUDARAM

13

Page 14: TIG MIG SEM 5

- Unit 1- Keselamatan Am

- Unit 14- Proses Penyambungan

14