pendidikan islam _ sem 5

20
1 TAJUK : SALAHUDDIN AL-AYUBI A. BIODATA SALAHUDDIN AL-AYUBI Nama : Salahuddin Al-Ayubi Nama penuh : Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb Lahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi) Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.) Ayahanda : Najm ad-Dīn Ayyūb Agama : Sunni Islam Pemerintahan : Tahun 174 M – 1193 M Pertabalan : Tahun 1174 M, Kaherah Pendahulu : Nur ad-Din Zangi Pengganti : Al-Afdal (Syria) Al-Aziz Uthman (Mesir) Dinasti : Ayubiyyah Meninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) Makam : Masjid Umayyad, Damsyik, Syria

Upload: maslina-mohdkhalib

Post on 19-Dec-2015

284 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

PEND.ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Islam _ Sem 5

1

TAJUK : SALAHUDDIN AL-AYUBI

A. BIODATA SALAHUDDIN AL-AYUBI

Nama : Salahuddin Al-AyubiNama penuh : Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn AyyūbLahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi)Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di

antara Mosul dan Baghdad.)Ayahanda : Najm ad-Dīn AyyūbAgama : Sunni IslamPemerintahan : Tahun 174 M – 1193 MPertabalan : Tahun 1174 M, KaherahPendahulu : Nur ad-Din ZangiPengganti : Al-Afdal (Syria)

Al-Aziz Uthman (Mesir)Dinasti : AyubiyyahMeninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) Makam : Masjid Umayyad, Damsyik, Syria

Page 2: Pendidikan Islam _ Sem 5

2

B. RIWAYAT HIDUP

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti belbeliauu akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyeliakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemubeliaun beliau diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, beliau tiba-tiba berubah. beliau yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika beliau tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja beliau menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Menurut penulis barat, Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Beliau bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Beliau mengenepikan corak

Page 3: Pendidikan Islam _ Sem 5

3

hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Beliau juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan beliau telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Beliau yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Beliau menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin beliau juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan beliau memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Beliau sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad beliau akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini beliau lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila beliau telah memulakan jihad melawan tentera salib beliau akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Beliau akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung beliau lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre beliau demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari

Page 4: Pendidikan Islam _ Sem 5

4

jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemubeliaunnya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Beliaulah Allah, tiada tuhan melainkan Beliau, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Page 5: Pendidikan Islam _ Sem 5

5

C. SIFAT PERIBADI

i. Adil dan SaksamaSalahuddin Al-Ayubi adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu beliaumbil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkan dengan teliti dan kemubeliaun memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghabeliauhkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

ii. Penyayang Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

iii. BermusyawarahSetiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan

Page 6: Pendidikan Islam _ Sem 5

6

yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

iv. Pemurah dan Baik hatiBahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli habeliauh.

v. Suka bersedekah Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”. Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa habeliauh atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

vi. Prihatin dan lembut hatiHatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemubeliaun bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

vii. Belas kasihanBahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat

Page 7: Pendidikan Islam _ Sem 5

7

kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

viii. WarakBahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Beliau sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun beliau memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Beliau sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Beliau tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi beliau tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Beliau sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya beliau tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi beliau tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Beliau sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Beliau mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Beliau juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Beliau akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, beliau akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang beliau sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

xi. Bersemangat waja

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-

Page 8: Pendidikan Islam _ Sem 5

8

besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga beliau berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

D. KEGIGIHAN BELIAU DALAM MENUNTUT ILMU

Salahuddin Al-Ayubi mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an.

E. SUMBANGAN BELIAU TERHADAP TAMADUN ISLAM

i. Kemenangan Peperangan Salib di Hittin

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Page 9: Pendidikan Islam _ Sem 5

9

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

ii. Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemubeliaunnya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah beliaudakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

iii. Penyatuan Umat Islam

Salahuddin telah berjaya menyatukan umat Islam yang pada masa itu telah berpecah belah, dengan bermacam-macam fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan.

Kejayaan besar Salahuddin juga adalah berjaya menyatukan 2 fahaman yang selalu berbalah, iaitu Sunni dan Syiah. Mereka telah lupakan semua perbezaan dan bersatu dibawah panji Islam, diketuai oleh Salahuddin.

Page 10: Pendidikan Islam _ Sem 5

10

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

iv. Pengamalan Dasar Tolak Ansur

Salahuddin Al-ayubi telah mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut agama Kristian. meskipun tentera islam berjaya menguasai Baitulmuqddis, orang2 kristian tetap diberikan peluang mengujungi kota suci ini. melaui perjanjian damai yg di meterai antara Saladin dgn Ricahard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November 1192, pihak islam bersebeliau memberikana kelonggaran kpd org Kristian mengujungi dan beribadat di Baitulmuqaddis

v. Kemajuan dari aspek Pendidikan , Keselamatan dan Ekonomi

Salahuddin Al-Ayubi telah memulih dan membangunkan negara memajukan aspek pendidikan. Beliau memulih dan membangunkan negara dengan memberi penumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah. Benteng ini bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Salahuddin juga mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al- Jabal yg terletak di atas bukit bagi membendung saki baki musuh yang masih ada di dalam kota Kaherah. Diwan Armada yg bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.

Beliau menubuhkan sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan Al Atiq. Ia adalah berasal daripada sebuah dewan di istana yg dibina oleh Al Aziz bin Al Muiz

Dalam memajukan aspek pendidikan Salahuddin banyak membina sekolah dan menjemput ulama dan cendekiawan ke negaranya serta memperkenalkan pendidikan prsasekolah yang dikenali sebagai Al-Khatib. Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir , contohnya masjid Al-Azhar, masjid Al-Attharin di Iskandariah. Beliau mewakafkan 32 buah kedai buku untuk dijadikan sekolah dan membiayai guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah berkenaan.

Dalam aspek ekonomi pula, sumber pendapatan negara diperoleh daripada jizyah, fidyah, ghanimah dan kharaj. Beliau menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyebeliauan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertaniaan. Beliau menggalakkan aktiviti perdagangan. Mesir menjadi pusat pertemuan para pedagang dari timur dan barat dunia.

Page 11: Pendidikan Islam _ Sem 5

11

F. IKTIBAR DARI SEJARAH HIDUP BELIAU

Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan.Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa di medan perjuangan. Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam. Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai kemenangan.

Sifat kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi sentiasa menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada setiap orang Islam di dunia ini. Sebagai manusia biasa, kita harus menjadikan tokoh-tokoh ternama seperti Salahuddin Al-Ayubi sebagai contoh terbaik untuk terus maju ke hadapan tanpa dipandang hina oleh orang luar. Keperibabeliaun beliau terserlah sejak beliau masih remaja. Beliau juga banyak belajar tentang agama Islam sejak kecil lagi. Seperti kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab:“Ajarkan anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda.”

Sifatnya yang suka merendah diri menjadikan beliau sentiasa dihormati dan disayangi oleh penduduk Islam ketika itu. Beliau sentiasa menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis. Seterusnya, di medan perang,Salahuddin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Selain itu, sifat penyayang dan belas kasihan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera Salib. Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya juga amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan walaupun tehadap orang-orang Kristian. Selain itu,

Salahuddin Al-Ayubi juga seorang yang pemurah. Kesemua wang yang diperolehinya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Beliau juga tidak terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir, Khalifah Adhid banyak meninggalkan harta namun beliau tidak mengambilnya. Selain itu, harta-harta rampasan perang juga dibahagikan kepada tenteranya. Ketika meninggal dunia, beliau tidak memiliki sebuah rumah dan wang simpanannya hanya empat dinar sahaja.

Page 12: Pendidikan Islam _ Sem 5

12

G. KESIMPULAN.

Salahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya beliaukui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau juga telah menjadi legenda bangsa Eropah. Salahuddin Al-Ayubi telah meninggalkan keteladanan yang sangat berkesan dalam ingatan umat Islam. Beliau melambangkan seorang panglima yang penyayang, sederhana, dan memperlakukan kaum buka Islam dengan perlakuan yang baik. Tidaklah hairan jika beliau tidak hanya menjadi kebanggaan orang muslim , malah beliau turut disegani oleh bala tentara dari Eropah, bahkan sampai sekarang Sultan Salahuddin tetap menjadi sebutan mereka. Jamil Ahmad mengutip pernyataan Philip K. Hitti, seorang ilmuwan Eropah: “Sikap terpuji Sultan Salahudin telah menyentuh imaginasi penulis-penulis kisah berbahasa Inggeris, para penulis novelis moden dan ia juga selalu dikenang sebagai wira teladan bagi kesopanan dan kepahlawanan.”

Seorang penulis sejarah mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”

Page 13: Pendidikan Islam _ Sem 5

13

RUJUKAN

1. Abdul Latip Talib(2007). NOVEL SEJARAH ISLAM : SALAHUDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM. Kuala lumpur : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

2. Prof. Madya Dato’ Hj Mohd Mokhtar Shafie(1993).SEJARAH KEAGUNGAN KERAJAAN ISLAM. Malaysia: Nurin Enterprise.

3. http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com/2009/02/semangat-perjuangan-salahuddin- al.html

4. http://www.slideshare.net/AsmidahIsdal/salahudin-ayyubi?related=1

Page 14: Pendidikan Islam _ Sem 5

14