ass rbt sem 5

24
1.0 Pendahuluan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990-an. Mata pelajaran yang mengandungi topik-topik yang berkait terus dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah rendah. Di sekolah menengah atas, aspek keusahawanan diwujudkan dalam mata pelajaran elektif seperti Perdagangan dan Asas Keusahawanan. Kandungan kurikulum ini lebih memberi penekanan kepada pengetahuan bagi murid tentang proses-proses untuk menguruskan perniagaan secara langsung. Aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan yang memiliki ciri-ciri keusahawanan hanya disentuh secara tidak langsung. Hasil daripada kaedah sebegini, murid yang terhasil didapati masih tidak membudayakan ciri-ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian. Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari Tahun Satu adalah penting bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. Di samping itu, budaya keusahawanan juga dapat membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. 1

Upload: sitisu74

Post on 17-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PROGRAM PPG

TRANSCRIPT

1.0 Pendahuluan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990-an. Mata pelajaran yang mengandungi topik-topik yang berkait terus dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah rendah. Di sekolah menengah atas, aspek keusahawanan diwujudkan dalam mata pelajaran elektif seperti Perdagangan dan Asas Keusahawanan. Kandungan kurikulum ini lebih memberi penekanan kepada pengetahuan bagi murid tentang proses-proses untuk menguruskan perniagaan secara langsung. Aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan yang memiliki ciri-ciri keusahawanan hanya disentuh secara tidak langsung. Hasil daripada kaedah sebegini, murid yang terhasil didapati masih tidak membudayakan ciri-ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian.Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari Tahun Satu adalah penting bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. Di samping itu, budaya keusahawanan juga dapat membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.Sehubungan dengan perkara di atas, untuk menghasilkan murid yang mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian, penerapan elemen keusahawanan secara merentas kurikulum diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula di Tahun Satu pada tahun 2011. Penerapan elemen keusahawanan merentas kurikulum perlu dilaksanakan seawal Tahun Satu persekolahan. Ini bertujuan agar murid dapat mengamalkan sikap keusahawanan, mengamalkan cara berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea, memperoleh kemahiran dan pengetahuan asas dalam konteks perniagaan, menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi topik-topik mata pelajaran yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas. Penerapan elemen ini akan menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan budaya kerja yang baik selain daripada boleh menghasilkan inovasi, mereka cipta dan mempunyai kecenderungan untuk berurus niaga. Penerapan elemen keusahawanan boleh dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermula seawal Tahap I (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) seterusnya di akhir Tahap II (Tahun Empat hingga Tahun Enam). Penerapan elemen keusahawanan ini perlu diteruskan sehingga ke Tingkatan Lima di sekolah menengah. Kamus Dewan Edisi ke Empat mentafsirkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha manakala keusahawanan ialah segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman Melayu Melaka mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan dikenali sebagai pedagang manakala pada tahun 1900an, mereka ini dikenali sebagai peniaga. Menurut Hisrich dan Peters (2008), keusahawanan ialah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko dalam bentuk modal, masa dan komitmen kerjaya. Seterusnya mereka menegaskan bahawa keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira masa, usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

Kuratko dan Hodgetts (2007) pula menjelaskan keusahawanan sebagai proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses. Mereka selanjutnya berpendapat, sikap boleh melihat peluang, berani mengambil risiko dan mempunyai kelangsungan untuk merealisasikan idea bergabung dalam satu perspektif yang tersendiri membentuk individu yang mempunyai minda keusahawanan.

Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk mempunyai amalan-amalan diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan untuk murid mengamalkan lima elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.

Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan elemen keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan mengamalkan tingkah laku yang terarah ke arah keusahawanan. Lima Elemen Keusahawanan (EK) yang diterapkan adalah EK1 ialah mengamalkan sikap keusahawanan, EK2 ialah mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan, EK3 ialah mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah, EK4 ialah enghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional dan EK5 ialah mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. Kelima-lima elemen ini memberi penekanan secara langsung dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibekalkan dalam diri murid.

1.1 Latar Belakang Kajian. Bagi memenuhi kehendak Tugasan Projek bagi kursus Perniagaan dan Keusahawanan (RBT3119), saya perlu menyediakan satu laporan yang lengkap iaitu merangkumi latarbelakang perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan perniagaan. Tugasan ini juga dilaksanakan mengikut sukatan dalam Pro forma RBT3119 di mana antara hasil pembelajarannya ialah menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan keusahawanan serta menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan usahawan dengan komuniti. Tugasan ini dilaksanakan secara individu dan saya bebas memilih usahawan yang berjaya yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya telah menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud yang menjalankan perniagaan berasaskan bahan pertanian iaitu beras yang dijadikan putu mayam dan putu buluh serta beras pulut yang dijadikan dodol. Beliau juga turut mempunyai ladang kelapa sawit, sawah padi, dusun durian serta kebun sayur. Walaupun usia beliau sudah menjangkau lebih 6 dekad, namun kelihatan beliau bersama suami masih sihat dan cergas ketika saya menemubual beliau. Sikap beliau yang peramah dan member kerjasama yang baik sangat menyenangkan hati saya.

2.0 Objektif Kajian

2.1 Objektif Umum

i. Untuk mengenalpasti usahawan yang berjaya dalam perniagaan.ii. Untuk mengetahui ciri-ciri usahawan yang berjaya dan menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan.iii. Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan dengan komuniti.iv. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan keusahawanan.

2.2 Objektif Khusus

i. Mendedahkan kepada pelajar situasi sebenar dan pengalaman seseorang usahawan yang berjaya melalui kaedah temubual.ii. Menjelaskan aspek yang berkaitan dengan latar belakang perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan.iii. Menghasilkan sebuah laporan temubual merangkumi unsur-unsur perniagaan, kewangan, pemasaran dan perakaunan.iv. Menghasilkan penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

3.0 Transkripsi Temu Bual.Transkripsi Temu Bual bersama Usahawan Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud.Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah

Saya

Puan Sabariah:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

Saya ni sambung belajar kat Institut Perguruan Tuanku Bainun. Saya kena buat tugasan tentang usahawan yang berjaya seperti Puan. Boleh saya tanya beberapa soalan kepada Puan.

In Sha Allah, yang mana boleh jawab, Makcik jawab. Tak payahlah berpuan-puan.

Baiklah Makcik, dengar cerita makcik ni berniaga dan juga bergiat dalam aktiviti pertanian.

Ye, macam tulah kiranya. Makcik berniaga dah lama, sejak dari muda lagi. Lepas tu ada la jugak buat bendang sikit, tanam kelapa sawit dan adalah juga tanam sayur sikit.

Boleh tak Makcik cerita bila makcik mula berniaga?

Makcik ni berniaga lama dah. Kalau tak silap, tahun 1976 lagi.

Makcik berniaga apa masa tu?

Masa tu Makcik berniaga nasi lemak. Makcik letak kat kedai orang saja. Pakcik hang memang la kerja dengan kerajaan tapi Buruh Am JKR saja. Masa dia nak pergi kerja, dia terus bawa nasi lemak letak kat kedai orang. Tapi Makcik tak berniaga nasi lemak dah bila Makcik pindah ke sini. Dulu kami duduk Taiping.

Oooo macam tu. Habis tu sejak bila Makcik berniaga seperti sekarang.

Sebenarnya macam ni. Dulu masa mula-mula pindah ke Parit Buntar ni, dengan anak-anak yang masih kecil, Makcik rasa kena bantu tambah pendapatan keluarga. Tambahan lagi bila anak dah masuk 3 orang, dah tak boleh naik motor ke sana-ke sini, jadinya Pakcik hang beli kereta Wagon. Makcik bagi cadangan kat Pakcik hang untuk berniaga di pasar malam-pasar malam.

Makcik berniaga apa kat pasar malam?

Makcik jual sate, bihun sup, laksa dan air sirap. Disebabkan masa tu anak-anak Makcik kecil lagi, Makcik upah pekerja untuk bantu Makcik. Pekerja Makcik ada 5 orang. Ada yang bekerja di rumah dan ada yang bekerja di tempat berniaga. Waktu tu mana ada kilang lagi. Jadinya bila Makcik sediakan peluang perniagaan, mereka sangat gembira. Masa tu Makcik muda lagi. Kederat kuat. Lagi pun persaingan tidak ada masa tu. Seronok berniaga masa tu. Hari-hari Makcik keluar berniaga. Anak-anak Makcik duduk dengan pengasuh.

Makcik berniaga di pasar malam saja ke?

Tak jugak. Kadang-kadang Makcik berniaga di Ekspo. Ada juga waktu, orang tempah untuk buat jamuan.

Habis tu, macam mana Makcik boleh berniaga macam sekarang?Sekarang kan Makcik berniaga putu mayam, putu buluh dan dodol. Dengar cerita ada cawangan pulak tu.

Sebenarnya Makcik mula beralih angin pada tahun 1989, masa tu semua tapak pasar malam dah tidak dibenarkan meninggalkan kerusi dan meja atau apa-apa sahaja di tapak-tapak pasar malam. Kalau degil jugak, pihak berkuasa akan merampas semua barang-barang tersebut. Jadinya, Pakcik hang pi belajar buat putu mayam dan putu buluh dan Makcik belajar buat dodol.

Makcik ada dapat bantuan tak?

Ada. Makcik pernah dapat bantuan daripada Pertubuhan Peladang kawasan berjumlah RM10 000 bagi membeli kelengkapan membuat dodol. Jabatan Pertanian pulak bagi RM10 000 bagi membeli kelengkapan membuat putu mayam.

Ni bengkel pemprosesan Makcik buat sendiri ke?

Taklah. Ni pun bantuan jugak. Mereka bagi RM35 000 untuk membina bengkel dan mereka juga yang masukkan kemudahan elektrik dan air.

Kena bayar balik tak?

Tak payah bayar. Cuma mereka nak tengok duit keluar masuk saja. Duit elektrik dengan air, bulan-bulan kena bayar sendirilah. Makcik juga ada pinjam dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Dulu-dulu kan susah. Masa anak-anak Makcik dok sekolah lagi.

Hmm hmmmdengar cerita anak Makcik pun dah berjaya dalam hidup.Alhamdulillah. Anak Makcik yang sulong kerja cikgu, yang nombor dua, kerja Pegawai Tadbir Diplomatik kat Unit Perancang Ekonomi, yang nombor tiga, pensyarah di Universiti Sains Malaysia, yang nombor empat Pengurus Kawasan 7 Eleven, yang nombor lima, kerja dengan Proton Services dan yang bongsu pula bekerja sebagai juruteknik di Harta Packaging Sdn. Bhd.

Seronok dengar cerita kejayaan anak-anak Makcik. Tapi Makcik masih lagi rajin bekerja.

Bukan macam tu. Bagi Makcik bekerja ni macam senaman. Bagi keluar peluh. Pakcik hang pun dah pencen. Tu yang kami beli tanah, tanam sayur. Kebun kelapa sawit dengan bendang, kami upah orang buat kerja. Kami tak larat sangat dah. Kebun sayur tu okla. Tak penat sangat. Kalau hang nak tau makcik pun ada dusun durian. Nanti Makcik tunjuk gambar. Kami guna duit simpanan sejak dari mula berniaga untuk membeli tanah bendang, tanah tanam kelapa sawit dan tanah untuk berkebun sayur. Kalau hang pi belakang rumah, hang boleh tengok Makcik jugak ada bela Ayam Piru dan Ayam Kampong.

Banyaknya kerja Makcik. Mampu ke Makcik dan Pakcik buat semua.

Ish kan Makcik dah cerita, dari dulu lagi Makcik guna pekerja. Mereka ni yang bantu Makcik buat kerja. Sekarang Makcik dan Pakcik cuma buat kerja yang ringan sahaja.

Dengar cerita Makcik ada cawangan untuk berniaga putu mayam.

Pasal berniaga putu mayam dan putu buluh ni sekarang menantu Makcik yang berniaga pada setiap petang di Sungai Acheh manakala Pakcik dan Makcik masih berniaga di pasar malam dengan di bantu pekerja. Dulu Makcik ada juga berniaga putu piring, tetapi pekerja meninggal dunia jadinya sekarang Pakcik cuma mesin beras dan jual kepada orang lain untuk dibuat putu piring.

Boleh saya tahu berapa pendapatan sebulan makcik?

Makcik tak tau nak cerita. Kalau musim ambil padi tu kadang-kang satu musim dapat la bersih RM10 000. Kalau masa kait sawit, jual sawit, boleh dapat dalam RM500 sekali kait. Sayur-sayur pulak sekali makcik pi tolak, dapat la lebih kurang RM100. Dua hari sekali Makcik pi Bagan Serai jual sayur. Kadang-kadang Makcik jual cabai, kadang-kadang tomato, kadang-kadang cabai benggala. Bergantung pada hasil yang dah cukup tempoh untuk dituai. Ayam Piru pulak kalau musim perayaan boleh jual sampai 10 ekor. Telur Ayam Piru boleh dijual dengan harga RM2 sebiji manakala telur ayam kampong boleh dijual dengan harga RM0.40 sebiji. Duit berniaga putu mayam dan putu buluh, Makcik buat belanja hari-hari dan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro dan bil internet. Jangan hang tak tau, internet ni penting, kalau anak cucu balik internet satu keperluan untuk mereka.

Makcik dah pernah pergi Mekah?

Dah. Makcik buat haji pada tahun 2003 dan Makcik pi umrah pada tahun 2005. Makcik dok rancang nak pi umrah hujung tahun ni sekali lagi.

Saya dengar cerita Makcik rajin pergi makan angin?

Alaa ada la jugak. Makcik cuma pernah pergi Jakarta. Yang lain tu dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pergi dengan anak-anak.

Bila saya tengok rumah Makcik, tengok kereta Makcik, saya bangga sebab walaupun Makcik bermula dengan berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan tapi sekarang Makcik dah berjaya dan anak-anak Makcik pun berjaya.

Alhamdulillah.

Boleh tak saya nak pi tengok bendang dan kebun sayur Makcik?

Boleh. Jom kita pi dengan anak bongsu Makcik.

Terima kasihlah sebab sudi berbual dengan saya.

Sama-sama.

4.0 Laporan Lengkap Temubual

Laporan Transkripsi Temu Bual Bersama Usahawan Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud.

Pada 31hb Ogos 2013, saya guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Kelas Matematik 2 telah pergi menemubual usahawan yang berjaya di Parit Buntar, Perak. Saya telah menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud dan Alhamdulillah beliau telah memberikan kerjasama bagi saya menjayakan sesi temubual ini. Walaubagaimanapun suami beliau pulang ke rumah sebaik sahaja tamat sesi temubual kerana baru pulang dari pasar.

Latar Belakang.

Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud merupakan seorang usahawan yang telah berjaya. Beliau telah mengusahakan perniagaan berasaskan pertanian iaitu beras yang diproses untuk dijadikan putu mayam dan putu buluh dan juga beras pulut yang diproseskan untuk dijadikan dodol. Beliau menamakan produk yang dihasilkan ini sebagai Putu Mayam Seri Idaman, Putu Buluh Seri Idaman dan Dodol Seri Idaman. Di samping itu, beliau bersama suami turut mengusahakan sawah, tanaman sawit, dusun durian, serta kebun sayur. Sebagai mengisi masa terluang, beliau juga turut memelihara Ayam Piru dan Ayang Kampung.

Kewangan.

Dari aspek kewangan, beliau pernah mendapatkan pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Beliau juga pernah mendapat bantuan kewangan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan yang berjumlah RM10 000 bagi membeli peralatan membuat putu mayam dan juga Jabatan Pertanian Malaysia yang berjumlah RM10 000 bagi membeli peralatan membuat dodol. Beliau juga mendapat bantuan membina bengkel pemprosesan makanan yang bernilai RM35 000.

Beliau menggunakan Bank Islam Malaysia untuk aliran keluar masuk wang. Beliau juga turut membuat simpanan dalam Akaun Tabung Haji.

Pemasaran.

Puan Hajjah Sabariah memasarkan produk beliau iaitu putu mayam dan putu buluh melalui jualan secara langsung kepada pembeli selain daripada membuka cawangan di tempat lain. Bagi memasarkan produk yang tahan lama seperti dodol, tempahan daripada peruncit-peruncit untuk diniagakan di kedai-kedai mereka. Selain itu, ada juga tempahan untuk putu mayam dan dodol untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan kenduri tahlil. Bagi hasil pertanian pula, kelapa sawit dan padi dijual terus ke kilang bagi mengelakkan penipuan di peringkat orang tengah. Bagi sayur-sayuran pula, beliau menjual kepada peniaga-peniaga di pasar iaitu mereka yang telah menempah lebih awal. Beliau telah membayar gaji pekerja dan duit yang selebihnya baru disimpan setelah menolak jumlah yang diperlukan untuk perbelanjaan harian.

Perakaunan.

Dari segi pengurusan perakaunan, Puan Hajjah Sabariah menguruskan sendiri akaun dengan bantuan anak. Namun hasil dari pemerhatian saya, beliau lebih suka membeli asset berupa tanah hasil dari keuntungan perniagaan selama ini.

Umum. Saya sangat gembira ketika menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud kerana hasil temu bual ini mendedahkan kepada saya bahawa di mana ada kesungguhan di situ ada kejayaan dan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Di sini jelaslah bahawa setiap suatu perkara yang dilakukan secara bersungguh-sungguh pasti mendapatkan keuntungan. Setiap usahawan perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Kesanggupan mengambil tanggungjawab terhadap hasil keputusan yang dibuat berkait rapat dengan kekuatan kawalan dalaman diri seseorang usahawan itu. Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, seorang usahawan perlu peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya. Dalam dunia yang mempunyai kadar ketidaktentuan yang tinggi, seorang usahawan perlu belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima.

5.0 Rumusan.

Secara keseluruhannya, hasil temubual dengan Puan Hajjah Sabariah binti Daud, saya dapati banyak pengetahuan baru yang didedahkan kepada saya. Seseorang usahawan itu harus tetap melaksanakan tugasan yang diberi walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan situasi akibat daripada tidak mendapat maklumat yang tepat atau perubahan yang tidak dijangka. Mereka juga perlu mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta tenang mencari penyelesaiannya. Seorang usahawan yang berjaya juga boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat atau perkongsian sumber.

Saya juga akan mendedahkan kepada murid agar mereka boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah sekiranya mereka sentiasa didedahkan perkara tersebut di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada mempunyai sikap dan cara berfikir ke arah keusahawanan, murid boleh mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi kehidupan harian yang relevan. Saya mendoakan semoga Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud sentiasa berjaya dalam bidang perniagaan dan pertanian yang diceburi beliau. Semoga beliau dan suami sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

6.0 Refleksi Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai memenuhi kehendak subjek Reka Benrtuk dan Teknologi (RBT 3119). Saya telah mencari dan cuba memahami pengertian usahawan dalam konteks yang sebenar sebelum menemuramah seseorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

Saya telah menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud iaitu seorang usahawan yang berjaya di tempat saya. Berdasarkan hasil temuramah saya, saya mendapati tidaklah mudah untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi tanpatsemangat dan keyakinan yang kental. Seorang usahawan yang berjaya seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan sesuatu projek yang diceburi. Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.

Temubual ini dapat saya aplikasikan dalam tugas saya sebagai pendidik di mana saya dapat dedahkan prinsip-prinsip keusahawanan kepada murid. Murid didedahkan kepada corak perniagaan masa depan dengan harapan akan mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Murid harus sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, murid akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan. Murid diharapkan akan mempunyai keupayaan untuk memimpin, memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan persekitarannya. Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang tidak mempunyai pengalaman, berjaya di dalam bidang yang diterokainya. Murid yang telah membudayakan keupayaan memimpin mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin dan seterunya akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Saya mengharapkan agar saya juga dapat mendedikasikan pengetahuan baru ini dalam kehidupan seharian iaitu cekal dalam dalam apa juga bentuk cabaran yang ditempuhi dan bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi..

Bibliografi.

1. Hajah Noresah bt Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/05/elemen-keusahawanan-dalam-kssr.html. dimuat turun pada 26 Ogos 2023. 3. http://www.aim.gov.my/. Dimuat turun pada 2 September 2013.

17