report bengkel sem 5

Upload: azidawa

Post on 20-Jul-2015

1.075 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH

______________________________________________________________________

PROGRAM BINA INSAN GURU

BENGKEL GURU DAN PERUNDANGAN______________________________________________________________________NAMA PELAJAR NO. KP TAJUK KURSUS : NORAZIDAWATI BINTI MOHD NAYAN : 900602-07-5688 : LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V : PISMP

KUMPULANAMBILAN MENTOR TARIKH SERAHAN

: PK(BM)/PJ SEMESTER 5: JANUARI 2010 : PUAN SURAYA BINTI BAI : 3 MEI 2012

BIODATA

NAMA NO KAD PENGENALAN UMUR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR ALAMAT

: NORAZIDAWATI BINTI MOHD NAYAN : 900602-07-5688 : 22 TAHUN : 2 JUN 1990 : HOSPITAL BUKIT MERTAJAM : KG 300 KAKI RELAU, 14200 SUNGAI BAKAP, P.PINANG

NO TELEFON MATLAMAT HIDUP

: 013-4146639 : BERBAKTI KEPADA KELUARGA

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V BENGKEL GURU DAN PERUNDANGAN SEMESTER 5 2012

1.0

PENGENALAN Program Bina Insan guru merupakan salah satu program yang wajib dijalani oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada setiap semester. Pada semester kelima, setiap pelajar dikehendaki mengikuti lawatan Benchmarking ke sekolah cemerlang dan bengkel/ceramah secara berkumpulan untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini.

Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0

RASIONAL

Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, dan mempunyai ketahanan fizikal. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan profesion keguruan dalam kalangan guruguru pelatih serta dapat memberikan sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Undang-undang perguruan merupakan panduan kepada bakal-bakal guru dalam menjalankan tugas. Di samping itu, guru pelatih PISMP IPG diharapkan dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi serta patuh terhadap undangundang yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan Negara.

3.0

MATLAMAT

Program Bina Insan Guru ini dibina dengan harapan dapat membina insan guru yang dapat menjalankan tugas dengan berdedikasi dan patuh kepada perundangan yang telah ditetapkan.

4.0

OBJEKTIF PROGRAM Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP ambilan Januari 2010 diharapkan dapat :

Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi terhadap profesion keguruan dalam apa jua keadaan. Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan guru yang berakhlak mulia dan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Meningkatkan nilai-nilai kepimpinan dan sentiasa mementingkan tugas yang diamanahkan. Memperkembangkan potensi sebagai insan dan membentuk sahsiah dan kualiti peribadi guru yang baik. Memantapkan sifat keyakinan diri dan tegas dalam menjalankan tugas.

5.0

KELEBIHAN PROGRAM Melalui program bengkel Bina Insan Guru Fasa V ini, banyak kelebihan dan manfaat yang diperolehi. Antaranya ialah : Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan peserta. Dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta. Memupuk semangat berpasukan dan berkerjasama di kalangan pelajar. Dapat menerapkan unsur-unsur positif berkaitan bidang perguruan di kalangan pelajar. Melahirkan insan guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental. Ativiti yang dijalankan sangat bersesuaian dengan objektif program. Memberikan maklumat yang mendalam mengenai perundangan dalam perguruan terhadap semua pelajar bakal guru.

6.0

KELEMAHAN PROGRAM Namun begitu, program Bina Insan Guru ini juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri iaitu: Ceramah yang dilakukan mengikut kumpulan kuliah menyebabkan pelajar kurang berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti yang dijalankan di kelas biasa memberikan suasana yang biasa dan membosankan pelajar. Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara tidak dapat dikongsi oleh penceramah dengan pelajar.

7.0

LAPORAN BIG

Sebelum Pada semester ini, Semua pelajar semester 5 diwajibkan untuk mengadakan program lawatan Benchmarking dan bengkel. Program ini dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu satu kumpulan terbahagi kepada dua buah kelas. Bagi memenuhi program ini, kelas Pendidikan Khas 2 digabung bersama Pendidikan Khas 3 untuk menjalani lawatan benchmarking dan bengkel yang akan diadakan. Seperti biasa, sebelum mengadakan sesuatu program, ahli-ahli

jawatankuasa perlulah ditubuhkan supaya program dapat dijalankan dengan lancar di bawah satu organisasi. Hasil kata sepakat mesyuarat yang dijalankan oleh semua pelajar, seorang pelajar iaitu Muhamad Haikal Bin Mansor telah dipilh sebagai orang penting untuk menjayakan program ini. Selepas itu, penyediaan kertas kerja pula diurus oleh setiausaha program iaitu Siti Aminah Bt Wahab. Seterusnya, bendahari yang disandang oleh Nurul Asma Bt Latiff juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan elaun makan pelajar bagi kumpulan kami. Di samping itu, program itu turut dijayakan oleh ahli-ahli jawatankuasa kecil yang menjalankan tugas mengikut bidang tugas masingmasing. Antara AJK kecil yang ditubuhkan untuk menjayakan program ini ialah AJK Makanan, protokol, hadiah dan cenderahati, dokumentasi, pengangkutan, buku program dan alatan. Bagi mengelolakan ceramah yang bakal diadakan, semua pelajar berbincang untuk memilih penceramah yang sesuai dengan isu yang akan dibincangkan. Hasil kata sepakat yang dicapai, para pelajar memutuskan untuk meminta jasa baik Encik Ravi Chandran dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Darulaman. Setelah menemui beliau, beliau sangat berbesar hati dan terus bersetuju dengan permintaan pelajar.

Sebelum program dilangsungkan, para pelajar menjalankan tugas masing-masing. Kedua-dua kelas bekerjasama di bawah satu organisasi bagi memastikan program yang dirancang dapat berlangsung dengan jayanya. Tarikh, masa dan tempat juga ditetapkan supaya semua individu yang terlibat mendapat maklumat lebih awal dan bersiap sedia untuk menjayakan program tersebut.

Semasa

Tarikh Masa Tempat

: 29 April 2012 : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari : Bilik Pembelajaran Jabatan Pendidikan Khas

Seperti yang telah dirancang, pada 29 April 2012, satu bengkel bertajuk Guru Dan Perundangan telah diadakan. Bengkel tersebut telah diadakan di Bilik Pembelajaran Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman. Seperti yang ditetapkan, program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu, semua pelajar dikehendaki berkumpul di bilik tersebut lebih awal iaitu pada jam 8.00 pagu untuk membuat persiapan tempat dan menyambut penceramah. Seramai 40 orang pelajar dari kumpulan Pendidikan Khas 2 dan Pendidikan Khas 3 menghadirkan diri untuk mengikuti bengkel yang bermanfaat tersebut.

Pada jam 9.00 pagi, seperti yang dijanjikan, penceramah iaitu Encik Ravinchandran A/L Visuvanathan tiba di bilik yang disediakan. Setibanya penceramah, program pada hari tersebut pun dimulakan. Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudari Faiqah dari kelas Pendidikan Khas 3. Majlis juga dilengkapkan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Hafiz. Kemudian, para peserta dibekalkan fail setiap seorang.

Setelah semua pelajar bersedia, penceramah memulakan ceramah yang bertajuk Guru Dan Perundangan. Sepanjang sesi ceramah dijalankan, semua pelajar memberikan respon yang positif dan menggalakkan. Penceramah juga sangat aktif dan bijak menarik tumpuan pelajar. Di sebalik isi penyampaiannya, penceramah turut menyelitkan unsur-unsur kecindan di dalam ceramahnya.

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.

Bacaan doa oleh Muhamad Hafiz

Encik Ravinchandran menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Guru Dan Perundangan

Semua pelajar memberikan tumpuan sepanjang ceramah berlangsung.

Antara isu yang dikemukakan oleh penceramah

Cenderamata diberiksn kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.

Antara perkara yang disampaikan oleh penceramah mengenai Guru dan Peundangan ialah seperti berikut :

Aspek perundangan dalam pengurusan murid (rujukan guru untuk lakukan apa-apa tugas): Surat Pekeliling Ikhtisas Surat Pekeliling Perkhidmatan Surat Perintah Am

Surat Pekeliling: Minggu pertama/ minggu ketiga, atau minggu kedua/ minggu keempat (satu hari sahaja dalam cuti minggu boleh berkhidmat). Jika guru dipaksa bertugas melebihi 6 hari seminggu berturut-turut, guru boleh membuat surat tidak dapat hadir untuk berkhidmat. Dan Guru Besar boleh dikenakan tindakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Guru tiada hak untuk memukul murid. Kesalahan guru yang melibatkan denda melebihi RM2000 dengan niat akan dikenakan tindakan pecat. Guru boleh didenda jika ibu bapa rasa terhina dengan tindakan guru menghukum murid walaupun dengan hukuman yang ringan. Guru hanya boleh memberi amaran bertulis sahaja kepada murid maksima sebanyak 5 kali dan seterusnya menyerahkan murid kepada Guru Disiplin untuk diambil tindakan.

Guru tidak boleh mengugut murid dan memotong markah merit murid sesuka hati. Murid mempunyai hak kebebasan berpakaian iaitu murid boleh memakai serban jika tiada peraturan sekolah yang melarang. Undang-Undang Tort dan Cuai (Negligence) /(saman sivil): Diwujudkan sebagai cara untuk ubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian. Undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu diniatkan dan kecuaian.

-

Prinsip Tort: setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan.

-

Liabiliti Tort: kecederaan kepada individu, kemusnahan harta benda dan kehilangan maruah atau harga diri.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam ceramah tersebut memberikan manfaat kepada para pelajar. Ceramah tersebut tamat pada jam 11.30 pagi. Sedikit cenderamata diberikan kepada penceramah sebagai penghargaan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu dengan para pelajar. Penceramah dan para pelajar juga dijemput ke kafe kantan untuk menjamu selera setelah program tersebut tamat.

Selepas Setelah bengkel ceramah Guru dan Perundangan tamat, semua pelajar berkumpul untuk mengemas tempat yang telah digunakan. Setiap AJK menyelesaikan tugas masing-masing supaya program dapat berakhir dengan sempurna. Setiap pelajar juga ditugaskan menghasilkan sebuah laporan refleksi bagi bengkel yang telah dijalankan ini.

8.0

REFLEKSI

Melalui program bengkel ini, saya mendapati banyak pengetahuan yang sangat berguna telah saya perolehi. Ceramah yang bertajuk Guru Dan Perundangan ini mempunyai pelbagai input dan mesej yang boleh diaplikasikan oleh seorang guru pelatih setelah menjadi guru nanti. Namun begitu, sepanjang mengikuti bengkel ini, saya dapat melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan dan kekuatannya. Antara kekuatan yang diperoleh ialah sepanjang mengikuti program bengkel ini, saya memperolehi pengetahuan yang sangat berguna mengenai undang-undang dalam menjadi seorang guru. Perkara ini sangatlah penting kepada semua guru kerana mematuhi undang-undang sangat penting bagi mengelakkan kesan-kesan negatif daripada berlaku. Saya mula menyedari tugas guru merupakan tugas yang memerlukan disiplin diri yang sangat tinggi. Di samping itu, menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang sangat tinggi di mana emosi dan mental perlu dijaga daripada melakukan sesuatu yang dilarang dalam perundangan yang ditetapkan. Antara yang saya mula pelajari ialah, seorang guru tidak boleh mempunyai body contact dengan muridnya di mana guru tidak boleh menyentuh muridnya walaupun hanya mencubit murid. Di sini dapat saya pelajari bahawa memukul murid merupakan satu kesalahan dan guru boleh didakwa sekiranya melakukan sedemikian. Selain itu, melalui ceramah ini, saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga saling tolong menolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama, kerja menjadi lebih mudah. Kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik sekali.

Melalui bengkel ini juga, sikap positif pelajar dapat dibentuk. Penglibatan pelajar sangat memuaskan. Saya sendiri berasa sangat teruja untuk mengikuti ceramah ini. melalui ceramah ini, para pelajar dapat meningkatkan sikap professionalisme sebagai seorang guru di mana semua pelajar mematuhi peraturan berpakaian secara formal dengan kemas dan bersesuaian seperti yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti ini juga, kami dapat menerapkan nilai-nilai

bertanggungjawab dan jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Perkara sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut peraturan dan tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting dalam diri seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak. Setiap individu yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan bekerja. Walaupun secara zahirnya saya berasa sangat penat, namun pengalaman yang ditimba sangat berguna sebagai bekalan untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan. Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa program BIG ini banyak membina jati diri ke arah menghasilkan insan guru yang berkualiti dan positif. Pengalaman yang diperolehi sepanjang BIG berlangsung

sememangnya membantu untuk meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada pelajar. Namun begitu, program yang dijalankan juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Perkara tersebut ialah mengenai ruang aktiviti yang kurang kondusif. Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak selesa kerana sistem pengudaraan di dalam bilik tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang keterlaluan. Hal sedemikian sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pelajar terhadap ceramah yang dijalankan.

Bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang di masa akan datang, langkah-langkah yang sepatutnya perlulah diambil. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti. Hal ini adalah kerana suasana di dalam dewan yang sangat kondusif akan memberikan keselesaan kepada para pelajar. Di samping itu, di dalam dewan juga terdapat sistem pembesar suara yang boleh memudahkan penceramah menyampaikan isinya. Cadangan kedua ialah mewujudkan jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan. Hal ini adalah supaya masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera. Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

9.0

RUMUSAN

Program Bina Insan Guru merupakan program yang befaedah serta membantu dalam melhirkan insan guru yang bersedia dalam segala aspek. Menjelang dunia globalisasi kini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Dengan adanya program BIG ini, nilai-nilai positif ke arah membentuk guru berkualiti dapat diterapkan di kalangan peserta. Program BIG merupakan satu landasan awal kepada golongan bakal pendidik untuk menyediakan diri mereka dengan tugas yang perlu dipikul semasa berkhidmat nanti. Komponen bengkel atau ceramah juga tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar. Justeru itu, program ini juga boleh membuat penambahbaikan untuk memastikan program BIG yang perlu disertai oleh semua pelajar IPGM ini mencapai objektifnya. Dalam melahirkan insan guru yang mampu melalui apa jua cabaran, program BIG merupakan program yang paling sesuai.