amali batu fizik sem 5

19
LAPORAN AMALI 2 Tajuk : Mengenal Pasti Batu-batuan Tujuan : Mengenalpasti dan mengelas batuan mengikut spesifikasi a) Batu Igneus b) Batu Sedimen c) Batu Metamorfik Pengenalan : Kerak bumi terbentuk daripada beraneka jenis batu-batuan. Setiap batu- batan ini berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitu juga dengan ahli-ahli georafi, mereka perlu mempunyai ketahanan asas tentang jenis batu-batan yang biasa terdapat dan hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyak menentukan jeni tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu Batuan Igneus, Batuan Sedimen dan Batuan Metemorfik. Pengkelasan ini dibuat berdasarkan kendungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini, tekstur batuan iaitu saiz dan betuk hablur- hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. i) Batu Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi 1

Upload: norainihussain83

Post on 19-Jul-2015

400 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali batu fizik sem 5

LAPORAN AMALI 2

Tajuk : Mengenal Pasti Batu-batuan

Tujuan : Mengenalpasti dan mengelas batuan mengikut spesifikasi

a) Batu Igneus

b) Batu Sedimen

c) Batu Metamorfik

Pengenalan :

Kerak bumi terbentuk daripada beraneka jenis batu-batuan. Setiap batu-

batan ini berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi corak, bentuk rupa,

warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan gondolan.

Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara

fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitu juga

dengan ahli-ahli georafi, mereka perlu mempunyai ketahanan asas tentang jenis

batu-batan yang biasa terdapat dan hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan

juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyak menentukan jeni

tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan.

Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang

besar iaitu Batuan Igneus, Batuan Sedimen dan Batuan Metemorfik.

Pengkelasan ini dibuat berdasarkan kendungan mineral iaitu jenis-jenis mineral

yang terdapat di dalam batuan ini, tekstur batuan iaitu saiz dan betuk hablur-

hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan iaitu susunan hablur mineral

di dalam batuan.

i) Batu Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma

dari dalam kerak bumi.. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis

dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan

kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi

1

Page 2: Amali batu fizik sem 5

lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Contohnya

batu granit, warnanya lebih cerah serta kurang padat. Batuan bes pula lebih

padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksida dan

hidroksida besi, aluminium dan magnesium. Contonya batu basalt. Batuan

igneus boleh dibahagikan kepada batu plutonik dan batu gunung berapi

mengikut asal pembentukannya.

Proses pembentukan batu plutonik disebabkan proses penyejukan yang

perlahan yang menghasilkan hablur besar dan kasar contonya granit, diorite dan

gabro. Contoh-contoh bentuk muka bumi yang terhasil adalah seperti daik, sil,

lakolit dan batolit. Batu Gunung Berapi atau Terobosan pula adalah batu

cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini

membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya

berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat

ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan

daratan tinggi lava. membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus

biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan

dan batu-batu nisan yang berukir.

Gambar menunjukkan Batuan Igneus

2

Page 3: Amali batu fizik sem 5

Batuan Sedimen

Batu Sedimen terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan

perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat

dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh

sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza

dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau

berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang

membentuk batuan Sedimen ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai,

glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan Sedimen tidak berhablur dan

seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-

hidupan halus. Batuan Sedimen inilah yang paling berbeza sekali cara

kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan Sedimen dapat

dikelaskan berdasarkan umurnya. Batuan sedimen boleh dikelaskan kepada tiga

jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya

Batuan sedimen yang terjadi secara mekanik. Batuan jenis ini terjadi

daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain.

Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak. Batuan ini terjadi

daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan

dan warnanya sangat berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari

untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang

lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar

berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu

disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).

Batuan sedimen yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan

untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin

terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

Batuan sedimen yang terjadi secara organik pula merupakan batu

yang terhasil daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya,

organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan

meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini

3

Page 4: Amali batu fizik sem 5

terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu

yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi

daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat

di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada

tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon

yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.

Batuan sedimen yang terjadi secara kimia pula merupakan batu

yang terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid

(garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di

dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang

berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Gambar menunjukkan Batuan Sedimen

Batu Metamorfik

Menurut Fardnon. J (2006), batuan metamorfik adalah batuan jelmaan

yang berasal daripada batuan igneus dan batuan sedimen. Ianya amat keras,

bersinar-sinar, cantik dan amat menarik. Ianya dibahagikan kepada dua jenis

iaitu batuan berjalur dan batuan tidak berjalur. Batuan berjalur mempunyai

4

Page 5: Amali batu fizik sem 5

susunan mineral berlapis secara selari manakala batuan tidak berjalur tidak

mempunyai lapisan.

Batu Metamorfik

Batu ini terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh

batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi.

Ianya juga lebih keras dan stabil (Kerrod, R., 2000).

Pembetukan batuan metamorfik.

Batuan metamorfik dibentuk oleh metamorfosm atau perubahan dalam

bentuk batu yang sedia ada. Tekanan dan suhu yang melampau apa yang

menyebabkan batu yang sedia ada atau Protolith untuk berubah bentuk.

5

Page 6: Amali batu fizik sem 5

Contohnya kyanite, andalusite dan garnet dan mineral

dalam jenis batu ini. Proses penting dalam batuan

metamorf adalah foliasi. Proses ini menyebabkan

kumpulan mineral yang membentuk dan datang bersama-

sama dalam lapisan. Gneist, Sabak dan Marmar adalah

contoh batuan metamorfik.

Bahan : Beberapa jenis batuan dan air.

Radas : Bikar, Slinider penyukat, alat penimbang dan kanta pembesar.

Prosedur :

1. 10 jenis batu yang berbeza dikumpul dan di bawa ke makmal.

2. Batu-batu dilabelkan.

3. Struktur semua jenis bati diperhatikan satu-persatu dengan menggunakan

kanta pembesar.

4. Perbezaan struktur antara semua jenis batu direkodkan dalam jadua 1.

5. Semua jenis bati ditimbang satu-persatu untuk mendapatkan jisim batu.

6. Isi padu batu diambil.

7. Ketumpatan baru dicari dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu.

6

Page 7: Amali batu fizik sem 5

Bahan dan radas yang digunakan

Batu-batuan yang dikumpul

Struktur batuan diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar.

7

Page 8: Amali batu fizik sem 5

Jisim batuan diambil dengan alat penimbang

Isipadu batu diambil

Isipadu awal air sebelum dimasukkan batu

8

Page 9: Amali batu fizik sem 5

isipadu air selepas dimasukkan batu.

9

Page 10: Amali batu fizik sem 5

Hasil:

Bil Gambar Jenis batu Warna Jisim (g) Isipadu

(cm3)

Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur

1 Batuan

Sedimen

Coklat

keperangan

70 40 Tiada Lembut Ya • Sedikit

kasar

• Tidak

berongga

2 Batuan

Metamorfik

Perang

keemasan

50 30 Berkilau Keras Ya • Licin

• Tidak

berongga

10

Page 11: Amali batu fizik sem 5

3 Batuan

Metamorfik

Putih 50 20 ya Keras tiada • Licin

• Tidak

berongga

4 Batuan

Igneus

Hitam 175 45 Ya Keras Tiada • Kasar

• Segi

bersudut

11

Page 12: Amali batu fizik sem 5

5 Batuan

Igneus

Putih 200 80 Ya Keras Tiada • Kasar

• Tidak

berongga

6 Batuan

metamorfik

Kelabu 100 50 Tiada Keras Berlapis • Sedikit

kasar

• Tidak

berongga

12

Page 13: Amali batu fizik sem 5

7 Batuan

Sedimen

Merah bata 50 40 Tiada Lembut Berlapis • Licin

• Berongga

8 Batuan

Sedimen

Kelabu 85 40 Tiada Keras Ya • Kasar

• Bersegi

13

Page 14: Amali batu fizik sem 5

9 Batuan

Igneus

Putih kelabu 155 60 Ya Keras Tiada • Kasar

• Tidak

berongga

10 Batuan

Igneus

Hitam 25 10 Tiada Keras Tiada • Kasar

• Tidak

berongga

Jadual menunjukkan klasifikasi dan ciri-ciri batuan

14

Page 15: Amali batu fizik sem 5

Mengira ketumpatan batu

Perbincangan:

Batu-batuan yang dipilih telah dikaji berdasarkan jenis dan ciri-cirinya.

Kami telah menemui 10 jenis batuan yang berbeza warna, struktur dan

kekerasannya. Batu-batuan tersebut dibahagikan kepada 3 jenis iaitu batu

igneus, batu enapan dan batu metamorfik.

Batu pertama dikenalpasti sebagai batuan sedimen. Ia bewarna

keperangan, tidak berkilau, berlapis, bertekstur kasar dan tidak berongga.

Batuan ini mempunyai ketumpatan 1.75 gcm3. Didapati batuan jenis Sedimen ini

15

Bil Jenis batu

Jisim (g) Isipadu (cm3)

Ketumpatan (gcm-3)

1 BatuanSedimen

70 40 1.75

2 Batuan Metamorfi

k

50 30 1.7

3 Batuan Metamorfi

k

175 45 3.9

4 Batuan Igneus

200 80 2.5

5 Batuan Igneus

100 50 2.0

6 Batuan Metamorfi

k

50 40 1.25

7 BatuanSedimen

85 40 2.13

8 Batuan Sedimen

155 60 2.6

9 Batuan Igneus

50 20 2.5

10 BatuanIgneus

25 10 2.5

Page 16: Amali batu fizik sem 5

mempunyai fosil dan sebab itulah ia berwarna keperangan. Batu kedua

merupakan batuan jenis Metamorfik. Ia berwarna putih, berkilau, keras, berlapis

dan mempunyai tekstur licin serta tidak bersudut. Ketumpatannya adalah 1.7

gcm3.

Batu ketiga merupakan batu metamorfik yang mempunyai warna putih.

Ianya berkilau, berstruktur keras serta tidak mempunyai lapisan. Ketumpatannya

adalah 3.9 gcm-3. Batuan metamorfik adalah batuan jelmaan yang berasal

daripada batuan igneus dan batuan sedimen Batu seterusnya adalah batu

Igneus yang berwarna hitam. Ianya keras dan tidak mempunyai lapisan. Dari

segi strukturnya pula, ianya kasar dan mempunyai rongga dan ketumpatannya

adalah 2.5 gcm-3.

Batu kelima pula merupakan batu Igneus yang berwarna putih. Ianya

berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Ia juga mempunyai struktur kasar

dan tidak berongga. Ketumpatannya adalah 2.0 gcm-3. Seterusnya adalah batu

metamorfik dan ianya berwarna kelabu. Ianya tidak berkilau, keras dan berlapis.

Dari segi strukturnya, ianya sedikit kasar, dan tidak berongga serta

ketumpatannya adalah 1.25 gcm-3.

Batu ketujuh adalah batu sedimen dan berwarna merah bata. Ciri-cirinya

adalah tidak berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Strukturnya adalah licin

dan berongga serta ketumpatannya adalah 2.13 gcm-3. Batu ke lapan juga

adalah batu sedimen, berwarna kelabu, tidak berkilau, keras, berlapis dan

strukturnya adalah licin dan tidak berongga. Ianya juga mempunyai ketumpatan

sebanyak 2.6 gcm-3.

Selain daripada itu, batu ke kesembilan adalah batu Igneus yang

berwarna putih-kelabu. Ianya berkilau, keras dan tidak berlapis. Ciri-cirinya

adalah kasar dan tidak berongga dan mempunyai ketumpatan 2.5 gcm -3. Batu

terakhir adalah Igeneus, berwarna hitam serta tidak berkilau, keras dan tidak

mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah kasar dan tidak berongga.

Ketumpatannya pula adalah 2.5 gcm-3.

16

Page 17: Amali batu fizik sem 5

Berdasarkan hasil kajian tersebut, batu Igneus adalah paling banyak iaitu

4 berbanding batu sedimen dan metamorfik yang masing-masing mempunyai

jumlah 3 daripada 10 batu yang dikumpul. Batu igneus ini adalah keras dan

kukuh serta ia tidak mempunyai fosil. Batu igneus di dalam kajian ini

kebanyakannya berwarna hitam dan kelabu. Ia selalunya digunakan untuk

membuat jalan raya, tugu peringatan dan batu nisan.

Batu sedimen adalah terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan

perairan. Batuan Sedimen tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil

binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batu Sedimen yang

didapati dalam kajian ini kebanyakannya berwarna coklat keperangan dan merah

bata. Batu Metamorfik pula terhasil daripada proses tekanan dan haba yang

sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus

mahupun batuan sedimen akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Batu ini

juga dikenali sebagai batu jelmaan. Batu metamorfik selalunya berwarna kelabu

atau putih keperangan.

Kesimpulan:

Batuan diklasifikasikan dengan cara mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak,

kekerasan ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu

batu igneus, metamorfik dan batu enapan.

17

Page 18: Amali batu fizik sem 5

Rujukan:

Buku

Fardnon. J (2006). Rocks & Minerals. Lorenz Books. Anness Publishing Ltd.

Hess D. (2011). Mcnight’s Physical Geography; A Landscape Appreciation, 10th

Edition. Prentice Hall. New Jersey.

Kerrod, R. (2000). Planet Earth . Minneapolis: Lerner Publication .

Lutgens F. et al (2009). Earth Science, 12th edition. Pearson Prentice Hall, New

Jersey.

Rusly M. & Nurashikin A. (2006). Geografi Alam Sekitar Fizikal. Pearson

Longman. Selangor Darul Ehsan.

Internet

iXArticle (2013).Jenis batu. Diambil daripada

http://my.ixarticle.com/articles/605218/. Dilayari pada 15 Ogos 2013.

Tripod (t.t). Pelbagai Jenis Batuan. Diambil daripada

http://inani.tripod.com/batu.htm. Dilayari pada 15 Ogos 2013.

18

Page 19: Amali batu fizik sem 5

19