bbm sem 5-kemahiran lisan

Upload: vigirnia

Post on 12-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pelajaran Harian TEMA:KebudayaanTAJUK:Pakaian TradisionalSTANDARD KANDUNGAN: 1.5 Bercerita dan memceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.STANDARD PEMBELAJARAN: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran,murid dapat:I) Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang diketahui menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan jelas dan intonasi yanag betul.II) Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang terdapat dalam maklumat pantun dan yang dilayari daripada pantun yang dibaca.

Pengisian kurikulum /Elemen merentas kurikulum: Nilai murni: Kerjasama ,hormat-menghormati, Teknologi Maklumat dan KomunikasiSistem Bahasa: Kata Nama KhasBahan Bantu Mengajar: Slaid power point, kad gambar dan lampiran aktiviti

LANGKAH DAN AKTIVITIPENGISIAN KURIKULUM/ELEMEN MERENTAS KURIKULUMCATATAN

Bercerita dengan menyebutperkataan/frasa dengan betul (Set Induksi 5 min)1. Guru menayangkan slaid power point tentang pakaian tradisional berdasarkan kad misteri (gambar pakaian ) Contoh : sari dhoti baju melayu baju kurung cheongsam samfu

2. Murid bersoal jawab tentang gambar pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan frasa yang SesuaiContoh: baju melayu baju kurung baju dhoti baju cheongsamTMK Ilmu: Sivik dan Kewarganegaraan Nilai Murni: Hormat- menghormati Lampiran 1 Slaid Power Point KP: Interpersonal

Bercerita menggunakan ayat tunggak atau ayat majmuk (Langkah 1 10 min) 1. Guru memperkenalkan pakaian tradisional di Malaysia.

TMK Nilai Murni: Tekun, kerjasama

Lampiran 2 BBB:Kad gambar BCB KB: Klasifikasi

Aktiviti Kumpulan (Langkah 2 15 min) 1.Guru membentuk kumpulan murid dan setiap kumpulan diberikan satu kad gambar pakaian tradisional 2. Secara berkumpulan, setiap murid memilih untuk menceritakan tentang ciri, warna atau kaum kesesuaian jantina pakaian tradisional tersebut menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk.TMK Nilai Murni: Tekun, kerjasama

Bercerita daripada maklumat yang Diakses (Langkah 3 15 min) 1.Murid melayari wed,murid mendapatkan maklumat tentang pakaian kaum- kaum di Malaysia yang telah guru tetapkan. http://kebudayaan.kpkk.gov. my/about/perkhidmatan/? t=45&menuid=43&c3=40&click=1 2.Murid mencatatkan maklumat yang telah diperoleh daripada internet pada lembaran kerja yang diberi.

3. Murid atau wakil kumpulan bercerita tentang pakaian tradisional berdasarkan maklumat yang telah dicatatkan.

TMK

Nilai Murni: Tekun, kerjasama

Lembaran Kerja 1 BCB: Konstruktivisme

Membina dan menceritakan ayat (Langkah 4 15 min) 1.Murid diberi lembaran kerja untuk menceritakan ayat majmuk yang sesuai berdasarkan gambar dengan merujuk maklumat dalam aktiviti 3. Bercerita isi penting internet 1.Murid mencantumkan gambar dengan memadankan pasangan yang sesuai bagi pakaian tradisional. 2. Murid bercerita tentang pakaian dan majlis yang sesuai untuk dipakai.

Nilai Murni: Semangat bermasyarakat Lembaran Kerja 2

Lampiran 3

Merumuskan Isi Pembelajaran (Penutup 5 min) 1.Guru merumuskan isi pembelajaran pada hari ini.

Nilai Murni: Menghargai

Penilaian 1.Murid bercerita tentang salah satu pakaian tradisional kaum, di Malaysia dan menyatakan kelebihannya menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk yang gramatis secara bertatasusila.

Pemulihan 1. Murid secara berpasangan bercerita tentang pakaian tradisional yang mereka miliki.

Pengayaan 1. Murid bercerita dengan rakan tentang cara membuat pakaian tradisional,berdasarkan kad gambar. 2. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang cara membuat pakaian tradisional berdasarkan gambar.

KAEDAH BERKESAN UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, katanya Dalam pengajaran Bahasa Melayu mengandungi pelbagai kemahiran .Kemahiran lisan,membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Pemerolehan kemahiran bahasa ini merupakan teras dan penguasaan bahasa baku. Huraian bagi setiap kemahiran bahasa adalah seperti yang berikut. Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi pengucapan seperti perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual. Murid juga berupaya memberikan tindak balas yang wajar Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan diberikan kepada kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan baku, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Aspek pemahaman pelbagai bahan yang dibaca dan memberikan respons yang wajar perlu diberikan penekanan.Kemahiran menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud melahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai keadah yang tepat. Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran.Pembelajaran yang berkesan memaparkan sesuatu keseronokan. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Guru akan menggunakan kaedah terus dalam pengajaran.Kaedah ini sesuai untuk pembalajaran bahasa kedua.Antara prinsip ialah hubungan terus perkataan dengan benda,perkaitan dengan pengalaman,mewujudkan ras ingin tahu,dan berkaiatan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.Guru menggunakan kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.Guru menayangkan slaid power point tentang pakaian tradisional berdasarkan kad misteri (gambar pakaian ). Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal,latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.Kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej.Di samping itu,guru telah menggunakan teknik soal jawab semasa menayangkan slaid power point.

Teknik ini merupakan teknik paling lama dan amat popular digunakan.Dengan menggunakan teknik soal jawab,ia berupayaan mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.Guru mengemukan beberapa soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang bertajukPakaian Tradisional.Soalan-soalan yang dikemukan oleh guru dapat menguji dan menilai pengalaman sedia ada murid.Soalan yang terancang dan bermutu yang disediakan oleh guru dapat menanjamkan pemikiran murid. Murid bersoal jawab tentang gambar pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan frasa yang sesuai,disamping itu guru membuat pengujian dan penilaian terhadap apa pengalaman sedia murid.

Teknik bercerita digunakan semasa guru memperkenalkan pakaian tradisional kepada murid.Guru menceritakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pakaian tradisional kepada murid.Teknik ini sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa,murid dapat menerima maklumat yang disampaikan tepat dan dapat menarik minat perhatian murid. Kebiasaannya, maklumat yang dipilih dan diceritakan oleh guru, mempunyai berkaitan dengan persekitaran murid. Selain itu, murid juga dapat dipupuk dengan rasa peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Jadi, sedikit sebanyak guru dapat membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta tanggungjawab mereka dalam masyarakat.

Teknik perbincangan digunakan semasa aktiviti kumpulan dijalankan.Murid-murid bekerjasama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik dan menyelesaikan masalah bersama.Melalui ini dapat memperkembangkan bahasa murid,dan melatih keupayaan murid melahirkan idea dengan yakin diri. Guru akan menayangkan paparan internet untuk murid mecatatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk.Teknik perbincangan dalam kumpulan digunakan.Murid boleh berkongsi idea dan maklumat yang dicatat dalam kumpulan.Di samping itu nilai murni kerjasama dan bertanggungjawab kepada masyarakat telah disemai. Murid mencatatkan maklumat yang telah diperoleh daripada internet pada lembaran kerja yang diberi. Murid atau wakil kumpulan bercerita tentang pakaian tradisional berdasarkan maklumat yang telah dicatatkan. Kaedah terus hubungan secara terus antara perkataan dengan benda ayat dengan fikirnya telah diluangkan.Murid diarah bercerita tentang pakaian dan majlis yang sesuai untuk dipakai.Kaedah ini mementingkan pengalaman sedia ada murid.Murid akan timbulkan perasaan ingin tahu nmenerusi soalan yang dikemukan oleh guru.Kaedah ini telah mengutamakan bahasa lisan ,murid akan bercerita tentang pakaian di depan ,di mana kemahiran mendengar didahulukan.Murid-murid akan dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak guru diajar.

Pada akhir P&P,guru akan membuat penilaian kepada murid,guru menggunakan kaedah oral-aural.Oral aural juga dikenali sebagai kaedah dengar-tutur.Dalam P&P ini kemahiran mendengar dan bertutur diberi keutamaan.Kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid akan dibetulkan oleh guru dan meraka akan diminta mengulang-ulang perkataan sehingga betul.Untuk murid yang tahap penguasaan rendah,mereka secara berpasangan bercerita tentang pakaian tradisional yang mereka miliki.Ini dapat murid meluangkan perasaan dengan yakin diri.Untuk murid pengayaan,mereka bercerita dengan rakan tentang cara membuat pakaian tradisional,berdasarkan kad gambar dan mereka akan membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang cara membuat pakaian tradisional berdasarkan gambar.Guru akan memberi bimbingkan kepada murid. Kelemahan yang dihadapi dengan kaedah natural ialah:Penguasaan bahasa hanya berlaku apabila memahami mesaj,bagi murid penguasaan bahasa yang rendah,mereka tidak menjawab soalan yang ditanya oleh guru.Guru perlu menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran secara bekesan.Guru terbeban kerana terpaksa menjadi sumber utama.