soalan uak pismp sem 5

24
No. Kod: PRM 3103 BAHAGIAN A (20 MARKAH) Jawab semua soalan. 1. Antara berikut yang manakah postur yang betul semasa menyanyi? I Kaki hendaklah dibukakan sedikit. II Kepala haruslah seimbang pada paksi selangka. III Badan membongkok ke depan dan dada diturunkan. IV Badan dinaikkan sedikit semasa menyanyikan ton yang tinggi. V Kedua-dua belah tangan diletakkan secara tegak ke sisi badan. (A) I dan II sahaja. (B) 1V dan V sahaja. (C) I, II dan III sahaja. (D) III, IV dan V sahaja. 2. Semasa menilai nyanyian kanak-kanak, guru perlu mengutamakan aspek (A) ketetapan melodi, perangkaian lagu dan dinamik. (B) interpretasi, serak basah dan kejelasan sebutan. 1

Upload: faiz-saleh

Post on 04-Jul-2015

417 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Uak Pismp Sem 5

No. Kod: PRM 3103

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. Antara berikut yang manakah postur yang betul semasa menyanyi?

I Kaki hendaklah dibukakan sedikit.

II Kepala haruslah seimbang pada paksi selangka.

III Badan membongkok ke depan dan dada diturunkan.

IV Badan dinaikkan sedikit semasa menyanyikan ton yang tinggi.

V Kedua-dua belah tangan diletakkan secara tegak ke sisi

badan.

(A) I dan II sahaja.

(B) 1V dan V sahaja.

(C) I, II dan III sahaja.

(D) III, IV dan V sahaja.

2. Semasa menilai nyanyian kanak-kanak, guru perlu mengutamakan aspek

(A) ketetapan melodi, perangkaian lagu dan dinamik.

(B) interpretasi, serak basah dan kejelasan sebutan.

(C) perangkaian lagu, inte.rpretasi dan serak basah lagu.

(D) kejelasan sebutan, ketetapan melodi dan perangkaian lagu.

1

Page 2: Soalan Uak Pismp Sem 5

No. Kod: PRM 3103

3. Penghasilan sesebuah nyanyian yang baik perlu mengaplikasikan teknik

nyanyian yang betul dan tepat. Antaranya ialah melalui pernafasan dan

perangkaian,............................, resonan dan postur.

(A) legato

(B) staccato

(C) artikulasi

(D) kreativiti

4. Jika kumpulan koir dua lapisan suara terdiri daripada penyanyi lelaki dan

perempuan, maka lapisan suara...........................untuk perempuan dan

.........................untuk lelaki digunakan.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di atas.

(A) soprano dan alto

(B) alto dan tenor

(C) alto dan bas

(D) soprano dan bas

2

Page 3: Soalan Uak Pismp Sem 5

No. Kod: PRM 3103

5. Antara yang berikut , corak irama yang manakah merupakan permulaan

lagu ‘Negaraku’?

(A)

(B) . . (C) .

(D) . .

Soalan 6 adalah berdasarkan skor lagu berikut.

6. Berpandukan skor lagu di atas, manakah tempat yang paling sesuai untuk

menarik nafas?

(A) I

(B) II

(C) III

(D) IV

No. Kod: PRM 3103

Soalan 7 adalah berdasarkan skor lagu yang berikut.

3

4

44

4

4

44

4

Page 4: Soalan Uak Pismp Sem 5

Lagu Permainan Kanak-kanak Negeri Pahang

7. Lirik yang paling sesuai pada bar ke dua dan ke tiga ialah

(A) Ikan Duyung

(B) Nenek Kebayan

(C) Mak Yong Dedek

(D) Nek Nak Buyung

No. Kod: PRM 3103

Soalan 8 adalah berdasarkan skor lagu yang berikut

4

Page 5: Soalan Uak Pismp Sem 5

Lagu Permainan Kanak-kanak Negeri Kelantan

8. Ciri-ciri lagu kanak-kanak yang paling sesuai dengan lagu ini ialah

(A) jarak di antara satu not dengan satu not yang lain agak rapat.

(B) banyak menggunakan not-not yang mendatar.

(C) tidak melebihi dari lima not.

(D) melodi yang pendek.

No. Kod: PRM 3103

5

Page 6: Soalan Uak Pismp Sem 5

9. Antara yang berikut , manakah lagu yang tidak membawa sebarang

maksud tetapi memberi makna tersendiri dan berupaya menarik minat

kanak-kanak menyanyikannya?

(A) Cak Cekur.

(B) Sekapur Sireh.

(C) Tepuk Amai-amai.

(D) Sepuluh Budak Hitam.

10. Fungsi lagu kanak-kanak dapat dikesan menerusi lirik lagu yang

dinyanyikan. Lagu “Endoi-endoi Cak” dinyanyikan untuk menggambarkan

situasi berikut.

(A) mendodoi.

(B) permainan.

(C) usik mengusik.

(D) sindiran.

No. Kod: PRM 3103

6

Page 7: Soalan Uak Pismp Sem 5

11. Penciptaan lagu-lagu patriotik amat penting agar difahami maksud dan

mesejnya

Pilih aspek-aspek berikut yang benar tentang penceritaan lagu-lagu

patriotik.

I Cintakan Negara atau tanahair.

II Memberi motivasi kekuatan diri atau jati diri.

III Kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.

IV Menjurus kepada pujian terhadap Allah, kata-kata hikmah dan nasihat.

(A) I dan II sahaja.

(B) 1V dan V sahaja.

(C) I, II dan III sahaja.

(D) III, IV dan V sahaja.

No. Kod: PRM 3103

Soalan 12 adalah berdasarkan petikan lirik lagu berikut.

7

Page 8: Soalan Uak Pismp Sem 5

12. Penciptaan lagu-lagu patriotic tidak terhad dalam rentak march(Alamarcia)

sahaja, malah boleh dicipta dalam pelbagai rentak dan irama untuk

menyampaikan mesej.

Bentuk irama yang digunakan bagi petikan lagu di atas ialah

(A) Balada.

(B) Cha-cha.

(C) Twist.

(D) Zapin.

No. Kod: PRM 3103

8

Sekapur Sirih

Sekapur sirih sekapur sirih seulas pinang

Diberi bekal diberi bekal buat peransang

Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang

Ketengah medan ketengah medan pergilah berjuang

Biarlah gugur biarlah gugur bertumpah darah

Biar berlengkar biar berlengkar di medan perang

Janganlah undur janganlah undur menyerah kalah

Pantang pendekar pantang pendekar di tengah gelanggang

Janganlah sediah janganlah sedih meninggal kami

Senjata disandang senjata disandang sebagai ganti

Kami berdoa kami berdoa setiap hari

Selamat pergi selamat pergi selamat kembali

Page 9: Soalan Uak Pismp Sem 5

13. Rentak march kebiasaannya mengiringi lagu-lagu patriotik. Ia

menimbulkan sesuatu mood yang sangat berbeza dengan rentak-rentak

muzik yang lain.

Pilih pernyataan yang paling sesuai dengan mood rentak march.

(A) Rancak.

(B) Bertenaga.

(C) Bersemangat.

(D) Kemerdekaan.

No. Kod: PRM 3103

9

Page 10: Soalan Uak Pismp Sem 5

Soalan 14 dan 15 adalah berdasarkan skor lagu berikut.

14. Apakah rentak yang paling sesuai untuk menyanyikan lagu di atas?

(A) Joget.

(B) Masri.

(C) Cha-cha.

(D) Sentimental.

15. Apakah not yang paling rendah dalam keratan lagu di atas?

(A) Not F

(B) Not E

(C) Not G

(D) Not B

No. Kod: PRM 3103

10

Page 11: Soalan Uak Pismp Sem 5

16. Apakah ciri utama yang menentukan lagu “Rasa Sayang” sebagai lagu rakyat?

(A) Tempo.(B) Rentak.(C) Senikata.(D) Nada lagu.

17. Lagu-lagu tradisional dibahagikan kepada dua genre atau istilah iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat.

Lagu-lagu ini disebarkan hingga ke hari ini melalui satu proses yang berikut

(A) Warisan secara bertulis.(B) Warisan secara lisan.(C) Rakaman audio.(D) Tanpa warisan.

18. Berikut adalah keistimewaan lagu tradisional.

Pilih kenyataan yang salah tentang fungsi lagu tradisional.

(A) Merupakan khazanah suci, mulia, magis dan simbolis serta teks kritis tentang perlakuan manusia dalam masyarakat.

(B) Wujud sebagai alat dan wahana pengucapan emosi dan perasaan.

(C) Memuja atau memuji pemimpin atau pejuang negara.

(D) Merupakan gedung warisan nilai dan norma.

No. Kod: PRM 3103

11

Page 12: Soalan Uak Pismp Sem 5

19. Lagu-lagu tradisional yang dinyanyikan dalam rentak asli terdiri daripada pantun-pantun Melayu yang merupakan cetusan emosi serta menggambarkan perasaan

(A) semangat, perjuangan dan kasih irri.(B) cinta asyik, berahi dan kasih irri. (C) sedih, hiba dan kekecewaan.(D) cinta, budi dan berahi.

20. Seni Muzik Boria adalah sejenis lagu tradisional yang wujud pada zaman berikut

(A) Zaman Kelasik.(B) Zaman Sebelum Penjajahan.(C) Zaman Selepas Merdeka.(D) Zaman Revolusi.

No. Kod: PRM 3103 Angka Giliran:______________________

12

Page 13: Soalan Uak Pismp Sem 5

BAHAGIAN B

(40 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. Kumpulan nyanyian yang paling besar adalah kumpulan koir yang terdiri daripada empat lapisan suara.

Terangkan irri-ciri setiap lapisan suara tersebut.

i. Soprano

..............................................................................................................

..............................................................................................................

ii. Alto

..............................................................................................................

..............................................................................................................

iii. Tenor

..............................................................................................................

..............................................................................................................

iv. Bass

..............................................................................................................

..............................................................................................................

(10 Markah)

No. Kod: PRM 3103 Angka Giliran:______________________

13

Page 14: Soalan Uak Pismp Sem 5

Soalan 2 adalah berdasarkan skor lagu berikut.

2. Lengkapkan tempat kosong berikut dengan jawapan yang sesuai.

i. Meter bagi lagu ini ialah.....................................................................

ii Pic (not) yang tertinggi dalam melodi lagu ini ialah............................

iii Namakan tiga jenis not yang digunakan untuk menghasilkan melodi

ini........................................................................................................

iv Lagu ini adalah dalam nada...............................................................

V Lagu ini mengandungi ......................................bar.

(10 Markah)

No. Kod: PRM 3103 Angka Giliran:______________________

14

Page 15: Soalan Uak Pismp Sem 5

Soalan 3 berdasarkan pantun berikut.

Jawab soalan di bawah dalam ruangan yang disediakan.

3. Pantun di atas adalah untuk lirik sebuah lagu

i. Ciptakan corak irama tanpa melodi berdasarkan perkataan dalam

pantun tersebut. Gunakan samada meter atau

ii. Sesuaikan letak suku kata dengan not-not yang digunakan.

(10 Markah)

No. Kod: PRM 3103 Angka Giliran:______________________

15

Dari Tampin ke Tanjung Bidara

Singgah mari ke rumah Cik Nyonya

Bersatu kita membina Negara

Menuju wawasan ibunda tercinta

Page 16: Soalan Uak Pismp Sem 5

4. Setiap lagu kanak-kanak mempunyai fungsi tersendiri yang memainkan

peranan dalam membentuk melodi, lirik serta ekspresi lagu-lagu tersebut.

Jelaskan fungsi-fungsi berikut serta berikan contoh lagu yang sesuai.

i. Mendodoi

.............................................................................................................

.............................................................................................................

Contoh lagu.................................................

ii Pendidikan

.............................................................................................................

................. ............................................................................................

Contoh lagu.................................................

iii Permainan

............................................................................................................

............................................................................................................

Contoh lagu................................................

iv Usik Mengusik

..............................................................................................................

..............................................................................................................

Contoh lagu................................................

V Sindiran

..............................................................................................................

..............................................................................................................

Contoh lagu................................................

(10 Markah)

No. Kod: PRM 3103 Angka Giliran:______________________

16

Page 17: Soalan Uak Pismp Sem 5

BAHAGIAN C

(40 MARKAH)

1. Lagu Kanak-kanak biasanya mengingatkan kembali zaman kanak-kanak

anda dan semasa persekolahan serta merupakan satu bentuk hiburan yang

amat berkesan dalam setiap gerak-geri dan aktiviti harian kanak-kanak.

a) Huraikan dua ciri yang terdapat dalam lagu kanak-kanak.

(4 Markah)

b) Jelaskan empat unsur nilai yang terdapat dalam lagu kanak-kanak

dengan memberi contoh lirik lagu bagi setiap unsur tersebut.

(16 Markah)

2. Anda ingin mengambil bahagian dalam satu pertandingan nyanyian koir

lagu-lagu Patriotik di IPG anda. Rakan-rakan kumpulan anda telah sebulat

suara melantik anda sebagai ketua kumpulan koir tersebut.

Rangka lima langkah persediaan yang akan anda lakukan untuk

menentukan kejayaan bagi kumpulan anda.

(20 Markah)

3. Terdapat beberapa ciri nyanyian lagu tradisional khasnya seperti dalam

nyanyian lagu-lagu ghazal, asli dan keroncong.

Huraikan dengan jelas ciri nyanyian, patah dan irama lagu dalam lagu-lagu

ghazal, asli dan keroncong.

(20 Markah)

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

17

Page 18: Soalan Uak Pismp Sem 5

18