laporan big ceramah sem 3

Upload: syaza-izzati

Post on 03-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Semester 3

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

BilPerkaraMuka Surat

1.0Biodata2

2.0Pengenalan3

3.0Matlamat5

4.0Objektif8

5.0Jadual Perlaksanaan9

6.0Kandungan6.1Laporan Sebelum10

6.2Laporan Semasa11

6.3Laporan Selepas13

6.4Laporan Keseluruhan14

7.0Refleksi Kendiri19

8.0Penilaian Kendiri21

9.0Lampiran23

1.0 BIODATA

NAMA SYAZA IZZATI BINTI MOHD AMIR

JANTINAPEREMPUAN

BANGSA MELAYU

STATUS PERKAHWINANBUJANG

KUMPULAN PENGAJIANPISMP BAHASA MELAYU

SEMESTER3

ALAMAT NO. 496 KAMPUNG TABUAN HILIR, JALAN SETIA RAJA, 93450 KUCHING, SARAWAK

NO. TELEFON0132937001

NAMA WARIS TERDEKATHAJIJAH BINTI DAUD

HUBUNGAN IBU

NO. TELEFON WARIS TERDEKAT0168080870

2.0 PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji.

Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Program ini dijalankan berdasarkan Sukatan Wajib Pro Forma (WAJ 3114) yang wajib ke atas setiap Guru Pelatih. Program ini melibatkan semua pelajar Institut Pendidikan Guru. Melalui aktviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program Bina Insan Guru mula dlaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Satu sukatan pelajaran yang standard telah disediakan bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan tanggungjawab Insan Guru.

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Program ini juga bagi melahirkan kesedaran diri akan peranan sebagai seorang guru.

YAB Dato Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.

3.0 MATLAMAT\Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program BIG ( Ceramah) yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG ini juga mampu melahirkan seorang waga pendidik yang mempunyai nilai empati yang tinggi supaya sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat sekeliling. Tambahan pula, BIG, khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan dalam dunia pada masa sekarang

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURUGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUUntuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi Negara di Malaysia

MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUUntuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara

OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU1. Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah1. Membina insan guru berakhlak mulia, berilmu, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan1. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berterusan1. Mengembangkan institusi pengurusan sebagai pusat khidmat rujukan dalam bidang keguruan

IKRAR RUKUNEGARABahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:1. Kepercayaan kepada Tuhan 1. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 1. Keluhuran Perlembagaan 1. Kedaulatan Undang-undang 1. Kesopanan dan Kesusilaan

4.0 OBJEKTIF

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut :-

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.4.2 Memupuk nilai empati dan prihatin terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan guru-guru pelatih.4.3 Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.4.4 Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.4.5 Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.4.6 Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

5.0 JADUAL PERLAKSANAAN

Tarikh: 2 Febuari 2013Hari: SabtuMasa: 7.00 Pagi 3.00 Petang.Tempat: Prasekolah IPG Kampus Batu LintangKumpulan Sasaran: PISMP Bahasa Melayu 2012: PISMP Pra Sekolah 2012: PISMP Bahasa Cina 1 2012: PISMP Bahasa Cina 2 2012: PISMP TESL 1 2012: PISMP TESL 2 2012: PISMP TESL 3 2012: PISMP TESL 4 2012

6.0 KANDUNGAN

6.1 Laporan Sebelum Bina Insan Guru(Ceramah Kesantunan Berbahasa dan Mendengar Secara Aktif)

Para Guru Pelatih diwajibkan untuk menghadirkan diri dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Ceramah bagi semester 3. Ceramah pada kali ini dijadualkan akan berlangsung pada 1 Februari 2013 di dewan Kuliah A. Satu jatawatankuasa telah ditubuhkan untuk melancarkan lagi perancangan perjalanan program kali ini.Setelah mencapai kata sepakat, Saudara Philemon Kana, guru pelatih dari kumpulan TESL 3 telah dipilh sebagai pengerusi BIG untuk fasa ini. Segala perancangan dan susun atur majlis telah direncanakan oleh organisasi dengan bantuan Encik Michael Tarang. Segala maklumat tentang program akan disampaikan oleh wakil-wakil kumpulan kepada ahli kumpulan masing-masing. Segala masalah dan halangan diselesaikan secepat mungkin sebelum berlangsungnya ceramah. Diharap ceramah yang telah dirancang mampu berlangsung dengan jayanya.

6.2 Laporan Semasa Bina Insan Guru(Ceramah Kesantunan Berbahasa dan Mendengar Secara Aktif)

Pada 1 Februari 2013, ceramah telah berlangsung seperti apa yang telah direncanakan. Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah kaunselor IPG, Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh penceramah ialah Kesantunan berbahada dan kemahiran Mendengar secara aktif. Ceramah berlansung di dewan kuliah A. Walaupun nampak agak sesak, namun para pserta tetap bersemangat untuk menghadiri ceramah ini dan sekaligus memperoleh maklumat daripada ceramah yang disampaikan. Kesemua guru pelatih ambilan Januari 2012 diwajibkan untuk menghadirkan diri. Seramai 186 orang peserta daripada 8 buah kumpulan kesemuanya gagah menghadirkan diri untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Lydia.Ceramah yang disampaikan oleh Puan Lydia berbantu slaid pembentangan yang membolehkan para peserta memperolh maklumat yang lebih tentang ceramah yang disampaikan. Berdasarkan ceramah ini, kesantunan berbahasa merupakan cara komunikasi yang mampu mengurangkan kegurisan hati yang timbul dalam komunikasi. Kesantunan berbahasa terbahagi kepada tiga komponan iaitu : Bahasa lisan Bahasa tulisan Bahasa tubuh.Kemahiran lisan terbahagi pula kepada dua, iaitu kemahairan mendengar dan bertutur. Menurut penceramah, sebagai seorang guru, para peserta perlu mahir dalam kedua-dua bahasa lisan supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan secara efektif.

Di samping itu kami turt dideahkan dengan kemahiran mendengar secara aktif. Mendengar meruapak kebolehan setiap individu yang sempurna sifatnya. Namun begitu, tidak semua orang mampu mendengar secara aktiff. Terdapat beberapa ciri penting dalam kemahiran mendengar secara aktif : Mengadakan interaksi secara berhadapan. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan. Menunjukkan tanda pemahaman dengan jelas.

Pada akhir ceramah, pengerusi BIG, Saudara Philemon Kana telah dijemputoleh Pengacara majlis untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Lydia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak kami.

6.3 Laporan Selepas Bina Insan Guru( Ceramah Kesantunan Berbahasa dan Mendengar Secara Aktif )

6.1 Setelah tamat sesi ceramah, kehadiran untuk setiap kumpulan ditandatangani oleh individu masing-masing. Selain itu, laporan perlu disiapkan dan dihantar dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Sepanjang ceramah ini berlangsung juga, banyak gambar dan video yang diambil untuk tujuan pendokumentasian.Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang program BIG kali ini amat berguna dan perlu diaplikansikan dalam kehidupan seorang bakal guru yang bercita-cita besar untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi kebanggaan Negara suatu hari kelak.

6.4 Laporan Keseluruhan Bina Insan Guru( Ceramah Kesantunan Berbahasa dan Mendengar Secara Aktif )

LAPORAN BINA INSAN GURU (SEMESTER 3) KESANTUNAN BERBAHASA DAN KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AFTIF BAGI KUMPULAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2013 Pada 1 Februari yang lalu, Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-empat untuk guru pelatih yang berada di semester yang ketiga telah didakan di Dewan Kuliah A. Program kali iniberbentuk ceramah. Ceramah disampaikan oleh Puan Kaunselor IPGKBL, Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah. Tajuk cermah yang disampaikan kepada kami ialah, Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar secara Aktif. Memandangkan program ini merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua guru pelatih, bornag kehadiran telah diedarkan kepada setiap kumpulan untuk ditandatangani. Semua guru pelatih Berjaya untuk menghadirkan diri dalam program ini. Perkara ini boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan kepada masyarakat bahawa guru pelatih amat menitikberatkan soal disiplin dalam kehidupan mereka. Mereka menghadirkan diri kerana konsep kedisiplinan yang tinggi dalam diri mereka. Tajuk ini diperkenalkan sebagai tajuk untuk ceramah BIG kerana tajuk ini sangat berkaitan dan penting dalam kehidupan setiap individu amnya dan kerja keguruan khasnya. Hal ini terbukti penting dalam karier keguruan kerana, guru merupakan insan atau individu yang amat dikagumi dan dipercayai oleh para pelajar setelah ibubapa mereka. Oleh itu, contoh dan tauladan yang baik perlu ada dalam diri setiap guru. Guru yang baik perlu mempunyai kesantunan berbahasa. Tidak semestinya kita seorang guru hanya perlu meninggikan suara dan mempercayai kebenaran hanya milik kita. Pada hakikatnya, guru juga manusia biasa dan perlu untuk mendengar pendapat dan idea orang lain, pelajar mereka khasnya. Sepanjang ceramah BIG ini berlansung, banyak pengetahuan baru yang para peserta oleh. Secara keseluruhannya, peserta yang menghadiri ceramah ialah seramai 186 orang.Sepanjang ceramah berlangsung, para peserta iaitu guru pelatih memberi sepenuh perhatian dan kerjasama kepada penceramah. Selama tiga jam ceramah berlansung banyak maklumat dan pengetahuan baru yang diperolehi oleh peserta. Di samping itu, para peserta member respon yang baik apabila ditanya oleh penceramah. Semuanya mendengar secara aktif dan berkesan. Ceramah bukan hanya dilakukan secara verbal oleh penceramah tetapi juga ditayangkan slaid untuk lebih member kefahaman kepada para peserta. Slaid tersebut juga banyak membantu para peserta untuk memberi lebih tumpuan sepanjang berlansungnya ceramah. Maklumat yang dipaparkan di dalam slaid amat padat dan mudah untuk difahami seiring dengan ceramah yang diberikan oleh Puan Lydia.Antara isi ceramah yang disampaikan pada hari tersebut ialah berkaitan dengan kesantunan berbahasa dan kemahiran mendengar secara aktif. Bagi tajuk kesantunan berbahasa, difinisi serta ciri-ciri kesantunan berbahasa terlah didedahkan kepada para peserta. Mengikut difinisi keseluruhan yang saya fahami, kesantunan berbahasa membawa maksud, cara berkomunikasi tidak kira sama ada secara lisan atau tulisan yang mampu menjaga hati para pendengar dan juga individu disekeliling. Antara cirri penting dalam kesantunan berbahasa ialah mengadakan komunikasi secara berdepan. Komunikasi secara berdepan boleh mengurangkan kesalahfahaman antara individu-individu yang berkomunikasi.Selain itu, para peserta turut diberi maklumat tentang kemahiran mendengar secara aktif. Kemahiran mendengar secara aktif tidak mampu dimiliki oleh semua individu secara semula jadi. Pendengaran secara aktif dipengaruhi oleh minat dpendengar kepada apa yang didengarnya. Selain itu, kepentingan apa yang didengar kepada pendengar juga mempengaru pendengaran secara ektif ini berlaku. Apabila individu tidak berminat dengan apa yang didengar olehnya, maka pendengaran secara aktif tidak mudah untuk dicapai. Bagi situasi lain pula, walaupun pendengar tidak minat terhadap apay yang didengar tetapi perkara tersebut membawa kepentingan kepadanya atau organisasi, maka pendengaran secara aktif akan berlangsung tanpa disedari mahupun secara terancang.Ceramah berakhir tepat pada pukul 5 petang. Sepanjang tiga jam berlangsungnya ceramah, semua peserta kelihatan begitu bersemangat dan teruja untuk menerima ilmu dan pengetahuan baru. Sebelum mengakhiri majlis, pengerusi Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 4 , Saudara Philemon Kana telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati sebagai menghargai penceramah, Puan Lydia. diharap melalui ceramah ini para peserta mampu menjadi seorang guru yang seimbang dan berguna kepada nusa, bangsa dan Negara.

Gambar 1 : Para peserta bersedia di dalam Dewan Kuliah A menunggu kehadiran penceramah.

Gambar 2 : Para peserta fokus sepanjang ceramah dengan bantuan slaid pembentangan.Gambar 3 : Guru Pelatih menyalin nota-nota penting sepanjang ceramah berlangsung.

Gambar 4 Pengerusi BIG Fasa 4 menyampaikan cenderahati kepada Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah selaku penceramah.

Disediakan oleh;

(SYAZA IZZATI BINTI MOHD AMIR)PISMP BM AMBILAN JAN 2012IPG KAMPUS BATU LINTANG.

7.0 REFLEKSI INDIVIDUBersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 1 Februari 2012, telah menghadiri cerama yang bertajuk Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar dengan Aktif. Ceramah ini telah berlangsung di Dewan Kuliah A selama 3 jam. Program ini telah dilaksanakan dan dihadiri dengan jayanya oleh kesemua pelajar semester 3 PISMP ambilan Januari 2012. Sepanjang program ini berlangsung saya mendapati banyak kekuatan daripada kelemahan. Kekuatan utama yang saya dapati sepanjang berlangsungnya ceramah ini ialah, memberi ilmu dan pengetahuan yang baru dalam komunikasi. Perkara ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Walaupun kesemua peserta mampu berkomunikasi sebelum ini, tetapi tidak semua yang tahu ciri-ciri serta amalan-amalan baik untuk menjadikan komunikasi tersebut lebih baik dan efektif. Selain itu, sepanjang sesi ceramah juga, penceramah amat komited terhadap penyampaiannya. Perkara ini memberi impak positif kepada para peserta ceramah. Semangat untuk terus mendengar menjadi lebih baik dengan kehadiran penceramah yang memberi komitmen yang tinggi. Penceramah tidak hanya memberi ceramah secara terus-terusan tetapi juga terdapat komunikasi dua hala antara penceramah dan peserta. Ia merupakan pendekatan yang baik untuk terus menarik perhatian para peserta untuk terus setia mendengar ceramah yang disampaikan. Cara penyampaian penceramah juga amat efektif dengan bantuan slaid pembentangan yang dipaparkan dihadapan dewan kuliah. Ini membantu guru pelatih untuk menyalin isi-isi penting yang berguna sepanjang ceramah.Hanya satu kelemahan yang saya rasa sepanjang ceramah ini iaitu, tempat berlangsung ceramah tidak kondusif untuk peserta seramai 186 orang. Tempat yang lebih besar diperlukan untuk menjadikan suasana lebih kondusif dan peserta boleh mendengar ceramah dalam suasana yang lebih selesa. Bagi masa yang akan datang, saya cadangkan untuk ceramah diadakan di tempat yang lebih besar dan seles, contohya di auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Selain itu, jika tidak menukarkan lokasinya inisiatif lain yang boleh diambil ialah dengan menjadikan ceramah kepada beberapa fasa. Maka jumlah pesertanya akan lebih sesuai dengan keadaan tempat berlangsungnya ceramah.Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Sebabnya ialah saya berpeluang menimba banyak ilmu.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Syaza Izzati Binti MOhd AmirPISMP BM Ambilan Jan 2012

8.0 PENILAIAN KENDIRI

Sepanjang ceramah kesantunan berbahasa dan kemahiran mendengar secara aktif yang telah saya hadiri, pelbagai perkara saya boleh kaitkan dengan kehidupan seharian saya. Saya merasakan ceramah ini terlalu hampir dengan kehidupan saya sebagai seorang bakal guru. Seorang bakal guru perlu mempunyai kesantunan berbahasa yang tinggi dan juga kemahiran mendengar secara aktif. Seorang guru merupakan model kepada para pelajarnya. Disamping itu, melalui ceramah ini juga saya dapat melihat betapa pentingnya seorang guru mempunyai ilmu yang banyak dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, seorang guru sering diberi pandangan bahawa mereka mengetahui semua benda. Oleh itu, ceramah ini banyak membantu saya mendapat ilmu baru mengenai kesantunan berbahasa dan juga kemahiran mendengar secara aktif.Ceramah ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru pelatih dan sekaligus pendidik anak bangsa pada masa akan datang. Pelbagai situasi boleh dikaitkan dengan kesantunan berbahasa dan juga kemahiran mendengar secara aktif ini. Sebagai contoh, saya bagi kesantunan berbahasa, seorang guru perlu menitikberatkan perkara ini. Hal ini demikian kerana, seperti kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, guru perlu mahir dalam kesantunan berbahasa dan sekaligus mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Guru merupakan sumber inspirasi dan idola bagi para pelajarnya. Oleh itu, sikap dan tingkah laku serta kesantunan berbahasa dalam kalangan guru amat jelas merupakan aspek penting. Guru yang mempunyai kesantunan bahasa yang tinggi mampu memberi impak positif dalam kehidupan anak didiknya. Dalam satu situasi dimana guru perlu memarahi para pelajarnya yang melakukan kesalahan, guru tersebut tidak perlu untuk terus memaki hamun mereka dihadapan pelajar lain. Banyak lagi cara yang boleh diambil untuk menjadikan komunikasi tersebut lebih berkesan. Guru yang berkesantunan berbahasa akan menggunakan pendekatan yang positif dalam menyelesaikan perkara ini. Oleh itu,saya merasakan tajuk ceramah ini amat sesuai untuk diketengahkan kepada para guru pelatih.

Bagi kemahiran mendengar secara aktif pula, ceramah ini mampu memberi kesedaran dalam diri saya. Mendengar secara aktif meruapakan salah satu keperluan untuk tampil sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Selain daripada menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam mengejar segulung ijazah sarjana muda pendidikan, kita juga akan mudah untuk didekati oleh para guru pelatih yang lain dan juga pensyarah dan staff. Seorang pendengar yang mendengar secara aktif akan digemari oleh masyarakat kerana mereka dilabel sebagai insane yang pandai menghargai orang. Hal ini kerana, apabila orang lain senang bercakap dan kita sebagai pendengar memberi respon yang sebaik mungkin, maka mereka akan merasa senang untuk terus berkomunikasi dengan kita. Fakta ini boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan harian seorang guru pada masa akan datang. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kemahiran mendengar secara aktif amat perlu dipelajari dan dipraktikkan supaya kita mampu tampil sebagai individu yang berjaya. Kita bakal mendidik anak bangsa yang diibaratkan sebagai sehelai kain putih, betul didikan kita, maka betullah corak yang terukir. Betuk corak yang terukir, cantiklah hasil kain putih yang kosong itu tadi. Secara keseluruhannya, jadilah seorang guru pelatih yang lengkap dari segi kognitif dan juga kemahiran bersosial. Kita merupakan harapan bangsa untuk menjadi arkitek yang membina kehidupan generasi akan datang. Ilmu yang saya pelajari dan perolehi sepanjang menghadiri ceramah kesantunan berbahasa dan kemahiran mendengar secara aktif tersebut akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya. disamping mengaplikasikannya sendiri, saya juga akan mendidik para pelajar saya nanti untuk mementingkannya.

9.0 LAMPIRAN

16