ceramah big thilaga

Upload: annreetha-anthony

Post on 13-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

AMBILAN JUN 2011

SEM 8KERTAS KERJA

CERAMAH SURAT PEKELILING & IKHTISASPENGANJUR :

PPG BTM 1 & PSV 2&

SJK(T) VAGEESARPENSYARAH PEMBIMBING :

PN.RAJAMPENGENALAN

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

MATLAMAT

Ke arah mempertingkatkan lagi perkembangan profesionalisme di kalangan guru.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada semua guru tentang kandungan surat-surat pekeliling ikhtisas terutamanya yang melibatkan aktiviti ko-kurikulum.

2. Memberi pengetahuan kepada para guru mengenai aspek-aspek keselamatan dan kesihatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.

3. Memberi ilmu kepada para guru tentang prosedur ataupun piawaian yang perlu diikuti dalam melaksanakan tugas harian.4. Memupuk keyakinan diri dan meningkatkan motivasi guru untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum di sekolah dengan lebih berkesan.KUMPULAN SASARAN

Semua Pelajar BTM 1 & PSV 2Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

PENGANJUR

Semua Pelajar BTM 1 & PSV 2 PPG & SJK(T) Vageesar.

CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPATTarikh

: 19.03.2015 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat

: SJKT VageesarPERSONALIA :BilTajuk & PenceramahTarikhMasaTempat

1.Keselamatan & KesihatanEn.Azron Bin Suradi

(Penolong PPD

Unit Ko-kurikulum)19.03.2015 (Khamis)

9.00 pagi

hingga

11.00 pagi.SJKT Vageesar

2.Aduan & SiasatanTn.Hj.Maarof Bin Muhsin

(Penolong PPD

Unit Siasatan & Aduan)19.03.2015 (Khamis)

11.00 pagi

hingga

1.00 tgh.SJKT Vageesar

SUMBER KEWANGAN

BilSumber

1. Sumbangan pelajar PPG BTM 1

28 orang x RM40.00 RM 1120.00

JUMLAH RM 1120.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkara

1.Kudapan RM 120.00

2.

Pengangkutan RM 800.00

3.Cenderahati Penceramah RM 200.00

JUMLAH RM 1120.00

JAWATANKUASA INDUKPenasihat

: PN.RAJAM (Pensyarah Pembimbing Program

BIG PPG BTM 1) PengerusI

: PN.K.SATHIAVANI N/Pengerusi: PN.K.MAGESWARY

Setiausaha

: PN.THILAKA

P/Setiausaha : PN.KOGILABendahari

: PN.K.RADHAAJK

: PN.ESWARY

PN.KALAIVANI

PN.CLARA RANIJAWATANKUASA KERJA

1. Kertas Kerja: 1. PN.T.RAJINI

2. PN.R.S.SIVANESWARI

3. PN.S.BAWANI

2. Pengangkutan: PN.INDRA GANDHI

3. Makanan: 1. PN.VIJAYALETCHUMY

2. PN.ARUL

3. PN.KALAIMATHI

4. PN.THIRUSELVI

4. Jurugambar: PN.NALAYINI

5. Cenderahati:PN.TACHAINEEATURCARA PELAKSANAAN PROGRAM

MasaPerkara

6.00 pagiPara guru berkumpul di SJKT Lorong Jawa

6.30 pagiKudapan

7.00 pagiBertolak ke SJKT Vageesar

9.00 pagiCeramah 1 Keselamatan & Kesihatan

11.00 pagiCeramah 2 Siasatan & Aduan

1.00 tgh.Penutup & Pemberian Cenderahati

1.30 tgh.Makan Tengahari

2.00 ptg.Pulang ke rumah.

PENUTUP:

Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan cemerlang, tabah menghadapi cabaran serta beriltizam dalam apa jua bidang. Adalah diharapkan program ini akan memberikan faedah kepada para guru dalam mengenali dan mengetahui isi kandungan surat dan pekeliling yang melibatkan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Seterusnya, memberikan impak yang cemerlang pada para guru agar dapat menempah alam pendidikan yang mencabar kini. Disediakan oleh:

-------------------------- (THILAKA A/P MUNIYANDI)Setiausaha J/K Ceramah Unit PSV 2, PPG.

REFLEKSIPada semester yang kelapan ,saya sebagai pelajar PPG ambilan Jun 2011 dikehendaki untuk menjalankan program BIG iaitu Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Cemerlang / Sekolah Harapan dan Sekolah Berprestasi Tinggi dan mengendalikan sebuah ceramah oleh pegawai pegawai PPD di sekolah.Saya telah berbincang untuk menjalankan lawatan dan ceramah ini dengan rakan-rakan opsyen saya. Kami telah bercadang untuk menggabungkan dengan unit BTM 1. Permintaan kami telah disetujui oleh pensyarah Pengajian Tamil. Kami sangat bersyukur kerana dapat melawat sekolah harapan bersama rakan-rakan berunit pengajian tamil 1 Lantaran, melalui kerjasama dan kolabarasi antara dua pihak telah menjadikan lawatan dan ceramah berjalan denganlancar dan sempurna.

Pelaksanaan BIG ini dapat berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui program yang telah dijalankan, kami dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Pada 19 Mac 2015 bersamaan dengan hari Khamis, guru-guru PPG Sem 8 serami 28 orang telah mengadakan lawatan Bench marking ke SJK (T) Vagesaar, Kuala Selangor. SJK(T) Vagesaar adalah merupakan Sekolah Bestari. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SJK (T) Vagesaar, Kuala Selangor. terutamanya kepada Tuan Guru Besar, Penolong - penolong Kanan, dan para guru kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untukmenjalani lawatan di sekolah ini.

Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada kami mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan info struktur kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat maklumat berkaitan cirri - ciri guru yang inovatif.

Saya juga berharap Program Bina Insan Guru Fasa ini dapat memberikan pendedahan kepada guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protocol dan etika social sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya dan rakan-rakan saya untuk menjadi seorang guru yang berpotensi dan cemerlang pada masa hadapan. Pada awalnya kami terpaksa menghadapi pelbagai rintangan seperti mencari sekolah harapan di daerah yang terdekat dan meminta kebenaran daripada IPG dan sekolah tersebut. Kami juga mengalami masalah menetapkan tarikh sebab para guru mengalami masalah menghadiri kursus , program sekolah dan masalah peribadi.

Saya juga ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada tuhan kerana telah memudahkan kerja program saya. Benarlah firmanNya bahawa setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan kasih kepada warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vagesaar, Kuala Selangor kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Jasa kalian tidak dapat kami lupakan sehingga bila-bila dan tuhan sahajayang mampu membalasnya. Saya berharap agar amanah ini telah dijalankan dengan sempurna, walaupun terdapat kekurangan dari beberapa sudut, namun saya akan berusaha untuk melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan saya dahului dengan ribuan kemaafan. THILAKA MUNIYANDI

810601-05-5774INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN