komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

14
Latar Belakang Tajuk Bincangkan bagaimana seorang guru dapat membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk Menjawab soalan ini, penulis akan huraikan perspektif utama kehendak soalan iaitu bagaimana membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep mengajar pendidikan bahasa Melayu sering kali dianggap mudah bagi sesetengah pihak, namun begitu sebenarnya tidak kerana terdapat berbagai-bagai cabang dalam tajuk yang ada di dalam rancangan tahunan bahasa Melayu dan guru-guru itu juga harus mengikuti perubahan-perubahan dalam pendidikan yang mana banyak tercatat dalam banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Standard Guru Malaysia, dan yang terbaru KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan lain-lain. Semua yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya bermatlamat untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.0 Pendahuluan Elemen komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam penyampaian objektif pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan seluruh isi pelajaran yang hendak di ajar dapat

Upload: fadhlah-senifoto

Post on 02-Aug-2015

8.447 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

Latar Belakang Tajuk

Bincangkan bagaimana seorang guru dapat membina kecekapan berkomunikasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Untuk Menjawab soalan ini, penulis akan huraikan perspektif utama kehendak

soalan iaitu bagaimana membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep mengajar pendidikan bahasa Melayu sering kali

dianggap mudah bagi sesetengah pihak, namun begitu sebenarnya tidak kerana

terdapat berbagai-bagai cabang dalam tajuk yang ada di dalam rancangan tahunan

bahasa Melayu dan guru-guru itu juga harus mengikuti perubahan-perubahan dalam

pendidikan yang mana banyak tercatat dalam banyak dasar-dasar yang dilaksanakan

oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Standard Guru Malaysia, dan yang

terbaru KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan lain-lain. Semua yang

dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya bermatlamat

untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

1.0 Pendahuluan

Elemen komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam penyampaian

objektif pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan seluruh isi pelajaran

yang hendak di ajar dapat disampaikan dan pelajarnya dapat menerima pengajaran

dengan jelas serta boleh membuat interpretasi yang tepat dalam pengajaran tersebut.

Penggunaan komunikasi yang digunakan secara cekap dan tepat dalam segala

situasi juga akan dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia akan

dapat dilakukan dengan sempurna dan ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan

pemahaman para pelajar dalam setiap pengajaran yang dipelajarinya.

Page 2: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru yang mahir berkomunikasi kebiasaannya akan dapat menghasilkan

suasana pembelajaran yang lebih ceria, dinamik dan seterusnya akan dapat

menerapkan nilai-nilai murni serta dapat membentuk akidah pelajarnya dengan lebih

mudah dan berkesan walaupun terdapat banyak pemboleh ubah yang menyumbang

kepada kepelbagaian proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti

keadaan fizikal sekolah, suasana bilik darjah serta penggunaan alat bantuan mengajar

yang canggih, tetapi yang lebih penting adalah kualiti interaksi komunikasi yang wujud

di antara guru dan pelajar.

Konsep tajuk

2.0 Takrif Komunikasi

Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, komunikasi bermaksud perhubungan

(secara langsung atau dengan perantaraan serat, radio telefon, dll) ~ massa

komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya.

Berkomunikasi, Berhubung (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio

telefon dll) mengadakan perhubungan ( bercakap, berbincang, bertukar pendapat, dll )

bahasa ialah alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikir. Menurut Maimunah Osman

(2000), komunikasi merupakan asas kepada perhubungan antara seseorang dengan

seseorang yang lain.

Secara kesimpulannya, penulis menyimpulkan secara peribadi bahawa komunikasi

ini adalah satu medan perhubungan di antara dua manusia untuk menyampaikan

sesuatu perkara secara langsung dan tidak langsung. Dalam konteks perguruan pula,

penulis menyimpulkan bahawa komunikasi ini merupakan salah satu elemen penting

dalam mendidik pelajar supaya mencintai serta menarik minat pelajar dalam mendalami

ilmu pengetahuan . Imam Al-Ghazali ( 1058-1111M) menyatakan seorang yang amat

mencintai ilmu dan memahami bahawa tujuan pendidikan adalah 'membuka ufuk baru

dalam pemikiran'.

Page 3: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

3.0 Tujuan Komunikasi

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009), keberkesanan komunikasi merujuk

kepada sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau

perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya

sama tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

Tujuan komunikasi merupakan salah satu aktiviti yang sangat penting kerana

komunikasi merupakan satu element penting yang diperlukan oleh manusia dari saat

dilahirkan hinggalah di saat kematian yang mana bertujuan untuk menyedarkan orang

lain tentang kewujudanya.

Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat

mempunyai tahap kepentingan yang tinggi tetapi kita perlu memahami apakah maksud

komunikasi, kepentingan, langkah dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai

komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana komunikasi merupakan aktiviti

atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat

kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia.

Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja

tidak mampu untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana kecerdasan

itu perlulah disertai dengan kemantapan emosi (Emotional Quotient ) atas rasional

keupayaan individu dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan

individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi.

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk

meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan

kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan

baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses

komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi

ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.

Page 4: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

4.0 Kemahiran dan Kaedah Komunikasi

Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang kecekapan komunikasi

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, Guru-guru seharusnya

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang isi pengajaran Bahasa Melayu yang

hendak diajar dan sebaiknya, guru itu juga harus mengikuti perkembangan terkini

dalam kurikulum pendidikan bahasa Melayu dan paling utama yang harus di fokuskan

adalah

Kesediaan Guru Bahasa Melayu menyampaikan isi bahan pengajaran, ini amat

penting dalam membina komunikasi yang lebih berkesan dalam pengajaran

kurikulum bahasa Melayu dan seterusnya akan dapat mewujudkan

keberkesanan pengajarannya.

Guru juga Harus mempunyai nilai pengetahuan serta fakta atau konsep bagi

membolehkan guru menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam

mata pelajaran bahasa Melayu berkenaan. Dalam hal ini, akan dapat

mewujudkan keyakinan kepada pelajar, bahawa setiap pengajaran yang diajar

kepada mereka amat penting dan berguna dan komunikasi secara ini akan dapat

menambah lagi keberkesanan tahap pemikiran pelajarnya.

Paling utama, sebelum mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa

Melayu, guru itu seharusnya menguasai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran

bahasa Melayu seperti penguasaan ilmu tatabahasa, dan ilmu pedagogi Bahasa

Melayu.

Dengan adanya ciri-ciri di atas guru-guru dapat merancang dan menentukan dengan

baik proses pengajaran dan pembelajaran (Wood 2002) dengan baik dan cemerlang.

Page 5: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

4.1 Kemahiran berbahasa/bertutur.

Untuk membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu guru harus menguasai kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa

amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan

lancar dan berkesan. Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen asas iaitu

kemahiran mendengar dan bertutur. Menurut Izani Daud (2001), bertutur merupakan

satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang

menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.

Penguasaan terhadap ilmu ini penting dalam komunikasi supaya guru dapat

memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang

dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

4.1.1 Contoh Penggunaan Kemahiran Berbahasa/Bertutur

1. Guru dapat menyebut perkataan dengan sebutan yang betul. Oleh sebab itu, guru

seharusnya menguasai terlebih dahulu penyebutan sesuatu perkataan dengan betul

sebelum proses pengajaran sesuatu topik itu dilakukan. Dengan cara ini, para pelajar

kan lebih yakin terhadap pengajaran gurunya.

2. Guru dapat bertutur dengan fasih supaya pendapat dan pandangan yang

disampaikan oleh guru dapat didengari dengan jelas oleh pelajar.

3. Guru membuat latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang

dikenal pasti.

Page 6: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

4.2 Kemahiran Komunikasi Lisan.

Dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pendidikan Bahasa Melayu,

guru harus mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan. Oleh itu, guru

hendaklah lebih kreatif dalam membentuk sesuatu perhubungan itu terutamanya

sesama pelajar dan guru.

Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar melahirkan pandangan

mereka sendiri seiring dengan dasar pendidikan KBSR dan KSSR iaitu menggalakkan

pelajar memberi Idea supaya pelajar itu berasa dihargai di dalam kelas. Selain dari itu,

guru juga akan dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan seterusnya

akan mendapat maklum balas yang sebenar dari pelajarnya. Dari itu, guru akan mudah

membuat kesimpulan dan Impak untuk pengajaran seterusnya.

Penggunaan kemahiran komunikasi yang kena tepat pada masanya akan

mendapat banyak kelebihan kepada guru, antaranya ialah guru dapat menghasilkan

kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga dapat meluaskan skop

pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran.

Dalam kajian Verdeber (2002 ) mendapati komunikasi sebagai proses untuk

membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau

syarahan. Penggunaan komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara

aspek kesopanan dalam komunikasi.

3.2.1 Kelebihan Komunikasi Berbentuk Lisan

1. Kelebihan komunikasi berbentuk lisan adalah, guru kan mudah mendapat maklumat

dan menerima mesej dari pelajarnya kerana terdapat unsur komunikasi dua hala di

antara pelajar dan gurunya.

2. Guru akan dapat mengawal sesuatu keadaan dan situasi di dalam kelas.

3. Salah satu cara mudah untuk guru menyampaikan maklumat dan memberi idea baru

seterusnya akan dapat meningkatkan daya pemikiran kreativiti pelajarnya.

Page 7: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Dalam komunikasi lisan, guru juga akan dapat meningkatkan dorongan dan motivasi

pelajarnya dengan menerapkan unsur nilai-nilai murni kepada para pelajarnya.

3.2.2 Contoh penggunaan kemahiran Secara Lisan

1. Guru menggunakan kejelasan suara yang jelas. Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu, guru haruslah menggunakan kejelasan suara yang kuat.

Dengan ini, semua pelajarnya akan dapat menumpukan perhatian dengan diucapkan

oleh guru mereka dan impak kefahaman yang dapat diterima oleh pelajarnya akan

meningkat.

2. Penggunaan komunikasi lisan juga bergantung kepada kelajuan percakapan

seseorang guru itu, jika terlalu laju percakapan penyampaian sesuatu mesej yang

hendak disampaikan oleh guru itu akan terjejas.

3. Ketinggian suara oleh guru haruslah dikawal dan perlu bersesuaian dengan

persekitaran dan bilangan pelajarnya, pengaruh bahasa yang digunakan oleh guru

kepada pelajar juga boleh mempengaruhi kefahaman pelajarnya.

4. Komunikasi secara lisan juga dapat membolehkan pelajar dan guru berkongsi

pengalaman dan perasaan pelajarnya ketika bertutur sekalipun pelajarnya berlainan

budaya dan latar belakang yang berbeza. Ketika ini, guru harus memainkan

peranannya agar semua pelajarnya bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk

kebaikan bersama. Brown and Levinson (1978) menyatakan bahawa strategi

kesantunan dikembangkan untuk martabatkan pendengar dan pihak yang terlibat.

Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah berterus terang, kesantunan

positif, kesantunan negatif dan ia berlaku tanpa rekod.

5. Guru harus menggunakan teknik yang efektif, guru harus juga sering mengingatkan

murid untuk memberi perhatian kepada idea dan perasaan rakan dan lebih bersifat

terbuka dan mendengar apa yang diperkatakan oleh rakan dan juga gurunya.

Page 8: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

6. Penyampaian sesuatu mesej itu haruslah sempurna walaupun berbeza topik kerana

proses pengajaran itu boleh berlaku secara spontan dan untuk mengelakkan pelajarnya

membuat kesimpulan sendiri secara tersirat atau tidak tersirat.

7. Komunikasi secara lisan juga haruslah disertai dengan senyuman, ekspresi muka

dan pergerakan kecil tubuh badan supaya pelajarnya dapat memahami pengajaran dan

pembelajaran yang hendak disampaikan oleh gurunya.

4.3 Komunikasi Bukan Lisan

McCardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting

yang membentuk ‘gestalt’ keseluruhan pada komunikasi. Sebagai contoh, guru boleh

menggunakan komunikasi bukan lisan ini dengan hanya menggunakan bahasa tubuh

seperti ‘eye contact’ atau melihat dengan penuh tumpuan kepada pelajarnya.

Tubuh badan guru itu juga harus berada dalam posisi yang betul seperti

menghadap pelajarnya supaya pelajar itu sedar akan kehadiran guru tersebut semasa

proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu itu berjalan.

4.4 Komunikasi menggunakan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi )

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, penggunaan komputer sebagai bahan

bantuan mengajar amat kurang berbanding mata pelajaran lain terutamanya

mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun pendekatan komunikasi menggunakan

kaedah ini harus diguna pakai seiring dengan teknologi yang semakin maju.

4.4.1 Kaedah Pengajaran Komunikasi Menggunakan ICT

1. ‘ Video call ‘ atau panggilan video. Kaedah ini banyak digunakan di dalam abad

teknologi kini dan banyak syarikat-syarikat dunia maya menyediakan perkhidmatan ini

sebagai contoh ‘Yahoo messenger’ dan ‘Google talk’. Dalam pengajaran berbentuk

panggilan video ini, pelajar dan guru itu berkomunikasi menggunakan komputer di

rumah. Dalam kaedah pengajaran seperti ini, guru itu haruslah berpakaian kemas dan

menggunakan kejelasan suara yang kuat supaya pelajar yang menggunakan aplikasi ini

Page 9: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

akan nampak yakin dan memahami isi pengajaran yang ingin di sampaikan oleh guru

mereka.

2. Power Point. Dalam kaedah komunikasi ini, guru berkomunikasi dengan pelajarnya

menggunakan isi-isi penting yang telah disediakan oleh guru tersebut terlebih dahulu.

Dalam konsep pengajaran seperti ini, guru banyak berkomunikasi dengan

menggunakan kaedah bersoal jawab serta bertanyakan pendapat pelajarnya tentang

isi-isi kandungan topik yang hendak diajar.

3. Guru lebih kepada Fasilitator. Dalam hal ini, guru yang mengajar bahasa Melayu itu,

hanya perlu berkomunikasi dengan membimbing pelajarnya mencari maklumat yang

hendak diajar dalam sesuatu topik yang diajarnya.

Kesimpulan

Berdasarkan maklumat di atas, seseorang guru yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu itu sangat perlu menguasai kemahiran komunikasi agar kawalan di

dalam kelas dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan yang mana akan

memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu, guru itu seharusnya memastikan tujuan

dalam menyampaikan ilmu mata pelajaran bahasa Melayu itu akan tercapai objektifnya

seperti yang di rancang dalam buku penulisan pengajaran hariannya.

Selain dari itu juga, guru itu seharusnya bijak dalam memilih waktu dan tempat

komunikasi supaya mesej yang hendak disampaikan itu lebih jelas, menarik dan murid

pula akan mudah memahami dan berupaya menerima mesej tersebut dengan

sempurna seterusnya akan berupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar Bahasa

Melayu dan mewujudkan hubungan yang baik.

Page 10: Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

Rujukan

1. Drs. Jalaluddin Rakhmat M. SC, Metode Penelitian Komunikasi : Dilengkapi Contoh Analisis Statistik. Bandung Pt Remaja Rosdakarya 1999.

2. Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda ? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2000

3. Dr. Roselan Baki, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia

4. A. Fanar Syukri Berita Sorotan Bulletin Buku Tamu : Rambu-rambu Berkomunikasi Tokyo, Ketua Divisi Publikasi ISTECS-Japan, Universiti Of Electo- Communications (UEC) [email protected] 2003

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala

Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang:

PTS Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan

bahasa pertama dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/09/komunikasi/