17216720 proses pengajaran dan pembelajaran berkesan

32
690210-11-5297 1 RINGKASAN EKSEKUTIF Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang baik dan seimbang dari sudut intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang sekaligus akan menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang baik serta berupaya untuk mendepani cabaran globalisasi masa kini. Mereka juga diharapkan akan dapat memenuhi tuntutan pasaran dunia moden yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Pernyataan ini telah dijelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara : “Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” (Falsafah Pendidikan Negara 1988) Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merangka dan melaksanakan pelbagai usaha seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam pendidikan dan yang terbaru Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan 1

Post on 13-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insan

yang baik dan seimbang dari sudut intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang

sekaligus akan menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang baik serta

berupaya untuk mendepani cabaran globalisasi masa kini. Mereka juga

diharapkan akan dapat memenuhi tuntutan pasaran dunia moden yang penuh

dengan mehnah dan tribulasi. Pernyataan ini telah dijelaskan di dalam Falsafah

Pendidikan Negara : “Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” (Falsafah Pendidikan Negara 1988)

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merangka dan melaksanakan

pelbagai usaha seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam pendidikan dan yang terbaru Petunjuk

Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan meninggalkan

kesan yang optimum ke dalam diri pelajar. Bagi merealisasikan hasrat murni

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ingin memartabatkan sistem

pendidikan negara sebagai bertaraf dunia maka, ia memerlukan tenaga

pensyarah yang profesional, kreatif, inovatif, dinamik dan progresif.  Semua ciri

ini amat penting bagi seorang pensyarah untuk memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran memberi impak yang maksimum ke dalam diri pelajar.

1

Page 2: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

2 PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pensyarah adalah untuk memudahkan

pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pensyarah bukan sahaja

harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis,

tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna

pensyarah perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat

merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan

keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, pensyarah kerap berhadapan

dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan

kepakaran pensyarah dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Ini bermakna, pensyarah boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan

kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan

pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu membantu menganalisis

konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan

pembelajaran yang berkesan. Pensyarah perlu bijak menarik perhatian pelajar

dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan

mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-

konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga harus boleh mempengaruhi

intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan

mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta

diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran bagi menjamin

proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

2

Page 3: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah

diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan

pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan pelajar ini

sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan

pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang

disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu

guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa

kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang

berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar

kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini

melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik

darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk

kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para

pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.

Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai

yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil

daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Oleh sebab saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Kolej

Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikan

proses pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan sistem di Kolej

3

Page 4: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

Matrikulasi. Saya adalah seorang pensyarah subjek Pendidikan Islam yang

mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh

setiap orang pelajar muslim. Subjek Pendidikan Islam hanya diajar dalam bentuk

kuliah sahaja dan tidak melibatkan tutoran dan amali, namun begitu ia tidak

menghalang saya untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai satu

subjek yang diminati dan memberikan kesan yang positif ke dalam diri pelajar.

Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan

satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t . Allah s.w.t telah berfirman di

dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah

menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang,

tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya.

manusia mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.”

( surah al-Ahzab: 72 ). Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran subjek Pendidikan Islam, saya telah membahagikan tugasan saya

kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan

pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses

pengajaran dan pembelajaran.

3.1 SEBELUM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1.1 Rancangan Pengajaran

Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan

perancangan yang mantap oleh seorang pensyarah sebelum ia terlibat

4

Page 5: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik kuliah. Sebagai seorang pensyarah saya perlu tahu kelompok

pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat

serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir

pelajaran nanti.

Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu pada awal semester lagi saya telah membuat Rancangan

Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul

Pendidikan Islam yang telah dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian

Pelajaran Malaysia (BMKPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada

setiap hari pula saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan

menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti persembahan “power point”,

kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan

adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah membantu saya

untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan

cukup berkesan seperti kata pepatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk

merancang, maka kamu merancang untuk gagal. “

3.1.2 Membuat Rujukan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga saya akan

membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa kuliah . Oleh

sebab saya merupakan pensyarah Pendidikan Islam maka saya membuat

rujukan kepada al-Quran, as-Sunnah, kitab – kitab berbahasa Arab seperti kitab

5

Page 6: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

tafsir yang mu’tabar, tauhid, feqah, Akhlak Islamiyyah dan sebagainya samada

yang ada dalam simpanan saya ataupun di pusat sumber kolej. Saya juga

membuat rujukan melalui internet seperti islamway, imanway, quranway,

islamicfinder, as-sonnah serta laman-laman web lain yang berkaitan. Tidak

ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah “ intellectual discouse ”

bersama rakan pensyarah lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan

mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya mestilah

melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar

masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat – bulat tanpa

diterangkan rasionalnya. Seorang pensyarah mestilah mempunyai pengetahuan

yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar. Kepakaran di dalam bidang

yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang

menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pepatah Arab ada berkata : “ Orang yang tiada apa-apa, ia tidak akan dapat

memberi apa-apa pun .”

3.1.3 Persiapan Emosi

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga saya

terlebih dahulu melengkapkan emosi saya dengan sifat kasih sayang dan tidak

membiarkan masalah peribadi menguasai diri saya sehingga terbawa-bawa ke

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar bahawa pelajar saya

juga merupakan insan biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang

6

Page 7: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

daripada gurunya. Oleh itu, saya juga membuat rujukan kepada buku-buku

psikologi untuk mencari tip-tip yang berguna untuk diaplikasikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menjadikan Rasulullah sebagai “role

model” dalam mengamalkan sifat kasih sayang ini. Sebagai contoh Rasulullah

akan memendekkan tempoh sembahyang apabila terdengar tangisan bayi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bukan daripada golongan kami,

orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda.”

Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa

emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar

kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan.

Rumusan

Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa perancangan atau

persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu

sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah

meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar. Benarlah kata

pepatah : “ Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk

gagal ”. Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud: “ Dan mereka

merancang dan Allah juga merancang dan Allahlah yang paling baik

perancangan-Nya.” ( Surah Ali Imran : 54 ). Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita

bahawa para pensyarah tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau

memandang remeh serta mencari alasan untuk tidak menyediakan perancangan

yang sepatutnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi

7

Page 8: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

memastikan keberkesanannya secara optimum. Sekiranya kita mendidik pelajar

kita dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita dengan lebih baik.

3.2 SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.2.1 Penampilan Diri Dan Disiplin

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

maka saya juga menjaga disiplin serta penampilan diri saya dengan datang ke

bilik kuliah lebih awal daripada pelajar. Saya juga perlu berpenampilan menarik

dengan cara berpakaian kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang

keterlaluan ketika mengajar. Saya memakai pakaian yang sederhana dari segi

fesyen dan warnanya tidak terlampau terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan

perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajar terhadap isi

pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000 eksekutif dan

professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan terhadap kebolehan

dan kewibawaan individu. Saya dapati pelajar-pelajar saya akan sedaya-upaya

untuk datang lebih awal daripada saya dan tidak ponteng kuliah, malahan

apabila mereka terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf. Dengan ini

jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin seorang pensyarah dapat

mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran muridnya.

3.2.2 Menjelaskan Matlamat Menuntut Ilmu

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga saya menjelaskan

kepada pelajar bahawa matlamat mencari ilmu di dalam Islam ialah untuk

8

Page 9: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, Islam

telah mengkatogerikan mencari ilmu sebagai satu ibadat , sebagaimana sabda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Mencari ilmu itu adalah wajib ke atas setiap

muslim.” Apabila pelajar telah mengetahui matlamat dan kedudukan sebenar

orang yang mencari ilmu di sisi Allah s.w.t , maka mereka akan belajar

bersungguh-sungguh tanpa paksaan. Oleh itu, proses pengajaran dan

pembelajaran akan berjalan secara fitrah dan penuh keikhlasan dengan niat

untuk mencari ilmu kerana Allah. Inilah kekuatan yang ada di dalam agama

Islam. Mereka juga akan memperbetulkan niat dan tujuan mereka menuntut ilmu

iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana setiap pekerjaan itu mestilah

dimulakan dengan niatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang

bermaksud : “ Sesungguhnya setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan

niat.” Inilah rahsia keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang

tidak disedari oleh kebanyakan pendidik masa kini.

3.2.3 Menasihati Pelajar

Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati segala perintah

Allah s.w.t seperti sembahyang, puasa, menjaga aurat dan sebagainya. Pada

masa yang sama juga saya menasihati mereka supaya meninggalkan segala

maksiat kerana ia merupakan faktor penghalang kepada keberkatan ilmu yang

kita cari. Imam As-Shafie ada berkata : “ Ilmu itu adalah cahaya, maka cahaya

tidak akan diberikan kepada mereka yang jiwanya dikotori oleh perkara-perkara

maksiat.” Seorang pelajar diumpamakan seperti cermin dan ilmu pula

9

Page 10: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

diibaratkan seperti cahaya , manakala dosa pula diibarat seperti debu.

Bagaimana cermin akan bersinar apabila disuluh dengan cahaya sekiranya

cermin tersebut dikotori dengan debu ?. Sekiranya seorang pelajar itu mentaati

suruhan Allah s.w.t maka Allah akan membantunya sebagaimana firman Allah

s.w.t yang bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu

menolong agama Allah ( yakni dengan mentaati perintah Allah ) , niscaya Allah

akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu.” ( Surah Muhamad : 7 ). Di

dalam agama Islam, usaha nasihat - menasihati ini amat penting sepertimana

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Agama itu nasihat .’’ Hasilnya saya

dapati pelajar saya mula beramal dengan suruhan agama dengan istiqamah.

3.2.4 Komunikasi Berkesan.

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan

berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan

satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan,

persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada

penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan

persamaan. Saya menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan

bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah

rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan

pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini

pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam

10

Page 11: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang

sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami

pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan

kemampuan kognetif mereka. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata :

“ Bercakaplah dengan seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya. ”

Kaedah komunikasi berkesan yang saya amalkan ini terbukti telah membantu

untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku,

pencapaian dan prestasi akademik pelajar.

Selain komunikasi secara lisan, saya juga mempraktikkan komunikasi

bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan

diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell

( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65%

komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar

bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran

telah menggariskan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan

interaksi berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain, seperti

firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Maka katakanlah kepada mereka kata-kata

yang baik yang menyenangkan hati.” ( Al-Isra’: 28 ). Allah juga berfirman dengan

maksud : “ Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut

terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah

mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali I’mran: 159 ). Dengan ini

jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah - lembut dan

percakapan yang baik sememangnya menjadi asas bagi mewujudkan

11

Page 12: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

3.2.5 Penggunaan Teknologi Maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa

kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.

Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem

pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah

mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru

dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan

perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga

turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan

kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan

teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya

memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan

kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan

tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut

menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan pensyarah

dan pelajar. Tidak ketinggalan, saya juga mengambil kesempatan dengan

kemudahan peralatan teknologi maklumat terkini dan jaringan internet yang telah

dibekalkan kepada pihak Kolej bagi memastikan proses pengajaran dan

12

Page 13: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya

mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point.

Saya juga ada menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar.

Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka

saya akan mencari filem-filem pendek di internet melalui youtube.com dan

memuat turunkannya dengan menggunakan perisian keepvideo.com bagi

membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk

menjadikan pengajaran saya lebih berkesan maka saya telah masukkan nota-

nota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan

pelajar. .

Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh

dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya

dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan

dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini

disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar

melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30%

sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara

kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap

subjek Pendidikan Islam semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan

pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.2.6 Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

13

Page 14: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan

menyeronokkan juga dapat dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha kreatif dan

inovatif seseorang pensyarah walaupun pengajaran dan pembelajaran tersebut

di dalam bentuk kuliah. Ia boleh direalisasikan dengan mempraktikkan

pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu gaya pembelajaran peer teaching

sesama rakan pelajar. Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif

bermaksud pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam

kumpulan dan secara bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu membantu

dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi

yang cemerlang. Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud

kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif

membawa maksud sekumpulan pelajar berusaha ke arah mencapai prestasi

yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.(Mok

Soon Sang ,2006).

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat semasa melakukan

tugasan kumpulan. Saya memulakannya dengan membahagi kumpulan pelajar

yang terdiri daripada empat hingga lima pelajar dalam satu kumpulan dan

seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan terdiri daripada pelajar yang agak

cemerlang. Selepas itu saya mengedarkan tugasan dalam bentuk soalan dan

meminta mereka melaksanakan tugasan tersebut secara kumpulan dengan

membuat rujukan di pusat sumber ataupun di internet. Tugasan itu perlu

dihantar dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk penulisan hard copy dan dalam

bentuk persembahan power point. Setiap kumpulan akan mempersembahkan

14

Page 15: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

tugasan mereka di hadapan khalayak ramai secara bergilir-gilir. Sementara

pelajar-pelajar lain akan mendengar dengan teliti dan akan bertanyakan soalan.

Mereka juga harus bersedia dari segi intelektual dan emosi untuk menjawab

soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Melalui temu bual secara tidak

langsung dengan pelajar maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa

tugasan secara berkumpulan ini dapat mempertingkatkan lagi minat belajar,

motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan khalayak

sambil memberi pendapat, berhujah dan menjawab segala pertanyaan daripada

rakan seperjuangannya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran

secara koperatif dan kolaboratif memang dapat mempertingkatkan lagi potensi

diri pelajar.

3.2.7 Kemahiran Berjenaka.

Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu

perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Bagi saya berjenaka semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi amalan rutin. Melakukan jenaka

merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap

sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila saya melihat

keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda

keletihan dan mengantuk , maka saya berusaha untuk menceriakan keadaan

dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu saya telah pastikan bahawa bahan

jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran, menepati

masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi seseorang individu dan tidak

menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna.

15

Page 16: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai

kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor

yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter

(1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education,

menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang

berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan

merupakan salah satu ciri pensyarah yang baik kerana mereka dapat

menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan

ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan

penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran, tetapi ia boleh diibaratkan seperti garam di dalam makanan,

hendaklah diletakkan hanya secukup rasa sahaja, kerana sabda Rasulullah

s.a.w: “ Sebaik-baik perkara itu pertengahannya “

3.2.8 Penggabungjalinan.

Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman pembelajaran

di antara mata pelajaran ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992 ). Pensyarah

perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata pelajaran lain yang

berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan,tegasnya merentasi

kurikulum. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan

pelajar memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya ( Omardin

Ashaari 1999 ) .Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran

dapat digunakan oleh pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

16

Page 17: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam

mempelajari mata pelajaran lain. Dengan ini pelajar dapat melihat perkaitan di

antara disiplin ilmu. Apa yang dipelajari tidak terpisah dan dengan itu proses

pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri pelajar.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan

strategi penggabungjalinan. Apabila saya mengajar Pelajar Jurusan Hayat yang

mempelajari Subjek Biologi maka saya akan kaitkan proses kejadian manusia

menurut Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “ Kemudian kami jadikan

saripati air mani itu ( disimpan ) di tempat yang kukuh ( rahim ). Kemudian air

mani itu kami jadikan segumpal darah ( alaqatan ), lalu segumpal darah itu kami

jadikan segumpal daging ( mudhghatan ) dan segumpal daging itu kami jadikan

tulang belulang ( ‘Izhaama ) lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan

daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain, maka Maha

Suci Allah s.w.t Pencipta Yang Paling Baik .” (Al-Mu’minuum : 13-14 ).

Apabila saya mengajar pelajar Jurusan Fizikal pula , maka saya akan

cuba mengaitkan sains dengan Al-Quran seperti firman Allah s.w.t yang

bermaksud :“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tiada mengetahui,

bahawa langit dan bumi itu dahulunya satu potong, lalu kami seraikan antara

keduanya ( Teori Big Bang ). Dan kami jadikan dari air segala benda hidup .

Tidakkah mereka percaya.”(Al-Anbia’ : 30 ). Hasil daripada gabungan yang

mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang pensyarah

mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian

maka, natijahnya terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

17

Page 18: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh pensyarah akan dapat dicapai

dengan jayanya. Langkah ini akan memberi faedah dan manfaat yang optimum

kepada pelajar di dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Rumusan

Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa proses semasa

pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang sangat penting,

kerana ia akan menentukan sama ada pembelajaran di dalam diri pelajar berlaku

atau tidak. Oleh sebab itu, seorang pensyarah yang perihatin dan

bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan segala perancangan yang telah

dibuat sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, tekun,

amanah seperti sabda Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah menyayangi, apabila seseorang itu melakukan sesuatu

kerja, lalu ia kerjakan dengan penuh ketekunan.”

3.3 SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.3.1 Refleksi

Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung,

menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk

memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan

pembelajaran telah selesai, saya akan membuat refleksi terhadap pengajaran

yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami

atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah

18

Page 19: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah

dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya

lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan

tindakan segera. Saya juga meminta supaya pelajar menilai pengajaran saya

dengan mengisi borang soal selidik . Proses refleksi ini memang amat penting

untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti

kata-kata Saidina Umar Al-Khatab : “ Hitungilah amalan kamu sebelum kamu

dihitungkan “.

3.3.2 Penilaian.

Bagi membuktikan keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran yang

telah saya jalankan bersama pelajar, maka saya membuat penilaian semula

terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik

tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan

pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan . Saya juga

menyediakan satu blog yang berkaitan dengan nota kuliah. Sekiranya mereka

ingin bertanyakan soalan mereka boleh menghantar soalan mereka kepada saya

melalui gmail. Dapatan atau tindak balas yang saya terima daripada pelajar

akan saya gunakan untuk memperbaiki cara pengajaran saya demi pengajaran

dan pembelajaran berkesan di masa hadapan.

Rumusan

Sebagai rumusannya, proses selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran juga tidak kurang pentingnya seperti proses sebelum dan semasa

19

Page 20: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

pengajaran dan pembelajaran . Hal ini demikian kerana seseorang pensyarah

akan dapat mengaplikasikan tindak balas yang didapati daripada pelajar sama

ada untuk mengekalkan atau membuat pembaharuan terhadap pengajarannya

pada masa akan datang.

4 PENUTUP

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai

seorang pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan

kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara

berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai

dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Pensyarah adalah

pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan

dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Selain

menyebar ilmu, segala tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan

kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan

murni. Di samping itu, pensyarah juga memainkan peranan yang sangat

penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari

dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi:“ Sebagai

golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan

Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat

disempurnakan.”( Y.B Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari

Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya pensyarah yang mempunyai komitmen,

20

Page 21: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak,

budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . Ia juga akan berjaya

menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.

4. RUJUKAN:

1. Aid al-Qarni Abdullah(2006),La Tahzan,Cairo,Maktabah al-Abikan.

2. Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali,Ihya’ Ulumiddin Jld.4,Bairut,Darul Ma’rifah.

3. Dewan Bahasa&Pustaka(2002),Kamus Dewan,K.Lumpur,Harian Sdn.Bhd.

4. Kamus al-Munjid(1986),Bairut,Maktabah as-Syarqiyyah.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia(2001),Falsafah Pendidikan

Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan Kurikulum.

6. Kerajaan Malaysia(2006)Pelan Integriti Nasional,Kuala Lumpur.PNB.

7. Lajnah Pentashih Mashaf al-Quran(1988),Al-Quran dan

Terjemahan,Jakarta,Percetakan Nahdi.

8. Mak Soon Sang(2004)Peperiksaan P.T.K(Kertas701/15)Bahagian II,Kuala

Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9. Mak Soon Sang(2008)Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred

DGA34,DG44&DG48,K.Lumpur,Multimedia-ES Resources sdn.Bhd.

10 Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif,

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

13 Pusat Perkembangan Kurikulum(1992), Pukal Latihan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur, DBP.

21

Page 22: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

14. Syed Putra Syed Ahmad(1995),Ensiklopedia Sirah,Jid:I,IIdanIV,PBP.

15. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin(1993),Wawasan pendidikan agenda

pengisian,kuala Lumpur,Nurin Enterprise.

22

Page 23: 17216720 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

690210-11-5297

23