pengajaran dan pembelajaran berkesan 2011

42
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN 2011 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar 1 Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak dididik. 2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan 3 Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan 4 Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib

Upload: nobiha

Post on 03-Jul-2015

289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN 2011

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  

Perancangan dan Persediaan Mengajar

  1 Pengertian konsep pengajaran

   

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

  2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran    Perancangan perlu dilakukan untuk

   

memenuhi masa yang diperuntukkan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan

  3 Objektif pengajaran    Objektif boleh dalam bentuk

   

Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami atau mengetahui atau menghargai

sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul

terhadap apa yang telah diajarkan

  4 Buku rekod mengajar    Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil

3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunano Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.

Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.

o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif

Page 2: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Kemahiran Nilai dan bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunano Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

   

DENDA RM500    Jadual Waktu    Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada    Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid

Setiap hari persekolahan

Page 3: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

    Sukatan Pelajaran

   

Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

         Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

   

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah

1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai3. Merancang pengajarannya

o Set iduksio Perkembangan P&Po Penutup

4. Menentukan strategi P&P5. Menyediakan bahan bantu pengajaran6. Menyediakan penilaian

   

    Komponen P&P    Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk pengajaran ialah

   

Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar Penilaian

    Fasa P&P    Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat    I. Pra perancangan

o Guru mempunyai gambaran mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isi kandungan pelajaran strategi

Page 4: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

bahan yang diperlukan dan boleh digunakanII. Perancangan aktif

o Guru perlulah menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transparens/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai

digunakan menyediakan senarai semak

III. Perancangan semasao Guru perlu

mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

IV. Pasca perancangano Guru perlu

menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

    Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran    Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti

   

buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual

o LCDo komputero petao gambar rajah dano TV

Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Page 5: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Proses P&P   1 Perlaksanaan P&P    I. Set Induksi

o Langkah permulaan dalam proses P&Po Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang

minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku

o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajarano Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa

yang berkaitan, gambar atau bunyiII. Perkembangan P&Po Bahagian keduao Penyampaian isi pelajaran

1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada

yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil

kira pengalaman dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep

KMSM/KBSR Membuat penilaian berterusan

2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan

3. Penggabungjalinan4. Penyerapan5. Pengukuhan

memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam

aktiviti pembelajaran6. Pengayaan

membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum

Page 6: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

balas membimbing murid membuat jangkaan masa

depan7. Pemulihan

membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran

8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah

9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia

mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-

directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin

III. Penutupo Bahagian terakhiro Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan

i. folioii. pengayaan

iii. membuat projek penilaian objektif pengajaran

i. pemerhatianii. teknik menyoal

iii. memeriksa kerja pelajar membuat kesimpulan rumusan

i. menegaskan isi-isi pentingii. memberi cadangan dan panduan untuk murid

meningkatkan kefahamaniii. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk

untuk meluaskan ilmuiv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup

seharianv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan

peperiksaan

Page 7: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

pengubahsuaian pelajaran

Guru yang berkesan ...tidak membosankan

  Pengurusan Kelas   1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas

   Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab :

   

I. menguruskan rutin kelaso menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar

Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas Rekod/buku/slip  kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran

o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menandakan kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemas kini

o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa

II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harianIII. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan

kelasIV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P

o Carta organisasi kelas o Pelan kedudukan pelajaro Papan kenyataan o Senarai tugas

  Iklim Bilik Darjah

 1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim

bilik darjah iaitu    interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya.

suasana yang tenteram

Page 8: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

suhu dan peredaran udara

    Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu :

  2

I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajarII. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang

ditetapkan oleh pihak sekolahIII. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar

bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesraIV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela

dengan sopanV. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang

menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran A. Pembelajaran secara kontekstual   1 Maksud

   

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan  pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'

  2 Teori pembelajaran secara kontekstual

   

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka

Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid

Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

B. Pembelajaran Masteri   1 Maksud

   Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

  2 Pembelajaran Masteri memerlukan

   

masa yang mencukupi proses P&P yang berkualiti guru menyedari bahawa :

o pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbezao pelajar perlukan pendekatan yang sesuaio pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

   Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas

sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.  3 Prinsip asas Pembelajaran Masteri    Pelajar normal boleh menguasai apa yang diajar oleh guru

Page 9: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil

Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetahuan dan kemahiran Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas

  4 Ciri-ciri Pembelajaran masteri

   

Hasil pembelajaran mestilah ditentukan Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hairaki atau dari unit ke

unit

C. Pembelajaran Kolaboratif   1 Maksud          D. Pembelajaran Koperatif.   1 Maksud

   Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

  2 Kriteria

   

Semangat saling perlu-memerlukan yang positif Akauntabiliti individu Penglibatan yang sama Penglibatan yang serentak Penglibatan yang bersemuka

E. Pembelajaran konstruktivisme   1 Maksud     F. Pembelajaran Melalui Pengalaman   1 Maksud     G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya   1 Maksud       Kaedah Pengajaran A. Simulasi   1 Maksud

   Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar

  2 Jenis simulasi

   

Sosiodramamenggunakan skrip dan mengandungi konflik

Main perananLakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

  3 Persediaan

Page 10: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

   

i. Guru merancangii. Guru menjelaskan secara ringkas  mengenai situasi , masalah , peranan dan

tempoh lakonaniii. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelasiv. Guru menyediakan skrip lakonanv. Guru membimbing pelajar membuat keputusan

  4 Kelebihan

   

Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajaran dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka

B. Tunjuk Cara (Demonstrasi)   1 Maksud

   Situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki

  2 Langkah-langkah tunjuk cara

   

Perancangan Perlaksanaan tunjuk cara Latihan Rumusan

  3 Perlaksanaan tunjuk cara

   

menyediakan peralatan yang diperlukan memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar

o tenik menyoal

i. Soalan mestilah jelas dan mudah difahamiii. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar

iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid

iv. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajarv. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab

vi. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab

membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara

C. Syarahan           D. Permainan           E. Hafazan

Page 11: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

          F. Akhbar Dalam Darjah           G. Melawat Sambil Belajar   1 Maksud

   Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran

  2 Tempat lawatan

   

Muzium tempat bersejarah tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif

  3. Tujuan lawatan

   

membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang

dipelajari di dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat

  4. Persediaan

   

Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin

dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai

o tujuan lawatano keselamatan dirio disiplin o makan dan minumo peralatan

Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa

lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster

  5. Garis panduan lawatan    Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan    Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun

Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan

Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain

Page 12: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu.

Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan dengan pembelajaran di dalam kelas

  E. Pembelajaran Akses kendiri   1 Maksud

   Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran

  2 Keperluan

   

Hanya pelajar  sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan

dan kebolehan yang berbeza Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik

untuknya

  3 Ciri-ciri

   

Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas Kemudahan yang   membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau

kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

  4 Kelebihan

   

Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelajar memiliki kuasa autonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran

sendiri

  5 Fungsi Pusat Akses Kendiri

   

Menyediakan tempat persekitaran yang selesa dan menarik Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang

berkualiti dan berkesan Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran

  6 Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK    i. Bilik khas

o Bilik senio Bilik bahasa

ii. Ruang dan sudut pamerano Papan kenyataan

Page 13: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

o Sudut-sudutiii. Pusat Mudah Alih

  TEORI-TEORI PEMBELAJARAN A. Teori kecerdasan pelbagai   1 Maksud

    Kebolehan menyelesaikan masalah Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

  2 Keperluan

   

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar

Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

  3 Jenis kecerdasan    i. Kecerdasan Verbal Linguistik

o Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesano Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta

bercakap tentang bahasa sendiriii. Kecerdasan Logik Matematik

o Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujano Kebolehan menjangka

iii. Kecerdasan Visual Ruango Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuko Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik

iv. Kecerdasan Kinestetiko Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan

dan penyelesaian masalaho Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koordinasi,

keanjalan, kepantasan dan keseimbanganv. Kecerdasan Muzik

o Kebolehan mengesan irama dan laguo Kebolehan mengenal lagu mudaho Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi

yang mudahvi. Kecerdasan Interpersonal

o Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

o Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lainvii. Kecerdasan Intrapersonal

o Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak.

o Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri

o Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.viii. Kecerdasan Naturalis

o Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.

Page 14: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

o Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan

B. Teori Behaviourisme   1 Didokongi oleh Thorndike dan Skinner  2 Menyatakan

   

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman/kebiasaan Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan rangsangan yang sesuai Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa

pengulangan tingkah laku tersebut Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan

tingkah laku tersebut diberhentikan Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam

pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan

C. Teori Konstruktif   1 Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky  2 Menyatakan

   

Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh seseorang itu kerana ingin

menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang

menghubung kait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif

D. Teori Kognitif   1 Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner  2 Menyatakan

   

Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang Setiap individu berminat mengejar kejayaan Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa

mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada

kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya

  Guru ceria murid gembira 

Page 15: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

  Ciri-Ciri Dan Potensi Diri                                 Guru Berkesan Dalam Merealisasikan                                             Pendidikan Cemerlang                             "If  they aren't learning...then you aren't teaching."                                                             ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

Page 16: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

 Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan

ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .

Page 17: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.

Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:

Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:

Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be

understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)

Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. 

Page 18: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;       "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,        seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya         sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan         sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,        segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan         matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;

a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar; b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian; c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia

ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian

matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidikan (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:

Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna;

Page 19: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan; Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi

menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekali gus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak  dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak,

Page 20: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Penutup Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;                   " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh                     itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan                     watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai                    pendidik yang unggul."

Page 21: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

. PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan

banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu

teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga

menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses

pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian,

faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca

masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus

dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia

akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah

ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan

generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran,

seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang berkaitan dengan bidang perguruan.Terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:

1)Langkah pertama: MENGENALPASTI MASALAH

-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.

-Sukar mengingati fakta penting.

-Kurang tumpu perhatian

-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.

2)Langkah kedua: MENCARI PUNCA MASALAH.

Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari

dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun.

Page 22: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran

mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang

seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.

Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya,

mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat

terhadap apa yang disampaikan guru.

3)Langkah ketiga: CADANGAN MENYELESAIKAN MASALAH.

Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh

diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.

ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.

iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.

Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya

yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum.

2. KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan

kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan

mereka.Proses pengajaran merangkumi perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan

dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu

dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah

jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai

untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis

pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.Pengajaran bermaksud

aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan

Page 23: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-

murid.

3. CIRI-CIRI PENGAJARAN

Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan dua

pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan murid,meliputi rancangan

mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan

teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran

dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan pengajargsi

an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.

4. MODEL-MODEL PENGAJARAN

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada

beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru

bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid

selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di

antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :

4.1 Model Ekspositori

4.2 Model Pemerosesan Maklumat

4.3 Model inkuiri

4.4 Model Projek

4.1. Model Ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori

merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada

murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran

melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model

ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti

hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku

rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,

Page 24: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat

perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika

menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua

maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam

dan mendengar sahaja.

Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).

4.2 Model Pemerosesan Maklumat

4.2.1 TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE.

-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.

-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu

maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang

dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.

-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.

i. Fasa motivasi – Jangkaan

ii. Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi

iii. Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal

iv. Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan

v. Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari

vi. Fasa Generalisasi – Pindahan

vii. Fasa Prestasi – Gerak balas

viii. Fasa Maklum balas – Peneguhan

LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT:

Page 25: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat

yang mudah kepada peringkat yang kompleks:

1)Pembelajaran Melalui isyarat

-Berbentuk primitif.

Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

2)Pembelajaran stimuli-tindak balas

-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas

individu.

Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.

3)Pembelajaran Melalui Rantaian

-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .

4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal

-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.

Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.

-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai

rangsangan.

Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.

6)Pembelajaran konsep

-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan

cirri-ciri yang sama.

Page 26: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.

7)Pembelajaran prinsip.

-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8)Pembelajaran penyelesaian masalah

-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah

dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

4.2.2 MODEL TABA

A. Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui

penyusunan

bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.

B. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:

1)Peringkat penyusunan data

Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.

2)Peringkat membentuk konsep

Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya

menjadi kategori tertentu.

3)Peringkat membentuk hukum

Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-

kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.

4)Peringkat aplikasi

Page 27: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

4.2.3 MODEL INKUIRI

1. Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.

2. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk

soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali

membuat rumusan.

Contoh:

a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.

-berlandaskan kepada 5 langkah:

i. MENGENAL PASTI MASALAH

ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN

iii. MEMBUAT HIPOTESIS

iv. MENGUJI HIPOTESIS

v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

b)Model Inkuiri Sosial

- Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

- Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.

- Merangkumi 6 langkah:

i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU

ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID

Page 28: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS

iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS

v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS

vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

c) Model Inkuiri Jurispudential

- Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada

aktiviti perdebatan.

Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.

Terbahagi kepada 2: -

i)-Inkuiri Terbimbing

- Melalui bimbingan guru

- Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii)-Inkuiri Terbuka

- Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.

- Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

iii)Inkuiri Suchman

Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga

digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran

sains.

d) Model Projek

-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).

-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti

pembelajaran yang dirancang.

Page 29: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian

luar dan lawatan.

4.2.4 Model PengajaranASSURE

A- Analyse learner (analisis pelajar)-

(1) Ciri umum; umur, tahap, latarbelakag sosioekonomi

(2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada

(3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik

S- State Objective (nyatakan obj)-

(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P

(2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,

demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria-

(1) sepadan dgn kurikulum

(2) maklumat tpt/tkini

(3) bahasa jelas

(4) tarik minat/cetus motivasi

(5) galak plibatan pelajar

(6) kualiti teknikal

(7) terbukti keberkesanan

(8) ada panduan untuk digunakan. Reka bentuk Bahan; ambil kira;

- objektif

Page 30: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

- pelajar

- kos

- kepakaran teknikal

- peralatan

- fasiliti

- masa

.

U- Utilise Media & materials (guna media, bahan);

(1)prebiu bahan

(2) sediakan bahan

(3) sediakan persekitaran

(4) sedikn plajar

(5) sedia pengalaman pembelajaran.

R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek

E-Evaluate and revise (nilai dan semak)-

(1) nilai pencapaian pelajar

(2) pembelajaran yd terhasil

(3) media/kaedah

(4) penggunaan guru

(5) penggunaan murid.

Page 31: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

5. KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara

berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal.

93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai

matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan

sikap yang positif.

Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil

disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan

konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan

penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese

pembelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran :

-Ia adalah proses yang berterusan.

-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.

-Ia melalui Proses Pembelajaran seperti :

1. Rangsangan dan persekitaran

(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)

2. Rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.

(rangsangan positif dan bermakna)

3. Rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.

(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)

4. Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

Page 32: Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 2011

(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)

5. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan

sepadan.

(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).

6. Perubahan tingkah laku.

(pembelajaran sebenar)