topik 6 komunikasi berkesan

45
Bab 6 : Kemahiran Komunikasi Guru Budaya & Pembelajaran(EDU 3063) Disediakan oleh : B.ANISHA

Upload: jamunah-balakrishnan

Post on 10-Jul-2016

328 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 6 Komunikasi berkesan

Bab 6 : Kemahiran Komunikasi

Guru

Budaya & Pembelajaran(EDU 3063)

Disediakan oleh : B.ANISHA B.JAMUNAH I.KEMALATHA

Page 2: Topik 6 Komunikasi berkesan

Komunikasi• Penghantaran sesuatu mesej sama ada secara lisan

atau bukan lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan berlaku tindak balas daripada penerima mesej.

• Interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan & perasaan sama ada secara pertuturan/gerak isyarat/simbol.

• Komunikasi berkesan ialah :-• Mesej yang dihantar berjaya difahami dan penerima

mesej melakukan tindakan sejajar dengan maksud mesej

• Komunikasi berlaku secara lisan

bukan lisan

Page 3: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kepentingan guru menguasai kemahiran

komunikasi dapat dilihat dalam peranan yang

dimainkan oleh guru dalam menunaikan

tanggungjawab sebagai

Pengajar

Pendidik

Agen perubahan

Pemimpin

Agen hubungan

sosial

Moderator

Page 4: Topik 6 Komunikasi berkesan

Pengajar Sampaikan fakta, jelaskan fakta, sebarkan ilmu

tentukan minat belajar murid, tentukan pencapaian prestasi pembelajaran murid

Pendidik Personaliti guru ketika berinteraksi dengan murid,

murid terpengaruh dengan cara guru berkomunikasi

Pemimpin Menjalinkan hubungan baik dan berkerjasama

dengan ibu bapa bagi memastikan perubahan proses pembelajaran murid berjalan dengan baik.

Guru bertemu dan bersemuka atau hubungi dengan ibu bapa untuk berbincang tentang masalah pencapaian murid

Page 5: Topik 6 Komunikasi berkesan

Agen perubahan Mengubah tingkah laku negatif murid kepada

positif, komunikasi yang hebat dapat dilihat apabila tingkah laku murid mengalami perubahan yang positif

Agen hubungan sosial Setiap mesej, arahan dan penerangan perlu

jelas dan difahami oleh semua murid pelbagai latar belakang, memastikan semua murid menghormati dan hormat akan perbezaan budaya

Page 6: Topik 6 Komunikasi berkesan

Moderator Kepada muird, ibu bapa dan komuniti. Menjelaskan setiap perkara yang wajib

dikuasai dan dicapai oleh murid melalui pnp.

Page 7: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kemahiran Mendengar• Kemahiran komunikasi bermula dengan kemahiran

mendengar.

• Seseorang guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk bertutur atau menyatakan sesuatu yang mahu dikongsi bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan mereka.

• Guru juga menunjukkan minat terhadap segala yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak dengan mendengar percakapan mereka dengan sepenuh hati.

Page 8: Topik 6 Komunikasi berkesan

Birakan murid bercakap

Pandang ke arah muka

muird, mengadakan kontak mata

Sabar melayan kerenah mereka

Jangan potong

percakapan mereka

sesuka hati

Tunjukkan tindak balas

Bersikap terbuka

Mendorong mereka aktif

berkomunikasi-2 hala

Perlakuan yang

ditonjolkan guru untuk

menunjukkan bahawa guru

sedang mendengar percakapan

murid

Page 9: Topik 6 Komunikasi berkesan
Page 10: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kemahiran Lisan• Kemahiran berbahasa bagi seseorang kanak-kanak

bermula apabila kanak-kanak menggunakan bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial.

• Dalam interaksi sosial, seorang kanak-kanak belajar berinteraksi melalui kemahiran lisan yang dikuasainya terlebih dahulu melalui aktiviti bercakap dengan diri sendiri (self talk)

• Kemahiran lisan kanak-kanak berkembang dalam dua cara:-

menerusi percakapan dalaman komunikasi sosial di mana kanak-kanak mula

menghubungkan dan mengawal aktiviti melalui pemikiran dengan menggunakan unsur-unsur perlambangan yang difahami

Page 11: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh guru ialah :-

Sebutan

Jelas dan tersusun

Intonasi

Page 12: Topik 6 Komunikasi berkesan

Sebutan

o Sebutan guru mestilah jelas dan tepat

o Dalam penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku sangat penting bagi mengelakkan bahasa dialek dalam pnp

o Begitu juga dengan bahasa Inggeris, bahasa ibunda

o Guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan betul supaya murid berupaya menguasai bahasa dengan baik

Page 13: Topik 6 Komunikasi berkesan

Jelas dan tersusun

o Penerangan guru kepada murid perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar belakang murid.

o Pemilihan kata-kata yang sesuai menjadikan

sesuatu mesej itu mudah difahami dan didengari dengan penuh minat.

Page 14: Topik 6 Komunikasi berkesan

Intonasi• Penggunaan intonasi suara yang berbeza-beza

menyebabkan guru menerima reaksi yang berbeza

• Guru perlu tahu bagaimana melontarkan suaranya mengikut konteks dan keadaan, iaitu bilakah guru perlu meninggikan suara dan bilakah perlu melembutkan suara.

• Cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan intonasi Bersemangat ketika menyampaikan sesuatu perkara Elakkan menggunakan ton suara yang mendatar

(monotone) Bijak menggunakan volum suara rendah & tinggi

Page 15: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kemahiran Lisano Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang

melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan.

o Amalan dan pemahaman perlakuan bukan lisan sangat berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat, semakin banyak etnik meduduki sebuah negara, semakin banyak amalan dan perlakuan bukan lisan yang terkumpul di negara tersebut

o Bagi membolehkan guru menjalinkan hubungan yang mesra dan rapat dengan murid dan masyarakat setempat, guru perlu memahami unsur perlakuan bukan lisan.

o Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bahasa tubuh, mesej melalui lambang dan artifak, dan mesej melalui muzik dan bunyi-bunyian

Page 16: Topik 6 Komunikasi berkesan

Bahasa tubuh Membantu manusia menyampaikan mesej tanpa ujaran Menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan

maksud dengan lebih berkesan Untuk menyampaikan emosi dan perasaan yang ada

kalanya tidak mampu diucapkan melalui kata-kata.

Jenis bahasa tubuh

Postur dan kedudukan

tubuh badan

Ekspresi muka

Gestur atau

pengerakkan tubuh

badan

Sentuhan

Kontak mata dan renungan

Page 17: Topik 6 Komunikasi berkesan

Mesej melalui lambang dan artifak

Sebuah masyarakat mempunyai lambang yang memberi makna dan maksud yang tersirat

Setiap guru perlu memahami makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan etnik muridnya bagi mengelakkan kekeliruan dan terlanggar adat dan fahaman

Page 18: Topik 6 Komunikasi berkesan

Cth: - mengikat tali di pergelangan tangan oleh kakak, abang dan adik dalam upacara ‘Rakhi’ ialah lambang persaudaraan.

- ‘Thali’ menjadi lambang ikatan pasangan yang menjadi suami isteri yang

dikalungkan ke leher isteri oleh suami pada hari perkhawinan mereka

- Masyarakat Iban yang mengenakan manik- manik sebagai rantai atau perhiasan tubuh badan ialah lambang kemewahan dan penghormatan.

- Pakaian

Page 19: Topik 6 Komunikasi berkesan

Mesej melalui muzik dan bunyi-bunyian

Terdapat juga masyarakat atau entik yang menunjukkan perasaan mereka melalui nada atau bunyi-bunyian, sama ada bunyi-bunyian daripada suara mereka sendiri atau daripada peralatan seperti gong atau gendang

Cth: - Bagi masyarakat Iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkhawinan dipercayai membawa maksud tertentu, sama ada petanda baik atau buruk.

- Bagi orang Melayu, acara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam keadaan yang tidah

riuh atau bising & Acara perkhawinan diiringi dengan pukulan

kompang.

Page 20: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa

Page 21: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras BahasaLaras bahasa adalah

gaya dan penggunaan sesuatu

bahasa.

Gaya bahasa merujuk kepada

bahasa lisan atau bahasa penulisan.

Sesuatu laras bahasa bermaksud

variasi yang ada pada tiap-tiap

penutur.

Ciri laras bahasa yang penting ialah perbendaharaan

kata, susunan ayat dan frasa yang

digunakan.

Sesuatu laras digunakan dalam keadaan / situasi yang tertentu.

Laras bahasa juga bergantung kepada

latar belakang audiens dan budaya.

Terdapat beberapa laras bahasa yang

perlu diberikan penekanan semasa guru berkomunikasi

dan murid.

Penggunaan laras bahasa yang mudah akan memudahkan guru berkomunikasi

dengan murid.

Page 22: Topik 6 Komunikasi berkesan

Jenis-Jenis Laras Bahasa

Laras Bahasa Biasa

Digunakan dalam keadaan biasa, kurang penggunaan imbuhan, tiada istilah teknikal

serta mudah difahami.

Laras Bahasa Akademik

Bahasa yang berkaitan dengan

bidang-bidang tertentu

Page 23: Topik 6 Komunikasi berkesan

Jenis Laras Bahasa Biasa. Akademik Sastera Agama

SukanSainsRencanaIklan/ Perniagaan

Media Massa

Undang-undang Ekonomi

Page 24: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Biasa Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang

bidang ilmu Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan

dalam situasi rasmi sahaja Bentuk laras bahasa biasa tidak formal

menggunakan ciri-ciri bahasa basahan Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana?

Page 25: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa laras seperti laras ekonomi, laras sastera dan sbgnya.

Guru juga boleh menerangkan laras bahasa penulisan seperti nota kaki, bibliografi dan indeks.

Guru perlu mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penguhuraian yang lebih khusus.

Ayat yang digunakan sempurna dari segi kestabilan, kelenturan kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan maksudnya.

Istilah yang digunakan bersifat khusus dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja.

menunjukkan kematangan dan keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat

dan berkesan.

bersifat ilmiah, formal dan objektif.

Page 26: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Sastera

mementingkan istilah-istilah yang khusus.

Apabila berbicara tentang

kesusateraan, kita

sebenarnya membincangka

n tentang aspek seperti

tema, kronologi, dan

metafora.

Laras bahasa sastera

bersifat lebih kreatif.

Guru perlu mementingkan

pemilihan diksi, ayat tersirat,

hiperbola dll.

Page 27: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Agama

boleh digunakan semasa guru membincangkan isi agama terutamanya dalam pelajaran agama.

Dalam laras bahasa ini terdapat istilah kata pinjaman dan terdapat rujukan untuk mengukuhkan hujah.

Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada  kala mati, dan

keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

Page 28: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Sukan

boleh digunakan semasa guru

mengajar pendidikan jasmani.

Laras ini bertujuan untuk

menyampaikan tentang sukan.

Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan jelas.

Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala

Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu

dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Page 29: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Sains

mempunyai unsur ilmiah, berbahasa

moden, bersifat formal dan

menidakkan bahasa basahan.

gunakan istilah

teknologi.

Guru haruslah jelaskan dengan

lebih jelas semasa

menggunakan laras bahasa

sains.

Jirim terdiri daripada banyak zarah yang disebut molekul.

Terdapat beberapa bukti bagi

menunjukkan wujudnya molekul dalam jirim.

Satu daripadanya ialah eksprimen tentang

Gerakan Brown.

Page 30: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Rencana

bersifat umum.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan idea tentang sesuatu isu.

Laras bahasa ini adalah untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca.

Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan

ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran

dalam dan luar negara. 

Page 31: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa PerniagaanDigunakan untuk

menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan

tentang sesuatu produk.

Guru boleh menggunakan ayat ringkas dan pendek yang lebih

banyak menggunakan kata sifat.

Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan

setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

Gaya bahasa yang digunakan biasanya untuk memujuk pembeli

membeli barangan mereka.

Page 32: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Media

Menunjukkan peranan media untuk melapor atau menyampaikan berita. Tiada istilah khusus atau teknikal.

Bahasanya ringkas dan padat supaya berita yang padat dapat disampaikan kepada pembaca.

Contoh : Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak dapat memanfaatkannya.

Page 33: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Undang - Undang

Merupakan laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa melayu semenjak dahulu.

Bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Guru sangat kurang menggunakan laras bahasa ini.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. 

Page 34: Topik 6 Komunikasi berkesan

Laras Bahasa Ekonomi

Laras bahasa ini lebih berbentuk ilmiah dan berkaitan isu ekonomi.

Terdapat penggunaan istilah teknikalyang berkaitan ekonomi.

Penutur tidak mengutamakan stuktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data serta statistik.

Guru boleh menggunakan laras bahasa ini ketika mengajar ekonomi.Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Page 35: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kesimpulan

Oleh itu, jenis komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap kognitif murid.

Guru juga haruslah memberikan pertimbangan kepada faktor persekitaran dan latar belakang murid.

Penggunaan laras bahasa di kelas tidak seharusnya dicemari dengan bahasa pasar atau dialek daerah.

Page 36: Topik 6 Komunikasi berkesan

Perbendaharaan Kata

Kronologi = susunan peristiwa (kejadian), menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

Diksi = pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan utk mengunhkapkan idea secara bertulis atau lisan

Page 37: Topik 6 Komunikasi berkesan

KESANTUNAN

Page 38: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kesantunan  guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.

Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu.

Page 39: Topik 6 Komunikasi berkesan

Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat. 

Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

 i.              Kesantunan berpakaian ii.            Kesantunan tingkah laku iii.           Kesantunan berbahasa

Page 40: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi  sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. 

Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.

Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. 

Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi.

Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.

Page 41: Topik 6 Komunikasi berkesan

Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu.

Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu.

Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berpengaruh pada pola bahasanya.

Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui  dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid.

Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.

Page 42: Topik 6 Komunikasi berkesan

Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus  serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya.

Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.

Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

Page 43: Topik 6 Komunikasi berkesan

 Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah

i.      Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang. ii.    Bersyukur dan berterima kasih. iii.   Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku . iv.   Menghargai dan menghormati pihak lain. v.    Menggunakan kata-kata yang baik. vi.   Peramah, pemurah dan bersedia membaiki   kelemahan diri .

Page 44: Topik 6 Komunikasi berkesan

Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)

Page 45: Topik 6 Komunikasi berkesan

TERIMA KASIH