pengajaran & pembelajaran berkesan

22
qwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopa sdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwe rt uio asdf h klzxcvbnmrt Proses Pengajaran & Pembelajaran Berkesan RINGKASAN EKSEKUTIF [Pick the date] user 0

Upload: kilik-gantit

Post on 05-Nov-2015

102 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan.

TRANSCRIPT

Proses Pengajaran & Pembelajaran Berkesan

Proses Pengajaran & Pembelajaran Berkesan

RINGKASAN EKSEKUTIF[Pick the date]user

1PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Oleh sebab saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan sistem di Kolej Matrikulasi. Saya adalah seorang pensyarah subjek Pendidikan Islam yang mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh setiap orang pelajar muslim. Subjek Pendidikan Islam hanya diajar dalam bentuk kuliah sahaja dan tidak melibatkan tutoran dan amali, namun begitu ia tidak menghalang saya untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai satu subjek yang diminati dan memberikan kesan yang positif ke dalam diri pelajar. Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t . Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya. manusia mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh. ( surah al-Ahzab: 72 ). Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam, saya telah membahagikan tugasan saya kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Sebelum Proses Pengajaran Dan pembelajaran

3.1.1Rancangan Pengajaran

Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap oleh seorang pensyarah sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Sebagai seorang pensyarah saya perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti. Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi saya telah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul Pendidikan Islam yang telah dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada setiap hari pula saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti persembahan power point, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah membantu saya untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti kata pepatah : Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal. 3.1.2Membuat Rujukan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga saya akan membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa kuliah . Oleh sebab saya merupakan pensyarah Pendidikan Islam maka saya membuat rujukan kepada al-Quran, as-Sunnah, kitab kitab berbahasa Arab seperti kitab tafsir yang mutabar, tauhid, feqah, Akhlak Islamiyyah dan sebagainya samada yang ada dalam simpanan saya ataupun di pusat sumber kolej. Saya juga membuat rujukan melalui internet seperti islamway, imanway, quranway, islamicfinder, as-sonnah serta laman-laman web lain yang berkaitan. Tidak ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah intellectual discouse bersama rakan pensyarah lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya mestilah melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat bulat tanpa diterangkan rasionalnya. Seorang pensyarah mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pepatah Arab ada berkata : Orang yang tiada apa-apa, ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun .

3.1.3Persiapan Emosi

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga saya terlebih dahulu melengkapkan emosi saya dengan sifat kasih sayang dan tidak membiarkan masalah peribadi menguasai diri saya sehingga terbawa-bawa ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar bahawa pelajar saya juga merupakan insan biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada gurunya. Oleh itu, saya juga membuat rujukan kepada buku-buku psikologi untuk mencari tip-tip yang berguna untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam mengamalkan sifat kasih sayang ini. Sebagai contoh Rasulullah akan memendekkan tempoh sembahyang apabila terdengar tangisan bayi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan daripada golongan kami, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda. Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan. Rumusan

Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa perancangan atau persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar. Benarlah kata pepatah : Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal . Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud: Dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allahlah yang paling baik perancangan-Nya. ( Surah Ali Imran : 54 ). Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita bahawa para pensyarah tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau memandang remeh serta mencari alasan untuk tidak menyediakan perancangan yang sepatutnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi memastikan keberkesanannya secara optimum. Sekiranya kita mendidik pelajar kita dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita dengan lebih baik.3.2 Semasa proses pengajaran dan pembelajaran3.2.1Penampilan Diri Dan Disiplin

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, maka saya juga menjaga disiplin serta penampilan diri saya dengan datang ke bilik kuliah lebih awal daripada pelajar. Saya juga perlu berpenampilan menarik dengan cara berpakaian kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang keterlaluan ketika mengajar. Saya memakai pakaian yang sederhana dari segi fesyen dan warnanya tidak terlampau terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajarterhadap isi pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000 eksekutif dan professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan terhadap kebolehan dan kewibawaan individu. Saya dapati pelajar-pelajar saya akan sedaya-upaya untuk datang lebih awal daripada saya dan tidak ponteng kuliah, malahan apabila mereka terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf. Dengan ini jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin seorang pensyarah dapat mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran muridnya.

3.2.2Menjelaskan Matlamat Menuntut Ilmu

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga saya menjelaskan kepada pelajar bahawa matlamat mencari ilmu di dalam Islam ialah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, Islam telah mengkatogerikan mencari ilmu sebagai satu ibadat , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Mencari ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim. Apabila pelajar telah mengetahui matlamat dan kedudukan sebenar orang yang mencari ilmu di sisi Allah s.w.t , maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh tanpa paksaan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan secara fitrah dan penuh keikhlasan dengan niat untuk mencari ilmu kerana Allah. Inilah kekuatan yang ada di dalam agama Islam. Mereka juga akan memperbetulkan niat dan tujuan mereka menuntut ilmu iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niat. Inilah rahsia keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak disedari oleh kebanyakan pendidik masa kini.

3.2.3Menasihati Pelajar

Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati segala perintah Allah s.w.t seperti sembahyang, puasa, menjaga aurat dan sebagainya. Pada masa yang sama juga saya menasihati mereka supaya meninggalkan segala maksiat kerana ia merupakan faktor penghalang kepada keberkatan ilmu yang kita cari. Imam As-Shafie ada berkata : Ilmu itu adalah cahaya, maka cahaya tidak akan diberikan kepada mereka yang jiwanya dikotori oleh perkara-perkara maksiat. Seorang pelajar diumpamakan seperti cermin dan ilmu pula diibaratkan seperti cahaya , manakala dosa pula diibarat seperti debu. Bagaimana cermin akan bersinar apabila disuluh dengan cahaya sekiranya cermin tersebut dikotori dengan debu ?. Sekiranya seorang pelajar itu mentaati suruhan Allah s.w.t maka Allah akan membantunya sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong agama Allah ( yakni dengan mentaati perintah Allah ) , niscaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu. ( Surah Muhamad : 7 ). Di dalam agama Islam, usaha nasihat - menasihati ini amat penting sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Agama itu nasihat . Hasilnya saya dapati pelajar saya mula beramal dengan suruhan agama dengan istiqamah.

3.2.4Komunikasi Berkesan.

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Saya menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognetif mereka. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata : Bercakaplah dengan seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya. Kaedah komunikasi berkesan yang saya amalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar.

Selain komunikasi secara lisan, saya juga mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran telah menggariskan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan interaksi berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : Maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik yang menyenangkan hati. ( Al-Isra: 28 ). Allah juga berfirman dengan maksud : Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu. ( Ali Imran: 159 ). Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah - lembut dan percakapan yang baik sememangnya menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.3.2.5 Penggunaan Teknologi Maklumat.Penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan pensyarah dan pelajar. Tidak ketinggalan, saya juga mengambil kesempatan dengan kemudahan peralatan teknologi maklumat terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak Kolej bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Saya juga ada menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka saya akan mencari filem-filem pendek di internet melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan perisian keepvideo.com bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk menjadikan pengajaran saya lebih berkesan maka saya telah masukkan nota-nota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar. .Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.3.2.6 Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan menyeronokkan juga dapat dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha kreatif dan inovatif seseorang pensyarah walaupun pengajaran dan pembelajaran tersebut di dalam bentuk kuliah. Ia boleh direalisasikan dengan mempraktikkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu gaya pembelajaran peer teaching sesama rakan pelajar. Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif bermaksud pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam kumpulan dan secara bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif membawa maksud sekumpulan pelajar berusaha ke arah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.(Mok Soon Sang ,2006). Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat semasa melakukan tugasan kumpulan. Saya memulakannya dengan membahagi kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat hingga lima pelajar dalam satu kumpulan dan seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan terdiri daripada pelajar yang agak cemerlang. Selepas itu saya mengedarkan tugasan dalam bentuk soalan dan meminta mereka melaksanakan tugasan tersebut secara kumpulan dengan membuat rujukan di pusat sumber ataupun di internet. Tugasan itu perlu dihantar dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk penulisan hard copy dan dalam bentuk persembahan power point. Setiap kumpulan akan mempersembahkan tugasan mereka di hadapan khalayak ramai secara bergilir-gilir. Sementara pelajar-pelajar lain akan mendengar dengan teliti dan akan bertanyakan soalan. Mereka juga harus bersedia dari segi intelektual dan emosi untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Melalui temu bual secara tidak langsung dengan pelajar maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa tugasan secara berkumpulan ini dapat mempertingkatkan lagi minat belajar, motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan khalayak sambil memberi pendapat, berhujah dan menjawab segala pertanyaan daripada rakan seperjuangannya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif memang dapat mempertingkatkan lagi potensi diri pelajar.3.2.7 Kemahiran Berjenaka.Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Bagi saya berjenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi amalan rutin. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila saya melihat keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka saya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu saya telah pastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education, menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri pensyarah yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi ia boleh diibaratkan seperti garam di dalam makanan, hendaklah diletakkan hanya secukup rasa sahaja, kerana sabda Rasulullah s.a.w: Sebaik-baik perkara itu pertengahannya 3.2.8 Penggabungjalinan. Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman pembelajaran di antara mata pelajaran ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992 ). Pensyarah perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata pelajaran lain yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan,tegasnya merentasi kurikulum. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan pelajar memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya ( Omardin Ashaari 1999 ) .Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran dapat digunakan oleh pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran lain. Dengan ini pelajar dapat melihat perkaitan di antara disiplin ilmu. Apa yang dipelajari tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri pelajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan strategi penggabungjalinan. Apabila saya mengajar Pelajar Jurusan Hayat yang mempelajari Subjek Biologi maka saya akan kaitkan proses kejadian manusia menurut Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: Kemudian kami jadikan saripati air mani itu ( disimpan ) di tempat yang kukuh ( rahim ). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah ( alaqatan ), lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging ( mudhghatan ) dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang ( Izhaama ) lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain, maka Maha Suci Allah s.w.t Pencipta Yang Paling Baik . (Al-Muminuum : 13-14 ). Apabila saya mengajar pelajar Jurusan Fizikal pula , maka saya akan cuba mengaitkan sains dengan Al-Quran seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tiada mengetahui, bahawa langit dan bumi itu dahulunya satu potong, lalu kami seraikan antara keduanya ( Teori Big Bang ). Dan kami jadikan dari air segala benda hidup . Tidakkah mereka percaya.(Al-Anbia : 30 ). Hasil daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang pensyarah mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian maka, natijahnya terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh pensyarah akan dapat dicapai dengan jayanya. Langkah ini akan memberi faedah dan manfaat yang optimum kepada pelajar di dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.Rumusan

Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa proses semasa pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang sangat penting, kerana ia akan menentukan sama ada pembelajaran di dalam diri pelajar berlaku atau tidak. Oleh sebab itu, seorang pensyarah yang perihatin dan bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, tekun, amanah seperti sabda Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyayangi, apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja, lalu ia kerjakan dengan penuh ketekunan. 3.3SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.3.1Refleksi

Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, saya akan membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan tindakan segera. Saya juga meminta supaya pelajar menilai pengajaran saya dengan mengisi borang soal selidik . Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti kata-kata Saidina Umar Al-Khatab : Hitungilah amalan kamu sebelum kamu dihitungkan .3.3.2 Penilaian.Bagi membuktikan keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran yang

telah saya jalankan bersama pelajar, maka saya membuat penilaian semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan . Saya juga menyediakan satu blog yang berkaitan dengan nota kuliah. Sekiranya mereka ingin bertanyakan soalan mereka boleh menghantar soalan mereka kepada saya melalui gmail. Dapatan atau tindak balas yang saya terima daripada pelajar akan saya gunakan untuk memperbaiki cara pengajaran saya demi pengajaran dan pembelajaran berkesan di masa hadapan.Rumusan

Sebagai rumusannya, proses selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak kurang pentingnya seperti proses sebelum dan semasa pengajaran dan pembelajaran . Hal ini demikian kerana seseorang pensyarah akan dapat mengaplikasikan tindak balas yang didapati daripada pelajar sama ada untuk mengekalkan atau membuat pembaharuan terhadap pengajarannya pada masa akan datang.4PENUTUP

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai seorang pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Pensyarah adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, pensyarah juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi: Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.( Y.B Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya pensyarah yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.4.RUJUKAN:1.Aid al-Qarni Abdullah(2006),La Tahzan,Cairo,Maktabah al-Abikan.

2.Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali,Ihya Ulumiddin Jld.4,Bairut,Darul Marifah.

3.Dewan Bahasa&Pustaka(2002),Kamus Dewan,K.Lumpur,Harian Sdn.Bhd.

4.Kamus al-Munjid(1986),Bairut,Maktabah as-Syarqiyyah.

5.Kementerian Pelajaran Malaysia(2001),Falsafah Pendidikan Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan Kurikulum.

6.Kerajaan Malaysia(2006)Pelan Integriti Nasional,Kuala Lumpur.PNB.

7.Lajnah Pentashih Mashaf al-Quran(1988),Al-Quran dan Terjemahan,Jakarta,Percetakan Nahdi.

8.Mak Soon Sang(2004)Peperiksaan P.T.K(Kertas701/15)Bahagian II,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9.Mak Soon Sang(2008)Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred DGA34,DG44&DG48,K.Lumpur,Multimedia-ES Resources sdn.Bhd.

10Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

13Pusat Perkembangan Kurikulum(1992), Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur, DBP.

14.Syed Putra Syed Ahmad(1995),Ensiklopedia Sirah,Jid:I,IIdanIV,PBP.

15.Wan Mohd Zahid Mohd Noordin(1993),Wawasan pendidikan agenda pengisian,kuala Lumpur,Nurin Enterprise.

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm

PAGE 18