komunikasi berkesan dalam bilik darjah

24
Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah Oleh: Khairuddin Abdul Rahman Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah: 1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru. 2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif. 3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. 4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaran Sesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang

Upload: pejal-l

Post on 28-Jun-2015

3.721 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah:

1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik.Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.

2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktivitiAktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif.

3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukanKaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzzTeknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaranSesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakaukan oleh guru.

6) Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologiMenggunakan teknologi tinggi seperti computer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan powor point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di minatai oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.

7) Iktiarkan penyertaan muridInteraksi murid adalah penting dalam pengajaran dam pembelajaran yang dilakukan oleh

Page 2: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

guru oleh itu guru mestilah berusaha mengiktiarkan penyertaan murid adalah aktif di dalam bilik darjah kerana usaha mengalakkan murid-murid aktif akan menanamkan minat pelajar dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya.

8) Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalahMurid-murid yang pendian dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam bilik darjah. Guru seharusnya beriktiar membantu murid-murid seperti ini dan merujuk kepada guru kaunseling untuk diatasi permasalahan murid tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan secara aktif di dalam bilik darjah. Dengan ini interaksi murid-murid yang bermasalah dengan guru dan murid-murid lain akan bertambah baik.

9) Memberikan sikongan kepada murid yang mengemukakan pendapatSekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru, adalah tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain.

10) Murid-murid digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara sebaliknya seperti menyindir, mentertawakan kawan-kawan diatas jawapan yang kurang tepat dan sebagainya.Suasana ini akan memberanikan murid-murid mengeluarkan pendapat masing-masing kerana setiap pendapat yang dikeluarkan tidak terancam dengan kritikan dan tomahan guru dan kawan-kawan. Guru seharusnya juga menambah atau menjadikan pendapat murid tersebut sebagai contoh pendapat yang betul dan boleh diterima pakai atau mengolah pendapat murid tersebut itu menjadi lebih jitu jika penadapat tersebut kurang jelas atau samara-samar. Malah pendapat yang diberi penghargaan menghasilkan minat pelajar lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Posted by KhairuddinAR at 10:56 PM Labels: Bilik Darjah, komunikasi

PEMBELAJARAN KOPERATIF : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MASA KINI

 

1. Pengenalan

   Pembangunan sistem pendidikan negara selepas merdeka adalah hasil daripada program kerajaan untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dalam proses ini, banyak perubahan yang berlaku misalnya yang terkini sekali iaitu pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan.

   Perubahan dalam kurikulum memanglah dijangkakan akan berlaku seiring dengan peredaran masa. Ini mengakibatkan perubahan dalam pelbagai perkara seperti paradigma guru, buku-buku teks, strategi pengajaran dan sebagainya. Strategi pengajaran yang konvensyenal hendaklah digantikan dengan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid serta berorientasikan

Page 3: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

kepada penggunaan pelbagai sumber dan teknologi yang seiring dengan perkembangan teknologi negara kita.

   Dalam pembelajaran, interaksi sosial menjadi salah satu faktor penting bagi perkembangan skima mental yang baru. Di sinilah pembelajaran koperatif memainkan peranannya dalam memberi kebebasan kepada pelajar untuk berfikir secara analitis, kritis, kreatif, reflektif dan produktif. Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang diingini. Itulah yang perlu ditekankan kepada para guru di mana pembelajaran yang baik boleh berlaku apabila pelajar melibatkan diri secara aktif. Oleh itu, peranan guru berubah dari sebagai pemberi maklumat kepada seorang fasilitator.

 

2. Apakah Pembelajaran Koperatif ?

   Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam satu kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang sama iaitu ke arah kejayaan. Kejayaan ahli-ahli kumpulan adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Pelajar memiliki semangat bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bagi diri sendiri dan juga bagi setiap ahli kumpulannya.

   Dalam pembelajaran koperatif, semua ahli harus memahami dan menyedari peranan masing-masing. Oleh itu, kejayaan atau kegagalan yang diperolehi akan dikongsi bersama. Semua pelajar dalam suatu kumpulan berhak memberi pandangan atau saling bertukar ide dalam membuat penyelesaian masalah agar dapat difahami dan diterima oleh semua ahli kumpulan itu. Matlamat pembelajaran koperatif tidak akan tercapai jika penyelesaian suatu masalah hanya dilakukan oleh seorang palajar sahaja.

   Melalui strategi pembelajaran sebegini, pelajar akan mendapat galakan dan rangsangan daripada ahli-ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah matematik walaupun masalah itu sukar. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas yang ada pelbagai kebolehan kerana ia memupukkan nilai murni dalam diri pelajar seperti saling menghargai, menyokong, sabar, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan bertanggungjawab.

 

3. Prinsip Asas Pembelajaran Koperatif

   Untuk memenuhi tujuan sebenar pembelajaran koperatif, beberapa prinsip asas perlulah dipatuhi.

Page 4: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

   $ Saling Bergantungan Positif

        Pelajar perlu saling bergantungan dalam menyiapkan tugasan yang mana ianya boleh tercapai melalui matlamat yang sama, pembahagian kerja sama rata, pemberian peranan kepada setiap ahli dan perkongsian bahan atau maklumat di kalangan ahlu kumpulan.

   $ Tanggungjawab Individu

        Setiap pelajar dalam kumpulan adalah bertanggungjawab kepada pembelajarannya sendiri dan sumbangan kepada kumpulan. Penilaian perlu dilakukan secara individu untuk menunjukkan individu itu melakukan pembelajaran walaupun berada dalam kumpulan iaitu tidak hanya mengharapkan sumbangan rakan ahli.

   $ Interaksi Serentak

        Setiap kumpulan boleh melakukan perbincangan pada masa yang sama iaitu secara serentak. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana perbincangan dijalankan secara tersusun. Dengan berlakunya interaksi serentak ini, penglibatan aktif pelajar dapat dipertingkatkan lagi.

   $ Penglibatan Saksama

        Semua ahli kumpulan mesti melibatkan diri secara saksama dan menerima tugasan secara adil. Ini akan memastikan keaktifan setiap pelajar dalam proses pembelajaran.

   $ Interaksi Bersemuka

        Pelajar harus bekerja secara bersemuka untuk menyiapkan tugasan, semasa meraikan kejayaan dan ketika menjalankan 'post mortem' bagi hasil tugasan yang telah selesai. Di sini pelajar berpeluang untuk menyuarakan pendapat dan mendapat maklumbalas rakan ahli secara terus tanpa sekatan.

   $ Kemahiran Sosial

        Ini perlu bagi melicinkan aktiviti-aktiviti proses pembelajaran dan juga kesediaan pelajar untuk menjadi ahli masyarakat yang boleh berkomunikasi. Boleh dikatakan bahawa kemahiran sosial adalah sama penting dengan kemahiran teknikal untuk memperolehi kejayaan hidup pada zaman ini.

   $ Pemprosesan Kumpulan

Page 5: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

        Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran tamat, pelajar perlu melakukan refleksi secara individu. Guru dan pelajar akan melihat sejauh mana kejayaan yang dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Ia melibatkan para pelajar mentafsir, memfokus, membuat maklumbalas, berkomunikasi dan mengesan tahap kefahaman mereka. Guru pula perlu menilai sejauh mana pengajarannya telah berjaya mencapai matlamat pembelajaran yang diingini.

 

4. Jenis Pembelajaran Koperatif

   Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

    ¶ Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

        Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

    ¶ 'Student Team Achievement Division' (STAD)

        Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

    ¶ Jigsaw

       Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

    ¶ 'Team-Accelerated Instruction' (TAI) 

Page 6: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

        Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas matematik heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

    ¶ 'Team Games Tournament' (TGT)

        Model TGT mengandungi putaran aktiviti pengajaran seperti berikut :

        (I). Guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh untuk menguasai konsep.        

      (II). Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, Bagi setiap permainan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

 

5. Kesimpulan

   Strategi pembelajaran koperatif mempunyai manfaat yang besar kepada pembelajaran pelajar. Ianya boleh dijadikan strategi pengajaran alternatif masa kini di mana pelajar memperolehi faedah secara bersepadu dari aspek kognitif, efektif dan psikomotor. Guru seharusnya merancang pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran intelek di kalangan pelajar dapat dimanifestasikan dalam pengajaran. Kesepaduan yang diperolehi dari pembelajaran koperatif dapat memenuhi hasrat kerajaan seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 

Bahan Rujukan :

1. Ibrahim Saad (1990), Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Gan Siowck Lee (1992), Kerelevenan Pembelajaran Koperatif Dalam Kurikulum Sekolah Malaysia, Kertas kerja dalam seminar Matematik, MPKTBR.

Page 7: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

3. Shlomo Sharan (1980), Cooperative Learning : Theory and Research, Praeger Publisher, New York.

4. Elliot Aronson (1978), The Jigsaw Classroom, Newbury, California Sage Publication.

5. David W.Johnson dan Roger T.Johnson, Learning Together and Alone : Cooperative, Competitive and Individualistic Learning, Allyn Bacon, London.

6. Robert E. Slavin (1990), Cooperative Learning : Theory, Research and Practise, Prentice Hall, Englwood Cliff, New Jersey.

 

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( MTT2353 )

PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU PROSES PENGAJARAN

 

 

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya.

Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.

Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".

(Al-Baqarah: 263)

Page 8: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".

(Al-'Imran : 159)

"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya….." (An-Nahl : 125)

Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang.

2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

ISU 1

Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.

Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997).

Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.

Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah.

ISU 2

Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Menurut beliau, secara umumnya, 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan

Page 9: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR.

Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa aspek seperti :

kepentingan komunikasi bilik darjah

ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif

ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid

ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan

halangan-halangan komunikasi bilik darjah

cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi

cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru.

3.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL

Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).

Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu.

Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat.

4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH

4.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan

Page 10: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut :

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

Enggan menerima langsung cadangan dari murid

Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah

Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Page 11: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar

Page 12: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :

Page 13: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

 

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu :

Faktor fizikal

Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal

Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa.

6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru.

Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah :

Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas

Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan

Pendekatan individu

Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan

Page 14: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

 

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU

Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya.

Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997).

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun.

Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah :

Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu

Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran

Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa

Page 15: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

8.0 KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press.

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.

Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP.

Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

 

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

 

Page 16: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Sikap majikan punca kebanjiran pekerja   asing Dikirim pada Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen

KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). . - Masalah kebanjiran tenaga kerja asing di negara ini berpunca daripada sikap sesetengah majikan yang mahu membayar gaji rendah berbanding mengambil pekerja tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, majikan juga tidak memberi peluang kepada pekerja tempatan walaupun mereka lebih rajin dan senang diatur untuk melakukan kerja berbanding pekerja asing.

”Kita tidak nampak sebarang usaha majikan untuk mengambil pekerja tempatan dan saya sendiri tidak pernah nampak iklan sama ada di surat khabar dan televisyen untuk mengambil pekerja tempatan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini

Beliau mengulas laporan mengenai hampir 20 peratus tenaga kerja di negara ini terdiri daripada warga asing seperti yang didedahkan dalam Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.

Murugiah berkata, kebanyakan majikan yang memerlukan tenaga kerja juga dilihat terus menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon mendapatkan pekerja asing tanpa membuat sebarang usaha seperti mencari pekerja tempatan di kawasan pedalaman atau membuat sebarang pengiklanan.

Pemudawilayah - Jumlah kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) begitu tinggi dan ianya adalah tempat untuk ‘Perdagangan Manusia’ yang terbesar dinegara ini. Masalah yang dihadapi oleh segelintir majikan sebenarnya boleh selesai jika mereka menawarkan pakej insentif yang menarik pada pekerja tempat. Soalnya mereka malas untuk berbuat demikian kerana kos mengunakan pekerja asing lebih murah dan mereka boleh dikerah bekerja 24 jam walaupun masa musim perayaan.

Page 17: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Difailkan dalam: Artikel, Isu Ekonomi, Isu Sosial, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar, Undang-Undang

« Daftar persatuan belia - Ismail Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti »

2 Responses to “Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing”

1. Hasbullah Pit , di Oktober 22nd, 2008 pada 4:03 am Kata:

Saya tidak setuju dgn murugiah.

semalam saya berborak dengan tokei cuci kereta, tokei kedai makan (melayu), kesemuanya merungut dengan prestasi kerja “budak melayu”.

Gaji nak tinggi, kerja tak seberapa, selalu tak datang.

2. madbi , di Oktober 22nd, 2008 pada 11:08 am Kata:

statistik tu untuk pekerja yang legal, yang ilegal bagaimana? jangan kata tak de maklumat la … nampak sangat alasan bodoh. pegila kat pusat tahanan sementara semenyih,lengging macap,langkap, kajang dll. berapa ramai yang ditahan. tu yang ditahan , yang dilepaskan semasa operasi kerana teknikal (dokumen meragukan takyah tahan pasal susah nak proses dokumentasi) , yang dah tangkap, majikan setel dll. apa citer? kalau nak bersihkan malaya ni dari pekerja ilegal adalah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan kerana beberapa faktor besar yang terpaksa dihadapi. bermula dengan sistem, politik, kuasa, rasuah, kemanusiaan dan kelemahan penguatkuasaan. kementerian terbabit boleh menyanggah dakwaan ini tetapi pikirkan berapa banyak duit rakyat malaya hangus setahun untuk urusan PATI???? pikirkanlah..

http://dppwp.wordpress.com/2008/10/22/sikap-majikan-punca-kebanjiran-pekerja-asing/

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri.

Komunikasi Verbal Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur.

Komunikasi Non-Verbal Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.

Page 18: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Komunikasi Berkesan Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif.

Amalan Komunikasi Berkesan Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar Ø Bersifat ramah dan mesra Ø Hormat terhadap pandangan pelajar Ø Ketahui latar belakang pelajar Ø Pendengar yang aktif Ø Tunjuk mimik muka berseri Ø Guna bahasa yang mudah dan difahamiØ Arahan yang jelas dan jitu Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi

Kebisingan Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman.

Emosi guru atau murid Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil.

Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.

Kurang tumpuan Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.

Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah

Page 19: Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Kritikan Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.

Melabel pelajar Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.

Ancaman Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka.

Memberi arahan Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.

Mimik muka Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap.

Kurang perhatian Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap.

Penyampaian Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.

Bahasa Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar.

Kelajuan Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham.

Kurang persediaan Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas.

Aktiviti pembelajaran kurang menarik Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik DarjahOleh : Puan Norzilah MazaharGKMP Sains dan Matematik

http://www.geocities.com/smjelai/norzila1.html