kkp abg arip latest 1

Upload: halusan-maybe

Post on 08-Mar-2016

334 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keselamatan dalam pengurusan

TRANSCRIPT

1

_______________________________________________________________________

XBOH 2103

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT / PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

SEM MAY 2015_______________________________________________________________________

Soalan :Pengukuran prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) adalah penting dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Pengukuran prestasi KKP membolehkan organisasi mengesan isu-isu KKP disamping dapat mereka bentuk program KKP yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu-isu tersebut dan menambah baik pengurusan KKP dalam organisasi.

1. Pilih SATU artikel tentang Prestasi KKP dan Budaya Keselamatan dan tuliskan semakan semula kritisnya.

2. Bincang secara mendalam proses yang terlibat dalam mengukur pencapaian KKP.

3.Bangunkan secara menyeluruh kerangka pencapaian KKP untuk organisasianda.NAMAARIF BIN SOEBAH

NO MATRIKS830811125679001

NRIC830811125679

NO TELEFON0138880791

[email protected]

NAMA PENSYARAHEN MOHD YACOB BIN HARUN

NAMA TUTOREN MOHD YACOB BIN HARUN

PUSAT PEMBELAJARANOPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN KOTA KINABALU

SEMESTER : MEI 2015

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN1-2

2.0 KRITIKAN TERHADAP ARTIKEL MENGENAI KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN.3-5

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PENUBUHAN UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN ( OSHA )6

3.1 MATLAMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI7-9

3.2 OBJEKTIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI9-12

3.3 PENENTUAN SENARAI PETUNJUK PRESTASI KKP13-14

4.0 PERANGKAAN PETUNJUK PRESTASI KKP BAGI SYARIKAT SENDIRI15-16

4.1 OBJEKTIF KKP SYARIKAT16-18

4.2 PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI KESELAMATAN18-27

5.0 KESIMPULAN

28

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

1.0PENGENALAN

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bentuk prosedur penjagaan yang rapi meliputi aspek mental, emosi dan sosial yang diajar melalui garis panduan sebelum melibatkan dalam bidang kerjaya yang memiliki risiko besar. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selalunya menekankan aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah pembentukan budaya pekerjaan yang sihat khususnya melibatkan sektor-sektor pembinaan. Fenomena pembangunan ini sejajar dengan operasi pembinaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang telah mengalami kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perkembangan dan peningkatan dalam aktiviti pembangunannya secara tidak langsung boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam secara amnya. Tapak pembinaan mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar tapak atau mereka yang tinggal berdekatan tapak pembinaan.

Menurut Zafir et al. (2002), aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam sesebuah firma adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan oleh majikan kerana ia dapat mengurangkan kos perkhidmatan klinik panel, rawatan selepas kemalangan, mengurangkan risiko tuntutan undang-undang serta memotivasikan pekerja sehingga meningkatkan tahap produktiviti firma atau syarikat. Ini bermakna pekerja merupakan input berubah yang penting dalam proses pengeluaran. Justeru, pekerja perlulah diberikan perhatian yang paling penting dari segi aspek keselamatan dan kesihatan agar mereka dapat bekerja dalam situasi yang selamat dan aman bagi meningkatkan kepuasan atau utiliti dalam menjalankan tugasan harian mereka. Kesan daripada tindakan tersebut, firma akan dapat mengurangkan masalah pusing ganti (rotation) buruh yang tinggi (Janet, 1997). Melalui hasil kajian-kajian lepas, kepentingan OSH telah dibuktikan dan melonjakkan output dalam sektor ekonomi. Atas sebab itulah, kerajaan telah mengubal dan menguatkuasakan beberapa akta yang dapat mengawal serta memberikan panduan kepada majikan-majikan dalam menyediakan keadaan tempat kerja dan suasana kerja yang selamat dan teratur.

Berdasarkan JKPP melalui buletin keluarannya 1994 menjelaskan bahawa, pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) diwujudkan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan para pekerja secara bersepadu. Selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, negara telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada tahun 1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan terdapat hanya 109,447 kes kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes pada tahun 2005, penurunan sebanyak 60 peratus sejak Akta ini diperkenalkan. Jelaslah perlaksanaan akta ini sedikit sebanyak membantu menangani masalah keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan. Hal ini dapat diperhatikan melalui artikel "Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri Pembinaan Malaysia". Melalui artikel ini, banyak menyentuh mengenai isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, sumber manusia, kepakaran tenaga buruh dan program latihan dalam keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan disentuh yang secara tidak langsung merupakan antara intipati dalam penekanan bidang OSHA.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja. Ekoran faktor-faktor tersebut yang kemungkinan besar mendorong kepada kecelakaan di tempat kerja, langkah inisiatif perlu dilaksanakan bagi membendung gejala tersebut agar tidak berterusan sehingga menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Mengambil kira situasi ekonomi dalam industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian. Antara dapatan yang perlu diselesaikan dalam sektor pembinaan seperti kualiti yang keberhasilan sektor pembinaan yang rendah, imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi.2.0KRITIKAN TERHADAP ARTIKEL MENGENAI KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN.

Berdasarkan kepada artikel "Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri Pembinaan Malaysia" karya Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed, Zakaria Mohd Yusof & et. all, aspek kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah merangka garis panduan kepada syarikat-syarikat pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor menepati piawaian yang ditetapkan. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, aspek keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Hal ini sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi kerajaan lain yang turut mempunyai peraturan yang menetapkan keperluan undang-undang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan bukan sahaja pekerja di tempat kerja tetapi juga orang awam. Garis panduan ini terpakai di semua tempat kerja dalam aktiviti kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang dilindungi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), dan semua peraturan yang dibuat di bawahnya.

Menurut Low, et. al 2000 menjelaskan bahawa, revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan agar dapat diuruskan secara berkesan. Perubahan ini tidak sejajar di negara kita ekoran industri pembinaan di Malaysia pada masa kini masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Pengamalan menggunakan sumber tenaga buruh mengakibatkan penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah ekoran sumber buruh yang diguna pakai dalam melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan kurang terlatih. Selain itu, faktor penarik yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan di sektor pembinaan terjadi akibat kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).

Senario syarikat-syarikat pembinaan pada masa kini yang kurang peka ke atas perubahan atau penambah baikan dasar pembinaan membawa kepada titik tolak mendorong pertambahan kes kemalangan di sektor-sektor pembinaan. Setiap majikan hendaklah seberapa kerap menyediakan dan mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya yang sesuai berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja. Kegagalan ini akan membawa kepada rentetan kegagalan penyediaan prosedur keselamatan di kawasan pembinaan. Hal ini dapat dilihat apabila setiap majikan hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi tujuan penambah baikan dan penyelengaraan laporan keselamatan dan kesihatan sepanjang masa. Laporan itu hendaklah mematuhi keperluan Piawaian Malaysia yang berkaitan atau apa-apa sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain yang setara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Persekitaran tempat kerja yang selamat dan sesuai amat penting dalam sesebuah organisasi untuk melindungi aspek OSH. Namun begitu, faktor manusia melalui penggunaan buruh dalam proses pengeluaran pasti akan mewujudkan keadaan yang sebaliknya. Menurut Yusof et al. (2002) menyatakan bahawa, faktor tekanan kerja atau stress merupakan salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan di tempat kerja. Hal ini kerana, tekanan ini wujud akibat kesukaran menyesuaikan diri dengan penggunaan jentera yang berteknologi tinggi, kurangnya masa rehat akibat kerja lebih masa atau bekerja mengikut syif, ataupun wujudnya perbezaan budaya dalam organisasi pengeluaran yang dijalankan oleh syarikat multinasional. Contoh yang jelas seperti syarikat pengeluar peralatan elektronik yang dibuka oleh pelabur negara luar yang hanya mementingkan tingkat keluaran yang maksimum untuk keuntungan yang tinggi. Keadaan ini terbukti apabila Yusof et al. (2002) membuat kajian ke atas 242 operator pengeluar pengeluaran, yang menunjukkan 51.3 peratus daripada mereka mengalami tekanan kerja yang sederhana atau tinggi. Selain itu, sikap pekerja yang tidak mematuhi peraturan atau cuai semasa menjalankan tugas yang diberikan juga merupakan faktor manusia yang perlu ditekankan (Robbins dan Cenzo, 2001). Masalah ini amat ketara apabila sikap ini dilakukan oleh pekeraja di sektor pembinaan ataupun penyelenggaraan perkhidmatan elektrik dan elektronik.

Bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan atasan organisasi juga perlu berkerjasama. Menurut Fadzli et al. (2002), faktor majikan dan penyelia juga merupakan penyumbang kepada keadaan persekitaran kerja yang tidak selamat serta kurang sesuai. Misalnya, majikan yang kurang mementingkan aspek keselamatan serta mengabaikan faktor reka bentuk ergonomik atau susun atur peralatan pejabat atau jentera, pasti akan menimbulkan masalah atau kemalangan yang tinggi sekiranya berlaku kebakaran ataupun perkara yang tidak diingini terjadi. Malah terdapat juga majikan yang kurang mementingkan kebajikan pekerja sehingga tahap kepuasan pekerja untuk menjalankan tugas adalah rendah. Sebagai contoh kebajikan pekerja yang kurang ditekankan pihak majikan seperti cuti rehat yang cukup. Seharusnya pihak majikan perlu mengubah pengurusan takwim organisasi dengan memperkenalkan pertandingan kantin yang bersih, program riadah bagi pertandingan sukan antara jabatan, serta mewujudkan program kesihatan, akan memberi kesan positif kepada penurunan kadar kemalangan, di samping dapat menaikkan imej syarikat atau nilai muhibah kepada bakal pekerja lain ataupun pelabur. Malah menurut Zafir et al. (2002), dan Janet (1997), pelaburan dalam aspek OSH ini akan dapat mengurangkan kos pengeluaran atau firma dalam jangka masa panjang.3.0LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PENUBUHAN UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN ( OSHA )

TM UNIFI SDN BHD merupakan antara anak syarikat dibawah pengurusan Telekom Malaysia. TM UNIFI SDN BHD ditubuhkan pada Januari 2011 dan merupakan salah satu Syarikat yang berkaitan Telekomunikasi. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan satu sistem komunikasi canggih yang menggunakan teknologi Jalur Lebar berkelajuaan Tinggi atau Highspeed Broadband (HSBB). UniFi bermaksud Uni (kesatuan/perpaduan) dan Fi (fiber optic) yang memiliki kelajuan antara 5Mbps ke 20Mbps. Penggunaan Fiber secara meluas di Malaysia dan merupakan antara teknologi yang sangat popular untuk Local Area Network (LAN). Selain itu, syarikat telefon kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Jangkaan pada masa mendatang, hampir semua syarikat komunikasi akan menggunakan fiber optic bagi menstabilkan rangkaian laluan mereka. Atas sebab perkembangan teknologi yang mengutamakan kualiti dan kepuasan pengguna, penyediaan perkhidmatan ini juga tidak terkecuali daripada risiko hazard dan kemalangan semasa bekerja. Ekoran daripada situasi itulah juga, satu unit keselamatan dan kesihatan telah ditubuhkan bertujuan untuk mengelakkan, mengurangkan dan mengenalpasti punca-punca "penyakit" kesihatan dan keselamatan kepada perkerjaan dan langkah-langkah pencegahannya. Perlaksanaan unit ini juga secara tidak langsung mendatangkan kesan positif yang bakal diperolehi hasil daripada keberkesanan penubuhan unit ini.

Bagi Syarikat TM UNIFI yang merupakan anak syarikat TELEKOM, terdapat beberapa persekitaran kerja yang memiliki perbezaan setiap satunya dari aspek standard of prosedur (SOP), penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE), dan langkah-langkah pencegahannya. Unit-unit tersebut dibahagikan kepada dua unit iaitu Network Operation Centre (NOC) dan Operation and Mantainance (OMT). Unit NOC terdedah kepada persekitaran dalam pejabat manakala unit OMT pula terdedah kepada persekitaran luar pejabat seperti kerja-kerja pemasangan peralatan di persekitaran tempat tinggi, didalam lurang, di bahu jalanraya dan premis pelanggan. Berdasarkan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) 1994 (Akta 514), diharap dapat menyediaakan persekitaran dan tatakerja yang selamat dan selesa kepada pekerja-pekerja. Justeru itu, unit OSHA disyarikat ini akan merangka, menyediakan dan memastikan setiap SOP dan perlaksanaannya diaplikasikan dan dipatuhi oleh setiap pengurus, ketua unit dan pekerja-pekerja bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 mengenai struktur pengurusan OSHA.

Rajah 1 : Carta Organisasi Unit OSH TM Unifi Sdn Bhd3.1MATLAMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI

Sejak 12 tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, negara Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada 1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes (2005), penurunan sebanyak 60 peratus. Satu perkara tidak dapat dinafikan ialah aliran penurunan bilangan kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan berkaitan KKP dijalankan selepas akta itu digubal pada 1994. Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan pada 28 April setiap tahun yang bermula 2005 bagi memperingati nasib mangsa kemalangan industri dan ahli keluarga. Aktiviti majlis itu tidak terbatas kepada isu bahaya fizikal di tempat kerja saja, sebaliknya memberi penekanan kepada bahaya psikososial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol dengan lima Seminar Pencegahan Dadah di tempat kerja dianjurkan dengan kerjasama JKKP. Selain itu, beberapa siri lawatan luar negara dilaksanakan bagi menimba pengetahuan dan meluaskan pengalaman terutama dalam pengurusan pencegahan kemalangan industri di Jepun, Program Back to Work di Perancis dan Keselamatan di tapak bina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Atas sebab itulah, kajian semula Pernyataan Polisi Telekom Malaysia (TM bhd) menggariskan komitmen Kumpulan terhadap OSH di samping mematuhi undang-undang serta syarat-syarat Standard Organisasi Antarabangsa (ISO). Polisi yang disemak semula telah diperakui oleh Jawatankuasa Pengurusan OSH Syarikat. Ia mengukuhkan komitmen TM dalam bahagian-bahagian berikut:

Untuk mematuhi keperluan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta alam sekitar yang berkaitan.

Untuk mengambil semua langkah yang wajar dan praktikal untuk meminimumkan bahaya kesihatan dan risiko kecederaan bagi anggota TM, kontraktor-kontraktor dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan TM. Untuk mengelakkan pencemaran dan kerosakan harta benda TM menerusi pengekalan sumber asli dan alam sekitar secara aktif

Melalui kajian semula inilah membawa kepada pembentukan beberapa matlamat syarikat dalam mencapai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Garis panduan matlamat itu adalah seperti berikut :- Organisasi yang diterajui telah melaksanakan sepenuhnya sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

Menunjukkan komitmen yang tinggi serta terlibat secara langsung dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi seperti menyediakan peruntukan kewangan untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan setiap tahun, memberi latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menyediakan peralatan keselamatan diri, mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan lain-lain yang berkaitan;

Organisasi mendapat pengiktirafan persijilan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti OHSAS, OSHMS, dan lain-lain;

Melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) dan program mentor-mentee berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap pekerja, masyarakat, industri, negara dan antarabangsa;

Organisasi pernah menerima anugerah atau pengiktirafan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa;

Pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan artikel berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

Pernah memberi sumbangan idea-idea yang bernas kepada negara dalam mempertingkatkan tahap Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan;

Sedang atau pernah bergiat cergas dalam memperjuangkan dan mempertingkatkan taraf Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi, kebangsaan atau antarabangsa;

Menjadi penggerak (initiator) kepada program-program Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi, kebangsaan atau antarabangsa; dan

Mempunyai sijil kompetensi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.3.2OBJEKTIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI

TM UNIFI SDN BHD bertekad untuk mempertingkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan secara teratur dan penuh tanggungjawab. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk memastikan semua aktiviti, khidmat dan produk yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada para pekerja, pelanggan, orang awam dan sesiapa jua yang berurusan dengan syarikat. Pihak pengurusan percaya bahawa sistem pengurusan kerja yang baik perlu disepadukan dengan prinsip keselamatan dan kesihatan serta diberi keutamaan yang sewajarnya. Pihak pengurusan, penyelia, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan serta semua pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai objektif dan misi syarikat melalui pendekatan yang digariskan oleh syarikat.Tanggungjawab Pihak Pengurusan

a) Kewajipan menyediakan Polisi OSH (OSH 94 Act 514 Bah. IV : Seksyen16)i. Menyediakan dasar yg bertulis.

ii. Semakan dari masa ke semasa dasar bertulis.

iii. Mengadakan susunatur dan perkiraan di dalam melaksanakan dasar tersebut.

iv. Memaklumkan kepada pekerjab) Kewajipan terhadap orang lain selain dari pekerja mereka (Bah. IV : Seksyen17)i. Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja

ii. Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerjac) Bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan memperuntukan sumber yang mencukupi bagi mencapai objektif tersebut

d) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi bagi setiap kemudahan peralatan dan system berserta dengan kebajikan dan kemudahan pertolongan cemas

e) Memberi latihan dan bimbingan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan

f) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan ( PPE) yang mencukupi

g) Mematuhi semua perundangan dan peraturan Negara serta mempraktikan amalan keselamatan yang terbaik

h) Memastikan setiap aktiviti dan lokasi kerja dibawah pengawasan masing- masing selamat daripada risiko keselematan dan kesihatan

i) Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pihak pengurusan dan pekerja

j) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan keselamatan dan kesihatan syarikat

k) Mewujudkan dan mengemaskini prosuder kecemasan selaras dengan keperluan perundangan dan komuniti setempat

Tanggungjawab pekerja

a) Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja, syarikat dan masyarakat

b) Mematuhi sebarang peraturan keselamatan dan kesihatan yang dibuat oleh pihak pengurusan

c) Memakai peralatan perlindungan diri ( PPE) yg dibekalkan oleh majikan

d) Berkerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan

Contoh Polisi dan Misi unit keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

TM UNIFI SDN BHDSAFETY AND HEALTH POLICY

TM UNIFI SDN BHD Safety and Health Policy explicitly demonstrates our commitment and intension towards complying to the safety and health regulation such as the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA), Factories and Machineries Act 1967 (FMA), Environmental Quality Act 1974 (EQA) and other applicable statutory obligations by local authorities, government department and agencies.

The Safety and Health Policy outline our responsibilities in ensuring the safety, health and welfare management of employees, subcontractors and the general public is given appropriate attention. It also acts as a general guideline for creating, developing and implementing suitable safety program in the workplace.

SAFETY CULTURE STARTS WITH YOU MANAGING DIRECTOR,

.

(IDRUS BIN ISMAIL) DATE : 02 Januari 2014Misi Untuk melatih, memantau, dan memberi khidmat nasihat serta membimbing pihak pengurusan dan pekerja-pekerja dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan agar dapat memujuk budaya kerja yang selamat berpandukan Akta OSHA94 (Act 514) dan garis panduaan daripada syarikat. 3.3PENENTUAN SENARAI PETUNJUK PRESTASI KKP

Dalam langkah menuju ke arah kecemerlangan pengurusan TM Unifi dalam aspek OSHE, penilaian ke atas petunjuk prestasi KKP diwujudkan agar proses penambah baikan akan terlaksana sepanjang masa. Hal ini terbukti apabila kewujudan garis panduan aspek OSHE sedikit sebanyak membantu menyelesaikan risiko yang bakal dihadapi dalam sektor perkhidmatan dan pengurusan. Antara penentuan petunjuk prestasi KKP TM UniFi dapat diperhatikan seperti yang berikut :-

i. Perlaksanaan kursus-kursus atau latihan-latihan lain Berkaitan OSHE.Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai latihan berkaitan OSHE telah dilaksanakan sama ada oleh pihak luar ataupun menerusi sumber dalaman. Ini termasuk latihan Pertolongan Kecemasan Pekerjaan Asas (BOFA), Kesedaran Ergonomik, Perindustrian Ergonomik, Sistem Pengurusan OSH, OSH MS Lead Auditor dan Undang-undang OSHE. Pengurus-pengurus OSHE juga dijemput untuk memberi taklimat tentang keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian daripada Kursus Penyeliaan dan Program Pengenalan TM.

ii. Garis panduan Keselamatan Tempat Kerja TM ditampal disetiap pejabat dengan pihak TM telah mengambil langkah-langkah wajar dan praktikal untuk mengenalpasti bahaya dan mengurangkan risiko berkaitan pekerjaan. iii. Program Pengenalpastian Bahaya Penilaian Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC).Pada akhir tahun 2013, Penyediaan Rangkaian, Operasi Pengurusan Rangkaian dan Operasi Hartanah telah berjaya melaksanakan program HIRARC. Sementara itu, Pusat Operasi Rangkaian TM sedang menjalankan program ini dan dijangka selesai pada tahun 2014. Program ini akan dilanjutkan kepada semua Jawatankuasa OSHE Bangunan/ Premis untuk dilaksanakan bagi memastikan semua bahaya dan risiko dikenalpasti dan dihapuskan setakat yang praktikal untuk keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

iv.Latihan Ergonomik untuk Pelatih Ergonomik dilaksanakan.

Unit OSHE TM telah melancarkan Garis Panduan Ergonomik Pejabat pada 5 Mac 2013 sempena Minggu OSHE yang diadakan di Menara TM. Sementara itu latihan ergonomik untuk Pelatih Ergonomik diteruskan. i. Semakan Program Audit bersama DOSH.Program audit OSH merupakan salah satu komponen terpenting dalam peraturan OSHA 1994. Semua pasukan DOSH di negeri-negeri telah bekerjasama dengan Jawatankuasa OSHE Bangunan/Premis untuk menjalankan audit di tempat-tempat kerja yang telah dikenalpasti bagi memastikan amalan-amalan OSH adalah selaras dengan peraturan tersebut.ii. Perlaksanaan Program OSHE bersama Anak-Anak Syarikat Unit.

OSHE berhasrat memastikan semua anak-anak syarikat TM mematuhi undang-undang dan peraturan OSHE termasuklah mewujudkan Polisi dan Jawatankuasa OSHE serta penyerahan laporan bulanan kepada ibu pejabat untuk memaklumkan perkembangan terkini OSHE kepada Kumpulan. Pada tahun 2013, semua pegawai Kesihatan dan Keselamatan dari anak-anak syarikat TM telah menghadiri mesyuarat suku tahunan OSHE bersama ibu pejabat OSHE. Sepanjang tahun tersebut, 11 anak syarikat telah melaksanakan program dan kempen OSHE. Secara keseluruhannya sebanyak 24 insiden dilaporkan tetapi tiada kemalangan maut direkodkan. iii. Laporan Prestasi Keselamatan Anak-Anak SyarikatSehingga Disember 2013, sejumlah 12 insiden telah dilaporkan oleh anak-anak syarikat TM, menunjukkan pengurangan sebanyak 54.0% berbanding tahun sebelumnya. Kehilangan Hari Bekerja berjumlah 48 hari telah direkodkan, iaitu 75.0% lebih rendah berbanding 193 hari pada tahun 2012. Ini menunjukkan penambahbaikan yang ketara dalam prestasi Keselamatan dan Kesihatan anak-anak syarikat TM.4.0PERANGKAAN PETUNJUK PRESTASI KKP BAGI SYARIKAT SENDIRI

Pembangunan bagi kerangka organisasi perhubungan syarikat saya diperjelaskan dengan lebih mudah melalui jadual gambar rajah yang ditunjukkan di bawah ini.KEWAJIPAN AM MAJIKANKEWAJIPAN AM PEKERJA

Mengadakan program senggaraan pencegahan dan prosuder selamat terhadap penggunaan loji dan bahanMemberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja

Memberikan latihan, pengetahuan dan penjagaan berterusan kepada pekerjaMemberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap OSHA

Memastikan tempat kerja selamat seperti housekeeping, pencahayaan dan lain-lainMemakai peralatan perlindungan diri (PPE) yg dibekalkan oleh majikan

Mengadakan program industrial hygiene bagi memastikan persekitaran kerja sihat cth. Alat pelindung diri (PPE), permonitoran, ujian LEV dan lain-lain.Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah OSHA 1994 dan peraturan-peraturan

Membentuk dasar bertulis berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Komitmen oleh majikan

Keselamatan dan kesihatan disepadukan didalam misi, matlamat dan objektif organisasi

mewujudkan sistem untuk mengurus keselamatan dan kesihatan

Menjalankan pengusahaan dengan cara yang tidak boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan orang lain

Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaan yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan orang lain

4.1OBJEKTIF KKP SYARIKAT

Adalah menjadi dasar syarikat untuk menyediakan peralatan perlindungan diri yang sesuai dan memenuhi piawaian kepada pekerja-pekerja yang menjalankan aktiviti-aktiviti kerja seperti berkerja di dalam pejabat, bekerja di dalam ruang terkurung (Confined Space), bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi, di tepi / atas jalan raya dan kawasan pembinaan dan sebarang aktiviti kerja yang telah dikenal pasti memerlukan penggunaan PPE.

Objektif pemakaian peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah untuk melindungi pekerja dari risiko kemalangan atau kecederaan dengan mengadakan serta mewujudkan suatu penghadang atau perlindungan daripada bahaya-bahaya ketika di tempat kerja. Penggunaan peralatan perlindungan diri bukan suatu gantian diri untuk kaedah kawalan kejuruteraan dan amalan kerja yang paling baik atau berkesan tetapi ianya perlulah juga digunakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Ia menggariskan keperluan perlindungan untuk mata, muka, kepala, kaki dan tanggan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekal, diguna, dan diselenggarakan bilamana keperluan dan pengunaannya telah dikenal pasti dapat digunakan untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat aktiviti yang dijalankan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekalkan kepada pekerja berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi semasa kerja, seperti yang digariskan dalam dasar penggunaan peralatan perlindungan diri.

Tanggungjawab

Majikan (Pihak Pengurusan) Pihak pengurusan setempat (line management) adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan pemakaian perlindungan diri (PPE) para pekerja di lokasi kerja, ini adalah termasuk :

i. Mengenal pasti dan membekalkan PPE yang bersesuaian kepada para pekerja.

ii. Memastikan pekerja telah dilatih tentang cara penggunaan, penjagaan dan pembersihan PPE.

iii. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pengagihan PPE kepada pekerja dan latihan yang telah dijalankan.

iv. Majikan hendaklah memastikan pemakaian PPE telah dipatuhi segi penggunaan dan penjagaan yang betul dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan.

v. Mendapatkan bantuan unit OSH untuk mengenalpasti dan melihat bahaya-bahaya ( hazards ) di tempat kerja

vi. Memaklumkan kepada unit OSH sekiranya terdapat bahaya baharu atau sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja.

vii. Memastikan peralatan perlindungan diri yang rosak atau tidak berfungsi digantikan seberapa segera.

Pekerja

i. Pengguna / pemakai peralatan perlindungan diri (PPE) adalah bertanggungjawab terhadap keperluan seperti berikut :

ii. Menggunakan atau memakai PPE seperti yang diperlukan berdasarkan arahan atau prosedur kerja.

iii. Menghadiri sesi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan.

iv. Menjaga dan menyelenggara PPE sebagai mana diperlukan.

v. Memaklumkan kepada pemyelia tentang keperluan membaiki atau menggantikan PPE yang rosak.

vi. Membuat penilaian dan mengemaskini tahap keberkesanan penggunaan PPE secara keseluruhannya.

Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Unit OSA adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar terhadap perlaksanaan peralatan perlindungan diri (PPE) dikalangan pekerja. Antaranya adalah: i. Menjalankan aktiviti mengenal pasti dan menilai bahaya yang di tempat kerja bagi menentukan keperluaan penggunaan PPE.

ii. Memyimpan dan mengemaskini rekod-rekod aktiviti penilaian bahaya, memberi latihan dan bantuan teknikal kepada majikan tentang cara-cara penggunaan dan penjagaan PPE yang dibekalkan

iii. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada majikan, dari segi pemilihan dan pembelian PPE.

iv. Membuat penilaian semula dari segi kesesuaian dan keberkesanan PPE yang sedang digunapakai.

4.2PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI KESELAMATAN DI PEJABAT

Panduan keselamatan bertujuan untuk memudahkan majikan dan pegawai yang terlibat dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di pejabat dalam mengenapasti keperluan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat dan kondusif serta mematuhi Akta Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) OSHA 1994. Kaedah panduan adalah dengan mengemukakan persoalan-persoalan dalam perkara-perkara yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan dan persekitaran pekerjaan di mana ianya dapat membantu bagaimana pelan tindakan diambil bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang selamat, ceria, bersih dan kondusif.

Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di tempat kerja. Ini merupakan satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan. Objektif panduan adalah untuk mengenalpasti bahaya-bahaya di dalam pejabat yang yang perlu di titikberatkan dan dikawal bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. . Setiap pejabat juga perlu menerapkan prinsip 5s iaitu Seiri, Seiton, Sieso, Seiketsu dan Shitsuke (kekemasan, kebersihan, standard, displin dan psikologi) organisasi. Dengan ini, pasti akan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja kerana tahap persekitaran tempat kerja yang bersih, cara penglabelan bahan berbahaya yang sistematik serta susun atur peralatan yang kemas dari segi ergonomik (Mary , 2000).

Panduan Keselamatan Am di pejabat

Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan, perabot, dawai elektrik dan lain-lain.

a) Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.

b) Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV.

c) Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka.

d) Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari, meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual. Gunakan troli jika perlu.

e) Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.

f) Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.

g) Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.

h) Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kebakaran.

i) Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.

Prosedur dan perlaksanaan keselamatan pejabat

a) Laluan Selamat

Setiap Majikan, Ketua unit dan pekerja hendaklah Menyediakan laluan selamat di dalam premis yang diawasi. Memastikan laluan selamat yang dibina boleh digunakan sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau kecemasan kebakaran. Memastikan laluan selamat sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-halangan yang boleh mengganggu lalulintas. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan berkerja adalah dilarang sama sekali.

b) Ruang Bekerja

Majikan dan Ketua unit hendaklah menyediakan ruang bekerja yang selamat dan secukupnya di dalam premis yang diawasi dan setiap pekerja hendaklah memastikan ruang bekerja bebas daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan.

c) Alat pemadam Api

Majikan dan Pegawai OSH adalah bertanggungjawab memastikan semua peralatan pemadam kebakaran diselenggara dan boleh berfungsi dengan baik dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Majikan dan pegawai berkenaan hendaklah menandakan tempat berkumpul semasa kecemasan dan memaparkan pelan evakuasi semasa kecemasan .Adalah menjadi satu tanggungjawab pihak pengurusan untuk melakukan latihan kebakaran bersama para pekerja dengan bantuan pihak bomba.

d) Peti Pertolongan Cemas

Pegawai berkenaan atau penolong cemas adalah bertanggungjawab memastikan Peti

Pertolongan Cemas ditempatkan di dalam pejabat.Penolong Cemas hendaklah memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas sentiasa mencukupi setiap masa. Setiap majikan,pegawai dan para pekerja hendaklah menjaga dan tidak menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas yang disediakan. Pegawai Penolong Cemas PTJ adalah bertanggungjawab merancang aktiviti penyelenggaraan kemudahan dan peralatan pertolongan cemas.

Penolong Cemas hendaklah menyelenggara semua kemudahan dan peralatan.

e) Visual Display Units (VDUs)

Penyelidikan yang lama telah dibuat dari segi keselamatan dan kesihatan tentang kesan penggunaan VDUs kepada para penggunanya. Faktor keletihan anggota badan bukan disebabkan oleh penggunaan VDUs kerana sinaran atau radiasi yang dikeluarkan oleh VDUs adalah terlalu kecil dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna. Faktor keletihan besar kemungkinan disebabkan oleh cara duduk yang salah dan etika penggunaan alatan VDUs yang tidak mengikut prosedur yang disyorkan. Ini boleh dikaitkan dengan aspek Ergonomik terhadap reka bentuk kerusi,meja dan peralatan-peralatan yang lain. Oleh itu, parameter ergonomik dan perlaksanaan yang disyor adalah seperti berikut :

i. Ketinggian kerusi mestilah boleh diubah mengikut kesesuaian pekerja

ii. Posisi papan kekunci hendaklah samarata dengan lengan pengguna

iii. Skrin VDUs hendaklah diletakkan di tengah-tengah dan 90 pada arah memandang, mata pengguna memandang kebawah sedikit kearah skrin pada sudut 15- 20. Penggunaan kerusi yang boleh berpusing dan diubah ketinggiannya amat digalakkan untuk pengguna VDUs sepenuh masa

iv. Jarak diantara pengguna dengan skrin adalah sekitar 35cm ke 80cm untuk mendapatkan jarak pandangan dan cara duduk yang sesuai dan selesa.

Rajah 2 : Parameter ergonomic dan prosedur duduk yang betul

v. Elakkan cara duduk dengan keadaan static dan tidak berubah pada tempoh masa yang lama, duduk dalam keadaan membongkok dan duduk yang tidak selesa.

vi. Berehat seketika 10 saat30 saat pada masa 30 minit dan lakukan pergerakkan badan,tangan, kaki dan stretching. Perbanyakan riadah selepas waktu kerja.

vii. Laporkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada ketua unit dan jika perlu, buat pemeriksaan dengan doctor di klinik atau hospital

f) Penghawa dingin

Sistem hawa dingin adalah keperluan penting kepada sesebuah pejabat bagi menjamin keselesaan setiap anggota di dalam perjabat. Kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat dan mengenalpasti bahaya yang terhasil daripada system ini dan sewaktu proses penyelenggaraannya. Terdapat empat jenis hazad yang terhasil daripada system hawa dingin yang perlu diberi perhatian dan panduan tentang pencengahannya iaitu :

i. Bahaya Mekanikal terdapat banyak bahagian yang bergerak seperti belt, pully dan gear. Bekalan kuasa perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum melakukan penyelenggaraan.

ii. Bahaya Elektrikal pastikan kondiut yang digunakan mempunyai sambungan dawai bumi bagi mengelakkan insiden litar pintas dan jangan menggunakan peralalatan yang tidak ditebat secukupnya.

iii. Bahaya Kimia Gas Refrigerant terkandung di dalam system hawa dingin dan kebocoran silinder boleh melepaskan gas tersebut seterusnya mengakitkan kecederaan terutamanya mata.Oleh itu, penggunaan safety goggles adalah diwajibkan kepada pekerja penyelenggaraan.

iv. Bahaya Persekitaran Sistem hawa dingin split unit menggunakan outdoor unit untuk dipasang diluar banggunan pejabat. Pekerja penyelenggara yang terdedah kepada cuaca panas digalakkan untuk memakai peralatan PPE yang sesuai.

g) Peralatan Elektrik

Kemalangan disebabkan oelh peralatan elektrik perlu dielakkan dengan mematuhi peraturan IEE yang disarankan. Namun langkah-langkah pencegahannya perlu ditekan bagi mengelakkan insiden litar pintas dan kejutan elektrik daripada terjadi.Panduan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan adalah :

i. Pengiraan beban tersambung, kehendak maksima, kebolehan current carrying, sust voltan, pemutus litar dan lain-lain perlu dititik beratkan

ii. Rekabentuk pendawaian perlulah mengikut piawaian dan mempunyai system perlindungan

iii. Menggunakan system pembumian BS 6651: 1985 sebagai panduan dan memastikan setiap peralatan elektrik mengikut piawaian ini.

Perlindungan Mata Dan Muka serta Perlaksanaannyaa) Setiap pekerja yang berada atau bekerja di lokasi kerja / menjalankan aktiviti kerja yang telah dikenalpasti mendatangkan bahaya kepada mata, dikehendaki memakai pelindung mata sebagai langkah pencegahan kecederaan mata.

b) Sebagai langkah perlindungan pekerja, majikan ( ketua, pengurus, penyelia ) berkenaan hendaklah membekal dan menyediakan cermin mata keselamatan (safety glass) atau goggles yang bersesuaian kepada pekerja.

c) Bagi pekerja yang menggunakan kacamata ( prescription glass ), mereka hendaklah dibekalkan dengan perlindungan mata yang sesuai iaitu boleh dipakai bersama kacamata.

d) Perlindungan yang sesuai hendaklah digunakan bila masa pekerja terdedah kepada bahaya seperti objek melayang, percikan besi panas, tumpahan / percikan asid dan sebagainya.

e) Safety glass atau goggles dan perlindungan muka ( face shield ) hendaklah digunakan bersama semasa menjalankan aktivi kerja sekiranya terdapat potensi bahaya percikan / tumpahan asid atau bahan kimia.

Perlindungan Kepala dan Perlaksanaannya a) Topi keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk digunakan semasa berada atau bekerja di lokasi kerja / aktiviti yang terlalu bahaya dikenalpasti terhadapnya terhadap risiko kepada kecederaan kepala akibat bahaya tertimpa / tercucuk objek yang jatuh.

b) Kecederaan kepala biasanya disebabkan oleh objek yang melayang atau terjatuh, atau terlanggar sesuatu objek. Topi keselamatan mestilah mampu menahan / menyerap kesan hentakan atau tekanan akibat tertimpa objek yang jatuh. Ketahanan bahagian luar topi keselamatan direka / diperbuat sebegitu rupa supaya mampu menahan hentakan dan bahagian dalam topi terdapat abah-abah (harness) yang akan menahan / menghalang bahagian luar topi dari terkena kepala pemakai.

Rajah 4.2 : Safety Glasses dan Topi keselamatan

Perlindungan Kaki dan Perlaksanaannyaa) Kasut keselamatan adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti kerja seperti mengendali atau mengangkat objek atau peralatan berat dimana terhadapnya risiko kepada kecederaan kaki akibat terhempap atau dihentak oleh objek tersebut. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut (steel-toe cap) dapat melindungi kaki, terutama jari-jari kaki, dari bahaya hentakan tersebut. b) Ciri keselamatan di bahagian depan kasut dapat memberi perlindungan kepada kaki pekerja dari risiko kecederaan akibat bahaya dihempap, digelek oleh jentera mesin atau objek yang bergerak. c) Tapak kasut keselamatan yang diperbuat dari getah serta ciri-ciri ketahanan dari minyak dan haba boleh melindungi kaki, terutamanya tapak kaki, dari bahaya tergelincir dan lecuran atau lelasan kulit akibat kesan kimia berbahaya.

Perlindungan Tangan dan Perlaksanaannyaa) Kemalangan yang melibatkan kecederaan tangan boleh diklasifikasikan di dalam empat kategori iaitu luka, lelasan kulit, lecuran dari haba atau kepanasan dan kesan / bahaya bahan kimia.

b) Sarung tangan perlulah dipakai semasa mengendali atau memegang objek yang mempunyai bahagian tepi yang kasar dan tajam, objek yang terlalu panas atau sejuk. Jenis sarung tangan yang perlu diguna pakai untuk aktiviti tersebut adalah seperti kulit, sarung tangan untuk kegunaan kerja kimpalan, sarung tangan berpenebat dan sebagainya. c) Sarung tangan haruslah diganti secara berkala, bergantung kepada kekerapan penggunaan dan ketahanannya terhadap bahan atau objek yang dikendalikan.

Tali Pinggang Keselamatan dan Perlaksanaannyaa) Tali pinggang keselamatan mestilah dipakai ketika bekerja di kawasan atau di tempat tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang jatuh pada jarak melebihi 10 kaki. Dengan menggunakan tali pinggang dengan betul, penggunaannya dapat menggurangkan risiko dan mengawal bahaya jatuh.b) Apabila berkerja di tempat tinggi, tali mestilah dipendekkan seseberapa yang boleh dan diikat dengan kukuh.

c) Tali keselamatan hendaklah diperiksa sebelum digunakan dan digantikan sekiranya perlu.

d) Jangan bergantung penuh dengan tali pinggang keselamatan sehingga ianya telah diperiksa dahulu dengan teliti.

Jaket Pemantulan Cahaya dan Perlaksanaannyaa) Jaket pemantul cahaya adalah jaket yang berfungsi memantul cahaya supaya ianya lebih jelas dilihat oleh orang awam atau pengguna jalan raya terhadap pekerja yang sedang bekerja.

b) Pemakaian jaket pemantul cahaya boleh memberi amaran kepada pengguna-pengguna jalanraya bahawa terdapatnya pekerja sedang berada / bekerja di jalan raya.

c) Jaket pemantul cahaya hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja atau berada di kawasan jalan raya di mana terdapat bahaya dilanggar oleh kenderaan terutamanya di dalam suasana gelap atau malam. d) Pemakai jaket tersebut boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang jauh oleh pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan risiko kemalangan dilanggar oleh kenderaan. 5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, selain daripada penguatkuasaan OSHA 1994 oleh pihak JKKP, pihak majikan serta pekerja juga perlu memainkan peranan secara kolektif. Di mana pelbagai program atau pendekatan yang boleh diterapkan oleh pihak pengurusan untuk mewujudkan kumpulan masyarakat yang peka dengan elemen OSH serta bebas daripada bencana atau kemalangan maut yang terlalu tinggi. Hasil daripada pemantauan penuh, perlaksanaan dan kesedaran dari setiap majikan, ketua-ketua unit, penyelia dan para pekerja, pasti akan memberikan banyak kesan yabg positif kepada keselamatan dan kesihatan diri sendiri seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti syarikat.

Oleh sebab itulah, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Antaranya ialah sikap produktif terhadap pemantauan dan penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan dengan menyediakan panduan dan mencadangkan satu pendekatan yang boleh membantu dalam usaha-usaha efektif yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian dan kemalangan di tempat kerja dan syarikat. Hasilnya, kebaikan yang diperolehi daripada panduan dan perlaksanaan melalui garis panduan keselamatan dan kesihatan syarikat amatlah menguntungkan kerana dapat menghasilkan persekitaran kerja yang selamat, selesa dan dihindari dari insiden-insiden yang tidak diingini.(3025 Patah Perkataan)RUJUKANAbdul Rahman Talib. 2003. Garispanduan Sistem Pengurusan Keselamatan dan keshitanPekerjaan (OSH-S/ILO-OSH 2001). Majlis Taklimat Keselamatan dan KesihatanPekerjaan,UKM

A.Md Ali, R.Thuaibah, dan R.Syaharizatul. 2007.Penyeliaan Efektik DalamKeselamatan dan Kesihatan Pekerja Industri. Prosiding Seminar KebangsaanPengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai: Universiti TeknologiMalaysia.Hinze, J. and Wiegand, F. 2009. Role of designers in construction worker safety. Journalof Construction Engineering and Management. ASCE, 118(4), 677-684.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia. 2011. Statistik Jabatan: KemalanganPekerjaan Mengikut Sektor.

Kazutaka Kogi and Tsuyoshi Kawakami. 1997. Psychosocial Issues. EnvironmentalManagement and Health: MCB University Press.Laporan tahunan 2008, Keselamatn,kesihatan pekerja dan alam sekitar (OSHE), 184195, TM Berhad.

Mary OhEocha. 2006.A Study of Influence of Company Culture, Communications andEmployee Attitudes on The Use of 5Ss For Environmental Management at CookeBrother Ltd, Vol. 12 No. 5: MCB University PressM.Mansur, A. Mokhtar, dan Z. Abdul Karim 2006. Penguatkuasaan Akta Keselamatan &Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 Di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia..NIOSH 1994. Guidelines for Public Safety at Construction Sites. National Institute ofOccupational Safety and Heath Malaysia. Kuala Lumpur

OSHA 1998. Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) and Regulations =Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturanperaturan as 1st January 1998.Legal Research Board. Kuala Lumpur,International Law Book.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2002. Manual Keselamatan Dan KesihatanPekerja. Edisi Pertama: Julai 2002, MKKP 01-22. TM Berhad

Whitelaw, J .2001. Safety:What do You Think?, New Civil Engineer,January, 22-24.

Zafir Mohamed dan Fazilah Mohamad. 2003. The Occupational Safety and Health IssuesIn Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan dan PembangunanSumber Manusia. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.LAMPIRAN.

CONTOH ARTIKEL

ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAMINDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIAMohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed, Zakaria Mohd Yusof, Razali Adul Hamid, Norazam Othman, Wan Yusoff Wan MahmoodUniversiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia [email protected], [email protected], [email protected],ABSTRACT: This paper will discuss the current isssues related to the safety and health in the construction sites, human resource, workers expertise and training programme in safety and health in the construction industry. It cannot be denied that some effects from the previous years economic rapid dvelopment are risks facing from the workforce especially in the construction industry which is more complex such as lower quality issues, lower on productivity, shortage of skills workers, and high on accidents rate. Safety training have their own importance to firms and society which would safe life, prevent an accident, harm and injures. It shows the importance of providing an acceptable standard of safety training to ensure that the employer has fulfilled the responsibilities implementing to provide the training to all level of construction workers including management staff.Keywords: construction industry, occupational safety and health, trainning.ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, sumber manusia, kepakaran tenaga buruh dan program latihan dalam keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja, khususnya dalam industri pembinaan yang semakin kompleks seperti isu-isu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, imej, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi. Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat dan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja binaan termasuk kakitangan pengurusan.Kata kunci: Industri Pembinaan, Kemalangan, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Latihan1. PENGENALAN

Salah satu langkah untuk membantu negara di dalam usaha membangunkan imej industri pembinaan adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah tentu sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara serta hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Dengan mengambil kira situasi ekonomi dalam industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian; iaitu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi. 2. OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berikut: i. Kemalangan di tapak pembinaan

ii. Sumber manusia dan kepakaran tenaga buruh

ii. Program latihan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan

3. KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN

3.1 Isu Kemalangan Dalam Industri Binaan

Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Banyak negara maju seperti UK dan Australia mewartakan peraturan pengesahan amalan keselamatan dalam praktik pekerjaan kontraktor di tapak pembinaan. Revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan (Low, et al., 2000). Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkanburuh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih.Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).3.2 Amalan Keselamatan Di Tapak Binaan

Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalan keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 1984 bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di dalam industri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagai kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi menjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan (Mac Collum, 1993). Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996). Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerja kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaran projek akan diketahui. 3.3 Kemalangan

Kemalangan menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri binaan kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley (1983) menyatakan definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac Naughton di dalam kes Fenton v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang berpendapat bahawa suatu perkara yang menghalang atau ditonjolkan ketika tidak diingini ke atas sesuatu pekerjaan normal dan di dalam erti kata harian, ia merupakan kemalangan yang tidak dapat dijangka atau disedari oleh mangsa. Definisi yang didapati daripada 40 penyelidikan yang dibuat oleh Ridley (1983) dari aspek umum, undang-undang, perubatan, saintifik dan literatur keselamatan telah mengemukakan definisi kemalangan yang tepat. Peyton dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh dikatakan sebagai suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma dan operasi perniagaan. Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan yang boleh mengganggu kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat (Davies dan Tomasin, 1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa kemalangan merupakan suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan kecedaraan atau kerosakan. Jadual 1 menunjukkan jumlah kemalangan industri di Malaysia yang dilaporkan mengikut sektor dan antara 2000-2004

Jadual 1. Jumlah Kemalangan Industri yang dilaporkan Mengikut Sektor dari tahun 2000-2004

PERUSAHAAN/TAHUNJUMLAH KEMALANGAN YANG DILAPOR

20002001200220032004

1.Pertanian, Perhutanan & Perikanan11,89312,4249,4566,9475,677

2.Perlombongan & Kuari626573545536533

3.Pengilangan41,33135,64233,52329,78026,690

4.Elektrik, Gas, Air & Kebersihan537442516510496

5.Pembinaan4,8734,5935,0154,6544,445

6.Perdagangan15,45213,77413,68513,39512,948

7.Pengangkutan4,7784,3824,4394,1044,151

8.Institusi Kewangan & Insurans687602567572605

9. Perkhidmatan6,5815,9505,9245,6175,295

10. Perkhidmatan Awam8,2487,4878,1407,7438,325

JUMLAH95,00685,86981,81073,85869,132

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), 2005)3.4. Masalah Kemalangan Dalam Industri Binaan

Kepesatan pembangunan ekonomi yang sedang pesat ini sememangnya telah memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Namun demikian, kita juga akui bahawa bersamanya kesan-kesan sampingan yang perlu diatasi. Salah satu daripadanya ialah peningkatan bahaya atau risiko di tempat kerja akibat daripada penggunaan bahan, peralatan dan proses kerja yang canggih dan berbagai-bagai pada masa ini. Semestinya risiko-risiko tersebut dikawal dengan berkesan bagi memastikan produktiviti dan kualiti kerja dalam industri binaan sentiasa dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi (Ludin Embong, 1995). Kemalangan yang tinggi dalam sektor binaan boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian harta benda yang bernilai beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tidak diberi latihan (Grossman, 1996). Jadual 2. menunjukkan jumlah kemalangan (maut) mengikut tahun di Malaysia antara 2000-2004. Jadual 2. Jumlah Kemalangan (Maut) Mengikut Tahun

PERUSAHAAN/TAHUNJUMLAH KEMALANGAN (MAUT)

20002001200220032004

1.Pertanian, Perhutanan & Perikanan11575694062

2.Perlombongan & Kuari1171288

3.Pengilangan282243214213195

4.Elektrik, Gas, Air & Kebersihan81314810

5.Pembinaan15989889577

6.Perdagangan151192134151143

7.Pengangkutan98919010873

8.Institusi Kewangan & Insurans116975

9.Perkhidmatan72106878465

10. Perkhidmatan Awam97136141108131

JUMLAH1,004958858822846

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), 2005Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan pembangunan ekonomi negara pada beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang melibatkan tenaga kerja iaitu risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan yang semakin serius dilaporkan. Kemalangan dan penyakit pekerjaan yang tinggi akan menjejaskan pembangunan negara dan kehilangan tenaga kerja. Seperti yang telah diketahui, pekerja adalah aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan. Pembangunan ekonomi dan sosial tidak akan tercapai tanpa sumbangan daripada para pekerja. Justeru itu, usaha-usaha sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja tidak terjejas (Levitt et al, 1987).Peruntukan yang sepatutnya dipatuhi oleh majikan sepertimana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi menyediakan latihan dan memberikan pengetahuan keselamatan nampaknya tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh majikan. Alasan kos latihan yang tinggi menjadi alasan utama majikan enggan melaksanakan keperluan ini (Everett, 1996). Menurut Davies dan Tomasin (1996), majikan dalam industri pembinaan perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya.3.5 Langkah-Langkah Mencegah Kemalangan

Langkah-langkah untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh kontraktor dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang sesuai dengan keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio, 1991). Pihak kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di tapak bina dan mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem kerja yang selamat. Di antara peralatan keselamatan yang perlu disediakan oleh kontraktor adalah topi keselamatan, jaket keselamatan dan kasut keselamatan.4. SUMBER MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH

4.1 Kepentingan Sumber Manusia Dalam Industri Pembinaan

Tenaga buruh amat penting di dalam indutri pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga buruh asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga buruh tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah dan kotor terhadap buruh binaan ini, walhal bidang kerja tersebut memberi pendapatan yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain terutamanya kerja sebagai operator di kilang. Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 gunatenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara (CIDB, 2004). Bidang kerja pembinaan tidak lagi wajar diistilahkan sebagai buruh kasar, hina dan kotor, selain faktor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) sebaliknya kini kerja dalam bidang pembinaan ini diiktiraf sabagai kerjaya yang memerlukan kemahiran dan memiliki kemahiran mental, fizikal, kreatif serta ianya telah diakui sebagai tulang belakang pembangunan negara. Kerjaya sebagai pekerja buruh binaan dalam industri pembinaan bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan golongan atau kumpulan yang tercicir sebaliknya bidang kemahiran terutamanya dalam industri pembinaan adalah satu pekerjaan yang menjanjikan sumber rezeki yang lumayan (CIDB, 2004; Berita Harian, 1993). 4.2 Isu Buruh Asing terhadap Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Binaan

Kemasukan tenaga kerja asing yang ramai dari negara kurang membangun telah memberikan imej yang kurang baik dari aspek keselamatan kerana mereka kurang memberikan perhatian atau tiada pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan di tapak binaan. Masalah ini timbul adalah kerana mereka ini tidak menerima latihan secara formal sama ada di negara asal atau di Malaysia. Sikap tersebut juga menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Insiden-insiden ini telah memberi publisiti yang tidak baik dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi tenaga kerja tempatan terutamanya belia-belia lepasan sekolah (CIDB, 2004). Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 guna tenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara. 4.3. Isu Kepakaran Tenaga Buruh Industri Binaan

Sektor pembinaan selalunya dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Tenaga kerja tempatan berpendapat, pekerjaan di sektor pembinaan tidak dipandang tinggi di kaca mata belia atau masyarakat. Bebanan kerja yang berat dan terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari dikaitkan dengan pekerjaan buruh kasar. Di samping itu, banyak berita di akhbar menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-kala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat tempatan. Perubahan teknologi kepada IBS telah mula mengubah persepsi kepada industri binaan yang lebih cekap dan mampu menghasilkan industri yang lebih selamat dan berupaya menangani masalah semasa industri binaan, selain berupaya bersaing dalam era industri binaan bersaing dalam dunia globalisasi (Shahrul Nizar Shaari, 2003). Kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh penggunaan IBS dapat mengalihkan sektor pembinaan daripada masalah 3-D atau 3-K iaitu Dirty (Kitanai), Difficult (Kitsui) dan Dangerous (Kiken), yang selama ini merupakan antara punca pekerja tempatan hilang minat untuk memasuki sektor pembinaan. Rekod CIDB mendapati hampir tiga daripada empat pekerja asing yang memohon ujian kepakaran untuk lanjutan permit terdiri daripada mereka yang terlibat dalam tred basah (wet-trades) seperti penyusun batu-bata, tukang kayu (acuan), tukang besi, tukang lepa dan tukang konkrit. Kerjaya dalam sektor ini sepatutnya dianggap kerjaya yang selamat dengan adanya latihan keselamatan dan latihan dalam tred kerja masing-masing (CIDB, 2005).Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades) . Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih. Bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja yang ramai lantas meningkatkan jaminan kualiti ke atas projek-projek pembinaan, industri pembinaan perlu mengubah pelaksanaan kerja menggunakan lebih banyak kerja berorientasikan teknologi sistem binaan berindustri (Industrialised Building System - IBS). Dengan beralih kepada proses kerja yang lebih berintensifkan modal, produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan dengan menggunapakai sesetengah teknologi maju dari negara maju. Penggunaan teknik atau proses kerja yang lebih inovatif dan cekap dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti (CIDB, 2004).5. PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

5.1 Latihan

Darkenwald dan Merriam (1982) memberikan pengertian latihan sebagai ...aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi kerja pekerja semasa bekerja atau apa yang akan dilakukan oleh pekerja. Manakala Noe (1986) mendefinisikan latihan sebagai satu reka bentuk perancangan pengalaman pembelajaran untuk membawa perubahan yang kekal terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran individu. Menurut Roberts (1980) latihan ditakrifkan sebagai aktiviti atau segala usaha terancang atau yang diprogramkan bagi kaedah pembelajaran dalam tingkah laku kerja tertentu. Menurut Kamus Dewan (2000), latihan merupakan pelajaran atau pendidikan untuk memahirkan atau membiasakan mengenai ajaran atau pelajaran yang diterima dan mencukupi untuk seseorang menjalankan kerjanya. Banyak aktiviti dan program keselamatan seperti program kad hijau dan sebagainya yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai amalan keselamatan. Namun program tersebut hanya sekadar permulaan dan tiada tindakan dan program susulan mengenai latihan keselamatan yang dilakukan secara berkala. Tiada program latihan keselamatan yang berterusan yang dirangka kepada semua golongan personel binaan di tapak bina. Program pembelajaran berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia. Menurut International Labour Office, manual keselamatan dikeluarkan bagi memberikan panduan praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak bina dan bagi memberikan pengetahuan penyelesaian kepada masalah keselamatan yang berlaku. Ini bagi memberikan gambaran bahawa industri pekerjaan di tapak bina adalah selamat dan praktik keselamatan tersebut berupaya mengelakkan kemalangan kepada nyawa pekerja, kesihatan dan juga sumber tenaga kerja terlatih yang berada di tapak projek. Salah satu tujuan polisi keselamatan dan kesihatan pekerja yang perlu ada dalam organisasi dan pengurusan keselamatan ialah keperluan latihan keselamatan di semua peringkat pekerja binaan. Keperluan latihan sangat diperlukan terutamanya bagi pekerja dalam tred yang dikategorikan berisiko seperti pekerja peranca dan operator kren yang mana sebarang kesilapan oleh mereka akan memberikan kesan kepada pekerja-pekerja yang lainnya di tapak projek (ILO, 1995). Robert dan Rubio (1991), menyatakan bahawa latihan merupakan antara elemen asas yang menjadikan program keselamatan menjadi lebih efektif dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Juga menambah bahawa latihan keselamatan dan orientasi merupakan elemen penting kepada program keselamatan yang efektif. Penyelia dan pekerja perlu memahami polisi keselamatan firma dan prosidur berkaitan bahaya dalam persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja perlu disediakan dengan program latihan orientasi keselamatan apabila pertama kali memasuki tapak bina yang merangkumi polisi firma dan keselamatan projek, peraturan keselamatan, orientasi tapak bina, peralatan pencegahan keselamatan dan keperluan latihan menurut OSHA. Antara program keselamatan yang boleh dilaksanakan di tapak bina (Levitt dan Raymond, 1987) adalah Latihan Keselamatan Dan Kursus Induksi. Dalam program tersebut, pekerja-pekerja perlu diberi latihan keselamatan yang berkaitan dengan bidangnya untuk memberi pendekatan yang lebih berhubung dengan keselamatan ketika melaksanakan kerja. Kursus induksi juga boleh dilakukan dengan mengawal pekerja-pekerja yang baru supaya mengamalkan kaedah kerja yang betul dan selamat. Kursus atau latihan seperti yang dinyatakan oleh Levitt dan Raymond ini boleh dilaksanakan di tapak bina atau menghadiri kursus seperti yang dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Selain itu, latihan praktikal juga dilaksanakan di tempat kerja untuk melihat tahap keberkesanan pelaksanaan dan kefahaman peserta. Bermula pada tahun 1999, CIDB telah mewajibkan peserta menghadiri latihan pekerja dan mendapat kad hijau sebagai bukti mereka telah berjaya menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kos latihan ini mesti diperuntukan oleh semua kontraktor yang terlibat apabila ia dikuatkuasakan. Menurut Koehn dan Kothari (1994) dan Amrien (1992), dalam usaha menekankan amalan keselamatan semasa pembinaan, adalah disarankan organisasi mengambilkira beberapa perkara iaitu, mempunyai pengetahuan berkaitan perundangan terlibat, menentukan polisi dan prosidur dan memastikan diikuti oleh semua pihak, melaksanakan latihan keselamatan berjadual kepada pekerja, pengurus dan profesional pereka bentuk, membangunkan polisi bertulis berkaitan program keselamatan dan melaksanakan sistem penalti, dan melaksanakan mesyuarat keselamatan selain menyediakan pasca rekod data keselamatan bahan binaan. Keselamatan tidak akan dicapai melalui penguatkuasaan perundangan semata-mata walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor. Majikan atau klien perlu terlibat sama kerana keselamatan pekerjaan merupakan usaha kumpulan dan ianya boleh dicapai melalui pelaksanaan latihan dan pendidikan.5.2 Kepentingan Latihan Keselamatan dalam Industri Binaan

Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Robert dan Rubio (1991). Latihan keselamatan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Melalui kebanyakan latihan dan praktis dalam pekerjaan, kita akan berupaya melaksanakan tugasan dengan sempurna berbanding dengan sebelumnya. Menurut Davies dan Tomasin, (1996), adalah menjadi kewajipan majikan membekalkan arahan dan latihan secukupnya bagi kepentingan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin selain bagi mematuhi peruntukan perundangan keselamatan di tempat kerja (Health and Safety at Work Act, 1974). Dan antara persoalan yang akan ditanya selepas berlakunya kejadian kemalangan adalah , adakah latihan secukupnya telah diberikan kepada semua pekerja?. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja termasuk kakitangan pengurusan. Tambahan lagi keselamatan sepatutnya merupakan sebahagian daripada semua latihan dalam operasi industri binaan. Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran asas dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau menambahkan pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus latihan seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985). 6. KESIMPULAN

Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Bagi menjamin keselamatan industri binaan yang berterusan, majikan dalam industri pembinaan adalah perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya. Program latihan keselamatan seharusnya mempunyai program berterusan sebagaimana kredit yang perlu diperolehi oleh pihak profesional dalam program pembelajaran berterusan sebelum diterima untuk pembaharuan pendaftaran profesional. Program pembelajaran berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.

RUJUKANBerita Harian (1992). Sektor Pembinaan dan Pembuatan Penting. dlm. Berita Harian, 13 Ogos 1992. Kuala Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd.Bold. J (1996). Role of State Labour Inspectors in The Prevention of Occupational Accident, Journal of Asian-Pacific Newsletter on Occupational Health and Safety, Vol. 3 (2), July 1996, pp 36-37.Brazier, A.J (1994) A Summary of Incident Reporting in the Process Industry, Journal of Prevention Process Industry, Vol. 7 (3), pp243-247.Construction Industry Development Board Malaysia (2004) Tinjauan Industri Pembinaan 2001-2002, Kuala Lumpur: CIDB, pp.49-67Construction Industry Development Board Malaysia (2005). RoadMap Sistem Binaan Berindustri (IBS) 2003-2010, dalam IBS Digest, January-Mac 2005, Kuala Lumpur: CIDB, pp. 4-5Covan, J (1995) Safety Engineering, New York: A Wiley Interscience Publication, pp. 93Darkenwald, G. G dan S. B. Merriam (1982) Adult Education: Foundations and Practice. New York: Harper and Row Publication, pp 65Davies, V.J. dan Tomasin, K. (1996) Construction Safety Handbook, 2nd. Edition. Great Britain: Thomas Telford Publishing, pp 3, 141, 204.Diaa Hadid (2006) Construction Deaths and Accidents Leap, Dubai, in Gulfnews bertarikh 17 Januari 2006 [Online] http:// www.gulfnews.com. Dicapai pada 4 Februari 2006.Everett, J.G. (1996). Cost of Accident and Injuries to The Construction Industry, Journal of Construction Engineering and Management, pp 158-164.Grossman, S.I. (1996). Occupational Safety and Health Administration US Department of Labour, Journals of OSHA Technical Data Centre, dlm. SIA Newsletter 96-97: July 1996.International Labour Organization (ILO) (1995). Safety, Health and Welfare on Construction Site A Training Manual, Geneva: International Labour Office.King, R.W. dan Hudson, R. (1985) Construction Hazard and Safety Handbook, UK: Butterworth & Co Publishers Ltd, pp.431Kweku K. Bentil (1990) Construction Site Safety: A Matter of Life and Costs, Journal of Cost Engineering, Vol 32, No. 3, March 1990Koehn, E. dan Kothari, R.K (1994). Constructon Safety in Developed and Developing Regions, Proceeding of Eureka Conference-June 1994, Lillehammer: Norwegian Building Research Institute, pp. 475-476Laney, J.C. (1982a) Site Safety, New York: Longman Inc.Laney, J.C. (1982) Site Practices Series-Site Safety, United Kingdom: Construction Press.Levitt dan Samelson (1987) Construction Safety Management, New York: Mc GrawHill Book Company.Ludin Embong (1995) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Buletin Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bil 1/95, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.Noe, R.A (1986) Trainees Attributes and Attitudes: Neglected Influences on Training Effectiveness. Journal of Academy of Management Review. 11(4), pp 736-749.Peterson, D.(1978) Techniques of Safety Management, New York: McGraw Hill Book Company Roberts, J.M. (1980) Construction Management: An Effective Approach, Va: RestonPeyton, R.X. dan Rubio, R.C. (1991) Construction Safety Practices and Principles, New York: Van Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163Ridley, J. (1994) Safety at Work, Oxford: Butterworth - HeinmannShahrul Nizar Shaari, (2003) Dirty, Difficult and Dangerous? Simply It... Use IBS!, dalam CIDB News, Bil. 1, 2003, Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, pp 8-11Assistant Manager

Assistant Manager

Safety & Health Officer (secretary)

Assistant Manager

Manager

Managing Director

1