amali 3 kkp

11
2012 SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BCT 307 UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM AMALI 3 Mengadakan Lawatan Ke Tapak Pembinaan (Harzard

Upload: pudin-mahari

Post on 25-Jan-2015

2.530 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 3 kkp

2012

SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN

BCT 307

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN

SERAGAM

AMALI 3Mengadakan Lawatan Ke Tapak Pembinaan (Harzard

Page 2: Amali 3 kkp

PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana

persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan

tahap keselamatan pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam

keadaan selamat, syarikat pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan

pengetahuan kepada pekerja mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan majikan

yang enggan membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja dengan beralasan

meningkatkan kos pembinaan, denagn ini majikan telah mendedahkan pekerja kepada

bahaya fizikal dan “stress”. Dalam industri pembinaan, tahap perancangan dan pengurusan

keselamatan perlu dijalankan dengan teliti, mengikut langkah-langkah dan prosedur yang

telah ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting terutamanya bagi pekerja di

tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh meminimumkan risiko kemalangan

dengan membuat perancangan dan peka terhadap keselamatan pekerjanya. Ini kerana

pekerja merupakan satu aset atau modal penting kepada sesebuah syarikat.

Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan perkara

yang penting dalam mengurangkan kadar kemalangan. Kesedaran bermaksud seseorang

itu mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi persekitaran. Ia bermaksud pekerja

harus sedar dan sentiasa prihatin terhadap keadaan persekitarannya dan kesedaran juga

membawa kepada pemahaman secara jelas terhadap perkataan “BAHAYA”. Pekerja yang

mempunyai kesedaran yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan

boleh mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan. keselamatan pekerja didefinisikan

sebagai keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan

tubuh badannya. Manakala kesihatan pekerjaan bermaksud bebas daripada penyakit

kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan kerja yang

diterapkan. Dalam industri pembinaan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja amat

dititkberatkan terutamanya yang bekerja di lapangan tapak bina.

Page 3: Amali 3 kkp

OBJEKTIF

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bermatlamat untuk melihat sejauh mana aspek

pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan. Selain itu,

kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di

tapak bina. Justeru, bagi mencapai matlamat kajian ini, beberapa objektif telah

diketengahkan iaitu;

i. Mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina.

ii. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina.

iii. Mengenal pasti aspek – aspek keselamatan di tapak pembinaan.

iv. menganlpasti risiko dan hazad yang terdapat di tapak pembinaan.

v. mengkaji kepentingan keselamtan pekerja di tapak bina.

Page 4: Amali 3 kkp

JENIS-JENIS HAZARD

Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang

boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan

hazard-hazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan

mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada,

di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:

i. hazard fizikal

ii. hazard kimia

iii. hazard biologikal

iv. hazard ergonomik

v. Hazard fizikal.

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang

digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:

i. Direka tidak selamat dan tidak sempurna

ii. Tidak diselenggara dengan baik

iii. Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih

iv. Digunakan bukan untuk kerja sebenar

v. Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza

vi. Ditukar/dipinda secara haram

vii. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

Hazard Kimia

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu

bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh

menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid,

alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang

merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.

Page 5: Amali 3 kkp

Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh

menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh,

terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada

bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan

bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat

tindak balas sesuatu bahan kimia.

Hazard Biologi

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada

jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:

a) sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit

b) laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

c) ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:

a) penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui kulit atau

mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar

b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana agen

penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.

c) Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit kuku

dan makan tanpa mencuci tangan

d) Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,

pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.

Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya.

Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan

proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan buruh

kasar sedang mengankat barang berat yang tidak sepatutnya diankat oleh manusia, seperti

simen atau batu bata boleh menyebabkan sakit belakang, sakit pada otot-otot paha dan

lengan.

Page 6: Amali 3 kkp

GAMBAR HAZARD – HAZARD YANG MUNGKIN BERLAKU DI TAPAK BINA

Tidak memakai topi keselamatan dan Safety Harness

Dengan banyak pekara yang boleh berlaku jika seseorang pekerja itu tidak

memakai peralatan keselamatan seperti gambar di atas pekerja ini

mengundangkan dirinya sendiri kepada bahaya. Seperti jatuh dan tergelincir.

Page 7: Amali 3 kkp

Kerja – kerja konkrit ditapak bina

Kesalahan pekerja ini tidak peralatan keselamatan yang cukup untuk melaku

kerja di tempat tinggi. Seperti topi keselamtan, Safety Harness,ear plung dan

peralatan lain.

Page 8: Amali 3 kkp

Kerja – kerja pemasangan kekuda.

Pekerja ini telah melakukan banyak kesalahan semasa menjalan tugasnya

sebagai seorang pekerja. Jika di perhatikan dengan teliti pekerja tidak

memakai kasut, peralatan peyokong ketika berada di tempat tinggi, selain itu

pekerja ini juga tidak memakai topi keselamatan, dan lain

Page 9: Amali 3 kkp

Kerja – kerja diatas ialah kerja melepak atau plaster

Walaupun kerja sebegini nampak biasa sahaja tetapi kerja ini perlu peralatan

keselamatan yang cukup untuk melakukan kerja di tempat tinggi. Bagi

sesetengah orang memandang pekara sebegini perkara kecil tetapi bahaya

yang akan berlaku tidak di jangka bial ianya berlaku.

Page 10: Amali 3 kkp

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara kesimpulannya dapatlah saya merumuskan bahawa tentang tugasan ini, dapatalah

mengetahui tentang hazard dalam subjek keselamatan dan kesihatan pekerja. Dimana

bahaya-bahaya bukannya selalu atas sikap manusia tetapi dari segi kerosakan semulajadi

iaitu mengunakan bahan-bahan yang tidak berkualiti.

Pihak yang terlibat haruslah mengambil berat tentang-tentang bahayanya tidak memakai

peralatan keselamatan. Dalam hal ini aspek – aspek keselamatan di tapak bina haruslah di

patuhi setiap hari. Selain itu juga pekerja haruslah mematuhi peraturan semasa berada di

tapak bina. Jika di kaji kembali tentang kemalangan yang pernah berlaku di tapak bina,

kebanyakan berlaku di sebadkan kecuian pekerja dan kelalaian majikan meyediakan

barangan keselamatan kepada pekerja.

Jika di pandang dari sudut positive perkara sebegini dapat di bendung dari semasa

kesemasa. Dengan melakukan pemantauan bagi memastikan pekerja mematuhi peraturan

dan aspek keselamatan di tapak bina. Selain itu juga majikan boleh megenalkan denda

kepada pekerja yang gagal memakai peralatan keselamatan.