hbml1203 pengenaln fonetik dan fonologi bm (kwn abg moktar) 1

48
Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi setiap manusia yang ada di muka bumi ini. Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the

Upload: asmaj111111

Post on 24-Jul-2015

1.355 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Pengenalan

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi setiap manusia yang ada di muka bumi

ini. Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian

terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah

kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi

bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi

yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-

bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat

penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar

terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji

dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut.

Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan

deskripsi bunyi yang baik.

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu

bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan

sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition

(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of

languages”.Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671)

fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The

World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing

with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of

these speech sounds by the articulating organs oprodu Kamus Collins Shorter English

Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai “the science that deals with

pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik

(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang

menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan tetepi mengikut

Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that

investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their

production, and classify them.ce on the hearer.”

Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa

pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan

di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam

Page 2: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General

Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,

manakala fonologi…hanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).

Mengikut Adrian Akmajian et. Al . dalam buku Linguistik: Fonetik ialah kajian yang

diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk

ucapan. Mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan

memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik

adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan

kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-

bunyi it dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif

dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-

bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi

yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa,

mahupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni

menurut Drs. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The

study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.”

Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian

tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.”Di sini,

terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat

bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik.

Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan

meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi seperti paru-paru

trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis dan farinks.

1.0 Maksud bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?

Sebenarnya bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke

pita suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat

dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa

isyarat. Ketiga-tiga bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang

berbeza. Bahasa pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh

sistem bunyi. Manakala bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu

bahasa. Bahasa isyarat adalah bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu

Page 3: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

berbentuk visual yang digunakan oleh masyarakat yang mempunyai kecacatan pendengaran.

Memahami perbezaan antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa akan memudahkan

manusia untuk mentaksir sebarang bentuk bunyi yang dikeluarkan sama ada mempunyai

makna tertentu atau pun tidak.

Justeru, menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa

merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang

akan membentuk perkataan. Perkataan tersebutlah dinamai sebagai “bahasa pertuturan”. Hal

ini kerana apabila bunyi-bunyi tersebut didengari, bunyi tersebut dapat difahami maknanya

oleh mereka yang menggunakan bahasa yang sama. Manakala menurut Abdul Hamid

Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007) menyatakan bahawa bunyi bahasa merupakan

bunyi yang telah dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan.

Alat artikulasi yang mengalami halangan dan ganguan akan menghasilkan pelbagai bunyi

bahasa yang akan diterjemahkan dalam bentuk bunyi dan mempunyai makna yang dapat

difahami oleh manusia. Pembunyian bahasa bermula apabila udara daripada para-paru di

hembus keluar. Semasa proses penghembusan, udara bergerak keluar melalui saluran suara

yang melibatkan rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Alatan dirongga tekak terdiri

daripada glotis, pita suara dan epiglotis. Manakala di rongga mulut pula ialah bibir, gigi, gusi,

lelangit, lidah dan anak tekak. Hal ini bermakna, udara dari paru-paru yang keluar melalui alat

artikulasi adalah elemen utama dalam berbahasa. Contohnya, bunyi perkataan saya dapat

difahami oleh pengguna rumpun bahasa Melayu dan bagi pengguna bahasa lain perkataan

saya tidak membawa apa-apa makna kecuali perkataan saya secara kebetulan ada persamaan

dengan bunyi sesuatu bahasa lain.

Oleh itu, bunyi yang dihasilkan tetapi tidak memberikan makna dan maksud tertentu pula

dianggap sebagai bukan bunyi bahasa. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed

(2005), bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau tidak menyamai mana-

mana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Sebaliknya bunyi yang

dihasilkan itu sekadar bunyi bersuara tanpa mengandungi apa-apa makna. Namun demikaian,

bunyi bahasa tersebut jika dilihat berdasarkan skop pragmatik, bunyi bahasa yang dikeluarkan

berkemungkinan mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan kepada masa dan

tempat peristiwa itu berlaku. Contohnya “bersiul” yang dilakukan oleh jejaka kepada gadis

mungkin bertujuan untuk menarik perhatian. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan

Page 4: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Nurfarah Lo Abdullah (2007), bunyi yang merupakan bukan bunyi bahasa ialah bunyi yang

dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak mempunyai makna dalam pertuturan harian

manusia. Bunyi yang dihasilkan daripada anggota badan manusia yang lain juga bukan bunyi

bahasa kerana tidak dikeluarkan daripada alat artikulasi dan juga tidak mengandungi makna

dalam bahasa pertuturan manusia. Contohnya ialah bunyi tepuk tangan dan lipatan jari.

Maka berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah

memudahkan urusan komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang

dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang

cuba disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak

memgambarkan apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai

lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa

juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya.

2.0 Berikut adalah contoh bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

2.1 Bunyi bahasa

Bil Bunyi Bahasa Huraian dan Contoh

1 Bunyi Vokal

Vokal Depan [ i ], [ e ], [ a ] Bahagian hadapan lidah

berperanan menghasilkan bunyi

vokal hadapan.

Contoh : saya, itu

Vokal Belakang [ u ], [ o ] Bahagian belakang lidah berfungsi

menghasilkan vokal belakang.

Contoh : untuk, orang

Vokal Tengah [ e ] Bahagian tengah lidah berfungsi

menghasilkan vokal tengah

Emak, emas, engkau, lemas

2 Bunyi Konsonan

Terdapat 26 konsonan iaitu:

(b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r,

s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh,

Contoh : kakak, kami, baca, buku,

jalan, zaman, syarikat dan

Page 5: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

gh, dz, th)

Terdapat 18 konsonan asli dan

8 konsonan pinjaman.

8 konsonan pinjaman ialah

(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th)

Konsonan-konsonan ini

merupakan pinjaman dari

bahasa Arab dan bahasa

Inggeris.

sebagainya.

3 Diftong

Bunyi geluncuran.

Mempunyai satu puncak

kelantangan .

Diftong hanya hadir dalam

perkataan yang mempunyai dua

suku kata atau lebih.

Au - kerbau, pulau, kalau

Ai - balai, salai, kedai

Oi - dodoi, amboi, kaloi

2.2 Bukan bunyi bahasa

Bil Bunyi Bahasa Contoh dan huraian

1 Bunyi yang dihasilkan oleh alat

artikulasi.

Berdehem, berdengkur, sendawa,

bersiul, ketawa dan sebagainya

2 Bunyi yang dihasilkan oleh

anggota badan manusia.

Menepuk tangan, meramas jari,

kentut dan sebagainya.

Bunyi yang dihasilkan oleh

Page 6: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

3 binatang. Berkokok, mengembek dan

sebagainya.

3.0 Dengan contoh-contoh yang sesuai maka huraikan perbezaan bunyi bersuara dan

bunyi tidak bersuara.

Berpandukan penghasilan bunyi vokal dan konsonan adalah bersuara dan tidak bersuara.

Perbezaan utama penghasilan bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah keadaan pita

suara. Keadaan pita suara tersebut adalah secara dirapatkan atau dibuka. Semua vokal adalah

bunyi bersuara. Tetapi, bagi konsonan pula terdapat yang bersuara dan yang tidak bersuara.

Gambar rajah dibawah menunjukkan keadaan pita suara bagi bunyi bersuara dan bunyi yang

tidak bersuara.

Rajah 1.0 Keadaan pita suara.

Yang jelas, dalam bahasa Melayu terdapat 19 konsonan asli yang boleh dihasilkan melalui

bunyi bersuara dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana penghasilan konsonan-konsonan

tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu. Antara daerah artikulasi tersebut ialah dua

bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung. Dengan

berdasarkan daerah artikulasi dapat membezakan antara bunyi bersuara dengan bunyi tidak

bersuara. Oleh itu, jadual dibawah menunjukkan perbezaan dan contoh dalam perkataan bunyi

konsonan dengan melibatkan daerah artikulasi. Dengan ini perbezaan lain bunyi bersuara

dengan bunyi tidak bersuara adalah melibatkan alat artikulasi cara sebutan yang mempegaruhi

pita suara.

Alat artikulasi Bunyi Bersuara Bunyi Tidak Bersuara

Page 7: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Vokal dan

konsonan

Semua vokal [a,e,i,o,u]

Konsonan [b], [d], [g] Konsonan [p], [t], [k], [f], [s].

Letupan dua bibir. Bunyi konsonan [b]

Cara penghasilannya adalah dengan

dua bibir dirapatkan untuk

menghalangkan sepenuhnya udara

dari paru-paru yang keluar ke

rongga mulut. Lelangit lembut dan

anak tekak pula dinaikkan dan

dirapatkan kepada dinding tekak

bagi menyekat udara supaya tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan. Dengan ini,

udara dari paru-paru keluar dengan

menggetarkan pita suara ke rongga

mulut dan tersekat sepenuhnya

seketika pada bibir mulut,

kemudian udara dilepaskan serta-

merta.

Antara contoh kehadiran bunyi

konsonan [b] dalam perkataan ialah

[#wbuwruŋ#], [#wtuwbuh#],

[#kitab#].

Bunyi konsonan [p]

Cara penghasilan adalah dengan dua

bibir dirapatkan untuk

menghalangkan sepenuhnya udara

dari paru-paru yang keluar ke rongga

mulut. Lelangit lembut dan anak

tekak pula dinaikkan dan dirapatkan

kepada dinding tekak bagi menyekat

udara supaya tidak dapat keluar

melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka. Dengan ini, udara

dari paru-paru keluar ke rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.

Udara tersekat sepenuhnya pada

bibir, kemudian dilepaskan serta-

merta.

Antara contoh kehadiran bunyi

konsonan [p] dalam perkataan pula

ialah [#papan#], [#sepaɁ#], [#Ɂatap#].

Letupan gusi Bunyi konsonan [d]. Bunyi konsonan [t].

Page 8: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Cara penghasilannya adalah dengan

hujung lidah dirapatkan pada gusi

untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara yang keluar dari paru ke

rongga mulut. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan dan

dirapatkan pada dinding tekak

untuk menutup rongga hiding

supaya udara tidak dapat keluar

melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan. Dengan ini,

udara dari paru-paru keluar dengan

menggetarkan pita suara.

Antara contoh kehadiran bunyi

konsonan [d] dalam perkataan ialah

[#dalam#], [#padaŋ#] dan

[#ɂabad#].

Cara penghasilannya adalah dengan

hujung lidah dirapatkan pada gusi

untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara yang keluar dari paru ke

rongga mulut. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan dan dirapatkan

pada dinding tekak untuk menutup

rongga hiding supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka. Dengan ini, udara

dari paru-paru keluar tanpa

menggetarkan pita suara.

Antara contoh kehadiran bunyi

konsonan [t] dalam perkataan ialah

[#tareɁ#] dan [#wpuwtus#].

Letupan lelangit

lembut

Bunyi konsonan [g].

Cara penghasilannya adalah dengan

Bunyi konsonan [k].

Cara penghasilan adalah dengan

Page 9: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

belakang lidah dinaikkan dan

dirapatkan pada lelangit lembut

untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara yang keluar dari paru-

paru ke rongga mulut. Setelah itu,

lelangit lembut dan anak tekak

dirapatkan pada dinding tekak

untuk menyekat udara supaya tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan. Dengan ini,

udara keluar dari paru-paru dengan

menggetarkan pita suara.

Antara contoh bunyi konsonan [g]

dalam perkataan ialah [#wguwru#],

[#ɂagaɁ#], dan [#beg#].

belakang lidah dinaikkan dan

dirapatkan pada lelangit lembut untuk

membuat sekatan penuh pada arus

udara yang keluar dari paru-paru ke

rongga mulut. Setelah itu, lelangit

lembut dan anak tekak dirapatkan

pada dinding tekak untuk menyekat

udara supaya tidak dapat keluar

melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka. Dengan ini, udara

keluar dari paru-paru tanpa

menggetarkan pita suara.

Antara contoh bunyi konsonan [k]

dalam perkataan ialah [#kawan#],

[#bakat#], [#wbudaɁ#].

Letusan lelangit

keras-gusi.

Bunyi konsonan [ ǰ].

Penghasilannya adalah dengan

depan lidah dirapatkan pada daerah

lelangit keras-gusi untuk membuat

sekatan pada arus udara dari paru-

paru ke rongga mulut. Lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan

Bunyi konsonan [č].

Penghasilannya adalah dengan depan

lidah dirapatkan pada daerah lelangit

keras-gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan dan dirapatkan

Page 10: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

dan dirapatkan kepada dinding

tekak untuk menyekat udara

daripada memasuki rongga hidung.

Pita suara dirapatkan. Dengan ini,

udara dari paru-paru keluar ke

rongga mulut dengan menggetarkan

pita suara dan tersekat pada daerah

lelangit keras-gusi.

Antara contoh bunyi konsonan [ǰ]

dalam perkataan ialah [#wǰuga#]

dan [#whuǰan#].

kepada dinding tekak untuk

menyekat udara daripada memasuki

rongga hidung.

Pita suara dibuka. Dengan ini, udara

dari paru-paru keluar ke rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara

dan tersekat pada daerah lelangit

keras-gusi.

Antara contoh bunyi konsonan [č]

dalam perkataan ialah [#wcuti#], dan

[#wsuci#].

Jadual ini juga menunjukkan dengan lebih mudah perbezaan konsonan yang bersuara dan

tidak bersuara dengan melibatkan alat artikulasi. Bagi konsonan cara sebutan sengau [m], [n],

[ɲ],dan [ŋ] merupakan konsonan bersuara.

Daerah

sebutan/

Cara

sebutan

Dua bibir gusi Gusi

lelangit

keras

Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Pita suara

Letupan

tak

bersuara

p t k Ɂ

Letupan

bersuara

b d g

Letusan tak č

Page 11: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

bersuara

Letusan

bersuara

ǰ

Sengau m n ɲ ŋ

Geseran

tak

bersuara

s

Geseran

bersuara

h

Getaran r

Sisian l

Separuh

vokal

w y/j

4.0 Bunyi- bunyi vokal Melayu

Page 12: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Rajah 2.0: Kedudukan vokal Bahasa Melayu

Dalam rajah 1.0 diatas telah menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa melayu. Terdapat

enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [ ə ] serta vokal belakang

terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ]. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan

lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah

merupakan bahagian tengah lidah. Manakala garis yang melintang menunjukkan garis

ketinggian lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan

[ u ] lidah haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a

], kedudukan lidah terletak paling rendah. Kesimpulannya, dapat kita rumuskan bahawa alat

artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian bunyi vokal.

Cara penghasilan bunyi vokal

Jenis vokal Keadaan

bibir

Kedudukan

lidah

Lelangit dan

anak tekak

Pita suara Bunyi vokal

Vokal depan

Sempit Hampar. Depan lidah

dinaikkan

setinggi

mungkin kea

rah gusi.

Menutup

rongga

hidung

supaya udara

tidak keluar.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

keluar dengan

menggetarkan

pita suara ke

rongga mulut.

[ i ]

Separuh Bibir Depan lidah Dinaikkan Pita suara [e ]

Page 13: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

sempit dihamparkan

separuh

sempit.

dinaikkan

separuh

tinggi kea rah

gusi.

untuk

menutup

rongga

hidung

supaya udara

tidak keluar.

dirapatkan

supaya udara

dari paru-

paru keluar.

Separuh luas Hampar

separuh luas.

Depan lidah

dinaikkan

separuh

rendah kea

rah gusi.

Dinaikkan

untuk

menutup

rongga

hidung

supaya udara

tidaka dapat

keluar.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

dari paru-

paru dapat

keluar.

[ɛ ]

Depan luas Hampar Depan lidah

diturunkan

serendah

mungkin.

Dinaikkan

menutup

rongga

hidung.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

dapat keluar.

[ a ]

Vokal

belakang

Belakang

sempit

Bundar. Belakang

lidah

dinaikkan

setinggi

mungkin

kearah

lelangit

lembut.

Dinaikkan

menutup

rongga

hidung

supaya udara

tidak dapat

keluar.

Pita suara

dirapatkan.

[ u ]

Belakang

separuh

sempit

Bundar. Belakang

lidah

dinaikkan

separuh

tinggi kearah

lelangit

Dinaikkan

supaya

menutup

rongga

hidung.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

dari paru-

paru keluar

ke rongga

[ o ]

Page 14: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

lembut. mulut

menggetarkan

pita suara.

Belakang

separuh luas

Bundar Belakang

lidah

dinaikkan

kearah

lelangit

lembut.

Dinaikkan

untuk

menutup

rongga

hidung.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

dari paru-

paru keluar

dengan

menggetarkan

pita suara ke

rongga mulut.

[ͻ ]

Vokal tengah Hampar Tengah lidah

dinaikkan

sedikit kea

rah lelangit

keras.

Dinaikkan

menutup

rongga

hidung

supaya udara

tidak dapat

keluar dari

rongga

hidung.

Pita suara

dirapatkan

supaya udara

yang keluar

dar paru- paru

ke rongga

mulut

menggetarkan

pita suara.

[ ə ]

Jadual 1.0: Cara penghasilan bunyi vokal.

Jadual 1.0 di atas menunjukkan cara penghasilan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu yang

terbahagi kepada tiga iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maksud vokal

menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ), menyatakan bahawa

semua vokal bersuara dan apabila vokal itu dihasilkan udara dari paru- paru akan keluar

secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau

sekatan. Selain itu, bunyi vokal mempunyai ciri- ciri kelantangan dan kepanjangan. Simbol

bagi kepanjangan ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau tanda titik

bertindih di sebelah kanan vokal. Sebagai contoh ialah [ a: ] atau [ ã ], [ u: ] atau [ ũ ] dan [ i: ]

atau [ ĩ ].

Dengan kata itu, kriteria yang menentukan jenis- jenis vokal ialah lidah sama ada di bahagian

hadapan, tengah atau belakang lidah. Bahagian hadapan lidah untuk bunyi vokal hadapan,

Page 15: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

tengah lidah untuk bunyi vokal tengah manakala bahagian belakang lidah untuk bunyi vokal

belakang. Terdapat empat kriteria yang boleh dirumuskan tentang bunyi vokal iaitu bahagian

hadapan lidah memainkan peranan penting sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang,

ketinggian lidah sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah atau separuh rendah, keadaan bibir

sama ada bibir hampar atau bundar dan yang terakhir ialah pembukaan rahang sama ada luas

atau sempit.

5.0 Ciri-ciri vokal

Tidak dinafikan bahawa vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-

paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau

sekatan (Abdul Hamid Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan bahawa

vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan

tanpa mengalami gangguan, sekatan auat himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi

geseran.

Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi

bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita

suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang

dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita

suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu

bunyi vocal dengan frekunsi yang tertentu.

Rajah 3.0 : Kedudukan vokal Bahasa Melayu

Page 16: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Berdasarkan rajah 1.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian

iaitu lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah di atas, bahagian

sebelah kiri merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian di sebelah kanan

merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula adalah bahagian tengan

lidah. Garis melintang yang terdapat pada rajah merupakan gambaran ketinggian lidah apabila

membunyikan vokal-vokal tersebut. Hal ini kerana bunyi vokal dapat dibezakan mengikut

tinggi atau tendah lidah diangkat ketika membunyikan vokal tersebut.

Selain lidah, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.

Rajah 4.0 : Keadaan bibir ketika membunyikan vokal.

Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

a) vokal depan sempit [ i ]

Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam

menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang

terlibat.

Page 17: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah

lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup rongga

hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita

suara.

awal tengah akhir

Ikan [ #ˀikan# ] Bila [ #bila# ] Tali [ #tali# ]

Iman [ #ˀiman# ] Sila [ #sila# ] Padi [ #padi# ]

b) vokal depan separuh sempit [ e ]

Page 18: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke

arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui

ronnga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal tengah Akhir

Ekor [ #ˀewkor# ] Sepet [ #sepet# ] Sate [ #sate# ]

Elok [ #ˀewloɁ# ] Leher [ #leher# ] Kole [ #wkole# ]

c) vokal depan luas [ a ]

Page 19: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya

udara tidak keluar melaluo rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga

mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal tengah Akhir

Aku [ #ˀaku# ] Saya [ #saya# ] Kita [ #kita# ]

Alam [ #ˀalam# ] Hati [ #hati# ] Bila [ #bila# ]

d) vokal tengah pendek [ ə ]

Page 20: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah

lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit keras. Bagi menutup rongga

hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan

pita suara.

awal tengah

Emak [ #ˀəmak# ] Lelah [ #ləlah# ]

Empat [ #ˀəmpat# ] Tenat [ #tənat# ]

e) vokal belakang sempit [ u ]

Page 21: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke

arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup

rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar

melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Awal tengah Akhir

Ulat [ #ˀulat# ] Bulat [ #wbulat# ] Dadu [ #dawdu# ]

Ulam [ #ˀulam# ] Sulam [ #wsulam# ] Batu [ #bawtu# ]

Page 22: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

f) vokal belakang separuh sempit [ o ]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke

arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup

rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar

melalui hidung. Oleh itu, udara keluar melaui rongga mulut sambil menggetarkan

pita suara.

awal tengah Akhir

Ombak [ #ˀombaɁ# ] Sorak [ #wsoraɁ# ] Soto [ #wsowto# ]

Obor [ #ˀowbor# ] Bola [ #wbola# ] Koko [ #wkowko# ]

Page 23: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

6.0 Lambang vokal dan transkripsi.

6.1 Lambang vokal

Di dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal iaitu, [i], [e], [a], [ǝ],[u], dan [o]. Vokal-

vokal ini terbahagi kepada tiga jenis bunyi iaitu bunyi vokal depan, bunyi vokal tengah dan

bunyi vokal belakang. Setiap vokal mempunyai lambang tersendiri. Rajah 1 menunjukkan

lambang-lambang vokal dalam bahasa Melayu.

Vokal hadapan vokal tengah vokal belakang

i u

e o

ə

a

Rajah 5.0: Lambang vokal dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga terdapat vokal primer dan vokal sekunder. Vokal primer ada enam iaitu

a,e,ə,i,o, dan u. Rajah di bawah menunjukkan lambang vokal primer serta contoh perkataan

yang menggunakan vokal-vokal primer.

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota

[a] asap,anak

[è] ela, semak, sate

[i] iring, kita, ciri

ə

Page 24: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

[ə] emak, tekadTidak terdapat di hujung

perkataan

[o] obor, botak

[u] ular, sultan, paku

Vokal sekunder pula ialah vokal yang hadir selepas konsonan sengauan iaitu konsonan

[m,n,ɲ,ŋ]. Apabila vokal primer menerima pengaruh konsonan sengauan, vokal tersebut akan

menjadi vokal sekunder. Vokal sekunder ini akan menerima tanda nasalisasi/penyegauan (~).

Nasalisasi merupakan proses merubah atau memberi nasal (sengau) kepada fonem-fonem.

Contoh huruf vokal sekunder ialah [ã,õ,ĩ,ũ].

Contoh perkataan yang sudah menerima nasalisasi :

● [#mãnã#]

● [#dəƞãn#]

● [#samãn#]

● [#ĵənĩs#]

6.2 Transkripsi

Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-

lambang tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi

sebutan ke dalam bentuk lambang-lambang fonetik setepat mungkin mengikut sebutan

sebenar penutur sesuatu bahasa (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).

Terdapat dua jenis transkripsi dalam bahasa Melayu iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi

fonemik. Dua jenis transkripsi ini juga dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi luas.

Transkripsi fonetik dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi fonemik dikenali

sebagai transkripsi luas.

Page 25: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

6.2.1 Transkripsi fonetik

Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat

terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi

fonetik tersebut. Terdapat pelbagai lambang dalam transkripsi fonetik ini. Sebagai contoh,

lambang pembibiran [ᵂ], penyegauan(nasalisasi) [ a ], perengkungan [ᴸ,ᴰ,ᶻ],

penglelangitkerasan [ʲ] dan pengglotisan [ʔ].

Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan juga ciri-ciri

suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,

transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada

pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi

koartikulasi wujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah,

2007).

6.2.2 Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiada

koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan

fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh

itu, transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik

tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi

fonetik. Transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi

dengan mudah dalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja.

Jadual 3 menunjukkan perbezaan dan persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi

fonemik.

Tulisan rumi Transkripsi fonetik Transkripsi fonemik

Saya [#saja#] [#saja#]

Mata [#maata#] [#mata#]

Untuk [#ˀunᵂtoʔ#] [#untoʔ#]

Kecuali [#kəᵂčuali#] [#kəčuali#]

Jenis [#ǰənĩs#] [#ǰənis#]

Harimau [#harimaaṷ᷃a#] [#harimau#]

Sauh [#ŝă j uh#] [#ŝauh#]

Page 26: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Tulisan rumi

1) Bangunan itu cantik.

2 ) Buku ini keluaran terbaru.

3) Perniagaan saya hampir berjaya.

Transkripsi fonetik

1) [ #baɳunaan itu čantiʔ #]

2) [# ᵂ buᵂku inia kəᵂluaran tərbaru #]

3) [# pərniaʲagaˀan saja hampir beryaja #]

Transkripsi fonemik

1) [ #baɳunan itu cantiʔ #]

2) [# buku ini kəluaran tərbaru #]

3) [# pərnigaan saja hampir beryaja #]

Dalam transkripsi fonetik, mesti terdapat alat artikulasi tambahan, manakala transkripsi

fonemik tiada alat artikulasi tambahan. Persamaan antara transkripsi fonetik dan

transkripsi fonemik ialah kedua-dua transkripsi ini tidak menggunakan semua tanda baca

dalam bahasa Melayu.

7.0 Jadual vokal Melayu.

Ketinggian Hadapan Tengah Belakang

Sempit i/ i u/ u

Separuh sempit e/e o/ o

Tengah e/ ə

Separuh luas e [ ɛ ]* o [ ͻ ]*

Luas a/ a a [ ɑ ]*

*Bukan standard yang terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman.

Jadual 2.0: Jadual vokal melayu.

Page 27: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Klasifikasi Bunyi Bahasa

I. Berdasarkan ada tidaknya artikulasi

a. Vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami halangan pada saat

pembentukannya.

b. Konsonan ialah bunyi bahasa yang dibentuk dengan menghalang arus udara pada

sebahagian alat ucap.

c. Semi-vokal ialah bunyi yang sebenarnya tergolong konsonan tetapi pada saat

diartikulasikan belum membentuk konsonan murni.

II. Berdasarkan jalan keluarnya arus udara.

a. Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan dengan menutup arus udara ke luar

melalui rongga mulut dan membuka jalan agar arus udara dapat keluar melalui

rongga hidung.

b. Bunyi lisan ialah bunyi yang dihasilkan dengan jalan mengangkat hujung anak

tekak mendekati langit-langit lunak untuk menutupi rongga hidung, sehingga arus

udara keluar melalui mulut.

III. Berdasarkan ada tidaknya ketegangan arus udara saat bunyi di artikulasikan.

a. Bunyi keras (fortis) ialah bunyi bahasa yang pada waktu diartikulasikan disertai

ketegangan kuat arus.

b. Bunyi lunak (lenis) ialah bunyi yang pada waktu diartikulasikan tidak disertai

ketegangan kuat arus.

IV. Berdasarkan lamanya bunyi diucapkan atau diartikulasikan

Page 28: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

a. Bunyi panjang

b. Bunyi pendek

V. Berdasarkan darjah kenyaringannya, bunyi dibezakan menjadi bunyi nyaring dan

bunyi tak nyaring. Darjah kenyaringan ditentukan oleh luas atau besarnya ruang resonansi

pada waktu bunyi diucapkan. Makin luas ruang resonansi saluran bicara waktu membentuk

bunyi, makin tinggi darjah kenyaringannya. Begitu pula sebaliknya.

VI. Berdasarkan kewujudannya dalam suku kata

a. Bunyi tunggal ialah bunyi yang berdiri sendiri dalam satu suku kata (semua bunyi

vokal atau monoftong dan konsonan).

b. Bunyi rangkap ialah dua bunyi atau lebih yang terdapat dalam satu suku kata. Bunyi

rangkap terdiri dari

- Diftong (vokal rangkap) : [ai], [au] dan [oi].

- Klaster (gugus konsonan) : [pr], [kr], [tr] dan [bl].

VII. Berdasarkan arus udara

a. Bunyi egresif ialah bunyi yang dibentuk dengan cara mengeluarkan arus udara dari

dalam paru-paru. Bunyi egresif dibezakan menjadi :

- Bunyi egresif pulmonik : dibentuk dengan mengecilkan ruang paru-paru,otot perut

dan rongga dada.

- Bunyi egresif glotalik : terbentuk dengan cara merapatkan pita suara sehingga glotis

dalam keadaan tertutup.

Page 29: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

b. Bunyi ingresif, yaitu bunyi yang dibentuk dengan cara menghisap udara ke dalam

paru-paru. Bunyi ingresif dibezakan menjadi :

- Ingresif glotalik : pembentukannya sama dengan egresif glotalik tetapi berbeda pada

arus udara.

- Ingresif velarik : dibentuk dengan menaikkan pangkal lidah ditempatkan pada langit-

langit lunak.

Pembentukan Vokal

I. Berdasarkan posisi bibir

a. Vokal bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir bulat. Misalnya, vokal

[u], [o] dan [a].

b. Vokal tak bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir tidak bulat atau

melebar. Misalnya, [I], [e] dan [¶].

II. Berdasarkan tinggi rendahnya lidah

a. Vokal tinggi, yaitu vokal yang dibentuk jika rahang bawah merapat ke rahang atas :

[I] dan [u].

b. Vokal madya atau muda ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah menjauh

sedikit dari rahang atas : [a] dan [¶].

c. Vokal rendah ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah dimundurkan lagi

sejauh-jauhnya : [a].

III. Berdasarkan maju mundurnya lidah

a. Vokal depan iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian

depan : [i] dan[e].

Page 30: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

b. Vokal tengah iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan lidah begian tengah : [a]

dan [¶].

c. Vokal belakang, yaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah

bagian belakang : [u] dan [o].

IV. Berdasarkan strikturnya

Striktur adalah keadaan hubungan posisional artikulator (aktif) dengan artikulator

pasif atau titik artikulasi. Dilihat dari strukturnya, vokal dibezakan menjadi :

a. Vokal tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat setinggi mungkin

mendekati langit-langit dalam batas vokal. [i] dan [u].

b. Vokal semi tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat kepada dua

pertiga di atas vokal paling rendah : [e] dan[o].

c. Vokal semi terbuka iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam

ketinggian sepertiga di atas vokal paling rendah :[Î] dan [o].

d. Vokal terbuka ialah vokal yang dibentuk dengan lidah dalam posisi serendah

mungkin : [a] dan [A].

Pembentukan Konsonan

I. Berdasarkan daerah artikulasinya (striktur)

a. Konsonan bilabial ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan kedua

belah bibir yang bersama-sama bertindak sebagai artikulator dan titik artikulasi :

[p], [b], [m] dan [w].

b. Konsonan labiodental ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan gigi

atas sebagai titik artikulasi dan bibir bawah sebagai artikulator : [f] dan [v].

c. Konsonan apiko-dental ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai

artikulator dan daerah antar gigi (dents) sebagai titik artikulasi : [t], [d] dan [n].

Page 31: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

d. Konsonan apiko-alveolar ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai

arikulator dan lengkung kaki gaga (alveolum) sebagai titik artikulasi : [s], [z[, [r]

dan [l].

e. Konsonan paltal (lamino-palatal) ialah konsonan yang dihasilkan oleh bagian

tengah lidah (lamina) sebagai artikulator dan langit-langit keras (plantum) sebagai

titik artikulasi : [c], [j], [S], [n] dan [y].

f. Konsonan velar (dorso-velar) iaitu konsonan yang dihasilkan oleh belakang lidah

(dorsum) sebagai artikulator dan langit-langit lembut sebagai titik artikulasi : [k],

[g], [x] dan [h].

g. Konsonan glotal atau hamzah ialah konsonan yang dibentuk oleh posisi pita suara

sama sekali merapat sehingga menutup glotis : [?]

h. Konsonan laringal iaitu konsonan yang dibentuk dengan pita suara terbuka lebar

sehingga udara keluar dan digesekan melalui glotis : [h].

II. Berdasarkan cara artikulasinya

a. Konsonan halang (stop) ialah konsonan yang dihasilkan dengan cara menghalangi

sama sekali udara pada daerah artikulasi : [p], [t], [c],[k], [d], [j], dan [g].

b.Konsonan geser (frikatif) ialah konsonan yang dibentukmdengan cara menggesekkan

udara yang keluar dari paru-paru : [h], [s], [S], [z] dan [x].

c. Konsonan likuida (lateral) ialah konsonan yang dihasilkan dengan menaikkan lidah

ke langit-langit sehingga udara terpaksa diaduk dan dikeluarkan melalui kedua sisi

lidah : [l].

d. Konsonan getar (trill) iaitu konsonan yang dihasilkan dengan cara menjauhkan dan

mendekatkan lidah ke alveolum dengan cepat dan berulang-ulang : [r].

e. Semi vokal ialah konsonan yang pada saat diartikulasikan belum membentuk

konsonan murni : [w] dan [y].

Page 32: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

III. Berdasarkan posisi pita suara

a. Konsonan bersuara ialah konsonan yang terjadi jika ydara yang keluar dari rongga

ujaran turut menggetarkan pita suara : [b], [m], [v], [d], [r], [n], [j], [h], [g] dan [r].

b. Konsonan tak bersuara, yaitu konsonan yang terjadi jika udara yang keluar dari rongga

ujaran tidak menggetarkan pita suara : [p], [t], [c], [k], [?], [f], [S], [x] dan [h].

IV. Berdasarkan jalan keluarnya udara

a. Konsonan sengau ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga

hidung : [m], [n] dan [h}.

b. Konsonan lisan ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga mulut,

contohnya adalah semua konsonan selain pada konsonan sengaul.

Ciri-ciri bunyi suprasegmental antara lain :

a. Jangka ialah panjang pendeknya bunyi yang diucapkan. Tanda […]

b.Tekanan ialah penonjolan suku kata dengan memperpanjang pengucapan,

meninggikan nada dan memperbesar intensitas tenaga dalam pengucapan suku kata

tersebut.

c. Jeda atau sendi ialah ciri berhentinya pengucapan bunyi. Sendi dibezakan menjadi:

- Sendi tambah (+) iaitu jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran

panjangnya kurang dari satu fonem.

- Sendi tunggal (/) iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa dengan

ukuran panjang satu fonem.

- Sendi rangkap (//) iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur klausa atau

kalimat, di antara subjek dan predikat.

- Sendi kepang rangkap (#) iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah pertuturan

sebagai tanda diawali dan diakhirinya tuturan.

d. Intonasi dan ritme

Page 33: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Intonasi adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan naik turunnya nada

dalam penglafazan kalimat

Ritme adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan pola pemberian tekanan pada

kata dalam kalimat.

Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Penggunaan intonasi ini akan dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ini

akan dapat menarik minat murid untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Suara yang tidak mempunyai perbezaan antara marah, geram,

lucu, gembira, sedih dan tegas akan membuat murid-murid itu seperti tidak mempunyai

sebarang reaksi. Inilah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu dalam pengajarannya.

Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat membantu

murid-murid untuk lebih cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka.Di dalam kelas,

bukan semua murid akan mempunyai tahap kemahiran yang sama dan tahap kecerdasan yang

sama. Bukan mudah untuk mengubah sikap seseorang tetapi adalah mudah untuk menarik

perhatian mereka agar dapat memberikan fokus kepada apa yang disampaikan. Nada-nada

yang dapat memberikan murid-murid sedar bahawa guru itu sedang tidak puas hati dengan

apa maklum balas mereka. Melalui tingkah laku mereka yang memperlihatkan tidak ada

penguasaan yang jitu terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru.

Kesimpulan

Penghasilkan bunyi mempunyai tiga alat yang memainkan peranan penting, iaitu alat dalam

tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manuasia terdiri

daripada dua jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bukan bahasa. Bunyi-bunyi

bahasa diberikan lambang-lambang tertentu. Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi iaitu

vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa sekatan aliran udara.

Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan. Pelabelan bunyi-bunyi ini bergantung pada

alat dan daerah artikulasi. Manakala untuk bunyi konsonan pula, keadaan pita suara turut

diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak.

Oleh itu, bunyi dapat membantu pembelajaran itu berkesan dengan melalui permainan nada

yang berbeza-beza agar dapat menarik perhatian murid-murid. Nada mendatar akan

mengundang kebosanan dan pasti pengajaran akan menjurus kepada kegagalan. Cari

Page 34: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

pembaharuan dalam pengajaran dan jangan hanya bergantung kepada satu strategi sahaja.

Cara yang bebeza-beza akan membantu minda dan keinginan murid-murid untuk lebih maju

ke hadapan dan sentiasa menanti-nanti apakah teknik terbaru pada keesokan harinya.

Page 35: Hbml1203 Pengenaln Fonetik Dan Fonologi Bm (Kwn Abg Moktar) 1

Bibliografi

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur

Syarikat Percetakan Bintang Baru.

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan

Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada

http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada

21/01/2011.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS

Profesional 2002.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?

e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA.

Sistem Fonologi. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.