tugasan kkp edu3109

47
1.0 Pendahuluan Profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan kepada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan seperti yang diharapkan oleh pemimpin negara iaitu Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat” (mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007 ) Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi 1

Upload: roszaimi-md-noh

Post on 30-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan KKP EDU3109

1.0 Pendahuluan

Profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari.  Kebestarian sesuatu pengajaran itu

bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek

pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan

seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang

teguh pada agama dan kepercayaan kepada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam

Falsafah Pendidikan Negara dan seperti yang diharapkan oleh pemimpin negara iaitu  

“Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli

dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang

menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat”(mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)

Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 –

2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan

teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan

merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti,

memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang

digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. 

Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran

penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT

dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai

hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber

pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT

mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan

pembelajaran ( selepas ini ditulis P & P). Kewujudan masyarakat berpendidikan yang

terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan

kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah

bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan

dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan

1

Page 2: Tugasan KKP EDU3109

penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.

Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir

tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk

tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,

disebar dan disimpan.  Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan

sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia

menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar

yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai

dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu

bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran

itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek

pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan

seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan

jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada

agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah

pendidikan negara.

2.0 Cabaran : Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai

difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang

bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada

globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan

komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah

cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh

pendidikan di Malaysia.

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks

pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan

melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan

beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

2

Page 3: Tugasan KKP EDU3109

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di

sekolah sebagai elemen asing. Justeru itu, mereka tidak mempunyai rasa

kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan

itu adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak,

tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa

amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana

kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid.

Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu

menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea

mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan

kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan

penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap

perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.

Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea

perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami

masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran

seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di

sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan

perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang

memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri

terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan

memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah

3

Page 4: Tugasan KKP EDU3109

kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak

dari melibatkan diri secara proaktif.

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah

membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan

manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang

bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di

bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas

budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan

gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan

berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat

menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan

menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul

melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah.

Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu

menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar

ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti

kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat

memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan

melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat

kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam

pembentukan jati diri dan moral pelajar.

3.0 Definisi Konsep

3.1 Pendidikan Bertaraf Dunia

Pendidikan bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tinggi atau yang

setaraf dengannya di dunia, kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam

membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

dinamis, iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi,

pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial

4

Page 5: Tugasan KKP EDU3109

masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan

sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan bertaraf  dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian

Pelajaran Malaysia bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat

ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju

yang lain. Ianya juga adalah sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang  

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai tempat perkembangan

ilmu ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif serta

melahirkan tenaga pengajar yang mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-

kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna

dan bestari.

Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan

ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi

dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di

dalam sistem penyampaian ilmu.

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi

mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif.  Hanya manusia yang berbudaya

fikir dapat bersaing di medan antarabangsa  serta menjanakan idea ke arah

pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.  

3.2 Guru

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Guru adalah orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan pengasuh.Guru adalah orang yang penting dalam mengurus,

mentadbir serta memimpin sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Asas kuasa guru

adalah terletak pada kebolehannya bagi mempengaruhi pelajar membuat perubahan,

memperbaiki ataupun memajukan sekolah ataupun warga sekolah.

Guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan

kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi

pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja

5

Page 6: Tugasan KKP EDU3109

memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan atau dengan

kata erti yang lain guru adalah pendidik.

3.3. Pengajaran

a) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang

bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau

juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan

pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan

di antara pelajar dengan pelajar.

3.4 Pembelajaran

a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan

kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.

Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa serta

embelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang.

b) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

3.5 Pelaksanaan ICT Dalam Pendidikan

a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware,

software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya

komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible)

contohnya software.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan pelaksanaan sebagai

perihal, perbuatan atau proses melaksanakan sesuatu rancangan, manakala ICT pula

adalah singkatan daripada Information and Communication Tecnology atau Melayunya

Teknologi Maklmat dan Komunikasi. Teknologi membawa pengertian alat yang

digunakan oleh manusia dan alat yang ada pada manusia iaitu ilmu pengetahuan,

kemahiran, dan kepakaran dalam ilmu tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup.

Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan

pengetahuan. Komunikasi bererti perhubungan secara langsung atau dengan perantara

surat, radio, telefon dan lain-lain komunikasi atau penghubung dengan atau yang

sampai kepada orang ramai amnya. Pendidikan membawa erti perihal mendidik,

6

Page 7: Tugasan KKP EDU3109

didikan, latihan, atau ajaran. Jadi maksud pelaksanaan ICT dalam pendidikan

membawa maksud menggunakan ICT secara saintifik, terancang, dan bersesuaian

demi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan

pengajaran. 

ICT dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian

komputer yang diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang diaplikasi dan

digunakan secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi

pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia merupakan pelbagai media yang

digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks,

grafik, audio, video, dan animasi.

Sehubungan dengan usaha Merapatkan Jurang Digital dan Memperkasakan

Sekolah Kebangsaan yang terkandung dalam PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah melaksanakan pelbagai projek, antaranya: Projek Rintis Sekolah Bestari ;

Projek Schoolnet dan MySchoolNet ; Makmal Pengkomputeran; TV Pendidikan (TVP);

P & P Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ; Mata Pelajaran ICT

diperkenalkan ; Latihan ICT untuk Guru; Projek Pengkomputeran Pengurusan.

Kementerian Pelajaran (KPM) menyediakan infrastruktur, perkakasan dan perisian yang

lengkap dan mencukupi serta latihan dan bimbingan kepada guru-guru untuk

membolehkan ICT digunakan dalam P & P. KPM telah melengkapkan lagi kemudahan

saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan

perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. 

4.0 Literature Review

Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang

pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar

pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan

keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang

ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku

dalam negara.

7

Page 8: Tugasan KKP EDU3109

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu

memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,

tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk

turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk

perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat

menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah

Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan

negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf

baru.

Sekolah bestari merupakan satu agenda pendidikan alaf baru di Malaysia

bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Sekolah

bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada

pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang

pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah,

kaya atau miskinmencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai

mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan

membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan

dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu

berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran

merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya

pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina

konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan

yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana

Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat

kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan

pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."

8

Page 9: Tugasan KKP EDU3109

Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan

generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan

Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega

Koridor Raya Multimedia".

Menurut Jurnal Multimedia dalam Pendidikan oleh  Jamalludin Harun dan

Zaidatun Tasir Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar

dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara

menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai

peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar

pula diberi peluang untuk memegang kuasa bagi sesuatu kawalan sesi pembelajaran.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan

perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada

institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) adalah perlu. Teknologi

maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi,

bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang

besar kepada P & P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana

telekomunikasi dansistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar

berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti

tambahan seperti CDRom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu

persekitaran mediayang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar

(Ng Wai Kong, 1999). Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan

menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan

pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa

perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya 

ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran 

berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran

berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori 

konstruktivisme. 

9

Page 10: Tugasan KKP EDU3109

Menurut Giam Kah How dalam Jurnal yang bertajuk Gaya Pembelajaran dan

Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran daripada dapatan

psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20%

daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang

didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa

yang dilakukannya sendiri. Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran

yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam

pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain

daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di

antara satu sama lain.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan 

pelajari. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran

berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh

menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar

yangtidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional.

ICTmenyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan

penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan

teknologi dalam P & P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah

pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan

bahawa ICT dapat membantu mengatsai kelemahan pendidikan sains yang di ajar

secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara

lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang

pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Penggabungan ICT dalam P & P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara

tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua

10

Page 11: Tugasan KKP EDU3109

peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa

dan penilaian selepas sesi P & P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang

teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P & P kurang berkesan.

Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan

menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003),

di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat

memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang

hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan

pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai

kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi

sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama

seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi

ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang

terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer,

pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail,

penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg

2003).

Bidang yang kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam pengajaran guru didedahkan dengan

pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses

maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat

demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran

seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren

2002; Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran

menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum

balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan

11

Page 12: Tugasan KKP EDU3109

literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang

demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam

usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi

berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan

perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada

institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan

multimediadalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) adalah perlu. Teknologi

maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi,

bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang

besar kepada P & P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana

telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar

berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti

tambahan seperti CDRom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu

persekitaran mediayang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar

(Ng Wai Kong, 1999). Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan

menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan

pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa

perubahan  dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya

ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran 

berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran

berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori 

konstruktivisme. 

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan 

pelajari. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran

berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh

menimba ilmu pengetahuan serta  contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar

yangtidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT

menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan

12

Page 13: Tugasan KKP EDU3109

ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan

teknologi dalam P & P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi

teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung

dengan teknologi.Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001),

menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan

sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan

komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi

dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan

penggunaan teknologi.Penggabungan ICT dalam P & P memerlukan kemahiran dan

komitmen guru secaratekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT

terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan

sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P & P. Kegagalan guru dalam

membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P

kurang berkesan.

5.0 LANGKAH-LANGKAH BERKESAN

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick

dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan

tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh

teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran

di luar sekolah.

Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan

guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan

berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh

13

Page 14: Tugasan KKP EDU3109

mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang

menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya

dengan bantuan bahan atau media.  Perkembangan teknologi telah dapat

mempelbagaikan perkakasan dan perisian  dalam sistem penyampaian. Bermula

dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas

bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi

kertas dan percetakan.  Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang

menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan

disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD  dan

perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti telesidang dan

komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap

dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat

memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru

perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah

mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang

lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.  

Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan

pelajar  dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan

bersepadu.  Pengajaran guru yang bersifat ‘pembimbingan di sisi”  harus mempunyai

ciri-ciri seperti berikut:

berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara

menyeluruh dan seimbang.

Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan

bahasa yang tepat merentasi kurikulum

Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara

eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran

berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan

tingkatan

Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era

14

Page 15: Tugasan KKP EDU3109

maklumat.

 Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan

seperti:

Pendekatan berfokuskan pelajar

Pendekatan berfokuskan pembelajaran

Pendekatan berpusatkan pemikiran

Pendekatan berorientasikan proses

 

Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar  dalam proses mencari ilmu yang lebih

bersifat:

Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)

Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)

Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu  hanya dengan membekal maklumat dan

memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad

sahaja.   Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang

memerlukan analisis dan  penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam

menyelesaikannya, mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak

berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber

yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan

mencapai hasilan pembelajaran.

Pertama : Mempelbagaikan strategi, teknik dan kaedah pengajaran dan

Pembelajaran di dalam kelas.

Semasa pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan strategi ,

teknik dan kaedah supaya pelajar dapat memahami dan menguasai tajuk yang diajar.

Guru perlu bijak membuat pemilihan stretegi dan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan

kumpulan pelajar sebelum memulakan sessi pengajaran di kelas. Contoh strategi yang

15

Page 16: Tugasan KKP EDU3109

sesuai dijalankan seperti pembelajaran konstruktif, pembelajaran secara kontekstual,

pembelajaran masteri, belajar cara belajar, pembelajaran secara inkuiri, kalaboratif dan

lain-lain lagi strategi yang sesuai.

Kedua : Menggunakan ICT dengan berkesan.

Sebagai guru, kita perlu mengguasai dan menggunakan kemudahan ICT yang

ada di sekolah dengan berkesan. Saya perlu membawa pelajar ke bilik makmal

komputer untuk mengekses maklumat dengan menggunakan internet. Proses

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar dapat

membina sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan melalui internet. Guru hanya

bertindak sebagai fasalitator dengan memantau pelajar dan menerangkan beberapa

maklumat yang tidak difahami oleh pelajar sahaja.

Ketiga: Penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif.

Saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber seperti

carta, laptop, CD, lembaran kerja, modul latih tubi dan sebagainya setiap kali

pengajaran di kelas. Bahan bantu mengajar ini membantu pelajar menguasai pelajaran

dan mengelakkan pelajar dari mengantuk ketika di kelas.

Keempat: Mewujudkan iklim yang kondusif dalam kelas

Suasana kondusif di dalam kelas adalah antara faktor utama menarik minat

pelajar terhadap pelajaran. Suasana yang kondusif bermaksud keadaan kelas yang

selamat, bersih dan ceria. Sebelum memulakan kelas guru perlu memastikan kelas

berada dalam keadaan selamat bersih dan ceria. Disamping itu juga guru perlu

mewujudkan komunikasai yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat,

jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

Kelima: Mewujudkan budaya ilmu dan berfikir.

Ilmu adalah asas kecemerlangan bagi seorang guru. Justeru itu guru perlu

meningkatkan ilmu dari semasa sesuai dengan kehendak pelajar dan peredaran zaman

dengan menguasi ilmu teknlogi terkini selaras dengan kehendak PIPP. Penoroka ilmu

16

Page 17: Tugasan KKP EDU3109

pendidikan tekini melalui pembacaan, seminar menghadiri kuliah, kursus "in hause

traning" , Latihan Dalam Perkhidmatan dan lain-lain lagi. Guru juga perlu mewujudkan

perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui

perbincangan , mesyuarat dan kerja kumpulan. 

Tugas guru sebagai penyedia bahan-bahan proses pengajaran dan

pembelajaran, manakala multimedia interaktif dan peranan ICT adalah untuk

meningkatkan keberkesanan persembahan pengajaran dan pembelajaran dan

meningkatkan minat para pelajar untuk menggunakan multimedia. Guru-guru harus

melihat peranan mereka dalam mengimplementasikan ICT bukan hanya sebagai

penyampai maklumat dalam bentuk multimedia tetapi juga menurunkan kuasa kepada

murid-murid untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

sendiri dan meneroka maklumat dengan menggunakan ICT.

Untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu ada inisiatif sendiri

untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan mempengaruhi

minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia

ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi.

Pertama, penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru

untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini

membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial.

Kaedah tutorial ini boleh disampaikan guru, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah

ini guru akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalanatau masalah,

meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas, memberi maklum

bals yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu

peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan

merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid.

Kedua, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga boleh melibatkan guru

menggunakan program powerpoints. Program power points atau keynote adalah

perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat

atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan,

kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah. Pada

17

Page 18: Tugasan KKP EDU3109

masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat

pembelajaran menjadi pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk

menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan kata yang lain, power points boleh

berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan instruksi

Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Ketika membina bahan yang hendak

digunakan, guru harus mempertimbangkan beberapa perkara iaitu:

1. mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat

menarik minat murid secara spontan.

2. Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan untuk interaksi.

3. Boleh digunakan untuk pelbagai kumpulan seperti untuk kumpulan yang besar

(pengajaran dan pembelajaran), kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan

atau individu.

4. Boleh kurang, panda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan

dijalankan.

5. Mempunyai ciri grafik yang boleh menyediakan pelbagai graf dan carta.

6. Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid

yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama.

7. Boleh menyediakan salinan utama untuk membuat bahan tayangan transperansi.

Ketiga, guru juga boleh menggunakan teknologi dalam pendidikan untuk

melaksanakan kaedah perbincangan. Kaedah ini melibatkan interaksi dua hala antara

murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Kaedah ini

berpusatkan kepada murid iaitu murid berbincang antara satu sama lain, berkongsi

maklumat, memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Dalam perbincangan, murid diberi

peluang menggunakan prinsip, konsep dan prosedur yang telah mereka pelajari. Ini

menggalakkan mereka menilai dan membuat keputusan. Perbincangan juga memberi

maklumbalas secara pantas kepada guru tentang kebolehan dan kesediaan murid

dalam pelajaran yang mereka ikuti.

Perbincangan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur atau menilai

sesuatu pengetahuan, kemahiran dan sikap murid. Perbincangan boleh mengeratkan

hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan menggalakkan

18

Page 19: Tugasan KKP EDU3109

pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Dengan menggunakan kaedah ini, dapat

memberi peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah, membina pengetahuan

baru dan melatih murid berfikiran kritis, kreatif dan analitis, selaras dengan wawasan

pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan pembelajaran lebih aktif dan bermakna serta

boleh mengubah sikap dan perilaku murid.

Keempat, penggunaan teknologi dalam pendidikan yang juga melibatkan

penggunaan bahan animasi dan grafik. Animasi digunakan untuk memberi gambaran

pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi

ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang

digunakan, ia mampu untuk menghasilkan kelainan dalam program yang di sokong

olehnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan

bukannya statik.

6.0 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Penguasaan saya terhadap kemahiran ICT dapat meningkatkan penguasaan

murid terhadap mata pelajaran yang saya ajar. Ini terbukti daripada perubahan sikap

dan minat pelajar serta prestasi dalam peperiksaan. Kemahiran ICT yang saya miliki

dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang saya ajar dapat

dikesan melalui :

A. Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku Pembelajaran Kendiri

Dan Menggalakkan Pembelajaran Eksploratori (Penerokaan)

Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan

penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan

mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-

sumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan

mengkaji sesuatu fenomina secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu

kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang

diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan

kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka.

19

Page 20: Tugasan KKP EDU3109

Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan

beberapa alamat yang berkaitan yang boleh dilayari oleh murid melalui intenet. Dengan

cara ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada

ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet. Murid-murid akan

mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan untuk menjana dan

menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Bagi mata pelajaran peringkat sekolah rendah seperti Sains dan Bahasa

Malaysia, saya membimbing dan menggalakkan murid-murid melayari laman web yang

tersedia, antaranya portal Zoom A dan Skor A. Memuatkan antaranya koleksi soalan

dan nota panduan . Murid-murid yang melayari laman web ini dapat menjawab terus

soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang

dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas

yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh

maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan

sekaligus boleh memotivasikan murid dengan peneguhan positif yang diberi apabila

murid memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh murid saya sama

ada di rumah atau di Pusat Akses Sekolah.

Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang

secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran

penerokaan menjadikan murid yang lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan

yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya

mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang

kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada murid-murid saya. 

Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang

menjadikan proses P & P menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat

berfiki secara kritis, penyelesaian masalah, pengelaaman belajar yang autentik,

pengetahuan yang dibina adalah melalui interaksi sosial. Murid-murid saya telah

bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

B. Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 

Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan

20

Page 21: Tugasan KKP EDU3109

masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk

diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia

dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan

elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. Ini menjadikan membolehkan

sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya

dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya

menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar

yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang

tidak bertanggungjawab. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-murid saya

dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih cepat. Ini terbukti apabila murid-murid saya

menulis karangan tentang kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan

hidupan air.

Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan

bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi

kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai

alat bantu membolehkan murid-murid saya lebih memberikan perhatian terhadap apa

yang saya ajar. Murid-murid dapat menghayati isi pelajaran dengan lebih jelas.

Saya juga menggunakan Microsoft Excel untuk merekod serta menggred markah

setiap kali diadakan ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek

kelemahan dan kekuatan pelajar. Aplikasi ini membolehkan saya membuat head count

untuk setiap orang murid yang saya ajar. Hasil daripada analisis yang saya perolehi

membolehkan saya menyediakan bahan atau soalan dengan memberikan perisian

berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan

perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan

pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar

untuk tujuan pengayaan.

Pengajaran yang saya sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik

kerana pelajar dapat melihat sendiri apa yang diterangkan oleh saya dengan bantuan

komputer. Kaedah ini membolehkan murid memahami dan menghayati situasi

pembelajaran yang sebenar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu penekanan diberikan

untuk menguasai empat kemahiran iaitu membaca, memahami, menulis, dan bertutur.

21

Page 22: Tugasan KKP EDU3109

Bagi mengajar kemahiran bertutur, murid-murid mesti mempunyai idea dan

pengetahuan yang luas. Bagi pelajar yang kurang membaca, masalah akan timbul

kerana mereka tiada idea untuk bercakap. Dengan kemudahan ICT yang saya miliki,

saya muat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Saya juga

menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera digital masukkan

gambar-gambar dan saya tayangkan kepada murid-murid menerusi projektor LCD.

Murid-murid saya mendapat idea dan pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan

apa yang disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan

proses pembelajaran yang berkesan telah berlaku.

Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan saya membuat

pembetulan setiap kesalahan yang murid serta-merta. Murid membuat tugasan

menggunakan papan interaktif, hasil tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor

LCD. Saya membuat penilaian terhadap hasil tugasan mereka dan membetulkan

kesalahan mereka pada masa itu juga. Murid dapat mengetahui di mana kekuatan dan

kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid, dalam

masa yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan serta merta. 

Jelaslah di sini, dengan menggunakan ICT telah dapat meningkatkan pemahaman dan

penguasaan murid-murid saya terhadap mata pelajaran yang saya diajar. Proses

pengajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan lebih menarik. Hasilnya murid

dapat menghasilkan tugasan yang sempurna. Hal ini dapat membantu memudah dan

mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana

penggunaan ICT dalam P & P telah memudahkan tugas guru dan murid menguasai

pengajaran dan pembelajaran.

C. Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah

Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan

menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan

dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan

pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan

maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam

perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada

22

Page 23: Tugasan KKP EDU3109

lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai

bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan

dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian

boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat

selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan

percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-

murid. 

Interaksi saya dan murid dapat dipertingkatkan melalui ICT di mana saya dan

murid berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui

internet murid dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana berada kerana

kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang pantas teknologi.

Teknologi multimedia membolehkan saya melihat wajah murid yang menghubungi saya

pada paparan skrin komputer. Murid saya dapat berbual secara terus dengan saya

menerusi skrin komputer. Murid-murid saya akan merujuk kepada saya apabila ada

masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan

nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi sebegini juga memudahkan saya

untuk memantau hasil kerja murid apabila mereka menge-melkan kepada saya. Murid-

murid oleh bertanya secara terus dan saya pula akan menjawab dengan cepat 

Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara

berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan

murid dan murid sesama murid. Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di

seluruh dunia hanya menerusi skrin komputer menggunakan hujung jari sahaja. Ini

menggambarkan kemahiran ICT yang saya miliki telah dapat menumbuhkan inspirasi

kepada murid-murid saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan

mudah.

D. Pengekalan informasi yang berkesan

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau

pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu yang mahukan

kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka dengan

sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia dapat

memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Set

23

Page 24: Tugasan KKP EDU3109

komputer yang dilengkapkan dengan multimedia telah diadaptasikan untuk memberi

maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna.

Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75

peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar,

lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20

peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam

persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya

diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri.

Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap

proses penyampaian maklumat, maka saya tidak teragak-agak menggunakan ICT

untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P dalam bilik darjah.

Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu saya sediakan jawapan

yang membolehkan murid-murid saya membuat penilaian secara sendiri. Bila murid

dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba

lagi. Cara ini membolehkan murid saya merasai pengalaman pembelajaran yang

berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum

itu saya pastikan murid saya telah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran

yang saya ajar sebelum saya benarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada

tahap yang lebih tinggi. Murid-murid saya boleh mengulang belajar sesuatu konsep

atau isi pelajaran itu pada bila-bila masa atau seberapa banyak yang dia mahu.

Ditambah pula dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan murid

tidak merasa bosan untuk mengulangi mempelajarinya. Keadah ini telah

memperkuatkan lagi ingatan dan meningkatkan pemahaman serta minat pelajar

terhadap apa yang dipelajari.

Saya melayari laman-laman web yang berkaitan subjek yang saya ajar,

kemudian maklumat tersebut saya simpan dalam CD-ROM seperti ensaikopedia,

pangkalan data dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Bahan-bahan

ini saya gunakan dalam bilik darjah dan pelajar boleh tayangkannya berulang kali. Hal

ini dapat meningkatkan pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan.

Buktinya apabila saya meminta pelajar menyediakan penulisan karangan, saya dapati

idea yang dikemukakan adalah menggambarkan kematangan dan penguasaan

24

Page 25: Tugasan KKP EDU3109

pengetahuan pada tahap yang membanggakan. Ini menggambarkan ICT dapat

meningkatkan pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi

pelajaran 

Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan

keadaan yang sebenar di mana murid dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang

realistik. Cara ini memberi peluang kepada murid saya untuk mengubah sesuatu untuk

melihat pembaharuan. Situasi begini membenarkan murid saya menguji dan

mengemukakan idea baru yang terbaik dan seterusnya membuat kesimpulan. Perisian

pendidikan seperti ini menggalakkan murid saya telah dapat meningkatkan kemahiran,

mengekalkan maklumat yang diperolehi, serta memberi peluang kepada murid-murid

saya melakukan penyelesaian masalah.

Tegasnya saya nyatakan di sini bahawa, ICT telah dapat membantu

meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui

kaedah ulangan dan penerokaan. Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan

guru dan murid serta dapat membantu murid-murid mempertingkatkan daya ingatan.

Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal dalam memori

ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.

E. Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap

ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan

tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti

pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan

perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi

yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft

Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, dan sebagainya. 

Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan

kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar

melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai

boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala

perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil

tugasan yang saya berikan sama ada secara kumpulan atau individu.

25

Page 26: Tugasan KKP EDU3109

Saya bimbing murid-murid saya untuk mendapatkan isi pelajaran, saya galakkan

murid saya menggunakan perisian Microsoft Powerpoint atau memilih mana-mana

perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka untuk menghasilkan

tugasan. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu murid-murid melaksanakan

aktiviti pembelajaran dan menyiapkan tugasan yang saya berikan. Hasil kerja kumpulan

dibentang oleh murid dengan aplikasi Microsoft Powerpoint. Hasilnya saya dapati

murid-murid saya lebih bersemangat serta dapat menghasilkan satu kerjasama yang

padu dalam kumpulan di samping menghasilkan satu persembahan yang amat menarik

yang menggambarkan mereka betul-betul faham dengan apa yang dipelajari pada

sepanjang proses P & P berlaku itu.

Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan

semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru

dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang

menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan

pembelajaran yang disediakan. Selain itu penggunaan ICT dan multimedia daapt

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. 

Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri

dengan pelbagai kemahiran ICT supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi

dalam mendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat

membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuan

atau maklumat yang tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi

pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan.

P & P menggunakan ICT dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan dan mencabar.

Saya juga mendapati penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan

segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT murid

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan

perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat

teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang

lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.Kaedah pembelajaran begini

amat menarik dan hasil dari pemerhatian dan penilaian saya terhadap mutu tugasan,

26

Page 27: Tugasan KKP EDU3109

saya dapati murid-murid saya telah berjaya menghasilkan tugasan yang berkualiti,

lengkap dan mantap.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru

dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat

berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan

kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu

mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan

berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan

mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan

dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan

gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar

tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses

pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan

sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan

pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat

menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai

sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan

maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan

internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang

terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama

seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti

pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat

terus di akses kedalam sistem.

27

Page 28: Tugasan KKP EDU3109

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting

kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai

alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware,

software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT

mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-

teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari

serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru

agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya

mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan

mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses

pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan

pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat

mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan

bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan

berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era

dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang

ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak

menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang

sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak

semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar

oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang

di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya

melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka

murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan

28

Page 29: Tugasan KKP EDU3109

persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini

setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru

kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

7.0 Rumusan

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di

Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu,

perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada

minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-

anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di

institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran

mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran

kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik,

ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia

tanpa sempadan ini.

ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan

kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara

kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi

mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada

perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. 

Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru

menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat

sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting

seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana

tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun

teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.

Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan

guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk

membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah

pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh

29

Page 30: Tugasan KKP EDU3109

teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan

kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu

dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi

meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya

membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran

sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah

merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk

memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia

glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang

berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara

runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan

kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi

memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

30

Page 31: Tugasan KKP EDU3109

8.0 Bibliografi

Abdul Manaf Bohari. (2006). ICT dari Perspektif Profesional Isu-isu Pengurusan Organisasi. PJ : Pearson Prentice Hall.

Abdul Rahim bin Abdul Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran. Kuala Lumpur : DBP

Bahan Bacaan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan. (2004). Institut Aminudin Baki : Genting Highland.

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001

Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd

Hussein Hj. Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah : Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Jamalludin bin Harun dan Zaidatun bt.Tahir. (2005). Multimedia Konsep dan Praktis. Venton Publishing.

Kamus Dewan Edisi Ke-4,DBP KL, 2007

Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan.

Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 

Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan

Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan UNITAR.

31

Page 32: Tugasan KKP EDU3109

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP 2006

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,Putrajaya

Razak Ibrahim dan Wan Norazlin Yusuf. (2005). Siri Perspektif Minda Sekolah Bestari dan ICT. Seri Kembangan : Cemerlang Publications Sdn. Bhd.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia. Bangi: As Syabab Media.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

32