kertaskerjagotongroyong big

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA ,LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR, BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT EMPAT KHAS KERTAS KERJA: “LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH KLUSTER” PENSYARAH: ENCIK VARUGHEESE CHACKO IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI ( 680423-05-5401 ) Program Pensiswazahan Guru ( PPG )

Upload: anuar-zainal-sepri

Post on 19-Jan-2017

257 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertaskerjagotongroyong  big

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA ,LEMBAH PANTAI

59200 KUALA LUMPUR,

BINA INSAN GURU ( BIG )

PERINGKAT EMPAT KHASKERTAS KERJA:

“LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH KLUSTER”PENSYARAH:

ENCIK VARUGHEESE CHACKO

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,

Kuala Lumpur

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI

( 680423-05-5401 )

Program Pensiswazahan Guru ( PPG )

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Page 2: Kertaskerjagotongroyong  big

BIODATA DIRI

NAMA : ROSLAH BINTI ISHAK

NO K/ P : 670819-06-5084

NO TEL : 019 9503445 / 09 2377748

NAMA SEKOLAH : SK FELDA LURAH BILUT,

28700 BENTONG, PAHANG

OPSYEN : PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

SEMESTER 5 / 2014

UNIT : PSV

E- MAIL : [email protected]

NAMA WARIS : ROSLAN BIN ENDOT

ALAMAT RUMAH : NO 5, RUMAH KEDAI,

JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH

28800 LURAH BILUT, BENTONG

PAHANG DARUL MAKMUR

Page 3: Kertaskerjagotongroyong  big

a. KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONG

“SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi

matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,

berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik

darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan

matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang

perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran

Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui

pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan

efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,

kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu

aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang

telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat

memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya

menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.

Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni

dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek

Page 4: Kertaskerjagotongroyong  big

pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan

kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes .

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Lurah Bilut akan

memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai

matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan

pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia

selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Program ini diharap dapat

mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang

lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama

yang diberikan oleh warga SK Lurah Bilut serta kepimpinan Guru Besar akan

membuahkan hasil yang diharapkan.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti

yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran

kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap

kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan

memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran

kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan

persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada

dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat

pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di

sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri .

Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu

mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti

harian yang lain.

2.0Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran

sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap

semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan

semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada

Page 5: Kertaskerjagotongroyong  big

di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba

ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk

memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih

selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak

sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk

menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti

dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program

“ KECERIAAN SEKOLAH”

4.0 Tema Program

“ SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

5.0 Matlamat

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar

kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan

kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat

pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan

mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah .

Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang

khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar

ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa

tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti

membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah

untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan

Page 6: Kertaskerjagotongroyong  big

keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang

selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang

ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat

bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaituguru-guru dan pekerja serta wakil

PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih

serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu

pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan

kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid

membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif

Objektif program ini adalah:

i.Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih

ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah

penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah

yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah

serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii.Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.

iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara murid

, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan

sekolah.

v.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan

Page 7: Kertaskerjagotongroyong  big

vi.Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

vii Dapat membantu meringankan beban Pekerja Rendah Am yang hanya terdiri daripada seorang pekerja sahaja.

7.0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program

BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN

1 Penyediaan kertas kerja program : Setiausaha

- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan Program

persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan

program melalui mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.

2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha

Program

3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-

kerja asas Setiausaha

program : Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

Page 8: Kertaskerjagotongroyong  big

4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha

Program

5Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan

mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan. Setiausaha

Program

6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat

pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi Setiausaha

(kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat ) Program

7Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-

peralatan yang perlu digunakan untuk gotong royong AJK Peralatan

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan

10Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian

dan

AJK Persiapan

Tempat

Pelancaran.

Page 9: Kertaskerjagotongroyong  big

11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan

peserta.

8.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH

2 Jun 2014 ( Sabtu )

10.0TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Mentakab ( Chatin ), 28400 Mentakab

11.0 FOKUS KAWASAN

Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah,

bilik-bilik khas seperi pusat sumber , makmal sains, pondok bacaan, kantin dan

kawasan riadah / wakaf / rehat sekitar sekolah. Matlamatnya supaya kawasan ini

lebih bersih, indah dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta

warga sekolah.

i. Kawasan Rehat / Wakaf / Riadah perlu diceriakan dengan :

Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.

`` Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat

tumpuan pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Page 10: Kertaskerjagotongroyong  big

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh

menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti

terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat

dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria,

menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.

ii.Kawasan Sekitar Sekolah perlu juga diceriakan untuk :

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar

Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebut

Menanam pokok sebagai teduhan

Kawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan. Kawasan

tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan

juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Seluruh warga SK Mentakab ( Chatin ) iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-

murid tahun 4, 5 dan 6 , serta AJK PIBG.

Page 11: Kertaskerjagotongroyong  big

12.0 Carta OrganisasiOrganisasi pelaksanaan program

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

Puan Zainah binti Abu Bakar (Guru Besar)

PengerusiPuan Sa’adiah binti Awang (Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi IPuan Naziah binti Ahmad (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Page 12: Kertaskerjagotongroyong  big

Naib Pengerusi IIEncik Zihan bin Mohd Zaki(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

SetiausahaPuan Roslah binti Ishak (Guru Penyelaras 3K)

Naib SetiausahaPuan Sabariah binti Bahrum

( Penyelaras 3K)

Bendahari

Puan Das Maniar binti Hasan

Ahli Jawatankuasa

Encik Ramhuzaimi binti Abdul Rahman

Puan Nor Aisyah binti Othman

Puan Hanisah binti Ishak

En Anuar bin Mohd Shah (wakil PIBG)

AJK PELAKSANA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

PENYAMBUT TETAMU PERALATANEncik Darus bin Wahab Encik Omar bin Ramli

Puan Subiyanti binti Sulaiman Encik Rizal bin Harun

Puan Roslawati binti Baharum En. Mohamed bin Mahmud

Puan Faezah binti Mohd Sedir Encik Asiff bin Mokhtar

CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN

Pn. Sharmilla bt Mat Puan Suryati binti Man

Pn. Kamalia bt Sidik Puan Nurin binti Mazla

PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM

Page 13: Kertaskerjagotongroyong  big

Puan Faridah binti Mustafa Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPATUstaz Suhaimi bin A Rahman Encik Yasim bin Jusoh

SIARANRAYA DOKUMENTASI

Encik Nawi bin Pungut Cik Murugamah

Encik Hafizi bin Hasan

13.0 Tentatif Program

1.Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

2.Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mentakab ( Chatin ).

3.Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-

tempat yang telah ditetapkan

4.Aktiviti- aktiviti :

Meletakkan “pavement” di tempat-tempat yang tertentu. Menyediakan tong sampah

kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Menghias kelas dan bilik-bilik khas

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Meletakkan buku-buku bacaan di pondok/ wakaf bacaan.

Page 14: Kertaskerjagotongroyong  big

14.0Anggaran perbelanjaan

Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang

dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.

Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan

oleh ibu bapa, pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan

anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Perbelanjaan cetakan

1. Buku Program RM 0.50 X 10 RM 5.00

2. Surat-menyurat RM 0.50 X 4 RM 2.00

JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN

2Peralatan:

1.Tin cat RM 25.00 X 3

2.Berus cat RM 2.50 X 10

3.Cangkul RM 6.00 X 5

4.Plastik Sampah RM 1.00 X 2

5.Tong Sampah RM 50.00 X 10

6.Paku RM 25.00 X 1

RM 75.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 500.00 RM 25.00

7.Gergaji RM 6.00X 20RM120.00

8.Kayu / papan RM 8.00X 30RM240.00

Page 15: Kertaskerjagotongroyong  big

JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00

3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00

JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00

4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00

JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00

5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00

15.0 Penutup

Aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini telah dapat menghasilkan satu

kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat

murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat

pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin

kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat

setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat

menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan

pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling

bekerjasama antara satu sama lain.

Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak sekolah serta semua pihak

yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam

menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik

ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

Page 16: Kertaskerjagotongroyong  big

………………………………………….

( ROSLAN BINTI ISHAK )

Setiausaha Program

SK Mentakab ( Chatin ), Mentakab

Pahang Darul Makmur

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

di atassebab-sebab berikut:

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………..