kertas kerja gimrama (pj)

29
Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA KOD MATAPELAJARAN HBPE 2103 SEMESTER 5 / 2012 (SMP KHAS) NAMA : MALARVILI A/P MARIAPAN NO. MATRIKULASI : 800202-02-5878001 NO. KAD PENGENALAN : 800202-02-5878 NO. TELEFON : 012-4698303 1 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Upload: cik-baco

Post on 26-May-2015

507 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD MATAPELAJARAN HBPE 2103

SEMESTER 5 / 2012 (SMP KHAS)

NAMA : MALARVILI A/P MARIAPAN

NO. MATRIKULASI : 800202-02-5878001

NO. KAD PENGENALAN : 800202-02-5878

NO. TELEFON : 012-4698303

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

1

PERGERAKAN ARTISTIK

DAN

KREATIF

Page 2: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pengenalan 3

2 Matlamat 4

3 Objektik 5

4 Tarikh 6

5 Masa 6

6 Tempat 6

7 Kumpulan Sasaran 7

8 Jurulatih yang terlibat 8

9 Kewangan 8

10 Jadual latihan tentatif 9

11 Acara yang disertai 10

12 Langkah Keselamatan 11-12

13 Lampiran 13

14 Rujukan 14

2

Page 3: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

1. PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan

menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi popular di kalangan peserta dan penonton.

Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi

tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga

merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan.

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik dan gimrama telah diiktiraf

sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak

dengan iringan muzik. Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta

mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan

menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri

pergerakan perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di

antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan

irama muzik. Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak

seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, pergerakan gimrama dianggap sebagai

gimnastik artistic dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai.

Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk

kaum wanita juga merupakan asas kepada penganjuran sukan di peringkat daerah selain

daripada faktor kurangnya penyertaan sekolah rendah dalam sukan gimrama ini.

Kejohanan sukan gimrama peringkat daerah ini bukan sahaja akan memberi ruang kepada

gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang

berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan seperti gelang,

reben dan belantan merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran

menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian.

Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan

mendapat kemenangan.

3

Page 4: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

2. MATLAMAT

Kejohanan gimrama bagi sekolah-sekolah rendah di peringkat daerah diadakan untuk

memastikan penyertaan yang baik daripada murid-murid sekolah rendah dan juga untuk

memberi ruang kepada gimnas-gimnas muda untuk mengembangkan bakat yang sedia

ada. Di samping itu, kejohanan gimrama sekolah-sekolah rendah peringkat daerah ini

juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah menyertai

sukan gimrama. Ini juga merupakan satu langkah awal dalam menyokong sukan di

Malaysia dan langkag pertama dalam menyediakan gimnas-gimnas yang bakal

mengharumkan nama negara di persada dunia kelak.

4

Page 5: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

3. OBJEKTIF

Kejohanan gimrama sekolah-sekolah rendah di peringkat daerah mempunyai beberapa

objektif seperti berikut:

3.1. Selepas penganjuran kejohanan gimrama ini diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas

akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-sekolah rendah malah

penglibatan murid-murid yang berumur lebih muda lagi.

3.2. Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat

tentang keunikan dan kelebihan gimrama. Dalam masa yang sama diharap ibubapa

akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama.

3.3. Penganjuran sukan gimrama juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di

kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum dalam

daerah ini.

3.4. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin

dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam gimrama. Selain daripada itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi

untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi.

3.5. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk

menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama di sekolah masing-

masing.

3.6. Agar minda jurulatih dan gimnas lebih terbuka dengan kepelbagaian gerakan

gimrama dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pergerakan gimrama.

5

Page 6: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

4. TARIKH

Tarikh latihan telah ditetapkan bermula daripada 12 November 2012 bersamaan dengan

hari Isnin sehingga 31 Disember 2012. Walau bagaimanapun, latihan tidaklah dijalankan

setiap hari kerana murid-murid yang terlibat dengan latihan ini juga memerlukan masa

untuk berehat untuk mengelakkan kecederaan otot yang mungkin disebabkan latihan

intensif yang berterusan.

5. MASA

Latihan akan dijalankan setiap hari Isnin sehingga hari Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad

merupakan masa untuk merehatkan tubuh badan. Disebabkan waktu pagi merupakan

waktu persekolahan, masa latihan gimrama akan bermula pada jam 3 hingga 5.30 petang.

6. TEMPAT

Latihan gimrama akan dijalankan di dalam dewan gimnastik di sekolah ini. Ini

disebabkan tempat inilah yang paling sesuai, selesa dan mempunyai fasiliti yang cukup.

Dewan ini juga mempunyai beberapa gelanggang dan beberapa murid boleh berlatih

serentak tanpa membuang masa untuk menunggu giliran masing-masing.

6

Page 7: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

7. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun 3 sehingga tahun 5. Rasional pemilihan

kumpulan sasaran ini berkaitan dengan sumbangan yang dapat mereka berikan. Murid

tahun 1 dan 2 masih belum terlibat dalam gimrama kerana murid tahun 3 dianggap lebih

senang memahami arahan. Murid tahun 6 pada tahun ini tidak dipilih memandangkan

tahun depan mereka akan naik ke tingkatan 1.

Setiap kelas A dan B akan diwakili oleh 2 orang murid. Maknanya pasukan gimrama

yang akan menyertai kejohanan gimrama sekolah rendah di peringkat daerah ini

berjumlah 12 orang. 3 orang wakil dari kelas tahun 3A, 3 orang murid dari kelas tahun

3B, 3 orang murid dari kelas tahun 4A dan sama juga dengan murid dari kelas tahun 4B,

5A dan 5B.

Berikut juga disertakan nama murid yang dipilih untuk mewakili sekolah:

No Nama Peserta Kelas

1 Amanda Cheung 3A

2 Melissa Layu 3A

3 Christie Ivy 3B

4 Siti Farrah 3B

5 Angeline Leong 4A

6 Nurul Fatiha 4A

7 Sarah Jane 4B

8 Nisa Harun 4B

9 Tina Erica 5A

10 Lea Natalie 5A

11 Marissa Wong 5B

12 Katherine Lim 5B

7

Page 8: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

8. JURULATIH TERLIBAT

Berikut merupakan jurulatih yang terlibat dalam latihan gimrama ini.

- Cikgu Tracy Ning

- Cikgu Lynette Soh

- Cikgu Charlene Eve

- Cikgu Johnson Vun

- Cikgu Adrian Markus

9. KEWANGAN

Perbelanjaan untuk mengadakan program latihan bagi murid-murid yang bakal menyertai

kejohanan gimrama peringkat daerah ialah seperti berikut:

Pakaian

Bajet bagi sepasang pakaian = RM100

Sekiranya 12 pasang, maka = RM100 x 12

= RM1, 200

Peralatan

Tali untuk 3 peserta = RM50 x 3

= RM150

Gelung untuk 3 peserta = RM50 x 3

= RM150

Belantan untuk 3 peserta = RM50 x 3

= RM150

Reben untuk 3 peserta = RM50 x 3

= RM150

3 tali + 3 gelung + 3 belantan + 3 reben = RM600

Sumber Muzik

CD = RM29.90

Yuran Pendaftaran = RM150

Jumlah keseluruhan (RM1, 200 + RM600 + RM29.90 + RM200) = RM1, 979.90

8

Page 9: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

10. JADUAL LATIHAN TENTATIF

Hari Masa Gelanggang Kumpulan Jurulatih

Isnin 3.00pm - 5.30pm 1 3A, 4A, 5A Tracy Ning

3.00pm - 5.30pm 2 3B, 4B, 5B Lynette Soh

Selasa 3.00pm - 4.30pm 1 3A, 4A, 5A Charlene Eve

3.00pm - 5.30pm 2 3B, 4B, 5B Johnson Vun

Rabu 3.00pm - 4.30pm 1 3A, 4A, 5A Adrian Markus

3.00pm - 5.30pm 2 3B, 4B, 5B Lynette Soh

Khamis 3.00pm - 5.30pm 1 3A, 4A, 5A Tracy Ning

3.00pm - 5.30pm 2 3B, 4B, 5B Johnson Vun

Jumaat 3.00pm - 4.30pm 1 3A, 4A, 5A Charlene Eve

3.00pm - 5.30pm 2 3B, 4B, 5B Adrian Markus

9

Page 10: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

11. ACARA YANG DISERTAI

Antara acara yang disertai termasuklah tali, gelung, reben dan belantan. Tali

merupakan salah satu alatan yang digunakan dalam aktiviti senaman lantai. Tali hanya

dimainkan oleh gimnas perempuan sahaja. Manakala gelung merupakan suatu peralatan

gimrama yang memerlukan ruang semasa melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan

gelung sambil mengikut rentak muzik sangat penting dalam kejohanan ini. Reben

merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben

kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh digunakan

dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang

besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila pergerakan dibuat mengikut rentak

muzik. Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran kedua-dua

belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik

menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya.

No Nama Peserta Kelas Acara

1 Amanda Cheung 3A Tali

2 Melissa Layu 3A Gelung

3 Christie Ivy 3B Reben

4 Siti Farrah 3B Belantan

5 Angeline Leong 4A Tali

6 Nurul Fatiha 4A Gelung

7 Sarah Jane 4B Reben

8 Nisa Harun 4B Belantan

9 Tina Erica 5A Tali

10 Lea Natalie 5A Gelung

11 Marissa Wong 5B Reben

12 Katherine Lim 5B Belantan

10

Page 11: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

BAHAGIAN 2

12. 0 PENGENALAN

Sukan memainkan peranan penting di kalangan murid-murid.Menurut tokoh dalam

bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977)

menyatakan bahawa pergerakan asas adalah satu proses yang memandu pelajar untuk

memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan

improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi. Dengan ini, kegiatan-kegiatan

penerokaan, penemuan dan kreativiti dapat dipupuk dikalangan murid-murid. Manakala

pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar

dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor

penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile.

Namun begitu, pergerakan asas ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan

kreatif dan gimnastik. Kedua-dua pergerakan ini memberi penekanan kepada aspek-aspek

ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak

menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya

pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil

seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan bergerakn dengan

alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu ataupun secara

kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh gimnas adalah untuk menguji

keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam

suasana yang dipilih.

11

Page 12: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

12.1 PELAN LANTAI

Ini adalah satu contoh pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan

menggunakan satu alatan untuk persembahan selama 3 minit.

Alatan : Gelung

Minit : 3minit

Muzik : melodi rendah, sederhana dan tinggi.

Rajah 12.1 : Pelan lantai dengan menggunakan 5 jenis kemahiran yang berbeza.

12

MULA

Pivot - putaran atas lantai sambil mengelilingi dan putaran di satah hadapan

TAMATBB

CC DD

EEFF

AA

Imbangan - Melambung mendatar dan Sagital gelung

Fleksibiliti - pergerakan 'angka 8' dan 'boomerang'

Lompatan - lentikan badan ke belakang dengan gelung.

deddan pertukaran tangan ketika lompat layang

Putaran – Putaran sambil berjalan/ berlari/gallop dengan gelung.

Page 13: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

12.2 Pergerakan dalam persembahan lantai dan peneranganya.

12.2.1. Imbangan – melambung dan mendatar Sagital.

Sebelum gimnas memulakan pergerakan, perlulah membuat aktiviti

memanaskan badan bagi meregangkan otot-otot. Peserta akan mula daripada

tempat A. Gimnas akan menggunakan gelung untuk 3 minit dengan iringan

muzik. Dalam pergerakan ini, gerakan dilakukan dengan melambung

mendatar dan sagital menggunakan gelung.

1) 12.2.2 –Pivot –Putaran lantai sambil mengelilingi dan putaran di Satah.

Bermula daripada point B ke point C, gerakan pivot dilakukan dengan gelung

yang sama. Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan ,

tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Gelung

haruslah diputar dengan licin tanpa bergetar atau tersekat – sekat. Seterusnya

satah putaran adalah penting dan mesti jelas kelihatan.

2) 12.2.3 – FLEKSIBILITI – PERGERAKAN “ ANGKA 8” DAN BOOMERANG.

Pergerakan ini harus bergerak daripada point C ke point D. Gimnas akan

menggolek gelung di atas badan. Gelung hendaklah dipegang kuat dan

gimnas harus pastikan

3) 12.2.4 – Lompatan – lentikan badan ke belakang dan pertukaran tangan ketika lompat

layang.

13

Page 14: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

Lompatan pada point ini merupakan lompatan lentikan badan ke belakang.

Selepas pergerakan flesibiliti gimnas akan menukar kepada kemahiran yang

lain iaitu lompatan. Lompatan dan memdarat boleh dilakukan menggunakan

satu atau dua kaki.

4) 12.2.5-putaran – Putaran sambil berjalan/berlari dan galop

Kemahiran ini merupakan kemahiran yang ke-lima. Selepas gimnas membuat

lompatan pergerakan putaran dilakukan daripada point E ke point F. Gimnas akan

memutar gelung dengan licin tanpa bergetar atau tersekat – sekat. Gimnas akan

memegang gelung dengan kuat dan pastikan berada di satah tegah. Kemudian gelung

ditekan sedikit di bawah dan kemudian ditolak seperti menolok bola sambil berlari

perlahan ke point F. Gimnas akan berhenti di sini dengan berjayanya.

12.2 Keperluan alatan asas untuk memulakan Gimrama

1.1.1 Tali

Gimnas yang menggunakan tali kebanyakannya hem atau sintetik dan berukuran tali

sepanjang 3m dan tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Tali gimnas

boleh didapati di kedai sukan dibahagian peralatan mendaki gunung.

1.1.2 Gelung

14

Page 15: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa

melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik

sangat penting dalam kejohanan ini.

1.1.3 Bola

Bola merupakan alatan yang wajib dalam gimrama. Ia diperbuat daripada getah atau

bahan sintetik dengan anjalan.

15

Page 16: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

1.1.4 Belantan

Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan

kemahiran kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan

kemahiran dan koordinasi yang baik untuik menyeleraskan

pergerakan badan dengan pergerakan belantan di

tangannya..Semua peralatan yang dinyatakan di atas perlu

disahkan oleh pengelola terlebih dahulu sebelum digunakan untuk

pertandingan.

1.1.5 Reben

16

Page 17: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana

reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh

digunakan

dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang

besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila pergerakan dibuat mengikut rentak

muzik.

1.1.6 Pakaian

Pakaian haruslah mengikuti undang-undang sukan gimrama. Leotard yang dipakai semasa

pertandingan mesti berpandukan kepada peraturan. Kain leotard terdiri daripada apa jua

warna kecuali warna emas dan perak. Kain lutsinar atau lut cahaya tidak dibenarkan.

13. Langkah keselamatan

Dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Gimrama langkah-langkah keselamatan perlu

diberi perhatian supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Antaranya

termasuklah seperti keselamatan di arena pertandingan, keselamatan alatan yang

digunakan, keselamatan penyimpanan alatan dan keselamatan peserta dan peralatan

peserta.

13.1 Keselamatan di arena pertandingan

Arena pertandingan hendaklah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pertandingan

gimrama. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan di arena pertandingan. Lantai

17

Page 18: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

kawasan pertandingan hendaklah bersih, selamat dan tidak terdapat sebarang benda yang

boleh menjejaskan pergerakan para peserta. AJK kebersihan dan keselamatan arena

hendaklah sentiasa memastikan arena pertandingan dalam keadaan selamat. AJK

Pertolongan cemas hendakalah sentiasa bersedia untuk memberi bantuan terutamanya ketika

peserta sedang melakukan disiplin. Petugas-petugas Pertolongan cemas hendaklah cekap,

pentas dan berwaspada, sepanjang kejohanan berlangsung. Kedudukan hakim garisan,

pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul seperti dalam

lampiran bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang untuk

memasuki arena pertandingan. Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan

gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m.

13.2 Keselamatan alatan yang digunakan

Setiap alatan yang digunakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh penganjur bagi

mempastikan alatan tersebut selamat digunakan. Alatan yang diragui keselamatannya akan

dibatalkan. Ciri-ciiri alatan yang selamat adalah seperti berikut, tidak terdapat tanda-tanda

kerosakan atau kecacatan pada alat tersebut.Setiap peralatan hendaklah bersih. Setiap alatan

mematuhi spesifikasi alatan seperti yang terkandung dalam Peraturan teknikal FIG terbitan

2005.

Radio yang diguna dalam pertandingan hendaklah berfungsi dengan baik. Justeru itu radio

hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum digunakan. Setiap kaset/CD yang diguna oleh para

peserta hendaklah diuji terlebih dahulu supaya tidak berlaku pemotongan markah

disebabkan oleh masalah teknikal. Setiap alatan yang diguna seperti jam randik dan

sebagainya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

13.3 Keselamatan penyimpanan alatan

Pihak penganjur perlu menyediakan satu tempat khas untuk penyimpanan peralatan yang

diguna sepanjag kejohanan tersebut. Tempat penyimpanan alatan tersebut hendaklah

berkunci dan sentiasa selamat sepanjang kejohanan tersebut. Dalam hal ini setiap pengurus

pasukan hendaklah mempastikan peralatan yang mereka gunakan disimpan di tempat yang

telah ditentukan oleh penganjur dan menyimpan kunci dengan selamat.. Ciri-ciri bilik

penyimpanan alat ,Sentiasa berkunci di mana kunci disimpan oleh pengurus setiap kontinjen

yang mengambil bahagian. Bilik penyimpanan hendaklah bersih, selamat dan tidak mudah

18

Page 19: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

dimasuki oleh pelajar luar.Terdapat kunci pendua yang hanya boleh diambil sekiranya

berlaku kehilangan kunci bilik penyimpanan. Setiap pengurus kontinjen hendaklah menjaga

keselamatan bilik penyimpanan peralatan masing-masing.

13.4 Keselamatan peserta dan peralatan yang diguna oleh peserta.

Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin

terutamanya semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh

diambil ialah memberi penjelasan/taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang

kejohanan berlangsung.

Mempastikan setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu

dipatuhi sepanjang kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa

pertandingan sedang berjalan. Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.

Lampiran

19

Page 20: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

20

Page 21: Kertas kerja gimrama (pj)

Malarvili mariapan HBPE 2103 800202-02-5878

RUJUKAN

Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti

Kuala Lumpur.

Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills

Champaign II, : Human Kinetics.

21