topik 8 kemahiran pergerakan gimrama

19
PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik dan juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua peringkat umur. KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini, seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain, 8.1 T T o o p p i i k k 8 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan ciri-ciri gimrama dari aspek-aspek berikut: 2. Pergerakan melangkah; 3. Ayunan dan pusingan; 4. Putaran dan pivot; dan 5. Lompatan dan layangan.

Upload: mohd-khairy-bazli

Post on 05-Aug-2015

1.037 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik dan juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua peringkat umur.

KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini, seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain,

8.1

TTooppiikk

88

� Kemahiran Pergerakan Gimrama

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan ciri-ciri gimrama dari aspek-aspek berikut:

2. Pergerakan melangkah;

3. Ayunan dan pusingan;

4. Putaran dan pivot; dan

5. Lompatan dan layangan.

Page 2: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

195

elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dilakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

Rajah 8.1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk

melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

� Pergerakan melangkah (gerak edar);

� Ayunan dan pusingan;

� Putaran dan pivot;

� Alunan;

� Lompatan dan layangan;

� Imbangan;

� Lentikan; dan

� Gulingan.

Page 3: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 196

8.1.1 Pergerakan Melangkah (Gerak Edar)

Dalam pergerakan melangkah, terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dilakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga, bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah skip, Chasse, langkah Waltz dan langkah Grapevine. Sekarang, marilah kita bincangkan tentang pergerakan-pergerakan ini. (a) BBerjalan Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan

bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayun tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan ke hadapan. Tangan yang dihayun ke depan hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki ke hadapan. Berada dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.

Rajah 8.2: Gerakan melangkah berjalan

(b) BBerlari Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan, cuma

dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.

Page 4: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

197

Rajah 8.3: Gerakan melangkah berlari

(c) LLompat Ketinting Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Rajah 8.4: Gerakan melangkah lompat ketinting

Page 5: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 198

(d) LLompat Skip Lompat berturut-turut dengan kedua-dua belah kaki secara bergilir-gilir.

Rajah 8.5: Gerakan melangkah lompat skip

(e) CChasse Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga

langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyediakan diri untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu gimnas membuat persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan.

Terdapat dua gerakan Chasse seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.6

dan Rajah 8.7.

Rajah 8.6: Gerakan melangkah Chasse ke hadapan

Page 6: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

199

Rajah 8.7: Gerakan melangkah Chasse ke sisi

(f) LLangkah Waltz

Rajah 8.8: Gerakan melangkah langkah Waltz

Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh dimulakan dengan kaki kiri.

Page 7: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 200

(g) LLangkah Grapevine Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah

seperti berikut:

(i) Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.

(ii) Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri.

(iii) Hulur kaki kiri ke sisi.

(iv) Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.

Rajah 8.9: Gerakan melangkah langkah grapevine

Page 8: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

201

8.1.2 Ayunan dan Pusingan

Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan diaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti tangan, bahagian atas badan dan kaki.

Rajah 8.10: Gerakan ayunan dan pusingan

Page 9: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 202

8.1.3 Putaran dan Pivot

Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki, putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran. Contohnya separuh putaran (180�), putaran penuh (360�) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.

Rajah 8.11: Gerakan putaran penuh

Page 10: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

203

Rajah 8.12: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putaran

separuh Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya, kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan statik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (iaitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot). Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Sepanjang membuat putaran dan pivot, badan gimnas hendaklah berada dalam keadaan tegap dan dia perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat sewaktu melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot. Contoh putaran dan pivot adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.13.

Rajah 8.13: Gerakan pivot

Page 11: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 204

Alunan Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak susah. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyerupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempraktikkan alunan yang akan membantu perlakuan tersebut:

Page 12: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

205

Rajah 8.14: Gerakan teknik alunan

Page 13: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 206

8.1.4 Lompatan dan Layangan

Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang digunakan oleh gimnas.

Rajah 8.15: Gerakan jenis lompatan

Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan satu layangan semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

Page 14: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

207

Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan

Page 15: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 208

Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu dibengkokkan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku di lutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus ke bahagian kaki yang lain.

*c+""Dgvwn" *d+""Ucncj"

Rajah 8.17: Contoh gerakan pendaratan Semasa melakukan lompatan atau layangan, gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara.

Rajah 8.18: Aksi layangan gimnas seolah-olah gerakannya berhenti sementara di udara

Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

Page 16: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

209

Rajah 8.19: Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan

kaki dan tangan yang lurus Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan, bahu tidak perlu diangkat. Sekiranya bahu diangkat, posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok.

Rajah 8.20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan

lompatan

Page 17: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 210

� Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama

perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan.

� Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.

� Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.

� Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih.

� Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks.

� Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan.

� Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan dikenali juga dengan nama langkah-tutup-langkah.

� Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan.

� Ayunan dan pusingan diaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan.

� Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai.

� Selain daripada dua kaki, putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Nyatakan komponen yang terdapat dalam pergerakan melangkah.

2. Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot.

3. Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan betul.

Page 18: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA �

211

� Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama; ia boleh juga dilakukan dengan lompatan.

� Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot.

� Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan.

� Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara, contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri.

� Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyerupai gerakan ombak.

� Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki.

� Proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu dibengkokkan sedikit.

� Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

Alunan

Ayunan dan Pusingan

Bebola kaki

Berjalan

Berlari

Chasse

Gerakan ombak

Gulingan

Imbangan

Langkah Grapevine

Langkah skip

Langkah Waltz

Lentikan

Lompat ketingting

Lompatan dan layangan

Pergerakan melangkah

Putaran dan pivot

Page 19: Topik 8 Kemahiran Pergerakan Gimrama

� TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA 212

Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.

Champaign, IL: Human Kinetics.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL : Human Kinetics.

Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Sim, L. J. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.