kertas kerja cadangan jogathon

17
Kertas Kerja Cadangan Jogathon LARIAN JOGATHON SJKT MOUNT AUSTIN TAHUN 2015 1.0 TAJUK Larian Jogathon SJKT Mount Austin 2015 2.0 PENDAHULUAN Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid- murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SJKT Mount Austin akan mengadakan Larian Jogaton. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan hubungan sesama murid, guru dan warga sekolah. Semoga Larian Jogathon ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan di samping dapat mengeratkan hubungan bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama. . 3.0 OBJEKTIF 1) Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan PIBG 2) Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan.. 3) Membina semangat kerjasama di dalam kalangan murid dan guru. 4) Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.

Upload: mages

Post on 14-Sep-2015

272 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Cadangan JogathonLARIAN JOGATHON SJKT MOUNT AUSTINTAHUN 2015

1.0TAJUKLarian Jogathon SJKT Mount Austin 2015

2.0PENDAHULUANAntara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SJKT Mount Austin akan mengadakan Larian Jogaton. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan hubungan sesama murid, guru dan warga sekolah.Semoga Larian Jogathon ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan di samping dapat mengeratkan hubungan bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama..3.0OBJEKTIF1)Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan PIBG2)Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan..3)Membina semangat kerjasama di dalam kalangan murid dan guru.4)Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.5)Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.

4.0MATLAMAT1)Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.2)Mampu mengeratkan hubungan sesama warga sekolah.3)Mencari dan mengasah bakat bakat baru dalam sukan Jogathon untuk sekolah, daerah dan bahagian pada masa akan datang.

5.0PENGANJURUnit Kokurikulum SJKT Mount Austin.

6.0BUTIR BUTIR AKTIVITINAMA AKTIVITI : Larian Jogathon 2015TARIKH : 17 Julai 2015TEMPOH : 1 hariHARI : JumaatMASA: 7.30 Pagi 12.00 Tengah hariTEMPAT : SJKT Mount Austin

7.0SENARAI AHLI JAWATANKUASASila rujuk lampiran 1

8.0PESERTA AKTIVITIi.Murid murid SJKT Mount Austin (Larian Jogathon)

9.0LALUAN LARIAN JOGATHONSila rujuk lampiran 2

10.0DIF PERASMIAN1)Encik Muniandy ( YDP PIBG )2)Encik Vijayan Madhavannair ( Guru Besar )

11.0SYARAT SYARAT LARIAN JOGATHON Sila rujuk lampiran 3

12.0TENTATIF PROGRAMSila rujuk lampiran 4

13.0ANGGARAN PERBELANJAANSila rujuk lampiran 5

14.0KAD KUTIPAN DERMA JOGATHONi. Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar melalui pelajar.ii. Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.iii. Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau sebelum 2 Julai 2015.iv. Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00

15.0CABUTAN BERTUAHTiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak 5 hamper disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah.

16.0KATEGORI LARIAN JOGATHONSila rujuk lampiran 6

17.0HADIAH LARIAN JOGATHON Sila rujuk lampiran 7

18.0BORANG PENYERTAANSila rujuk lampiran 8

19.0HAL SURAT-MENYURATSila rujuk lampiran 9

20.0SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KERJASila rujuk lampiran 10

21.0PENUTUPPertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang penganjur. Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di samping menjadi pendorong kepada minat murid terhadap sukan.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

______________________ __________________( MAGES A/P PANJAMAN) ( PN.S.DEVANAI)SETIAUSAHA PENYELARAS PROGRAMLARIAN JOGATHON LARIAN JOGATHON SJKT MOUNT AUSTIN SJKT MOUNT AUSTIN

Disahkan Oleh,

_____________________( VIJAYAN A/L MADHAVANNAIR )PENGERUSILARIAN JOGATHON SJKT MOUNT AUSTIN

LAMPIRAN 1JAWATANKUASA INDUK LARIAN JOGATHON17 JULAI 2015SJKT MOUNT AUSTIN

PENGERUSI : EN. M.VIJAYAN (GURU BESAR)PENYELARAS : PN.S.DEVANAI (PENOLONG KANAN KK)SETIAUSAHA 1 : CIK. MAGES A/P PANJAMANSETIAUSAHA 2 : EN. BALASUPRAMANIAMBENDAHARI : CIK SUHANTHI EN. DIVAGARAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1.JAWATANKUASA PERSIAPAN & KEMUDAHAN DEWAN- Membuat persiapan Semua Guru

2.JAWATANKUASA BACAAN DOA- Membaca doa di sebelum majlis bermula Pn.K.Shamala

3.JAWATANKUASA KAWALAN & KESELAMATAN Menjaga keselamatan peserta di laluan larian

En.Saravanan En.Divagaran En.Balasupramaniam En.Jaiganesh En.Sivakumar En.Muniandy

4.JAWATANKUASA HADIAH- Membeli/menyediakan/menyampaikan hadiah Pn.M.Mariyaee (K) Pn.J.Letchumy Pn.S.Devanai

5.JAWATANKUASA TEKNIKAL- Menyedia/memasang/mengemas peralatan Pn.Renisha (K). Cik.M.Suhanthi

6.JAWATANKUASA KEBERSIHAN- Membersih/mengemas dewan Pn. Srimathy (K) Semua Guru & murid

7.JAWATANKUASA JAMUAN RINGAN- Memasak/menyediakan jamuan Pn. Mariyaee (K) AJK PIBG

8.PENGACARA MAJLIS- Mengacarakan majlis dari mula sehingga tamat acara Pn.S.Devanai Cik.P.Mages

9.JAWATANKUASA PENDAFTARAN & PENCATAT KEPUTUSAN- Mendaftar peserta / merekod keputusan di penamat Cik.P.Mages (K) Cik Suhanthi

10.JAWATANKUASA PELEPAS- Melepaskan peserta seperti yang telah dijadualkan En. M.Vijayan (GB) KATEGORI A (LELAKI) En. Muniandy (YDP) KATEGORI A (PEREMPUAN) En. Divagaran (PK1) KATEGORI B (LELAKI) En. Saravanan KATEGORI B (PEREMPUAN)

11.JAWATANKUASA PENAMAT-Menyediakan nombor keputusan / menentukan kedudukan peserta / menghantar pemenang kepada pencatat keputusan di garisan penamat. En. Balasupramaniam(K) En. Jaiganesh Pn.S.Devanai

12.JAWATANKUASA BUKU PROGRAM- Menyediakan buku program Cik P.Mages

13.JAWATANKUASA PUBLISITI- Menyediakan iklan jogathon / menyebarkan maklumat En. Saravanan (K) Semua Guru

14.JAWATANKUASA DOKUMENTASI-Mendokumentasikan semua perkara mengenai jogathon / mengambil gambar / membuat laporan En. Balasupramaniam Cik.P.Mages

15.JAWATANKUASA JEMPUTAN- Surat jemputan tetamu En. S.Divagaran Pn.J.Srimathy

16.JAWATANKUASA SENAMAN MEMANASKAN BADAN-Mengendalikan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti dimulakan (senamrobik) Pn.Renisha (K) Pn.K.Shamala

17.JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS- Memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang memerlukan Pn.S.Devanai (K) AJK PIBG

18.PENYELIA PESERTA- Menyediakan / menyusun peserta untuk larian mengikut kategori En. Balasupramaniam Cik P.Mages

19.JAWATANKUASA CHECK POINT- Menjaga / memberikan gelang getah kepada peserta sebagai tanda telah melepasi checkpoint tertentu Check Point 2 En. Divagaran (K) Check Point 3 En. Saravanan Check Point 4 Pn. Sivakumar Check Point 5 En. Jaiganesh

20.CADANGAN HADIAH SAGUHATI / UTAMAI. Larian Saguhati Tuala muka Pertama, Kedua, Ketiga Medal

II. Kutipan Tertinggi (cadangan hadiah) Jam tangan Basikal

23.KATEGORI ACARA LELAKI A & PEREMPUAN A TAHUN 5 & TAHUN 6 LELAKI B & PEREMPUAN B TAHUN 3 & TAHUN 4 LELAKI C & PEREMPUAN C TAHUN 1 & TAHUN 2

24.PERSIAPAN JOGATHON 12 JULAI 2015 (2.00 Petang)

LAMPIRAN 3

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN UMUMLARIAN JOGATHON SJKT MOUNT AUSTIN 2015

1. Jogathon ini terbuka kepadasemua murid-murid SJKT Mount Austin sesi 2015.2. Syarat dan peraturan Jogathon yang digunapakai adalahmengikut peraturan yang diguna pakai oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).3. Tempat pertandingan adalah di sekitar kawasan Taman Desa Tebrau .(sila rujuk peta laluan untuk maklumat lanjut.)4. Semua pesertamestilah sihattubuh badan dan tidak menjalani sebarang pembedahan 6 bulan sebelum, semasa dan selepas tempoh pertandingan diadakan5. Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.6. Semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang sesuai dan WAJIBmenggunakan kasut.7. Peserta diminta bersedia5 minit sebelum pertandinganmasing masing di tempat pertandingan.8. Pihak penganjurtidak akan bertanggungjawabatas sebarang kemalangan atau kecederaan kekal yang berlaku ke atas peserta namun pihak penganjur akan mengambil langkah keselamatan yang semaksimum yang mungkin.

*****Keputusan pengadil adalahmuktamaddan sebarang bantahan tidak akan dilayan

Lampiran 4TENTATIF PROGRAM

06.30 - Ketibaan urusetia dan peserta07.00 - Ketibaan tetamu jemputan - Taklimat pegawai (Cik.Mages) - Bacaan Doa (Pn.Shamala)07.15 - Senaman Pagi (Pn.Renisha)07.30 - Nyanyian Lagu Negaraku07.40 - Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Vijayan08.00 - Ucapan Perasmian Encik Muniandy (YDP PIBG)08.20 - Larian bermula - REHAT [ 10 MINIT ]11.30 - Penyampaian Hadiah12.00 - Jamuan Ringan13.00 - BERSURAI

Lampiran 5

ANGGARAN PERBELANJAANBILBARANG BARANG / INVENTORIKUANTITIHARGA SEUNITHARGA KESELURUHAN

1PINGAT :JOHANNAIB JOHANTEMPAT KETIGATEMPAT KE-4 & KE-5

HADIAH SAGUHATI :TUALA6666

20RM 5.00RM 5.00RM 5.00RM 5.00

RM 5.00

RM 30.00RM 30.00RM 30.00RM 30.00

RM 100.00

2CENDERAHATI

1RM 30.00RM 30.00

3MAKANAN DAN MINUMAN

200 ORANGRM 4.00RM 800.00

ANGGARAN KESELURUHANRM 1050.00