cadangan kertas kerja pmainan congkak pjm3112
TRANSCRIPT
AHLI
KUMPULAN
AZAIZUDDIN BIN ISMAIL ( 760112-11-5059 )
MOHD. ZAKI BIN HAMIDONENCIK RAZANI BIN
RASLAMIAH BINTI OTHMAN ( 670511-11-5188 ) MASLIZA BINTI MOHAMED ( 720428-03-5198 ) SHARIFAH SYED AJAR BIN SYED ENDUT
UNIT PGSR PRASEKOLAH AMBILAN NOV. 2009
TARIKH
SERAHAN
NOVEMBER 2012
UNTUK PERHATIAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI ,
IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN,
22200 BESUT, TERENGGANU.
( TUAN HAJI YA’COB BIN )
CADANGAN KERTAS KERJA
MENGADAKAN KARNIVAL
SUKAN PERMAINAN CONGKAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT TERENGGANU
TAHUN 2012
1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak pentadbir Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu untuk menganjurkan Karnival Sukan Permainan
Congkak di dalam kampus.
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memenuhi sillibus dalam subjek
PJM 3112 peringkat Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR Prasekolah Ambilan November 2009)
2.2 Di samping itu, program ini adalah bertujuan untuk memupuk perasaan
muhibah, perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
2.3 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyerlahkan bakat
terpendam dalam permainan tradisional.
2.4 Memberi ruang kepada guru pelatih untuk mengenali dan meluaskan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam permainan tradisional seperti
congkak.
2.5 Program ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan menyemai
perasaan cinta akan permainan tradisional yang semakin lupus dari
ingatan generasi muda masa kini.
3.0 CADANGAN
3.1 Tarikh : 28 November 2012
3.2 Jumlah Peserta : 22 orang ( 5/6 orang wakil setiap kumpulan )
3.3 Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
3.4 Tempat : Gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani
3.5 Pensyarah Terlibat : 4 orang ( termasuk Ketua Jabatan )
3.6 Dif Jemputan : Tuan Mohd. Hashim Deraman ( Pengarah IPGM
Kota Bharu )
3.7 Tentatif program ( seperti lampiran 2 )
4.0 PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
4.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA AMAUN
1 Peralatan
Papan congkak
Buah congkak
( mohon pinjaman daripada
setor jabatan Gerak Kerja
Kokurikulum Institut )
RM50.00 X 4
10 X 4
RM240
2 Kos hadiah dan saguhati
Hadiah peserta berupa
hamper
Cenderamata para
pensyarah berupa tuala
kecil bersulam
Johan = RM 25
Kedua = RM 20
Kedua = RM 15
Saguhati (4 buah
pasukan) =
RM 10 x 4
Cenderahati =
RM 10 x 4
RM 140
3 Makan minum
Guru pelatih
Dif jemputan ( Pengarah )
dan pensyarah ( 4 orang +
pengarah )
Guru pelatih =
RM 5 X 28
Dif dan pensyarah
= RM 5 (seorang)
RM 165
4 Tapak pertandingan
Mohon kebenaran
menggunakan gimnasium
institut.
- -
5 Publisiti
Kain rentang
Poster
Cat warna ( mohon dari
setor IPKB )
RM 10
RM 10
6 Kos pengangkutan
Pengangkutan pihak
pengurusan ditanggung
pihak pengurusan sendiri
secara sukarela
- -
JUMLAH RM 565
4.1 SUMBER PENDAPATAN
BIL PERKARA AMAUN
1 Yuran pendaftaran setiap
kumpulan
Penyertaan peserta
Yuran makanan setiap
kelas
RM5 (setiap
kimpulan )
= RM 10 x 4
RM 2 ( seorang )
= RM 2 x 28
(jumlah guru
pelatih PGSR
Prasekolah)
RM 96
2 Sumbangan pihak penganjur
- Kementerian Belia dan
Sukan Negeri
Terengganu.
RM 210
3 Sumbangan hadiah peserta
Al Ikhsan
RM 100 RM 100
4 Sumbangan cenderamata
pensyarah
Pasaraya Pantai Timur
RM 100 RM 100
5 Sumbangan pensyarah
(seiklhlas hati)
RM 60 RM 60
JUMLAH RM 566
5.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
5.1 Jawatankuasa Induk
Penaung : Tuan Pengarah
Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Ya’cob bin
Pengerusi : Azaizuddin bin Ismail
Naib Pengerusi : Mohd. Zaki Bin Hamidun
Setiausaha : Raslamiah binti Othman
Penasihat-penasihat
Setiausaha Agung : Encik Razani bin
Bendahari Agung : Masliza binti Mohamed
AJK Urusetia : Sharifah Ajar binti Syed Endut
: Siti Syafiqah binti Ismail
AJK Pengadil : Kang Yin Hui ( Ketua )
: Chew Sook Wei
: Kuhan a/l Thangarajah
: Mohd. Safwan bin Ishak
AJK makanan dan minuman : Nor Azwa binti Zainal Abidin ( Ketua )
: Zuhaila binti Rubani
: Siti Nur Anis binti Sukito
AJK Juri : Aliff bin Omar ( Ketua )
: Mohd. Hafiezu bin Zainal Abidin
AJK Sambutan : Anis Huda binti Amir Hamzah ( Ketua )
: Fatin Nadzurah binti Mohamad
: Mohd. Faiz bin Fini
AJK Teknik dan Pertandingan : Siti Aisyah binti Ismail ( Ketua )
: Noor Syahieda binti Mohamad
: Nor Farahin binti Hamdi
AJK Pendaftaran : Shahrulnor bin Sulaiman ( Ketua )
: Hamka bin Ilyas
: Khairul Fadhly bin Zulkiflie
AJK Pengurus Peserta : Fara Azira binti Md. Kassim ( Ketua )
: Aqilah Nadhirah binti Mazhanash
AJK Serantau dan Publisiti : Hafiz bin Chemiran ( Ketua )
: Goh En Hoe
: Murugadas a/l Kuhan
AJK Keselamatan : Muhammad Fitri bin Ramli ( Ketua )
: Iza Khairunnisa binti Kasmijan
: Noor Liyana binti Abdullah
AJK Hadiah dan Cenderamata : Fatin Azreen binti Ponajan ( Ketua )
: Izzati binti Jamaluddin
AJK Kewangan : Siti Hajar binti Kasim ( Ketua )
: Mohd. Luqman bin Ramli
6.0 Oleh itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Karnival Sukan Permainan PGSR
Prasekolah Semester 6 memohon agar pihak pihak pentadbir Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan untuk mempertimbangkan dan meluluskan
program Karnival Sukan Permainan Congkak Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan Tahun 2012.
LAMPIRAN 1
BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN
BIL NAMA PESERTA KUMPULAN NO. KAD
PENGENALAN
1
2
3
4
5
6
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM KARNIVAL
SUKAN PERMAINAN CONGKAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT TERENGGANU
TAHUN 2012
MASA PROGRAM CATATAN
8.00 pagi Para peserta berkumpul
di Gimnasium IPGM
Sultan Mizan.
Pastikan Ketua
Kumpulan mengambil
kehadiran semua guru
pelatih.
8.30 pagi Taklimat ringkas pihak
penganjur kepada para
peserta dan guru pelatih
lain.
Pastikan peserta
mendengar peraturan-
peraturan pertandingan
dengan jelas.
8.45 pagi Ketibaan dif jemputan
dan para pensyarah.
Pastikan dif jemputan
dan para pensyarah
mengambil tempat khas
yang disediakan.
9.00 pagi Ucapan alu-aluan
pengerusi majlis
9.15 pagi Doa oleh saudara
Azaizuddin bin Ismail
9.30 pagi Ucapan alu-aluan Ketua
Jabatan
9.45 pagi Ucapan Perasmian Dif
Jemputan : Tuan
Pengarah
10.00 pagi Pertandingan bermula Pastikan guru-guru
pelatih lain tidak
memasuki gelanggang
perlawanan.
12.00 pagi Ucapan penyampaian
hadiah kepada
pemenang dan
cenderamata pensyarah-
pensyarah.
12.30 pagi Jamuan makan dan
bersurai
LAMPIRAN 3
PERATURAN PERMAINAN CONGKAK
ANJURAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
CAWANGAN TERENGGANU
______________________________________________________________
1 KELAYAKAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih lelaki dan perempuan Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan program Pensiswazahan Guru
Sekolah Rendah.
2 YURAN PENYERTAAN
Yuran akan dikenakan ke atas setiap pasukan. Jumlah yuran adalah sebanyak
RM10 setiap pasukan, manakala RM 2 dikenakan ke atas setiap guru pelatih sebagai
yuran makan dan minum.
Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan dan diserahkan
sebelum tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Karnival.
Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.
3 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 5 orang peserta dan seorang
peserta simpanan.
Bagi setiap perlawanan, setiap apsukan dibenarkan menurunkan seramai 4 orang
pemain dan seorang pemain simpanan.
4 PENGADIL
Pihak penganjur akan menyediakan empat orang pengadil dan seorang ketua
pengadil dalam setiap perlawanan.
Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.
5 PERATURAN PERTANDINGAN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
( jika ada ) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung pihak lawan, maka permainan itu
mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada
pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan
penentuan.
6 SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.
Pusingan Awal
6.2.1.1 Setiap unit akan menurunkan empat orang pemain
sebagai satu pasukan di mana akan menentang
dengan pasukan lawan yang terdiri daripada empat
orang anggota juga. Pertandingan ini akan
dibahagikan kepada 2 buah kumpulan iaitu Kumpulan
A terdiri daripada 5 pasukan dan Kumpulan B terdiri
daripada enam pasukan.
6.2.1.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran
dalam kumpulan. Salah satu pasukan dalam
kumpulan A akan mendapat ‘bye’ pada pusingan
pertama apabila melalui undian nanti.
6.2.1.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya
dua pasukan dalam setiap kumpulan. Dua pasukan
dalam kumpulan tersebut akan ke peringkat separuh
akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan dalam
kumpulan.
6.2.1.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana – mana
kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja
yang mengambil bahagian dalam pasukan
berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan
lagi satu secara automatik dipindahkan ke dalam
kumpulan yang kurang.
.2.0 Pusingan Separuh Akhir
6.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan
ditempatkan dalam dua kumpulan iaitu kumpulan X
dan Y seperti berikut:
6.2.2.2
KUMPULAN X KUMPULAN Y
Johan Kumpulan A
Naib Johan Kumpulan B
Johan Kumpulan B
Naib Johan Kumpulan A
6.2.2.3 Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati
6.2.3 Pusingan Akhir
6.2.3.1 Pemenang kumpulan X akan melawan Pemenang
Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib
Johan.
6.2.4 Carta aliran pertandingan
Pasukan A ( bye )
Pasukan B
Pasukan C Johan A
Pasukan D
Pasukan E
Johan
Pasukan A ( bye )
Pasukan B
Pasukan C
Johan B
Pasukan D
Pasukan E
Pasukan F ( bye )
7 TEMPOH PERLAWANAN
7.1 Perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit dengan 7 minit untuk
setiap separuh masa ( 7 x 1 x 7 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.
7.2 Perlawanan separuh akhir dan akhir di peruntukan masa perlawanan
selama 10 minit pada setiap separuh masa ( 10 x 1 x 10 ) dan 1 minit
untuk pertukaran tempat.
8 BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya
5 minit selepas perlawanan tersebut tamat.
8.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang
disediakan oleh urusetia.
8.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
9 PAKAIAN PEMAIN
9.1 Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan.
9.2 Setiap pemain hendaklah memakai kain batik sebagai tema pakaian pada
hari itu.
10 KECEDERAAN
10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat
sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangsung.
11 PERINGATAN
11.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa
menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara
yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
11.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara
yang bertentangan dengan undang-undang semasa berlangsungnya
kejohanan.