kertas kerja 3 : cadangan bagi kertas kerja 3 : cadangan bagi pengwujudan dan pengisian jawatan...

14
KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA DISEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI MALAYSIA. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 TUJUAN Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar membuka ruang yang lebih luas kepada penjawat awam skim perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa khususnya bagi kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) terutamanya di gred J41 dengan mewujudkan dan membuat pengisian jawatan tersebut di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia selaras dengan pelaksanaan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan pada April 2007 bagi menambahbaik mutu sistem penyampain perkhidmatan Kerajaan dengan mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pusat Setempat (OSC) bagi urusan permohonan kelulusan pelan pembangunan. Melalui pelaksanaan Sistem Pusat Setempat, Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerjasama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBD) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menghantar pegawai-pegawai bagi membuat pengisian jawatan dari peringkat kumpulan sokongan, kumpulan pelaksana sehinggalah kumpulan pengurusan & profesional bagi Unit Pusat Setempat (OSC) yang ditubuhkan disemua PBT bermula April 2007 yang mana Ketua Unit OSC yang ditubuhkan disetiap PBT mestilah sekurang-kurangnya Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Gred J41 dan tertakluk kepada taraf PBT yang berkenaan. 1.2 LATAR BELAKANG BIDANG PERANCANGAN BANDAR DI PBT Peringkat pentadbiran Kerajaan yang paling bawah di Malaysia adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Ia meliputi Dewan / Majlis Bandaraya (City Council), Majlis Perbandaran (Municipal Council) atau Majlis Daerah (District Council). Selain itu terdapat juda PBT yang diwujudkan atas keperluan sesuatu kawasan perbandaran baru yang memerlukan satu PBT yang khusus bagi kawasan tersebut dan PBT ini dikenali sebagai Modified PBT contohnya Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang yang kini telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran.

Upload: lengoc

Post on 31-Jan-2018

970 views

Category:

Documents


45 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

KERTAS KERJA 3 :

CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI SKIM

PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

DISEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI MALAYSIA.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 TUJUAN

Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian

yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar membuka ruang yang lebih luas

kepada penjawat awam skim perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa

khususnya bagi kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) terutamanya di gred

J41 dengan mewujudkan dan membuat pengisian jawatan tersebut di semua

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia selaras dengan pelaksanaan

inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan pada April 2007 bagi

menambahbaik mutu sistem penyampain perkhidmatan Kerajaan dengan

mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pusat Setempat (OSC) bagi urusan

permohonan kelulusan pelan pembangunan.

Melalui pelaksanaan Sistem Pusat Setempat, Kerajaan melalui Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerjasama antara Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBD) dan Jabatan Kerajaan

Tempatan (JKT) telah menghantar pegawai-pegawai bagi membuat pengisian

jawatan dari peringkat kumpulan sokongan, kumpulan pelaksana sehinggalah

kumpulan pengurusan & profesional bagi Unit Pusat Setempat (OSC) yang

ditubuhkan disemua PBT bermula April 2007 yang mana Ketua Unit OSC yang

ditubuhkan disetiap PBT mestilah sekurang-kurangnya Pegawai Perancang

Bandar dan Desa, Gred J41 dan tertakluk kepada taraf PBT yang berkenaan.

1.2 LATAR BELAKANG BIDANG PERANCANGAN BANDAR DI PBT

Peringkat pentadbiran Kerajaan yang paling bawah di Malaysia adalah Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT).Ia meliputi Dewan / Majlis Bandaraya (City Council),

Majlis Perbandaran (Municipal Council) atau Majlis Daerah (District Council).

Selain itu terdapat juda PBT yang diwujudkan atas keperluan sesuatu kawasan

perbandaran baru yang memerlukan satu PBT yang khusus bagi kawasan

tersebut dan PBT ini dikenali sebagai Modified PBT contohnya Pihak Berkuasa

Tempatan Pasir Gudang yang kini telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran.

Page 2: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

Kewujudan dan kuasa yang dipegang oleh PBT telah diperjelaskan di dalam Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Antaranya, PBT diberi kuasa bagi

menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran, mengawal

pembangunan tanah dan membuat undang-undang kecil bagi melicinkan

perjalanan tugas PBT.Undang-uandang juga membenarkan PBT untuk

menjalankan kerja-kerja berkaitan perancangan dan pemajuan tanah.Dalam

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), PBT adalah Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi kawasannya dan dikehendaki

memulakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perancangan

Bandar atau memudahkan kerja-kerja perancangan dan pembangunan. Ini

bertujuan untuk antaranya:-

Mengawal, mengawal selia dan merancang pemajuan dan penggunaan

semua tanah dan bangunan dalam kawasannya,

Mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan,

penyelengaraan dan penyiaran perangkaan, bulletin dan monograf dan

penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan Bandar dan desa

dan perkaedahannya; dan

Menjalankan fungsi-fungsi lain yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri

(PBN) dari semasa ke semasa.

Instrumen yang digunakan untuk menjaga, mengawal, merancang

pembangunan serta penggunaan tanah ialah Rancangan Pemajuan yang

merangkumi Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan juga

Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan juga melalui Pelan Tindakan Kawasan

Khas yang ada disediakan dikalangan PBT. Bagi maksud tersebut, setiap PBT di

Malaysia khususnya di Semenanjung, bidang tugas perancangan dan

pembangunan Bandar ini biasanya akan diletakkan di bawah penyeliaan dan

pelaksanaan bahagian yang khusus untuk melaksanakan peranan dan fungsi

tersebut. Kebiasaannya bahagian ini dinamakan dengan panggilan seperti

Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan

Perancang dan Kawalan Pembangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan,

Jabatan Perancang dan Landskap dan pelbagai lagi nama mengikut kehendak

PBT-PBT yang berkenaan.

Bidang Perancangan Bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di

Malaysia bukanlah suatu cabang atau bidang yang baru. Malahan bidang ini

antara pelopor dalam pembentukan sesebuah PBT.Sejarah telah menjelaskan

PBT pertama yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada keperluan dan

kepentingan dalam penyusunan aktiviti penempatan atau perbandaran yang

pada masa itu dilihat adalah amat penting kerana ketiadaan perancangan

petempatan yang baik telah menimbulkan beberapa senario yang tidak

menyihatkan seperti penularan wabak penyakit, bencana kebakaran selain

daripada keadaan petempatan yang kotor dan tidak terurus.

Setakat Februari 2014, jumlah PBT yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak

150 buah PBT (rujuk Jadual 1 :Bilangan PBT Mengikut Negeri dan Taraf).

Daripada jumlah tersebut masih terdapat PBT yang tidak mempunyai Jabatan

atau Bahagian khas bagi menjalankan fungsi perancangan dan pembangunan

Bandar kecuali diletakkan dibawah Jabatan atau Bahagian yang lain dan yang

paling menyedihkan masih terdapat PBT yang tidak mempunyai Pegawai

Perancangan Bandar Dan Desa untuk mengetuai satu-satu Jabatan atau

Bahagian tersebut.

Page 3: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

Jadual 1 :Bilangan PBT Mengikut Negeri dan Taraf

Negeri Dewan / Majlis

Bandaraya

Majlis

Perbandaran

Majlis

Daerah Jumlah

01 - Johor 1 6 8 15

02 - Kedah 1 3 7 11

03 - Kelantan 0 1 11 12

04 - Melaka 1 3 0 4

05 - N.Sembilan 0 3 5 8

06 - Pahang 0 3 9 12

07 - P.Pinang 0 2 0 2

08 - Perak 1 4 10 15

09 - Perlis 0 1 0 1

10 - Selangor 2 6 4 12

11 - Terengganu 1 2 4 7

12 - Sabah 1 2 21 24

13 - Sarawak 3 3 20 26

14 - W.Persekutuan 1 0 0 1

Jumlah 12 39 99 150

Sumber :http://www.epbt.gov.my/osc/stat_PBT.cfm

Daripada pemerhatian dan analisa yang dilakukan ke atas beberapa PBT

berhubung penubuhan dan pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar dan

Desa khsusnya bagi mengetuai sesuatu Jabatan atau Bahagian Perancangan

Bandar di satu-satu PBT, kajian mendapati hampir 85% daripada 99 buah PBT di

taraf Majlis Daerah masih tidak mempunyai Pegawai Perancang Bandar dan

Desa dan kebanyakkan PBT di taraf Majlis Daerah ini, Jabatan atau Bahagian

yang melaksanakan fungsi perancangan ini diketuai oleh Penolong Pegawai

Perancang Bandar dan Desa Gred J29 sahaja (Rujuk Rajah 1: Carta Organisasi

Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus) . Bagi PBT ditaraf

Majlis Perbandaran pula, didapati sebanyak 15% daripada 39 buah PBT bertaraf

Majlis Perbandaran tidak mempunyai Pegawai Perancang Bandar dan Desa bagi

mengetuai sesuatu Jabatan atau Bahagian Perancangan di PBT yang berkenaan.

Malahan ada juga PBT yang mana bahagian ini diketuai oleh Jurutera Gred J41

(rujuk Rajah 2 : Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap, Majlis Perbandaran

Kuala Kangsar).

Keadaan ini menimbulkan satu senario yang kurang sihat dari sudut kredibiliti

dikalangan PBT khususnya dalam menjalankan fungsi perancangan dan

pembangunan memandangkan masih terdapat PBT-PBT yang belum

mempunyai pegawai pada taraf yang sepatutnya untuk mengetuai satu-satu

Jabatan / Bahagian Perancangan Bandar berbanding beban tugas dan fungsi

yang sama yang dilaksanakan oleh semua PBT termasuklah dalam menjalankan

tugas-tugas semasa yang semakin meluas seperti penglibatan dalam

pelaksanaan Program Bandar Selamat, LA21, MURNINet, GIS dan macam-

macam lagi fungsi baru yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Page 4: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

Rajah 1: Carta Organisasi Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber : http://www.mdkp.gov.my/

Rajah 2 :Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap, Majlis Perbandaran Kuala

Kangsar (MPKKPK)

Sumber :http://www.mpkkpk.gov.my/

Page 5: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

2.0 CADANGAN PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA DI SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI

MALAYSIA.

Perkembangan profesion Perancangan Bandar dan Desa perlu dinamik ekoran

daripada perubahan dan kehendak perkhidmatan semasa, skop tugas yang luas

dan kompleks dalam menangani perubahan-perubahan pantas dan drastik yang

berlaku dalam sistem perancangan dan pembangunan fizikal, social dan eknomi

negara dan juga pentadbiran awam secara umumnya. Di samping itu,

kepentingan perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa turut diambil kira

bagi memperkukuh serta memantapkan tadbir urus good urban governance dan

penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan Perancang Bandar dan

perancangan program pembangunan perkhidmatan Perancangan Bandar dan

Desa untuk mencapai dan memastikan keterlaksanaan Dasar Pembangunan

Negara melalui beberapa dasar dan pelan pembangunan yang dibentuk khas

bagi memastikan pencapaian Negara.Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu

bersetuju supaya diwujudkan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa

atau pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) disetiap PBT

bagi mengetuai satu-satu Jabatan atau Bahagian yang bertanggungjawab dalam

menjalankan fungsi dan peranan serta skop kerja perancangan bandar dan

kawal selia aktiviti pembangunan tanah.

Bagi maksud pengwujudan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di

setiap PBT khususnya bagi PBT-PBT ditaraf Majlis Daerah yang masih belum

mempunyai perjawatan tersebut adalah disyorkan untuk diwujudkan secara

automatik oleh PBT yang berkenaan melalui waran dan peruntukan pihak

berkuasa melantik dan bagi menyokong peruntukan PBT yang terhad, KPKT dan

Kerajaan Negeri disarankan agar bekerjasama dalam perkara tersebut.

Manakala bagi PBT-PBT yang telah sediada peruntukan jawatan tersebut tetapi

masih belum diisi disebabkan oleh faktor kekangan kewangan bagi tujuan

pembayaran gaji dan emolumen, juga disarankan peruntukan disalurkan oleh

pihak KPKT dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri dan pengisian boleh dibuat

secara automatik samada melalui perlantikan penjawat yang baru mahupun

melalui peruntukan peluang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi

penjawat-penjawat yang sedang berkhidmat dan tertakluk kepada syarat-syarat

lantikan yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan.

Cadangan pengwujudan dan pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar dan

Desa di setiap PBT ini juga dilihat sebagai satu keperluan yang telah tiba

masanya untuk dilaksanakan memandangkan peranan dan bidang serta skop

kerja perancangan yang semakin luas meliputi kerja-kerja bidang pentadbiran

yang kebiasaannya dipelopori oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (M41). Namun,

memandangkan bidang perancangan ini adalah satu seni yang begitu subjektif

dan disokong dengan keperluan kemahiran dan kepakaran teknikal pada tahap

yang tinggi maka wajar perjawatan ini dikaji keperluan untuk dinaiktaraf di

setiap PBT agar sekurang-kurang setiap Jabatan atau Bahagian Perancangan itu

diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41.

Page 6: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

3.0 FAEDAH DAN KESAN PELAKSANAAN CADANGAN

Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini, bermakna

setiap PBT di seluruh Malaysia berjumlah 150 PBT akan mempunyai sekurang-

kurangnya seorang Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41 dalam

memastikan perlaksanaan fungsi dan peranan bidang serta profesionalisma

perancangan bandar itu khususnya diperingkat PBT dapat dipertingkatkan dan

diperkukuhkan sejajar dengan arus permodenan dan pembangunan Negara

yang semakin pesat, drastik dan dinamik.

Apabila cadangan ini dilaksanakan secara tidak langusng Kerajaan akan

membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang layak bagi menjawat

jawatan tersebut melalui perlantikan baru mahupun secara KPSL dan

dianggarkan sejumlah 50 perjawatan untuk skim perkhidmatan Pegawai

Perancang Bandar dan Desa Gred J41 akan diwujudkan melalui pelaksanaan

cadangan ini. Keadaan ini akan banyak membantu didalam meningkatkan mutu

perkhidmatan dan penyampaian khususnya dari sudut perancangan dan

pembangunan kawasan PBT berkenaan ke satu tahap yang lebih professional

serta lebih diiktiraf.

Dengan wujudkan perjawatan diperingkat kumpulan P&P di Jabatan atau

Bahagian Perancangan disetiap PBT, sudah pasti setiap Jabatan dan Bahagian

Perancangan PBT tersebut akan mempunyai seorang ketua yang mempunyai

latarbelakang perancangan bandar yang lebih profesionalisma dengan adanya

kelayakan penjawat terbabit untuk memiliki pengiktirafan profesionalisma

melalui pertubuhan dan persatuan seperti Malaysian Institute of Planner (MIP)

dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) yang mana syarat umum

keahliannya mestilah mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan

Bandar yang diiktiraf.

4.0 PENUTUP

Sejak Merdeka, peranan PBT telah melalui berbagai proses transformasi di

dalam arus pembangunan negara yang pesat. Bermula sebagai sebuah institusi

yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan undang-undang, menjaga

ketenteraman awam serta sebagai pemungut cukai utama Kerajaan,

peranannya telah berkembang menjadi agensi penyelarasan pembangunan yang

dinamik dan seterusnya bertindak sebagai penggerak, perancang utama serta

pelaksana kemajuan ekonomi dan pembangunan di peringkat tempatan dan

daerah.Era 90’an telah memperlihatkan negara ini beralih ke arah

pembangunan perindustrian, teknologi tinggi dan perbandaran yang pesat. Ini

mengakibatkan fungsi dan peranan PBT juga telah berubah dan bertambah dari

semasa ke semasa. Kepesatan pembangunan melalui proses urbanisasi dan

industrialisasi telah mewujudkan bandar-bandar baru dan perubahan profail dan

struktur bandar sedia ada yang memerlukan perubahan struktur pentadbiran

PBT yang merancang dan mentadbir kawasan-kawasan tersebut dan bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan tersebut maka wajarlah juga personelnya

juga dipertingkatkan.

Page 7: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

5.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1:-

Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai

Perancang Bandar dan Desa

Gred J41

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Jadual Gaji:

G A J I M I N I M U M G A J I M A K S I M U M

K A D A R K E N A I K A N G A J I T A H U N A N

RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00

Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancang bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,774.842 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,567.28 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; dan

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

SUMBER :http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1113

Page 8: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

LAMPIRAN 2:-

Senarai PBT di Malaysia

PBT di Negeri

[ Semua | Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | N.Sembilan | Pahang | P.Pinang | Perak | Perlis | Selangor | Terengganu | Sabah | Sarawak | W.Persekutuan ] [ Kembali ke Statistik ]

Nama PBT Alamat Lengkap Cadangan Kod

MySMS

1) Johor Darul Takzim

1) Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jalan Dato' Onn Peti Surat 232 80720 JOHOR BAHRU

MBJB

2) Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Skudai 81300 JOHOR BAHRU

MPJBT

3) Majlis Perbandaran Batu Pahat

Jalan Pejabat 83000 BATU PAHAT

MPBP

4) Majlis Perbandaran Kluang

Jalan Pejabat Kerajaan Kluang 86000 Kluang

MPKLUANG

5) Majlis Perbandaran Kulai Jalan Pejabat Kerajaan 81000 KULAI

MPKULAI

6) Majlis Perbandaran Muar Karung Berkunci No. 516 84009 MUAR

MPMUAR

7) Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar 81700 PASIR GUDANG

MPPG

8) Majlis Daerah Kota Tinggi Jalan Padang 81900 KOTA TINGGI

MDKT

9) Majlis Daerah Labis 85300 LABIS MDLABIS

10) Majlis Daerah Mersing No. 243 Jalan Ibrahim 86800 MERSING

MDMERSING

11) Majlis Daerah Pontian Bangunan Majlis Daerah 82000 PONTIAN

MDPONTIAN

12) Majlis Daerah Segamat No.1, Jalan Abdullah 85000 SEGAMAT

MDSEGAMAT

13) Majlis Daerah Simpang Renggam

Jalan Pejabat 86200 SIMPANG RENGGAM

MDSR

14) Majlis Daerah Tangkak Pejabat Besar, Majlis Daerah Muar Utara 84907 TANGKAK

MDTANGKAK

15) Majlis Daerah Yong Peng KM 1, Jalan Labis 83700 YONG PENG

MDYP

2) Kedah Darul Aman

1) Majlis Bandaraya Alor Setar

Jalan Kolam Air 05675 ALOR SETAR

MBAS

2) Majlis Perbandaran Kulim No, 104-121, Lorong Kenari 5/1 Kota Kenari 09000 KULIM

MPKK

3) Majlis Perbandaran Sungai Petani

08000 SUNGAI PETANI MPSPK

Page 9: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

4) Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Bandaraya Pelancongan 07000 LANGKAWI

MPLBP

5) Majlis Daerah Baling 09100 BALING MDBALING

6) Majlis Daerah Bandar Baharu

09800 SERDANG MDBB

7) Majlis Daerah Kubang Pasu

Komplek Pentadbiran Daerah 06000 JITRA

MDKPASU

8) Majlis Daerah Padang Terap

06300 KUALA NERANG MDPTERAP

9) Majlis Daerah Pendang Aras 3 Wisma Sri Pendang 06700 PENDANG

MDPENDANG

10) Majlis Daerah Sik 08200 SIK MDSIK

11) Majlis Daerah Yan 06900 YAN MDY

3) Kelantan Darul Naim

1) Majlis Perbandaran Kota Bharu

Jalan Hospital 15000 KOTA BHARU

MPKB

2) Majlis Daerah Bachok 16300 BACHOK MDBACHOK

3) Majlis Daerah Gua Musang

18300 GUA MUSANG MDGM

4) Majlis Daerah Ketereh Kota Bharu 16450 KETEREH

MDKETEREH

5) Majlis Daerah Dabong 18200 DABONG MDDABONG

6) Majlis Daerah Kuala Krai JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra 18000 KUALA KRAI

MDKK

7) Majlis Daerah Machang Pejabat Majlis Daerah Machang Tingkat 1&2, Bangunan Aked MDM Jalan Dato' Hashim 18500 MACHANG

MDMACHANG

8) Majlis Daerah Pasir Mas Jalan Pejabat 17000 PASIR MAS

MDPM

9) Majlis Daerah Pasir Puteh 16800 PASIR PUTEH MDPP

10) Majlis Daerah Tanah Merah

17500 TANAH MERAH MDTMERAH

11) Majlis Daerah Tumpat Jalan Dato' Keramat 16200 TUMPAT

MDTUMPAT

12) Majlis Daerah Jeli 17600 JELI MDJELI

4) Melaka Bersejarah

1) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Bangunan Graha Makmur No, 1 Lebuh Ayer Keroh 75450 MELAKA

MBMB

2) Majlis Perbandaran Alor Gajah

Jalan Dato' Dol Said 78000 ALOR GAJAH

MPAG

3) Majlis Perbandaran Jasin 77000 JASIN MPJ

4) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Lot 51 & 52, Tingkat 1 Kompleks Melaka Mall 75450 Ayer Keroh

MPHTJ

Page 10: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

5) Negeri Sembilan Darul Khusus

1) Majlis Perbandaran Seremban

Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan 70990 Seremban

MPSNS

2) Majlis Perbandaran Nilai Peti Surat 52 71800 NILAI

MPN

3) Majlis Perbandaran Port Dickson

KM 1, Jalan Pantai 71900 PORT DICKSON

MPPD

4) Majlis Daerah Jelebu Pejabat Majlis Daerah Jelebu Jelebu 71600 KUALA KELAWANG

MDJELEBU

5) Majlis Daerah Jempol 72120 BANDAR SERI JEMPOL MDJL

6) Majlis Daerah Kuala Pilah Jalan Perpateh 72009 KUALA PILAH

MDKP

7) Majlis Daerah Rembau Dewan Merdeka, Jalan Dato' Maharaja Lela 71309 Rembau

MDR

8) Majlis Daerah Tampin 73000 TAMPIN MDTAMPIN

6) Pahang Darul Makmur

1) Majlis Perbandaran Kuantan

Jalan Tanah Putih 25100 KUANTAN

MPK

2) Majlis Perbandaran Temerloh

28000 TEMERLOH MPT

3) Majlis Perbandaran Bentong

Jalan Ketari 28700 BENTONG

MPBENTONG

4) Majlis Daerah Cameron Highlands

39700 TANAH RATA MDCH

5) Majlis Daerah Jerantut 27000 JERANTUT MDJERANTUT

6) Majlis Daerah Lipis Aras4, Bangunan Lipis Centerpoint 27200 KUALA LIPIS

MDLIPIS

7) Majlis Daerah Maran 26500 MARAN MDMARAN

8) Majlis Daerah Pekan 26600 PEKAN BANDAR DIRAJA MDPEKAN

9) Majlis Daerah Raub 26700 RAUB MDRAUB

10) Majlis Daerah Rompin Pejabat MD Rompin 26800 KUALA ROMPIN

MDROMPIN

11) Majlis Daerah Bera Pejabat Majlis Daerah Bera 28200 BANDAR BERA

MDBERA

7) Pulau Pinang

1) Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Paras 17, Menara Komtar Jalan Penang 10675 Pulau Pinang

MPPP

2) Majlis Perbandaran Seberang Perai

Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam

MPSP

8) Perak Darul Ridzuan

1) Majlis Bandaraya Ipoh Peti Surat 1009 30820 IPOH

MBI

Page 11: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

2) Majlis Perbandaran Manjung

Pejabat Majlis Perbandaran Manjung Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung 32040 SERI MANJUNG

MPM

3) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Jalan Raja Chulan 33000 KUALA KANGSAR

MPKKPK

4) Majlis Perbandaran Taiping

Wisma Perbandaran, Jalan Taming Sari 34000 TAIPING

MPTAIPING

5) Majlis Perbandaran Teluk Intan

36000 Teluk Intan MPTI

6) Majlis Daerah Kampar Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 KAMPAR

MDKAMPAR

7) Majlis Daerah Gerik Jalan Haji Meor Yahaya Perak Darul Ridzwan 33300 GERIK

GERIK

8) Majlis Daerah Kerian No.1 Wisma MDK,Jalan Padang Perak Darul Ridzwan 34200 PARIT BUNTAR

MDKERIAN

9) Majlis Daerah Batu Gajah 31007 BATU GAJAH MDBG

10) Majlis Daerah Lenggong Jalan Alang Iskandar 33400 LENGGONG

MDLG

11) Majlis Daerah Pengkalan Hulu

33100 PENGKALAN HULU MDPH

12) Majlis Daerah Perak Tengah

Aras Bawah, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah 32600 SRI ISKANDAR

MDPT

13) Majlis Daerah Selama 34100 SELAMA MDSELAMA

14) Majlis Daerah Tanjong Malim

35900 TANJUNG MALIM MDTM

15) Majlis Daerah Tapah 35000 TAPAH MDTAPAH

9) Perlis Indera Kayangan

1) Majlis Perbandaran Kangar

No.192 , Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar

MPKANGAR

10) Selangor Darul Ehsan

1) Majlis Bandaraya Shah Alam

Tingkat 1, Wisma MBSA Persiaran Perbandaran 40706 SHAH ALAM

MBSA

2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Jalan Yong Shook Lin 46675 PETALING JAYA

MBPJ

3) Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Menara MPAJ, Persiaran MPAJ Jalan Pandan Utama, Pandan Indah 55100 KUALA LUMPUR

MPAJ

4) Majlis Perbandaran Kajang

Jalan Semenyih 43000 KAJANG

MPKJ

5) Majlis Perbandaran Klang Jalan Perbandaran 41675 KLANG

MPKLANG

6) Majlis Perbandaran Selayang

Persiaran 3, Bandar Baru Selayang KM 15, Jalan Ipoh 68100 BATU CAVES

MPS

7) Majlis Perbandaran Subang Jaya

Persiaran Perpaduan, USJ 5 47610 SUBANG JAYA

MPSJ

Page 12: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

8) Majlis Perbandaran Sepang

Persiaran Semarak Api 43900 CYBERJAYA

MPSEPANG

9) Majlis Daerah Hulu Selangor

Jalan Bukit Kerajaan 44000 KUALA KUBU BHARU

MDHS

10) Majlis Daerah Kuala Langat

Persiaran Majlis, Off Jalan Morib 42700 BANTING

MDKL

11) Majlis Daerah Kuala Selangor

45000 KUALA SELANGOR MDKS

12) Majlis Daerah Sabak Bernam

45300 SUNGAI BESAR MDSB

11) Terengganu Darul Iman

1) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Tingkat 8, Menara Permint Jalan Sultan Ismail 20200 KUALA TERENGGANU

MBKT

2) Majlis Perbandaran Kemaman

24000 KEMAMAN MPKEMAMAN

3) Majlis Perbandaran Dungun

23000 DUNGUN MPDUNGUN

4) Majlis Daerah Besut 22200 BESUT MDBESUT

5) Majlis Daerah Hulu Terengganu

21700 HULU TERENGGANU MDHT

6) Majlis Daerah Marang 21600 MARANG MDMARANG

7) Majlis Daerah Setiu 22100 SETIU MDSETIU

12) Sabah

1) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

No.1 Jalan Bandaran 88675 KOTA KINABALU

DBKK

2) Majlis Perbandaran Sandakan

Peti Surat 221 90702 SANDAKAN

MPSNDKN

3) Majlis Perbandaran Tawau

Peti Surat 412 91007 TAWAU

MPTAWAU

4) Majlis Daerah Beaufort Peti Surat Bil.181 89808 BEAUFORT

MDBEAUFORT

5) Majlis Daerah Beluran Peti Surat 20 90107 BELURAN

MDBELURAN

6) Majlis Daerah Keningau Peti Surat 181 89008 KENINGAU

MDKENINGAU

7) Majlis Daerah Kinabatangan

W.D.T No.8 90200 KINABATANGAN

MDKBTGN

8) Majlis Daerah Kota Belud Peti Surat No.8 89157 KOTA BELUD

MDKB

9) Majlis Daerah Kota Marudu

Peti Surat 129 89100 KOTA MARUDU

MDKM

10) Majlis Daerah Kuala Penyu

Peti Surat No.120 89740 KUALA PENYU

MDKPENYU

11) Majlis Daerah Kunak Peti Surat Bil 15 91207 KUNAK

MDKUNAK

12) Majlis Daerah Lahad Datu Peti Surat 60249 91112 LAHAD DATU

MDLD

13) Majlis Daerah Nabawan Peti Surat No.27 89957 NABAWAN PENSIANGAN

MDN

Page 13: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

14) Majlis Daerah Papar Peti Surat 177 89608 PAPAR

MDPAPAR

15) Majlis Daerah Penampang Peti Surat 80 89507 PENAMPANG

MDPPG

16) Majlis Daerah Ranau Peti Surat No.57 89308 RANAU

MDRANAU

17) Majlis Daerah Semporna Peti Surat Bil. 134 91308 SEMPORNA

MDS

18) Majlis Daerah Sipitang Peti Surat 28 89857 SIPITANG

MDS

19) Majlis Daerah Tambunan P.O. Box 31 89650 TAMBUNAN

MDTAMBUNAN

20) Majlis Daerah Tenom Peti Surat 114 89907 TENOM

MDTENOM

21) Majlis Daerah Tuaran Peti Surat Bil. 580 89208 TUARAN

MDTUARAN

22) Lembaga Bandaran Kudat Peti Surat No.201 89058 KUDAT

LBK

23) Majlis Daerah Pitas Peti Pos No. 47 Pos Mini Pitas 89100 PITAS

MDPITAS

24) Majlis Daerah Putatan Dewan Mini, Pejabat Daerah Putatan 88200 PUTATAN

MDPUTATAN

13) Sarawak

1) Dewan Bandaraya Kuching Utara

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya 93050 KUCHING

DBKU

2) Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Jalan Padungan 93675 KUCHING

MBKS

3) Majlis Bandaraya Miri Jalan Raja 98000 MIRI

MBM

4) Majlis Perbandaran Padawan

Kota Padawan,Batu 10 Jalan Penrissen 93250 KUCHING

MPP

5) Majlis Perbandaran Sibu Tingkat 19-24, Wisma Sanyan No 1 Jalan Sukan Peti Surat 557 96007 SIBU

SMC

6) Lembaga Kemajuan Bintulu Wisma Bintulu

No. 1, Jalan Tanjung Kidurong Peti Surat 55 97007 BINTULU

BDA

7) Majlis Daerah Bau Jalan Ong Guan Cheng 94000 BAU KUCHING

BAUDC

8) Majlis Daerah Betong Bangunan Kubu Rentap 95700 BETONG

MDBETONG

9) Majlis Daerah Dalat & Mukah

Jalan Kubu, Peti Surat 68 96400 MUKAH

MDDM

10) Majlis Daerah Kanowit Jalan Kubu Jalan Kubu, Peti Surat 1, 96707 KANOWIT

MDKANOWIT

11) Majlis Daerah Kapit Peti Surat 57 96800 KAPIT

MDKAPIT

12) Majlis Daerah Lawas Jalan Hospital Peti Surat 80 98857 LAWAS

MDLAWAS

Page 14: KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI KERTAS KERJA 3 : CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI  · 2014-3-15

13) Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

Jalan Bujang Suntong Peti Surat 1318 96008 SIBU

MDLBS

14) Majlis Daerah Lubok Antu Engkili 95800 ENGKILILI, BAHAGIAN SRI AMAN

MDLA

15) Majlis Daerah Maradong & Julau

Peti Surat 4, Jalan Mahkamah 96507 BINTANGOR

MDMJ

16) Majlis Daerah Lundu 94500 LUNDU

MDLUNDU

17) Majlis Daerah Marudi Peti Surat 374 Marudi 98058 BARAM

MDM

18) Majlis Daerah Matu & Daro

96250 MATU MDMD

19) Majlis Daerah Samarahan

94300 KOTA SAMARAHAN MDS

20) Majlis Daerah Saratok Jln Datuk Abang Abu Talib Peti Surat No 73 95400 SARATOK

MDS

21) Majlis Daerah Sarikei Jalan Nyelong Peti Surat 420 96100 SARIKEI

MDS

22) Majlis Daerah Serian No. 1 JLn Bunga Tanjung 94700 SERIAN

MDS

23) Majlis Daerah Simunjan LOT 805 New Service Centre GUNUNG NGELI 94800 SIMUNJAN

MDS

24) Majlis Daerah Sri Aman Peti Surat 78 95700 SRI AMAN

MDSA

25) Majlis Daerah Subis 98150 BEKENU

MDS

26) Majlis Daerah Limbang Peti Surat 390 98708 LIMBANG

MDLIMBANG

14) Wilayah Persekutuan

1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bangunan Ibu Pejabat DBKL Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur

DBKL

Jumlah PBT : 150

Sumber :http://www.epbt.gov.my/osc/PBT2_index.cfm?Neg=00&Taraf=0&S=2