kertas kerja cadangan membina dan mengubahsuai kelas

10
PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) NEGERI TERENGGANU

Upload: nor-asmah

Post on 29-Dec-2015

528 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF

KELAS PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS (PPKI)

NEGERI TERENGGANU

PPKI 1

Page 2: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

SENARAI RINGKASAN PROJEK NAIK TARAF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) NEGERI TERENGGANU

Bil Kod Sekolah

Nama Projek Skop Projek Warna Kos Bangunan Kos Perabot

dan Peralatan Jumlah Kos Justifikasi Projek Klasifikasi

1 TBA 1001 SK KUALA DUNGUN

BANGUNAN TAMBAHAN RM 150 000 RM 20 000 RM 170 000

Keprihatinan kementerian,suasana PdP yang kondusif & kepercayaan ibubapa

 

 

JUMLAH RM 150 000 RM 20 000 RM 170 000

TANDATANGAN / COP PENGARAH PELAJARAN NEGERI

Page 3: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

SK KUALA DUNGUN

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Nama Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun adalah berasaskan kepada kedudukan sekolah di Kampung Baru Kuala Dungun yang terdiri daripada masyarakat Melayu. Nama Kuala Dungun dipilih kerana 90% murid-murid terdiri daripada anak nelayan yang tinggal di sepanjang sungai Kuala Dungun.

Sesi persekolahan pertama pada 3 April 1948 dengan nama sekolah Sekolah Melayu Perempuan Dungun. Sebuah bangunan kayu telah dibina pada tahun 1951 dan merupakan sebuah sekolah yang tercantik pada masa itu. Pembukaan rasmi telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 5 September 1951. Bangunan tambahan enam bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1963. Keramaian murid ketika itu ialah 1004 orang dengan 24 aliran dan 33 orang guru. Dengan ini, sekolah telah menerima taraf sekolah “Jenis Besar” dan terbesar di negeri Terengganu ketika itu.

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kuala Dungun telah dibuka pada tahun 2009 dengan menggunakan bangunan sedia ada yang dahulunya merupakan bilik pengawas dan telah diubahsuai menjadi bilik Pendidikan Khas. 2 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid telah ditempatkan pada awal penubuhan program ini dengan keramaian murid adalah seramai 8 orang. Bilangan ini terus bertambah dari semasa ke semasa. Pada tahun 2012, bilangan murid adalah seramai 30 orang yang dipecahkan kepada 3 kelas dengan tenaga pengajar seramai 5 orang guru pendidikan khas, seorang guru GTPI dan seorang guru praktikal j-Qaf serta dibantu oleh 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.

Pertambahan murid terus berlaku pada tahun ini sehingga mencecah 44 orang murid menyebabkan keadaan kelas sesak dan tidak mampu menampung keramaian murid walaupun pihak pengurusan sekolah yang mengambil tindakan membenarkan kami menggunakan Bilik Matematik bersebelahan dengan Kelas PPKIBP.

Page 4: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun

Kod Sekolah : TBA 1001

Daerah : Dungun

Status : Sekolah Kerajaan

Bil. Guru PPKI : 5 orang (5 Perempuan)

Bil. Staf Sokongan : 3 orang (PPM)

Bil. Enrolman Murid PPKI : 44 orang ( 38 Lelaki / 6 Perempuan )

Bilik Darjah Sedia ada : 4 kelas

Sesi : 1 sesi

Kawasan : Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut :

2.1 Membolehkan pelajar belajar dalam suasana kondusif.

2.2 2 bilik darjah sedia ada terlalu sempit.

2.3 Penempatan pelajar tidak dapat dilaksanakan mengikut kehendak ibubapa dan kuota 6.5 murid di dalam satu kelas. Penempatan murid di dalam kelas sekarang adalah seramai 12 orang dan lebih.

2.4 Berlaku keciciran murid dalam P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) kerana murid terlalu ramai.

Page 5: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berikut :

3.1 Mengubahsuai dan membina bangunan tambahan untuk bilik darjah sejajar dengan pertambahan murid yang mendadak. Kelas PPKIBP mengalami pertambahan murid seramai 14 orang dalam tempoh 2 bulan bermula Januari – Februari 2013 menjadikan keseluruhan murid seramai 44 orang. Anggaran kos pengubahsuaian dan pembinaan bangunan tambahan RM 150,000.00.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut.

4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar Pendidikan Khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif.

4.2 Guru dapat memberi tumpuan kepada pelajar semasa proses P&P dijalankan.

4.3 Memudahkan guru dan PPM menguruskan pelajar yang mempunyai masalah tingkahlaku yang pelbagai.

4.4 Dapat menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah dan bilik darjah yang sempit.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk :

5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan berkeperluan khas.

5.2 Untuk menampung bilangan pelajar Pendidikan Khas yang semakin bertambah.

5.3 Meningkatkan kualiti P&P agar murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif.

Page 6: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

5.4 Meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibubapa terhadap program Pendidikan Khas.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 Matlamat Kementerian Pelajaran untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif tidak tercapai kerana kekurangan bilik darjah dan keadaan bilik darjah yang sedia ada terlalu sempit.

6.2 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibubapa / penjaga untuk menghantar anak mereka memasuki program Pendidikan Khas kerana bilangan murid yang ramai dalam satu kelas.

6.3 Objektif P&P tidak tercapai kerana bilangan murid yang ramai dalam satu kelas.

Page 7: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

7. LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Bilangan murid seramai 13 orang dalam satu kelas.

Page 8: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

Terpaksa menempatkan dua buah kelas dalam satu bilik darjah

Terpaksa menggunakan ruang laluan ke dapur dan tandas untuk menampung keramaian murid.

Page 9: Kertas Kerja Cadangan Membina Dan Mengubahsuai Kelas

Kelas sedia ada terlalu sempit untuk menampung bilangan murid seramai 7 orang dalam satu kelas.