kertas kerja cadangan pembesaran surau sekolah menengah kebangsaan agama.docx

5

Upload: laileyali

Post on 17-Jan-2016

766 views

Category:

Documents


65 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA.docx
Page 2: KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA.docx

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU AL-ISTIQAMAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR,PERLISDisediakan oleh :

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru

1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai usaha untuk membesarkan la Surau Istiqamah Sekolah Men.Kebangsaan Agama (P) Kangar,Perlis.

Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini dan seterusnya sokongan daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan dana untuk mencapai tujuan tersebut.

2. LATARBELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid/surau memainkan peranan penting sebagai pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam secara menyeluruh. Baginda Rasulullah sendiri telah meyakinkan kita bahawa surau/masjid adalah institusi yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam apabila mengambil langkah mendirikan Masjid Quba di awal hijrah Baginda.

Objektif pembinaan Surau Al-Istiqamah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar,Perlis adalah untuk kemudahan pelajar-pelajar sekolah ini samada solat fardhu atau aktiviti dakwah sekolah.Apabila tertegaknya surau ini,adalah diharapkan akan memudahkan aktiviti dakwah berjalan lancar di mana sebelum ini warga sekolah bergantung kepada Dewan Az Zahra’ yang menjadi dewan serba guna.

Surau sedia ada hanya dapat memuatkan seramai 150 orang pelajar bagi satu masa.Dengan keperluan semasa diharapkan surau yang bakal diperbesarkan ini tidak semata-mata tertumpu untuk kegiatan ibadat khusus seperti untuk bersolat berjemaah semata-mata,tetapi dapat menjadi tempat usrah dan aktiviti dakwah lain berlangsung. Surau Al-Istiqamah perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan menjadi nadi yang mencorak kehidupan harian warga SMKAP.

3. SURAU SMKAP

Surau Al-Istiqamah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar,Perlis adalah surau yang terletak dalam kawasan sekolah dan digunakan juga untuk aktiviti asrama.Surau ini berukuran 50'x30' dan boleh mengisi sekitar 150 orang jemaah.

Selain menjadi tempat solat berjemaah; majlis-majlis ilmu kuliah, pembelajaran al-Quran, qiamullail, juga diadakan di sini.

Page 3: KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA.docx

4. CADANGAN PEMBESARAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR,PERLIS

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembesaran surau ini adalah di atas dua tujuan utama iaitu:a) Untuk membolehkan lebih ramai jemaah dapat bersembahyang terutamanya solat Zohor harian dan di bulan Ramadhan.

b) Menjadi tempat perlaksanaan aktiviti dakwah dan keagamaan sekolah dan asrama. Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan agar pelajar dapat menimba ilmu agama dengan lebih teratur.

Setelah siap kelak bangunan baru ini akan mempunyai surau yang lebih kondusif lengkap dengan tempat wudhu' .

Surau yang lebih besar ini akan dapat memuatkan lebih 500 orang jemaah pada satu masa.

Mengikut perancangan,pembesaran akan menjadikan surau sedia ada kepada 91’ x 40’.

6. ANGGARAN KOS DAN JANGKAMASA PEMBINAAN

Adalah dianggarkan pembesaran ini akan menelan belanja RM 120 ribu. Jumlah ini adalah termasuk bayaran khidmat juruperunding (arkitek, jurutera dsbnya), kos membina kubah surau dan juga kos pentadbiran.

Jangkamasa pembinaan adalah dianggarkan selama 6 hingga 8 bulan. Dengan memperuntukkan masa 12 bulan untuk menyediakan modal kewangan yang mencukupi untuk kos pembinaan.

Surau ini dijangka akan dapat digunakan pada awal tahun 2013 .

7. RUMUSAN

Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama pembesaran surau SMKAP adalah untuk meluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai nadi kehidupan harian masyarakat Islam di sini.

Dengan pembesaran bangunan ini, adalah menjadi harapan warga sekolah ini, agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat, Insya Allah.

Yang DiPertua PIBG

………………………………….Haji Mohamad Sokri bin Husin

Page 4: KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA.docx

PELANCARAN SKIM WAKAF BAGI PEMBESARANSURAU AL-ISTIQAMAH SMKAP

HANYA RM 20.00 sekaki persegiMaklumat Pembangunan:

1 Pembesaran ruang solat dan tempat mengambil wudhuk/tandas. 2 Pembinaan kubah surau.3 Dijangka siap pembesaran pada awal 2013.

MAKLUMAT SKIM WAKAF YANG DILANCARKANSyukur Alhamdulillah dengan izin Allah, pembesaran tambahan surau akan dijalankan dan dijangka akan siap pada awal tahun 2013. Projek ini meliputi pembesaran ruang solat , tempat mengambil wudhuk/tandas, pembinaan kubah surau serta perkara berkaitan.

Memandangkan projek ini masih kekurangan dana, maka pihak PIBG memutuskan untuk mengadakan skim wakaf terutamanya kepada warga sekolah dan ahli keluarga yang ingin mengambil peluang pelaburan akhirat dengan mewakafkan bagi diri sendiri, anak-anak, ibu bapa dan juga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Pihak pengurusan sekolah dan PIBG amat mengalu-alukan warga sekolah dan ahli PIBG untuk sama-sama menyertai dalam skim wakaf ini kerana rumah Allah yang dibina ini adalah untuk kegunaan kita khususnya solat berjemaah dan untuk dijadikan “Pusat Sumber Ilmiah & Dakwah .”

KADAR WAKAF : RM20.00 satu kaki persegi

JADIKAN AMALAN WAKAF SEBAGAI AMALAN HIDUP KITA UNTUK BEKALAN AKHIRAT

BORANG PENYERTAAN SKIM WAKAF PEMBESARAN SURAU AL-ISTIQAMAH SMKAP

Nama: ....................................................................

Nama Anak : ……………………… Ting:………………………. Alamat: ...................................................................

....................................................................Tel/HP: ........................................................

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, Sila hubungi:-

1. Pn. Hajah Shabariah 019-47288882. Pn. Haslina 019-47032923. Ust. Nor Asma 019-5459140

SURAU AL-ISTIQAMAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR, 01000 KANGAR PERLISTEL: 04-9760336 LAMAN SESAWANG: www.jpnperlis.gov.my/smkap

Saya seperti nama yang tercatat mewakafkan/mendermaRM20.00 untuk satu kaki persegi.RM___________ untuk ________ persegi.Sumbangan ikhlas sebanyak RM………………

Cara Bayaran:TunaiCek atas nama;“TABUNG SURAU AL-ISTIQAMAH”BANK ISLAM No. Akaun:09010010061063