kertas kerja bina insan sem.5

5
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 PPG BM2611 BIG PERINGKAT 2 KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA 2 DAN FASA 3 2013 TAJUK PROGRAM : PERUBANHAN SIKAP KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu Ambilan Jun 2011. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. 2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. 3.0 OBJEKTIF

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 20-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

690810-13-5566 PPG BM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 PPG BM2611

BIG PERINGKAT 2

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA 2 DAN FASA 3 2013

TAJUK PROGRAM : PERUBANHAN SIKAP KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu Ambilan Jun 2011. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru 3.2Melatih guru menggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru. 3.3 Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. 3.4Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.0 PENGANJUR

Pelajar PPG Ambilan Jun 2011 Panitia Pendidikan Moral SK Gita, KuchingPanitia Pendidikan Islam SK Gita, Kuching

5.0 PROGRAM AKTIVITI 5.1 Aktiviti Kemasyarakatan 5.1.1 Motivasi Kecemerlangan (1 jam 30 minit) 5.1.2 Gotong-royong membersihkan surau. (1 jam 30 minit) Kumpulan Sasar : Seramai 40 orang murid Tahun 6 5.2 Ceramah 5.2.1 Pengucapan Awam (3 Jam)Kumpulan Sasar : Seramai 28 orang guru PPG IPG Kampus Tun Abdul Razak

6.0 TARIKH dan TEMPAT

Tarikh : 05 September 2013 ( Khamis ).Tempat: SK Gita, Kuching ( bagi Aktiviti 1 , 2 :dan 5 kumpulan sasar murid)Tempat: BTP ( bagi Aktiviti 4 : kumpulan sasar rakan sejawat ). 7.0ATURCARA AKTIVITIKHAMIS7.30 pagi- Pendaftaran8.00 pagi-Aktiviti 1 ( Motivasi Pecutan Akhir UPSR)Oleh Penceramah Jemputan : En Awang Zulhadi9.30 pagi- Rehat10.00 pagi-Aktiviti 2 (Gotong Royong membersihkan Surau)12.00 pagi -Bersurai untuk Slot pagi2.30 petang - Aktiviti 3 ( Ceramah Imej dan Personaliti Guru) oleh Pn Nilam bt Hj Salleh4.00 petang - Aktiviti 4 ( Ceramah Guru : Insan Mulia )Oleh Pn Norhayati bt Ahmad Osman 5.00 petang -Majlis Penutupan dan Jamuan

8.0 JAWATAN KUASA KERJA

Penasihat : Mohamad b Zaaba (Guru Besar)Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid SK Gita (Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral)Penganjur bersama : Kumpulan Pelajar PPG IPGKTAR (BM)Pengerusi : Pn Salbiah bt TegakNaib Pengerusi : Pn. Nilam bt Hj Salleh

Setiausaha : Pn.Norhayati bt Ahmad OsmanBendahari : Pn. Hjh Che Asiah bt Hj Taib

JAWATANKUASA KERJAPendaftaranPn. Hjh Che Asiah bt Taib Pn. Wan Norasiah bt Wan IsmailBacaan DoaEn. Hisham Shukri Zainal

DokumentasiPn Juliana Suria LangPn Hafiza bt Bom

Juru AcaraPn Nilam bt Hj Salleh (Aktiviti 1)En. Zambri b Seri (Aktiviti 2)Ust Yasser b Sakawi (Aktiviti 3)

BrosurPn Norhayati binti Ahmad Osman

PenceramahEn. Awang Zulhadi (Aktiviti 1)Pn Nilam bt Hj Salleh(Aktiviti 2)Pn Norhayati bt Ahmad Osman (Aktiviti 3)

Cenderahati / HadiahPn Norain Mohamad TahaPn Sofia bt SuutSiarayaEn. Hisham Shukri Zainal

Persiapan Tempat En Haidi b AbdullahUstazah Wan NorasiahEn Abdul Hamid JamuanPn Siti Baizura bt M SharifPn Norhayati Mohd NoorPn Suraya bt Amin

9.0 KEWANGAN

SUMBER PENDAPATAN1. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan GuruRM 500.00ANGGARAN PERBELANJAAN1. Jamuan RM 300.00 2. CenderahatiRM 100.003. Belanja RuncitRM 100.00

JUMLAHRM 500. 00

10.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Kohot Fasa II dan III, PPG Ambilan Jun 2011 ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid sekolah serta memantapkan lagi kemahiran dalam bidang pengendalian sesuatu kursus . Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi

Disediakan oleh,

............................................... ( NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN ),Setiausaha Program BIGSK Gita