kertas cadangan semkeb13 latest

15
SULIT Ruj: Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru IPGM Nombor : Salinan Bilangan : KERTAS CADANGAN DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN CADANGAN PENGANJURAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 TUJUAN 1. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru IPGM berhubung dengan cadangan untuk menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan Universiti Sains Malaysia (USM). SULIT

Upload: maizaton20

Post on 23-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

Ruj: Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru IPGM

Nombor :

Salinan Bilangan :

KERTAS CADANGAN DARIPADA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

CADANGAN PENGANJURAN

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

TUJUAN

1. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon

pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru

IPGM berhubung dengan cadangan untuk menganjurkan Seminar

Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 anjuran

bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan

Universiti Sains Malaysia (USM).

SULIT

Page 2: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

LATAR BELAKANG

2. Pada 13 Julai 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah

maktab perguruan di Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM) yang setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Sebagai

sebuah institusi yang bertaraf universiti peranan IPGM tidak sekadar

mendidik untuk melahirkan guru sahaja tetapi haruslah juga menghasilkan

penyelidikan dan inovasi yang berkualiti untuk disebarluaskan kepada

warga pendidik di Malaysia.

3. Penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan

perlulah berjalan seiring dengan perkembangan dan peningkatan taraf

IPGM itu sendiri. Adalah tidak bermakna jika IPGM hanya berubah pada

namanya sahaja tetapi tidak pada isi dalamannya. Oleh yang demikian

para pensyarah sebagai pendidik guru haruslah juga berubah dan

menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu aktiviti utama

mereka dalam meningkatkan profesionalisme masing-masing. Langkah

IPGM meletakkan penyelidikan dan inovasi sebagai satu penilaian dalam

kompentensi pensyarah adalah satu langkah yang positif dan diharapkan

dapat menyemarakkan lagi penyelidikan di IPGM. Penemuan-penemuan

baru yang dihasilkan daripada penyelidikan dan inovasi dalam kalangan

pensyarah akan dapat meningkatkan lagi kualiti IPGM sebagai “Learner

Centered University”.

4. Seterusnya, penyelidikan dan penerbitan adalah juga merupakan

salah satu komponen yang dapat meningkatkan kompetensi pensyarah

khususnya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

2SULIT

Page 3: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

Komponen ini juga merupakan salah satu kriteria kenaikan pangkat yang

diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 26 Oktober 2010

kepada semua pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Sehubungan dengan itu, cadangan penganjuran seminar ini merupakan

satu usaha murni untuk menyokong dan membudayakan amalan

penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam kalangan pensyarah IPG

dan universiti ke arah meningkatkan profesionalisme masing-masing.

ASAS PERTIMBANGAN

5. Kejayaan Penganjuran Seminar Sehingga Disember 2012:

Seminar Tarikh Tempat

Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Utara

5 – 7 Ogos 2008

IPG Kampus Darulaman

Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8

21 – 23 Sept 2010

IPG Kampus Darulaman

Seminar Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan

25 – 27 Okt 2010

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPGKDA

9 – 11 Okt 2011

Hotel Naza Tallya, Pulau Pinang

Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8

20 – 21 Okt 2011

IPG Kampus Darulaman

Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8

3 – 6 Sept 2012

IPG Kampus Darulaman

Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kedah

22 – 24 Sept 2012

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

3SULIT

Page 4: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

6. Perkongsian Pintar antara institusi adalah penting dalam

mengembangkan ilmu khususnya melalui penyelidikan dan inovasi.

Penyelidikan dan inovasi menjadi satu keperluan dalam meningkatkan

profesionalisme pensyarah sama ada di IPGK mahupun di universiti. Di

dalam menjamin kesinambungan ilmu, hasil-hasil penyelidikan dan inovasi

perlulah disebarluaskan dan hal ini sangatlah memerlukan komitmen yang

tinggi dalam kalangan pensyarah untuk hasil penyelidikan dan inovasi

mereka.

7. Berdasarkan statistik IPG Darulaman, hanya terdapat sekitar 10%

sahaja pensyarah yang pernah membentangkan hasil penyelidikan dan

inovasi mereka dalam seminar sama ada di peringkat institut, kebangsaan

atau antarabangsa. Sementara pensyarah di peringkat universiti

mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pembentangan hasil

penyelidikan dan inovasi di pelbagai peringkat sehingga ke peringkat

antarabangsa. Seminar yang dicadangkan ini adalah satu usaha untuk

merapatkan jurang dan berkongsi pengalaman antara pensyarah IPGK dan

pensyarah universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

8. Objektif seminar yang dicadangkan adalah seperti berikut:

5.1 Membina satu jaringan sokongan antara IPGK dan universiti

dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi

khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

4SULIT

Page 5: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

5.2 Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGK dan

pensyarah universiti membentangkan kertas penyelidikan dan

inovasi dalam seminar peringkat kebangsaan.

5.3 Menyediakan satu platform yang sesuai kepada pensyarah

IPGK berkongsi pandangan dan pengalaman dengan

pensyarah universiti dalam meningkatkan kualiti penyelidikan

dan inovasi.

5.4 Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam pelbagai

bidang penyelidikan pendidikan dan inovasi.

5.5 Berkongsi maklumat dan kepakaran dengan pihak universiti

dalam usaha membudayakan dan memantapkan penyelidikan

dan inovasi dalam kalangan warga pendidik.

9. Cadangan tema dalam seminar ini ialah “PENYELIDIKAN DAN

INOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

9.1 Cadangan sub tema ialah:

i. Pengukuran dan Penilaian

ii. Pembelajaran Sepanjang Hayat

iii. Isu-isu dan Amalan dalam Pendidikan

iv. Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran

v. Penyelidikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran

5SULIT

Page 6: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

vi. Teknologi Maklumat dalam Pembelajaran dan

Pengajaran

10. Cadangan tarikh dan tempat untuk menjalankan seminar ini ialah

seperti berikut:

5.1 Tarikh cadangan pelaksanaan seminar ialah pada 11 - 12 Nov.

2013 (Isnin & Selasa) (sila rujuk Lampiran A).

Tarikh: 11/11/2013

Pendaftaran peserta dan pembentang

Ucap utama dan sesi selari pembentangan kertas

penyelidikan

Tarikh: 12/11/2013

Sambungan sesi selari pembentangan kertas

penyelidikan dan majlis penutup

5.2 Cadangan tempat seminar:

Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

5.3 Pembentang dan Peserta

Jumlah pembentang dan peserta seminar yang dicadangkan

seramai 150 orang. (sila rujuk Jadual 1 di bawah).

6SULIT

Page 7: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

Jadual 1Cadangan peserta dan pembentang Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKDA & USM Peringkat Kebangsaan 2013

Bil Kategori Peserta Bilangan Peserta

1 VIP dari IPGM KPM 3

2 VIP dari IPGK Darulaman 3

4 VIP dari USM 3

6 Ucap Utama 1

7 Urus setia IPGKDA & USM 20

8 Pembentang 60

9 Peserta 60

JUMLAH 150 orang

IMPLIKASISeminar dicadangkan ini akan melibatkan implikasi kewangan

seperti berikut:

1.1 Anggaran kewangan diperolehi melalui:

i. Pembentang dan Peserta:

RM 150.00 x 150 = RM 22,500.00

ii. Organisasi (IPGKDA & USM) = RM 4,747.00

Jumlah = RM27,247.00

1.2 Bayaran adalah untuk bahan seminar, makan dan minum

sepanjang seminar sahaja. Penginapan dan tuntutan

perjalanan tidak termasuk dalam bayaran tersebut. Untuk

perbelanjaan keseluruhan seminar, sila rujuk Lampiran B yang

dilampirkan.

SYOR

7SULIT

Page 8: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

6. Ahli Mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan

cadangan bagi IPG Kampus Darulaman dan Universiti Sains Malaysia

menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan

Tahun 2013 mengikut, tarikh, masa dan tempat yang telah dicadangkan.

Kelulusan ini amat diperlukan bagi memudahkan pihak IPGKDA

mengambil tindakan selanjutnya.

Disediakan oleh,

Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,

06000 Jitra,

Kedah Darul Aman.

Tarikh: 1 Jun 2013

8SULIT

Page 9: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAMSEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

ANJURAN BERSAMA IPGKDA DAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIAHOTEL COPTHORNE ORCHID, TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

11 – 12 NOVEMBER 2013

SULIT

11 Nov 2013

(Isnin)

12 Nov 2013

(Selasa)

Page 10: Kertas Cadangan SemKeb13 Latest

SULIT

LAMPIRAN B

SULIT

Perkara JUMLAH

Anggaran Pakej Makan 150 orang pesertaRM50.00 x 150 orang x 2 hari RM15,000.00 RM15,000.00

Penginapan Urus setiaRM180.00 x 12 orang x 2 hari RM4,320.00 RM4,320.00

Sewa Bilik Seminara. Dewan Utama (RM300 x 2hari) b. Bilik 1 (RM200.00 x 2 hari)c. Bilik 2 (RM200.00 x 2 hari)

RM600.00RM400.00RM400.00

RM1,400.00

Anggaran Tuntutan Perbatuan untuk 4 buah kereta urus setia 120 km x 0.7 x 2 x 4 buah kereta

RM672.00 RM672.00

Anggaran perbelanjaan untuk tiket penerbangan penyampai ucap utamaTiket penerbangan KUL-PEN/PEN-KUL =RM200 x 2 RM400.00

RM400.00

Beg Seminar RM12.00 x 150 buah

Buku Program RM10.00 x 150 buah

CD Prosiding untuk peserta dan pembentangRM2.000 x 150 keping

Tag namaRM5.00 x 150 keping

Sijil Kehadiran dan PenghargaanRM1.50 x 150 keping

Kain Rentang100.00 x 1 set

Back Drop (Pentas Utama)RM200 x 1 set

RM1800.00

RM1500.00

RM300.00

RM750.00

RM225.00

RM100.00

RM200.00

RM4,875.00

Hadiah/Cenderamata untuk :Pembentang ucap utama

RM200.00 x 1 orang

Moderator sesi pembentanganRM30.00 x 6 orang

Kecemasan/Runcit RM200.00

RM200.00

RM180.00

RM200.00

RM580.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM27,247.00