kertas cadangan orientasi tahun 1 2014

4
KERTAS CADANGAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014 SK TAMAN PUTRA PERDANA 1. TUJUAN Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar, SK Taman Putra Perdana untuk menimbang dan bersetuju: 1.1 mengadakan program Orientasi Tahun 1 2014 pada 16 November 2013 (Sabtu). 1.2 meluluskan AJK program yang dibentuk. 1.3 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 180. 2. LATAR BELAKANG Hari orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid- murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah. Hari Orientasi ini juga membolehkan murid-murid Tahun 1 2014 menduduki Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran 4M. Di samping itu, murid-murid juga akan mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. 3. OBJEKTIF PROGRAM Objektif program adalah seperti berikut: 3.1 Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M. 3.2 Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah. 3.3 Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah. 3.2 Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki tahun 1. 4. ASAS PERTIMBANGAN Program ini perlu dijalankan kerana: 4.1 memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.

Upload: malisha-qaisara

Post on 07-Dec-2015

285 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Orientasi Tahun 1 2014

KERTAS CADANGANHARI ORIENTASI TAHUN 1 2014

SK TAMAN PUTRA PERDANA

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar, SK Taman Putra Perdana untuk menimbang dan bersetuju:1.1 mengadakan program Orientasi Tahun 1 2014 pada 16 November 2013 (Sabtu).1.2 meluluskan AJK program yang dibentuk.1.3 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 180.

2. LATAR BELAKANG

Hari orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah. Hari Orientasi ini juga membolehkan murid-murid Tahun 1 2014 menduduki Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran 4M. Di samping itu, murid-murid juga akan mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah.

3. OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah seperti berikut:3.1 Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.3.2 Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.3.3 Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.3.2 Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki tahun 1.

4. ASAS PERTIMBANGAN

Program ini perlu dijalankan kerana:4.1 memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam

4M.4.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali dan membiasakan diri dengan

persekitaran sekolah.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Hari Orientasi adalah dari wang LPBT.

Page 2: Kertas Cadangan Orientasi Tahun 1 2014

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan Sumber

1.2.

3.4.

BannerKertas A4 - ujian & buku program / info[10 rim x RM 8.00]Sticker berwarnaAlat tulis

RM 80

RM 80RM 10RM 10

LPBT

Jumlah RM 180

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Tarikh Orientasi Tahun 1 2014Tarikh/Hari : 16 November 2013 (Sabtu)Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

7. ATUR CARA PROGRAMLihat Lampiran A

8. PESERTA PROGRAMMurid-murid tahun 1 2014 seramai 280 orang terbahagi kepada lapan buah kelas.

9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAMLihat Lampiran B

10. PENUTUP

Program Orientasi Tahun 1 2014 yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Sehubungan dengan itu, diharapkan Program Orientasi ini berjaya dilaksanakan sebagaimana objektif program ini diadakan. Oleh yang demikian, pihak penganjur dahului setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak sekolah untuk menyokong program yang bakal dilaksanakan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NUR MALISHA BINTI OMAR) (JAMILAH BINTI ARIFIN)Setiausaha Orientasi Tahun 1 2014 Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSK Taman Putra Perdana SK Taman Putra Perdana

Page 3: Kertas Cadangan Orientasi Tahun 1 2014

11. SYOR

Guru besar dipohon menimbang dan bersetuju:11.1 mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2014.11.2 meluluskan AJK program yang dibentuk.11.3 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 180.

12. CATATAN :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

(SUKIMIN BIN JUKI)Guru BesarSK Taman Putra Perdana