kertas cadangan konfirm punye

11
KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA KERTAS CADANGAN INSTANT 2-IN 1 SCISSOR TARIKH : 23 APRIL 2014 TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER ANJURAN: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA:

Upload: nur-leenna

Post on 13-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

inovasi

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJAKERTAS CADANGAN

INSTANT 2-IN 1 SCISSOR

TARIKH :

23 APRIL 2014TEMPAT :

MAKMAL KOMPUTERANJURAN:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIADENGAN KERJASAMA:

UNIT KOKURIKULUM KOLEJ1.0 TUJUAN Penanaman sayuran buah seperti tanaman cili,limau kasturi,bendi,tomato ceri dan lain-lain mengeluarkan hasil yang banyak dalam sepohon pokok ketika penuaian yang dilakukan terdapat beberapa isu yang berlaku, seperti hasil tanaman tercedera sewaktu menuai. Tanaman cili pula mengakibatkan tangan menjadi pijar sewaktu aktiviti menuai hasil. Hal ini terjadi apabila hasil tanaman cili dituai secara manual, iaitu dengan mengutil menggunakan tangan2.0 PENGENALAN Penanaman sayuran buah seperti tanaman cili dan limau mengeluarkan hasil yang banyak dalam sepohon pokok. Penuaian yang dilakukan menyebabkan beberapa isu negatif berlaku seperti hasil tanaman tercedera sewaktu aktiviti menuai hasil dijalankan. Oleh itu, perlu satu produk atau inovasi untuk mengatasi masalah ini. Hal ini menyebabkan kami mencipta Instant 2-in 1 Scissor.3.0 OBJEKTIF i. Untuk menjimatkan tenaga dan masa para petani .ii. Untuk mengelakkan tangan daripada pijar.iii. Untuk mengelakkan hasil rosak apabila jatuh ke tanah

4.0 RASIONAL PROJEK Inovasi ini adalah bertujuan untuk menjimatkan tenaga dan masa para petani kerana fakta dari diari pertanian.com telah membuktikan bahawa para petani hanya mampu mengutip cili seberat 1.3kg dalam masa 1 jam. Selain itu, inovasi ini juga dapat mengurangkan peratus cili dan limau yang akan jatuh ke tanah sewaktu dipetik sekaligus dapat mengurangkan peratus kerosakan hasil sewaktu menuai.

5.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK Masalah yang dihadapi oleh para petani ialah kerosakan cili dan limau semasa aktiviti menuai. Cili dan limau yang dituai akan jatuh ke tanah apabila tapak tangan tidak dapat menampung bilangan hasil yang banyak. Ini menyebabkan kerugian kepada para petani. Berat cili dan limau yang dikutip mempunyai had tertentu dan bergantung pada tenaga para petani. Pada awalnya para petani hanya boleh mendapat cili seberat 1.3 kg dalam masa satu jam. Selepas memperbaiki kelemahan ini, cili yang dikutip menggunakan Instant 2-in 1 Scissor telah meningkat kepada 2 kg dalam masa satu jam.Produk ini hanya diuji pada tanaman jenis buah sahaja. 6.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK Produk Instant 2-in 1 Scissor ini dapat menambahkan keuntungan kepada para petani. Contohnya seperti tanaman limau, apabila kita mengutip buah limau menggunakan tangan, tangan kita pasti terbatas untuk menampung berat buah limau tersebut dan akan menyebabkan buah tersebut jatuh dan rosak. Hasil yang dituai menggunakan Instant 2-in 1 Scissor pula akan menyebabkan buah tersebut jatuh ke dalam jaring dan mengurangkan kos kerosakan buah tersebut. Dengan secara tidak langsung, ekonomi atau keuntungan para petani meningkat kerana peratus buah yang rosak berkurang. Masa para petani juga akan berkurang kerana tidak perlu berulang alik ke tempat pengumpulan buah sekaligus dapat menjimatkan tenaga para petani.

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK

KOS PEMBELANJAAN BAGI PRODUK INSTANT 2 IN 1 SCISSORS

BILPERKARAKUANTITIKOS

1.GUNTING1RM 6.00

2.JARING IKAN1RM 4.00

3.KOS LAIN-LAIN1RM5.00

JUMLAHRM 15

8.0 TINJAUAN/KAJIAN LITERATUR Dalam meniti arus permodenan pada masa ini, ekonomi negara dijana dari pelbagai sumber. Sektor pertanian merupakan antara bidang ekonomi yang menjana pendapatan negara. Sektor pertanian telah di perluas di seluruh dunia dalam pelbagai peringkat umur. Sama ada dalam kalangan pengusaha tanaman, peniaga, pelajar, serta surirumah.

Bidang pertanian penting di dalam kehidupan manusia kerana bidang ini telah memberi sumber makanan kepada manusia. Sumber makanan ini diperolehi melalui penternakan, perladangan, dan penanaman. Penanaman tanaman makanan asasi seperti beras, ubi, dan gandum telah memberi bidang peluang pekerjaan yang luas untuk diceburi. Selain daripada itu, penanaman tanaman yang digunakan untuk masakan turut memberi sumber pendapatan. Tanaman cili dan limau kasturi merupakan tanaman yang seringkali digunakan dalam masakan. Negara Itali menggunakan cili sebagai bahan masakan dalam pembuatan pizza. Negara India menggunakan cili sebagai bahan masakan dalam makanan tradisional mereka seperti kari. Selain itu, negara Thailand menggunakan cili sebagai bahan untuk membuat masakan antarabangsa mereka yang mana dikenali sebagai tom yam. Malah, negara Malaysia sendiri terdapat pelbagai masakan yang menggunakan

cili sebagai ramuan istimewa. Sambal belacan, merupakan resepi yang menggunakan cili

dan limau kasturi sebagai ramuan. Rakyat malaysia amat menggemari sambal belacan.

Setiap negeri dalam negara Malaysia mempunyai resepi variasi yang tersendiri. Juadah makan tidak akan lengkap tanpa sambal belacan.

Disamping memberi rasa kepada lidah, cili dan limau kasturi juga mengandungi vitamin untuk tubuh badan manusia. Limau kasturi mengandungi vitamin C yang mana diperlukan dalam pemulihan luka pada kulit. Malah, limau kasturi mampu mengurangkan tekanan perasaan kerana limau kasturi mempunyai bau yang menyenangkan. Oleh yang demikian, cili dan limau kasturi merupakan hasil tanaman yang mendapat pasaran dunia berterusan. Tanaman ini juga diperlukan di dalam pasaran. Seperti yang kita tahu, semakin lama semakin ramai bilangan penduduk di seluruh dunia sehingga mempengaruhi keperluan makanan. Oleh itu, sektor pertanian perlu dititikberatkan dalam menuju negara berekonomi stabil.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor, tidak ramai yang mengetahui masalah yang dihadapi oleh petani. Terdapat 3 jenis cili yang ditanam di Malaysia iaitu cili merah, cili hijau, cili padi dan cili sayur(capsicum). Bagaimananapun, hanya cili merah dan cili sayur ditanam secara komersial. Cili padi pula ditanam secara kecil-kecilan. Keluasan kawasan penanaman cili di Malaysia adalah lebih kurang 4000 hektar. Perbincangan isu semasa yang didapati dari utusan akhbar pula menganggarkan hasil cili seluas kawasan 50m bersamaan 400 kaki persegi ialah 100 kg hingga 200 kg. Harga cili hijau ialah di antara RM 4.00 ke RM 6.00 untuk 1 kg. Jadi, pendapatan kasar yang para petani boleh dapat di antara RM400.00 hingga RM 1200.00. Harga cili merah pula ialah di antara RM5.00 ke RM 8.00 untuk 1 kg. Jadi pendapatan kasar mereka ialah RM 500.00 hingga RM 1600.00. Jika tanaman cili ini ditanam di dalam pasu atau bekas-bekas lain, anggaran hasil yang boleh didapati ialah 0.8 hingga 15 kg bagi satu pokok. Tanaman cili dan limau kasturi menjadi bahan kajian kami kerana terdapat banyak isu yang berlaku semasa aktiviti penuaian kedua-dua tanaman ini. Malah, projek inovasi yang kami lakukan amat bersesuaian dengan tanaman ini kerana saiz dan masalah yang sama. Masalah-masalah yang dihadapi ini dapat diatasi dengan produk inovasi yang telah kami rekakan ini.

Instant 2-in 1 Scissor, produk yang kami reka untuk mengatasi masalah yang dihadapi sesetengah masyarakat setempat di tempat kajian kami. Berdasarkan respondan kami di kawasan sekitar Rembau, mereka yang mempunyai tanaman cili, limau kasturi, serta tomato ceri, sama ada mereka merupakan pensyarah, pelajar, surirumah, pekerja pejabat, dan peladang, mereka menyatakan masalah yang sama. Oleh itu, rekaan kami, Instant 2-in 1 Scissor, mampu membantu golongan yang telah dinyatakan itu. Bagi mereka yang menuai dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit, produk kami pasti menjadi pilihan bagi mereka agar menjimatkan masa dan tenaga, serta meningkatkan produktiviti, taraf kehidupan, dan ekonomi negara.9.0 KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU METODOLOGI PROJEK

Kami melakukan kaedah penyelidikan dengan cara kaji selidik terhadap 10 orang respondan warga Rembau. Selain itu, kami melakukan kajian terhadap pelajar 3 Tanaman yang sedang melakukan amali penuaian di ladang. Kami akan merekod keputusan sebelum dan selepas menggunakan produk inovasi kami untuk membuktikan kerberkesanan produk kami. Kami akan mendapat keputusan berdasarkan kaji selidik kuantiti hasil tuaian serta hasil yang rosak sewaktu aktiviti penuaian9.1 PROSEDUR REKA BENTUK PRODUK

i. Menyenaraikan masalah

ii. Memikirkan penyelesaian masalah

iii. Membuat lakaran reka bentuk

iv. Mendapatkan persetujuan dari guru

v. Menghasilkan produk rekabentuk

vi. Menguji keberkesanan produk

vii. Penambahbaikan produk

viii. Menghantar kertas laporan

9.2 CARTA GANTTNOAKTIVITIJANFEBMACAPRMEI JUNJULOGOSSEPT

1PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

2MENYENARAIKAN MASALAH

3MENETAPKAN TAJUK PROJEK

4MERANCANGKAN KERTAS KERJA

5MENGANALISA KEBERKESANAN PROJEK

6MENGHANTAR RANCANGAN KERTAS KERJA

7PENAMBAHBAIKAN DAN PERLAKSANAAN PROJEK

8MENGUJI KEBERKESANAN PRODUK

9MENGHANTAR LAPORAN AKHIR

9.3 Kami melakukan kaji selidik tanaman cili api, cili merah, dan limau kasturi terhadap beberapa orang respondan yang terdiri daripada pelajar, pengajar, pengusaha ladang, serta surirumah.

10.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK

11.0 GAMBAR12.0 KESIMPULAN

Kami bercadang untuk membuat penyelesaian dengan mewujudkan Instant 2-in 1 Scissor ini. Diharap, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan produk Instant 2-in 1 Scissor rekaan kami.