buku log ina betul punye

67
1.0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 1.1 Nama dan alamat sekolah B il Perkara 1 Nama dan Alamat Sekolah Kod Sekolah Gred Sek. Men. Keb. Lubok China MB 016 A 2 Nama Guru Besar En. Ab Lazis Bin Jaffar 3 Bilangan Guru Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 29 62 91 4 Bilangan Murid Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 511 489 1000 5 Bilangan Murid Mengikut Kaum Melayu Cina India 981 2 17 No. Tel.: 06-6966375 Fax : 06-6966375 Sek. Men. Keb. Lubok China, 78100 Lubok China, Melaka.

Upload: nur-ermylia

Post on 02-Jul-2015

1.391 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Ina Betul Punye

1.0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1.1 Nama dan alamat sekolah

Bil

Perkara

1 Nama dan Alamat Sekolah Kod Sekolah Gred

Sek. Men. Keb. Lubok China MB 016 A

2 Nama Guru Besar En. Ab Lazis Bin Jaffar

3 Bilangan Guru Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

29 62 91

4 Bilangan Murid Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

511 489 1000

5 Bilangan Murid Mengikut KaumMelayu Cina India

981 2 17

1.2 LOKASI SEKOLAH

No. Tel.: 06-6966375

Fax : 06-6966375

Sek. Men. Keb. Lubok China,78100 Lubok China,

Melaka.

Page 2: Buku Log Ina Betul Punye

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China (SMK Lubok China) merupakan

sebuah sekolah yang berada dalam mukim Lubok China. Keluasan kawasan SMK Lubok

China ialah 13 ekar. SMKLC terletak di luar bandar kira-kira 16 km dari Pekan Masjid

Tanah dan 60 km dari Bandar Melaka. Di sekeliling SMKLC adalah kawasan perumahan

kampung dan taman perumahan. Ini salah satu penyebab ianya menjadi sekolah tumpuan

untuk belajar di samping kecemerlangan akademiknya bagi warga penduduk dari sekitar

kampung Sungai Timun, Sungai Siput, Rembau, Kundur, Semin dan Rumah Rakyat.

Prasarana seperti jalanraya, bekalan air bersih serta bekalan elektrik dan

pengangkutan awam adalah kemudahan asas yang memberikan kemudahan kepada warga

SMKLC dalam menjalankan urusan seharian. Kemudahan lain yang terdapat di sekitar

SMKLC ialah ianya berhampiran dengan Pejabat Pos dan Klinik Kerajaan Lubok China, dan

deretan pelbagai jenis kedai.

Page 3: Buku Log Ina Betul Punye

1.3 PELAN LOKASI KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA

Page 4: Buku Log Ina Betul Punye

1.4 GRED SEKOLAH

Sek. Men. Keb. Lubok China merupakan sekolah Gred A, iaitu Sekolah Menengah

Harian Bandar Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 JENIS SEKOLAH

Sek. Men. Keb. Lubok China merupakan sekolah jenis kebangsaan. Hal ini kerana,

sekolah ini mengamalkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Sekolah ini adalah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah.

1.6 LOGO, VISI DAN MISI, STRATEGI, OBJEKTIF DAN PIAGAM SEKOLAH

1.6.1 Logo SMK. LUBOK CHINA

Maksud Logo SMKLC

1) Warna Kuning:

Melambangkan kewibawaan dan keunggulan sekolah sebagai agen

perubahan kepada masyarakat.

2) Warna Biru:

Melambangkan keharmonian sikap bersatu padu dan berkerjasama di

dalam menjayakan objektif sekolah.

Page 5: Buku Log Ina Betul Punye

3) Obor menyala merah:

Melambangkan usaha yang gigih, tekun dan bersemangat waja ke arah

mencapai kecemerlangan.

4) Cogankata "ILMU PEDOMAN HIDUP:

Menjadikan ilmu pengetahuan yang diperolehi sebagai teras dalam

mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup.

5) Bentuk-bentuk yang bulat melengkung:

Melambangkan permuafakatan di antara semua warga sekolah dan

masyarakat sekitar dalam menjayakan aktiviti kurikulum dan ko-

kurikulum.

6) Garisan melintang condong ke bawah:

Melambangkan sikap yang sentiasa bersedia dan berani menghadapi

segala cabaran dan dugaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

yang diamanahkan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi

rohani, jasmani dan intelek.

1.6.2 Visi SMK Lubok China 

SMKLC terbilang melahirkan insan cemerlang tahun 2012

1.6.3 Misi SMK Lubok China 

SMKLC akan sepanjang masa:

Memberikan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang

Menyediakan prasarana yang kondusif

Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni .

Melahirkan insan yang berkualiti dan berdaya saing.

Page 6: Buku Log Ina Betul Punye

1.6.4 Objektif SMK Lubok China 

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran dalan bidang ko-

kurikulum.

2. Memupuk minat dan kebolehan pelajar secara terancang, berhalatuju,

sistematik bagi mengisi masa lapang di luar waktu persekolahan secara

optimum dan berfaedah.  

3. Membantu membina menaikan imej sekolah, daerah , negeri dan kebangsaan.

1.6.5 Strategi SMK Lubok China 

Penetapan syarat dan penglibatan wajib

Membuat perncangan yang terperinci program - program ko-kurikulum

Penyediaan kemudahan asas

Penubuhan pelbagai kelab, persatuan dan unit beruniform

Kawalan yang sistematik dan terperinci

Penglibatan ibu bapa yang mempunyai kemahiran dalam ko-kurikulum

Melantik guru penasihat/jurulatih atau pengurus yang berkebolehan

Latihan berjadual yang sistematik dan teratur

Penyertaan dan pertandingan

Mengenalpasti permainan yang membawa kejayaan

Pencapaian standard

Pengiktirafan daripada pengetua, guru-guru dan masyarakat

Permuafakatan dengan institusi/masyarakat

1.6.6 Pelaksanaan SMK Lubok China 

Pelajar wajib menyertai satu kelab/persatuan, satu unit berunitform dan satu

permainan

Perancangan jangka pendek dan panjang

Penyediaan pelbagai kemudahan/peralatan

Penubuhan pelbagai kelab/persatuan, unit berunitformdan permainan

Mengadaka mesyuarat, laporan dan pengurusan fail

Page 7: Buku Log Ina Betul Punye

Mendapatkan khidmat ibu bapa/masyarakat melalui PIBG

Pemilihan penasihat berdasarkan kebolehan dan kelayakkan/minat

Penyediaan jadual perjumpaan dan aktiviti

Penyertaan dalam pelbagai pertandingan diperingkat negeri dan daerah

Penumpuan khusus kepada aktiviti yang membawa kejayaan cemerlang

Pengiktirafan dalam pelbagai bentuk

Menjalun hubungan dan permuafakatan dengan pelbagai agensi.

1.6.7 Piagam pelanggan SMK Lubok China 

Kami, kakitangan smklc berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga

dan usaha kami untuk:

memberikan khidmat pendidikan yang berkualiti bagi menghasilkan pelajar yang

matang,seimbang dan berketrampilan.

bekerja dengan lebih imaginatif,kreatif dan inovatif bagi meningkatkan

kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

mengurus tugasan pendidikan dengan cekap,berkesan dan disiplin yang tinggi.

menyediakan iklim pendidikan yang kondusif dengan menjalinkan perkhidmatan

peyayang.lebih prihatin kepada isu-isu pelanggan dan bersedia.

bertindak positif dan konstruktif demi kemajuan institusi SMKLC.

Page 8: Buku Log Ina Betul Punye

Pandangan Hadapan Bangunan SMK Lubok China 

1.7 BILANGAN PELAJAR

SMK Lubok China  mempunyai bilangan pelajar seramai 1020 orang. Bilangan pelajar

perempuan adalah seramai 444 orang, manakala pelajar lelaki pula seramai 576 orang.

1.8 BILANGAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN

Jumlah guru di SMK Lubok China  adalah seramai 75 orang guru. Seramai 28 orang

adalah guru lelaki, manakala 47 orang adalah guru perempuan.

1.8.1 Bilangan Guru

Bil Nama Guru Jan

tina

Jawatan

1. Tn. Hj. Ab. Lazis Bin Jaffar L Pengetua

2. En. Hamdan Hashim L GPK 1

3. En. A. Halim Mat Ali P GPK HEM

4. Pn. Nor Azizah Alias L GPK Kokurikulum

5. En. Noordin Bin Ambon P GPK T.6

6. En. Mohd Som Bin Baba L GPK P. Khas

7. Pn. Rosni Yusof P GKMP Bahasa

8. Hj. Jasmi Md. Tegol L GKMP Kemanusiaan

9. Pn. Sepiah Ibrahim P GKMP Teknik Vokasional

10. Cik Hajah Siti Awan Hashim P Kaunselor I

11. En. Mohd Fairuz Bin Mohd Rasip L Kaunselor II

12. Pn. Hafizan Nor Bt. Ahmad P Kaunselor III

Page 9: Buku Log Ina Betul Punye

13. Pn. Norazizah Kasmuni P Ketua Panitia Ekonomi

14. Cik Hamidah Hassan P Penyelaras Pusat Sumber

15. Pn. Norihan Ismail P S/U Peperiksaan Dalaman

16. En. Mazlan Harouni L Ketua Panitia Pengajian Am

17. Pn. Rohaya Bt. Abd Wahab L Ketua Panitia MPV

18. Hjh Amnah Mohd Sani P Ketua Panitia ERT

19. Pn. Norazizah Abd. Hamid P Penyelaras ICT

20. Pn. Hadijah Sabtu@Md. Isa P Setiausaha Peperiksaan SPM

21. En. Putit Hj. Ghani L Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

22. En. Abd. Jabar Md. Yusof L Ketua Panitia Sains Men. Atas

23. Pn. Norazmi Nordin P Ketua Panitia Sains Men. Rendah

24. En. Mohd Zulkifli Taib L Pengurus Koperasi

25. En. Mohd Sharif Bin Baba P Ketua Panitia Sejarah

26. En. Hashim Main L Ketua Panitia Kemahiran Hidup

27. Pn. Asiah Osman P Ketua Panitia PSK

28. Pn. Maimunah Kassim P Ketua Panitia Bahasa Melayu

29. Pn. Norhidayah Bt. Suhaimi L Penyelaras Pendidikan Khas

30. Pn. Tanalachumi a/p Karupayah L Ketua Panitia Bahasa Inggeris

31. En. Mohd Sharif Baba L Setiausaha SPBT

32. Pn. Rahayu Bt. Johari P Setiausaha Peperiksaan PMR

33. Pn. Saridah Bt. Mohamad L Ketua Pendidikan Jasmani

34. Pn. Norhalimah A.Wahid P Ketua Panitia Pendidikan Islam

35. Pn. Tanalachumi a/p Kurupayah P Projek Khas Bahasa Inggeris

36. Pn. Syarifah Kahar P Ketua Panitia Rekacipta

37. Pn. Noraida Mahmud P Ketua Panitia Perdagangan

38. Pn. Hafzan Ibrahim P Setiausaha Jadual Waktu

39. En. Hasman Kassim L Ketua Panitia Pendidikan Moral

40. Pn. Noradilah Kamal P Ketua Panitia Kimia

41. Cik Hamidah Hassan P Ketua Panitia Tasawwur

42. Pn. Norita Yaacob P Ketua Panitia Matematik Men. Atas

Page 10: Buku Log Ina Betul Punye

43. Pn. Aiza Azwana Aris P Ketua Panitia Fizik

44. Ustaz Danial Osman L Ketua Panitia Bahasa Arab

45. Pn. Norita Yaacob P Ketua Panitia Matematik/Matematik

Tambahan

46. Pn. Mazlaini Mohamed Dali P Ketua Panitia Geografi

47. Pn. Norazirah Md Yusof P Ketua Panitia Matematik Men. Rendah

48. En. Mohd Zulkifli Bin Taib L Ketua Panitia Prinsip Akaun

49. Amirah Bte Abas P

50. Bahaman Bin Khamis L

51. Dayang Kusnah Bt Tail P

52. Sharina Binti Ismail P

53. Mohd Shahrani B. Ibrahim L

54. Ibrahim Bin Hassan L

55. Intan Safina Bt Ismail P

56. Ismail Bin Ahmad L

57. Izatul Suhaiza Binti Yaacop P

58. Jasmi Bin Bachik L

59. Jasni Bin. Abd. Rahman L

60. Masran Bin Lanaba L

61. Mohd Azahari Bin Baharom L

62. Mohd Fauzi Bin Ayob L

63. Mohd Nasrun Bin Abdul Karim L

64. Mohd Padil Bin Mat Saad L

65. Muhamad Najib Bin Abdul Rahman

L

66. Muhammad Nurrilhaffizs Bin Othman

L

67. Noor Adilah Binti Othman P

68. Noorhayati Binti Md Saad P

69. Nor Aidahtul Fitri Bt Tohid P

70. Nor Kamariah Bt Abu Bakar P

71. Noraini Bt Mohamad P

72. Noralilah Binti Abd Hamid P

Page 11: Buku Log Ina Betul Punye

73. Norsiah Binti Sidin P

74. Nur Hazwani Bt Mohd Hamzah Selvaraja

P

75. Nurhidaya Bt Wasmon P

76. Nurul Ain Binti Norman P

77. Nurulhuda Bt Abdul Malek P

78. Rashadah Binti Awang P

79. Roziawati Bt Haron P

80. Shalina Binti Mohd Sharif P

81. Sharifah Intan Marziana Bt Syed Othman

P

82. Siti Nor Ermylia Binti Muhammad P

83. Siti Nurhanis Binti Hashim P

84. Siti Soleha Binti Yunus P

85. Siti Zakiah Binti Bahron P

86. Suhaila Binti Ayop P

87. Suhanna Binti Zainudin P

88. Syahirah Binti Rosli P

89. Zahriah Bte Zuber P

90. Zaifulnizam B Ahmad L

91. Zalila Binti Abu P

1.8.2 Kakitangan Sokongan

Bil Nama Jantina Opsyen

1. Pn. Rozita Bt. Manaf P Ketua Pembantu Pentadbir

2. Pn. Bushro Bt. Yashak P Pembantu Takbir

3. Pn.Surianim Bt. Azmi P Pembantu Takbir

4. En. Zulkifli Bin Joned L Pemandu

5. En. Haizol Jabar L Pembantu Makmal

6. En. Nor Azman Bin Abdul Jalil L Pembantu Am Pejabat

Page 12: Buku Log Ina Betul Punye

7. Pn. Zulbedah Jaafar P Pembantu Am Pejabat

8. En. Badrul Hisyam Bin Kamarudin L Pembantu Tadbir

9. Pn. Haryati Hamzah P Pembantu Am Pejabat

10. Pn. Nadzrifah Bt. Mohamed Noor P Pembantu Makmal

11. Pn. Faizatul Azney Bt. Abd. Hamid P Pembantu HEM

12. Pn. Azizah Main P Pembantu Makmal

13. Pn. Robi’ah Awang Kecik P Penyelia Asrama

14. En. Karim S.A. Kadir L Pembantu Am Pejabat

15. Pn. Zatun Najahah Muhamad P Pembantu Tadbir

16. En. Huzail Donia L Pembantu Pengurusan Murid

17. En. Mohd Salmizan B. Salim L Pembantu Am Pejabat

1.9 SEJARAH SEKOLAH

SMK Lubok China ditubuhkan pada tahun 1973 atas usaha YAB Datuk Haji Abdul

Ghani bin Ali yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka. Selama setahun sekolah ini

menumpang di SK Teluk Berembang, Lubok China sementara bangunan SMKLC dibina.

Pada awal tahun 1974, 2 bangunan 2 tingkat siap dibina dan pelajar-pelajar berpindah ke

bangunan ini dari SKTB. Ketika itu, terdapat 166 orang pelajar dan 6 orang guru yang

dipimpin oleh Tuan Haji Hashim Bin Mohamad yang merupakan pengetua sekolah

pertama SMKLC.

Tahun 1976, sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung pertambahan

pelajar. Pada bulan November 1979, surau dibina dan ia diperbesarkan dalam tahun 1997

hasil daripada sumbangan orang ramai. Surau ini dirasmikan oleh YB En. Rahim bin

Tamby Chik (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) pada 19 September 1981.

Page 13: Buku Log Ina Betul Punye

Pada tahun 1980, Hj. Mohammad Yunus menjadi pengetua sekolah kedua sekolah

itu sehingga tahun 1988, ia diikuti Hj. Zainen Bin Mohamad sehingga tahun

1991,pengetua keempat kemudiannya disandang oleh Tuan Haji Abd. Malik Bin Ahmad

sehingga Jun 2001.

Sempena sambutan dua dekad pada tahun 1994, sekolah ini telah dirasmikan oleh

YAB Tan Sri Abd Rahim Tambychik (Ketua Menteri Melaka) pada 2.1.1993. Pada tahun

1989, sebuah padang serbaguna telah dibina untuk menampung keperluan pelajar dalam

bidang kokurikulum. Padang ini terpaksa dirobohkan kerana memberi laluan kepada

pembinaan dewan yang bernilai melebihi 1 juta pada tahun 1993.

Pada Jun 2001, pengetua kelima Tuan Haji Hashim Bin Khamis telah melaporkan

diri untuk menerajui sekolah sehingga Oktober 2002. Sementara menunggu perlantikan

pengetua keenam, GPK 1 ketika itu En. Jamaludin Bin Abdul Jalil telah memangkul

jawatan tersebut sehingga Jun 2003 apabila Tuan Haji Baharudin Bin Borhan menjawat

jawatan tersebut. Beliau memegang jawatan pengetua sehingga Disember 2003.

Asrama SMKLC telah dibina pada tahun 2002 dengan nilai melebihi RM 8 juta

yang dapat menampung seramai 400 orang dalam satu-satu masa. Sebuah bangunan

untuk unit Pendidikan Khas telah dibina pada tahun 2003 bernilai RM 50 ribu untuk

keperluan pelajar-pelajar dalam jurusan Pendidikan Khas.

Puan Hajah Aminah Binti Hassan menyambung tugas sebagai pengetua ke 7

mulai Januari 2004. Dalam masa yang sama, makmal siber telah mula beroperasi pada

tahun yang sama. Selepas itu, Puan Hajah Nubah Binti Aton menjadi pengetua ke 8 mulai

Januari 2005 hingga 15 Februari 2006. Setelah itu, Tuan Haji Kassim Bin Mohamad

mengambil alih tugas pengetua bermula 16 Februari 2006 hingga 31 Mei 2007.

Belumpun setahun berkhidmat, sebuah Anjung Bestari telah dapat dibina. Kini, SMKLC

diterajui oleh Tuan Haji Lazis Bin Jaffar bermula 1 Jun 2007 sehinggalah sekarang.

Page 14: Buku Log Ina Betul Punye

1.10 LAGU SEKOLAH

Lagu rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok

China

Sekolah Menengah Lubok China

Ibu Kandung Tercinta

Mendidik, Membimbing, Membina

Anak Bangsa Dan Nusa

Pelajar, Guru, Ibu Bapa

Sama Gembeling Tenaga

Membentuk Ilmu Budi Mulia

Kegemilangan Bersama

Chorus

Rajin Usaha

Kunci Mencapai Jaya

Ilmu Pedoman Hidup

Jadi Wawasan Kita

Sekolah Menengah Lubok China

Ibu Kandung Tercinta

Mendidik, Membimbing, Membina

Anak Bangsa Dan Nusa

Page 15: Buku Log Ina Betul Punye

1.11 Cogan kata SMK Lubok China

 ‘ILMU PEDOMAN HIDUP’

 Setiap insan yang hidup mestilah berilmu .Tanpa ilmu menjadikan kita tiada pegangan dalam

setiap perkara atau tindakan yang kita lakukan.Menurut Kamus Dewan "Ilmu"merupakan

pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi kehidupan duniawi dan akhirat.Sementara

"Pedoman"memberi erti pegangan atau pimpinan. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata

SMKLC iaitu "Ilmu Pedoman Hidup" yang membawa makna setiap pelajar itu mestilah

menimba ilmu pengetahuan yang boleh membimbing mereka dan dijadikan pegangan dalam

menentukan corak hidup yang diredhai Allah.

Keberkesanan cogan kata ini dapat dibuktikan bahawa sehingga kini pencapaian SMKLC

dalam bidang akademik dan ko-kurikulum boleh dibanggakan dan merupakanantara 10 sekolah

luar bandar yang terbaik di negeri Melaka. Pencapaian yang baik dalam Penilaian Menengah

Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi dalam bidang

sukan, persatuan atau permainan. Menjadikan SMKLC lebih berkemampuan melahirkan para

pelajar yang aktif dan produktif bagi mewujudkan masyarakat yang berwawasan. Dalam era

ledakan maklumat ini, masyarakat begitu prihatin terhadap ilmu pengetahuan kerana insan yang

berilmu merupakan seorang yang optimis, progresif dan dinamik serta boleh berdikari dalam

menghadapi apa sahaja yang menjadi rintangan atau halangan

Page 16: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 3-7 Januari 2011

J Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pentadbiran dan Pengurusan

4. Aspek Budaya Organisasi dan Persekitaran Sekolah

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang misi dan visi sekolah.

2) Mengenal guru-guru dan staf sokongan sekolah dengan lebih mesra.

3) Memahami dengan jelas sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.

4) Mengenalpasti susun atur prasarana di sekolah.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi suai kenal bersama Pengetua Sekolah, Guru-guru Kanan Mata

Pelajaran dan Kaunselor.

2) Sesi taklimat tentang Budaya Organisasi dan Persekitaran Sekolah

yang disampaikan tuan Pengetua.

3) Sesi berkenalan dengan guru-guru dan staf sokongan sekolah.

4) Melawat kawasan sekolah bersama kaunselor iaitu Cik Hjh. Siti Awan

Hashim.

7. Penilaian Maklumat yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah

difahami.

8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini mampu memberi gambaran

sedikit sebanyak tentang suasana di Sek Men Keb Lubok China, Alor

Gajah, Melaka.

Page 17: Buku Log Ina Betul Punye

................................................. ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Maimunah Binti Kassim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

16

Ringkasan Perbincangan.

Diantara perkara-perkara yang disampaikan semasa taklimat bersama Penolong Kanan Sekolah

iaitu adalah :

1) Beliau memperkenalkan program atau aliran yang ditawarkan di Sek Men Keb Lubok

China, seperti aliran sains, aliran sastera, teknik dan vokasional serta aliran pendidikan

khas.

Penekanan ditumpukan kepada misi dan visi sekolah. Seperti yang tercatat di

halaman sebelum ini, wargasekolah Sek Men Keb Lubok China mensasarkan bahawa

mereka mampu menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah terbilang melahirkan insan

cemerlang tahun 2012. Disamping itu, sek mampu melahirkan pelajar yang cemerlang

dalam aspek akademik serta sahsiah, pencapaian kokurikulum yang cemerlang, suasana

bilik darjah yang konduksif, pengurusan kewangan yang cekap dan hubungan yang baik

dalam komuniti.

2) Selain itu, beliau memberikan beberapa nasihat sebagai panduan untuk menjadi guru

yang cemerlang, diantaranya adalah :

i. Sebagai seorang guru, kita mestilah mampu menarik perhatian pelajar supaya pelajar

akan mendengar dan melibatkan diri sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran

sedang bermula. Guru mestilah cuba menyentuh hati pelajar dengar cara atau

pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan pelajar kerana lain pelajar, lain pula

bentuk pendekatannya. Ilmu pengetahuan guru mestilah benar-benar kukuh supaya

kandungan yang diajar adalah betul dan menepati sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 18: Buku Log Ina Betul Punye

ii. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, perkara yang perlu ada dalam diri

seorang guru ialah MINAT. Bakat juga amat penting namun, ia masih boleh dipupuk.

iii. 5 minit yang pertama semasa kita di dalam kelas merupakan tempoh dimana pelajar

akan menilai guru. Maka, penampilan diri perlu dititikberatkan terutamanya dari segi

pemilihan pakaian, kasut dan kekemasan diri. Disarankan supaya memakai kasut

bertumit supaya langkah semasa berjalan mempamerkan perwatakan seorang guru.

Tanda nama juga perlu sentiasa dipakai semasa berada di kawasan sekolah.

iv. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Contohnya berusaha meningkatkan markah

yang tinggi dalam penilaian prestasi kerja sebagai seorang guru. Berusaha untuk

menaikkan nama sekolah tanpa mengira masa dan sanggup melakukan pengorbanan.

v. Buku Rekod Persediaan Guru mestilah sentiasa dikemaskini dan menarik. Akan

diberi penghargaan kepada guru yang mempunyai buku rekod yang kemas dan

menarik. Buku ini mestilah diisi sebelum masuk ke dalam kelas.

vi. Perhubungan antara guru mestilah baik. Rajin bertanya dalam memastikan tugasan

yang dilakukan adalah mengikut formatnya. Jadikan guru yang berpengalaman sebagi

tempat untuk membuat rujukan.

Sesi ini memberi maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan dan ingatan supaya kami

mampu melaksanakan segala tugas-tugas yang akan diberikan.

Page 19: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 10-14 Januari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pentadbiran dan Pengurusan

4. Aspek Aplikasi Dasar dan Program Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Dasar dan Program Kementerian

Pelajaran Malaysia.

2) Memahami dengan jelas tentang Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi taklimat tentang Dasar dan Program Kementerian Pelajaran

Malaysia disampaikan oleh iaitu Puan Sepiah Ibrahim. Diantara perkara

yang dibincangkan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan

2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Program Pendidikan

Terkini.

2) Seterusnya, sesi taklimat tentang Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am

disampaikan Guru Penolong Kanan 1. Guru didedahkan dengan surat

perkeliling yang dihantar ke sekolah sebagai garis panduan dalam

melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah

Page 20: Buku Log Ina Betul Punye

difahami.

8. Rumusan Pendedahan yang dilakukan pada hari ini mampu menimbulkan rasa

tanggungjawab dan keyakinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran-

cabaran dalam alam pendidikan pada hari ini.

................................................ ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan.

Pada sesi perbincangan kami melihat hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak

PPD dan JPN adalah seperti berikut:

HUBUNGAN ANTARAORGANISASI INDUK SEKOLAH DENGAN PIHAK PPD DAN JPN

KPM

JPN

PPD

SEKOLAH

Page 21: Buku Log Ina Betul Punye

Segala aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu melalui PPD dan JPN

sebelum dimaklumkan dan diluluskan oleh pihak KPM.

Pihak KPM bertindak sebagai pembuat dasar,dan kemudian dasar tersebut akan

dibincangkan di bahagian PPD dan JPN sebelum dilaksanakan di sekolah.

Hubungan diantara sekolah dengan pihak KPM, JPN dan PPD adalah rapat kerana pihak

sekolah sentiasa menerima arahan daripada pusat (centralization). Sekolah sentiasa

dilawati dan dipantau oleh jabatan dan PPD.

Sebarang pelaksanaan kurikulum perlu merujuk kepada pihak PPD di jabatan atau

bahagian berkenaan kerana di PPD terdapat banyak bahagian seperti Hal Ehwal Murid,

pengurusan bekalan, peruntukan diri, buku teks dan lain-lain.

Contohnya, untuk mendapatkan guru ganti bagi guru yang bersalin atau sakit, pihak

sekolah perlu merujuk dan berbincang dengan pihak PPD dahulu.

Selain itu, sebarang pertandingan juara yang melibatkan sekolah dalam negeri akan

dianjurkan oleh JPN contohnya pertandingan juara akademik.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam taklimat Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia

ialah:

1) Memahami dengan jelas perkara yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP). Berikut merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam PIPP

adalah:

Membina negara bangsa

Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan

integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya

bangsa.

Membangunkan modal insan.

Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk

pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru

Page 22: Buku Log Ina Betul Punye

besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

Merapatkan jurang pendidikan.

Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,

mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan

pedalaman.

Memartabatkan profesion keguruan.

Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan

latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah

kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan ( PIPP ) 2006 – 2010. Pelan Induk ini mempunyai enam teras strategik yang akan

direalisasikan dalam RMK ke-9 dengan tema “Merintis Pembaharuan, Satu Misi Nasional”.

Pelan pendidikan ini penting untuk menghadapi masa depan mencabar yang memerlukan

perancangan rapi, sistematik dan holistic. Pelan ini juga untuk menghasilkan modal insan

berminda kelas pertama kearah mencapai Wawasan 2020.

2) Seterusnya, kami melihat dan berbincangkan cabaran-cabaran dalam menghadapi

Wawasan 2020, iaitu:

i. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat

wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan

terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi

kepada negara.

ii. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan

keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang

telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti

Page 23: Buku Log Ina Betul Punye

dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua

potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

iii. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang

mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,

berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara

membangun.

iv. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika

paling tinggi.

v. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai

kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada

masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

vi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang

mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak

berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang

kukuh.

viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan

wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan

kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan

keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam

satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

3) Perbincangan diteruskan dengan melihat strategi perlaksanaan dalam Dasar Pendidikan

Kebangsaan, iaitu

Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Page 24: Buku Log Ina Betul Punye

Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan bahasa Melayu bagi semua

jenis sekolah.

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan.

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan

yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan

peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang

bernasib baik dan kawasan luar bandar.

Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula

kurikulum Sekolah Vokasional.

Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat

universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.

Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang

wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi

pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan kadet

tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan

menyediakan tenaga pengajar terlatih dan mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan

pertumbuhan kanak-kanak.

Di Kementerian Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah

ditubuhkan termasuklah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,

Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Majlis

Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan lain-lain.

Page 25: Buku Log Ina Betul Punye

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara

buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara

perindustrian adalah penting bagi rakyatnya diberikan pendidikan yang terbaik untuk memenuhi

keperluan semasa. Oleh itu dasar ini bukan saja dapat memenuhi keperluan sumber manusia dari

segi jumlah malah dari segi kualiti.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am adalah:

1) Memahami sifat dan ciri-ciri seorang guru yang cemerlang :

   Terhadap Murid:

mempunyai komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan

rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif

hubungkan mata plajaran dengan kehidupan murid-murid

kenal, hormati dan percayai murid-murid

mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis

menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya

menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran

hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan

musikal dan kebudayaan.

  Terhadap Mengajar:

melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru

berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

adil dalam menilai dan menggred

fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran

bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran

seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks

mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya

sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan

menyepadukan mata pelajaran

Page 26: Buku Log Ina Betul Punye

secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan

kurikulum yang sentiasa baru dan segar serta relevan

menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya

sendiri.

Terhadap Disiplin:

seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar

seorang yang laparkan ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca;

menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus

dalam perkhidmatan

juga seorang yang suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya

aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya

menjadi ahli kepada komuniti yang belajar

bina dan mengekalkan perhubungan profesional

bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

 

  Secara Peribadinya:

tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar

kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi

berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.

Page 27: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 17-22 Januari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum.

4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Bidang Kurikulum dan Kokurikulum.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang tugas dan peranan sebagai seorang

guru.

2) Memahami dengan jelas tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh

seorang guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

3) Mengetahui perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi taklimat tentang Bidang Kurikulum disampaikan oleh Guru Kanan

Teknik dan Vokasional. Diantara perkara yang dibincangkan ialah latar

belakang pelajar, kurikulum yang ditawarkan, kemahiran atau

pendekatan mengajar yang berkesan dan kawalan terhadap pelajar

semasa di dalam kelas .

2) Seterusnya, sesi taklimat tentang Bidang Kokurikulum yang

disampaikan oleh En. Abdul Halim Mat Ali iaitu Guru Penolong

Kanan Kokurikulum. Beliau meminta kami mencari maklumat

berkaitan peranan dan tanggungjawab unit kokurikulum, penilaian

markah kokurikulum, sukan tahunan, hari ko-kurikulum dan

perancangan strategik tahunan.

Page 28: Buku Log Ina Betul Punye

7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah

difahami.

8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu membantu guru dalam

menyesuaikan diri terhadap persekitaran sekolah di SMKLC.

.............................................. ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan FasilitatorRingkasan Perbincangan.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam bidang kurikulum adalah seperti berikut:

1) Pengertian Kurikulum Kebangsaan

"…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,

mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan

untuk menyampaikan pengetahuan." Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum

Kebangsaan) Pendidikan 1997]

2) Kurikulum Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara untuk

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama dan menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama. Selain itu

pendidikan yang pelbagai dan komprehensif turut diberikan. Ia bertujuan untuk memupuk

perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan misi

dan visi negara.

3) Tugas dan perana Pengetua terhadap kurikulum adalah:

Pemimpin kurikulum.

Menetapkan visi dan misi kurikulum, menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi

kurikulum, merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum, menentukan jenis-jenis

Page 29: Buku Log Ina Betul Punye

mata pelajaran elektif, merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran,

memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi, sebagai

pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dan membudayakan ilmu

.

Pemantau kurikulum

Visi dan misi kurikulum sekolah dijayakan, kursus pengajian dipatuhi dan amalan

pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan.

Penilaian kurikulum

Mengubah suai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi dan menilai

keberkesana.

4) Tanggungjawab dan tugas Guru Kanan Matapelajaran adalah:

Melaksanakan tugas P&P, mengajar mengikut opsyen, pemimpin dan pengurus kurikulum,

merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P, mengurus dan mengerakkan

panitia, agen perubahan / inovasi, merancang, menyedia dan memastikan penggunaan

bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas dan melaksanakan pemantauan.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam bidang kokurikulum adalah:

1) Menerangkan kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan

Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan

ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan

aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya

sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2) Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform,

kelab/persatuan dan sukan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu

daripada setiap jenis aktivfiti tersebut. Pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap

kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh

Page 30: Buku Log Ina Betul Punye

setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah

berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 17-21 Januari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Kurikulum.

4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Bidang Kurikulum.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Kurikulum.

2) Memahami dengan jelas tentang Penyediaan Buku Rekod Mengajar.

3) Mengenalpasti Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.

4) Mengetahui Perlaksanaan Pemantauan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran serta Buku di sekolah.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi taklimat tentang Bidang Kurikulum disampaikan oleh Pn Sepiah.

Diantara perkara yang dibincangkan ialah pengurusan kurikulum, buku

rekod mengajar, pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan

pemantauan pengajaran dan pembelajaran serta buku pelajar.

7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah

difahami.

8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu membantu guru dalam

menyesuaikan diri terhadap persekitaran sekolah di SMKLC.

................................................ ...............................................

Page 31: Buku Log Ina Betul Punye

(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan

Diantara perkara yang disampaikan semasa taklimat adalah :

1) Beliau memperkenalkan organisasi majlis kurikulum sekolah beserta penerangan ringkas

setiap peranan dan tugas jawatankuasa.

2) Pengurusan Kurikulum bertujuan untuk memastikan Dasar-Dasar Kementerian Pelajaran

Malaysia dilaksanakan dengan lebih berkesan. Beliau menerangkan berkaitan mesyuarat

jawatankuasa sekolah seperti :

i. Mesyuarat Kurikulum mestilah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

ii. Mesyuarat pertama pada awal tahun, mesyuarat kedua selepas keputusan Sijil

Pelajaran Malaysia dikeluarkan, mesyuarat ketiga selepas peperiksaan pertengahan

tahun dan mesyuarat keempat selepas peperiksaan akhir tahun.

iii. Sekurang-kurangnya ada 3 fail iaitu Fail Utama, Fail Sokongan dan Fail Arkib tetapi

di sekolah ini mempunyai 10 fail. Perkara yang terkandung dalam fail seperti struktur

organisasi, senarai jawatankuasa panitia, takwim, sukatan pelajaran, minit mesyuarat,

jadual waktu sekolah, program akademik dan sebagainya.

iv. Pelbagai program untuk meningkatkan akademik pelajar maka peruntukan diberi

mengikut kesesuaian. Guru akan membuat perancangan supaya perbelanjaan

menepati program yang dilaksanakan.

3) Buku Rekod Mengajar amat penting bagi seorang guru. Ia perlu dibawa semasa masuk ke

dalam kelas. Perkara berikut mestilah dipastikan iaitu:

Page 32: Buku Log Ina Betul Punye

i. Maklumat diri dan urusan mengajar perlu diisi dalam ruangan yang telah disediakan.

ii. Pastikan huraian sukatan pelajaran dan rancangan mengajar tahunan disertakan dalam

buku rekod mengajar.

iii. Guru mestilah memahami surat pekeliling.

iv. Buku Rekod wajib dihantar untuk disemak.

4) Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan perlu ada perkara berikut :

i. Sebelum mengajar perlu difikirkan kaedah yang akan digunakan, objektif mestilah

bersesuaian dengan pelajar dan sebagainya.

ii. Semasa sesi ini berlangsung, guru mestilah mampu mengawal kelas, menarik

perhatian pelajar supaya tertumpu kepada guru, guru perlu prihatin dengan keadaan

kelas, pastikan pelajar bersedia untuk belajar dan guru bebas memilih kaedah

pengajaran mengikut kreativiti guru serta disesuaikan dengan tahap kefahaman

pelajar.

5) Pemantaun Pengajaran dan Pembelajaran serta Buku dilakukan seperti berikut :

i. Biasanya dipantau oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Ketua Bidang atau Ketua

Panitia.

ii. Guru mestilah sentiasa bersedia kerana guru akan dipantau sekurang-surangnya 2 kali

setahun.

iii. Pemantauan buku tulis pelajar juga dilakukan. Guru akan memilih 10 buah buku

pelajar dan buku tersebut dihantar kepada

Ketua Panitia Ketua Bidang Guru Penolong Kanan Pengetua

Page 33: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 24-29 Januari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Ko-Kurikulum.

4. Aspek Perbincangan Bidang Ko-Kurikulum.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan

bidang tugasnya.

2) Memahami dengan jelas tentang Perlaksanaan Hari Kokurikulum

Sekolah

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Ko-Kurikulum dimulakan.

Diantara perkara yang dibincangkan ialah memahami hirarki

jawatankuasa induk kokurikulum, jawatankuasa sukan sekolah dan

jawatankuasa koperasi sekolah beserta bidang tugasnya.

2) Selain itu, membincangkan hari ko-kurikulum yang akan dilaksanakan

pada 29 Julai 2010.

7. Penilaian Aktiviti yang dilakukan pada hari ini memberi peluang kepada guru untuk

memberikan pendapat atau cadangan sepanjang tempoh perbincangan

pada hari ini. Perbincangan berlangsung dengan sempurna.

8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu meningkatkan tahap

kefahaman guru terhadap pengurusan ko-kurikulum di sekolah.

Page 34: Buku Log Ina Betul Punye

................................................ ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan

1) Jawatan Kuasa Induk Kokurikulum

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin JaffarTimb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat AliNaib Pengerusi I : En. Hamdan Bin HashimNaib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti ZakariaNaib Pengerusi III : En. Nordin Bin. AmbonSetiausaha Koku : Pn. Rosni Binti YusofPen. Setiausaha I : En. Abd. Jabar Bin Mohd YusupPen. Setiausaha II : Pn Saridah Bt. Mohamad

AJK:-

1. Penyelaras Badan Uniform : En. Abd. Jabar Bin Mohd Yusop2. Penyelaras Sukan/Permainan : En. Ragu a/l Kuppusamy3. Penyelaras Kelab / Persatuan : Pn Syarifah Binti Kahar4. Setiausaha Sukan I : Pn. Saridah Binti Mohamad5. Setiausaha Sukan II : Cik Hafzan Binti Ibrahim6. Guru Penasihat Persatuan /Kelab7. Guru Penasihat Badan Beruniform8. Guru Penasihat Rumah Sukan9. Guru Penasihat Permainan10. Penyelaras Kokurikulum Pendidikan Khas11. Guru Koperasi

2) Jawatan Kuasa Majlis Sukan Sekolah

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin JaffarTimb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat AliNaib Pengerusi I : En. Hamdan Bin HashimNaib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti ZakariaSetiausaha Koku : Pn. Rosni Binti Yusof

Page 35: Buku Log Ina Betul Punye

Setiausaha Sukan : En. Ragu a/l KuppusamyPen. Setiausaha I : Pn. Saridah Binti MohamadPen. Setiausaha II : Cik Hafzan Binti Ibrahim

AJK:-

1. Semua Ketua Rumah Sukan2. Guru Penasihat Permainan Dan Olahraga3. Penyelaras Sukan Pendidikan Khas

3) Jawatan Kuasa Koperasi Sekolah

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin JaffarTimb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat AliNaib Pengerusi I : En. Hamdan Bin HashimNaib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti ZakariaSetiausaha Koku : Pn. Rosni Binti YusofSetiausaha Koperasi : Pn. Asiah Binti OsmanBendahari : Pn. Norazizah Binti Kasmuni

AJK:-

1. Pengurus Jualan : En. Zulkifli Bin Taib: Pn. Norsiah Binti Sidin: Cik Sherina Binti Ismail

2. Pengurus Saham : Pn. Norihan Binti Ismail3. Juru Audit : Pn. Norazirah Binti Md. Yusof

: En. Mohd Sharif Bin Baba4. ALK Pelajar : Pelajar

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK KO-KURIKULUM

Tugas Majlis Kokurikulum:

1. Merancang aktiviti kokurikulum

2. Mesyuarat 2 kali setahun

3. Peraturan dan perlembagan kokurikulum

4. Takwin dan jadual aktiviti kokurikulum

Page 36: Buku Log Ina Betul Punye

5. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan kokurikulum peringkat

daerah, negeri dan kebangsaan.

6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti

7. Menetapkan tarikh kegiatan utama kokurikulum antaranya

a. Temasya sukan sekolah

b. Pesta kokurikulum

c. Merentas desa/sukaneka dan sebagainya

8. Post mortem kegiatan sukan

9. Anggaran perbelanjaan dan peruntukkan kewangan

10. Pengiktirafan, sijil, penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan prestasi

cemerlang dalam bidang masing-masing

11. Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam buku rekod

pencapaian kokurikulum sekolah

Tugas Penyelaras Sukan Dan Permainan / Persatuan / Kelab / Badan Beruniform

1. Menyelia perjalanan sukan, pemainan, pasukan khas sekolah, persatuan, kelab dan badan

beruniform

2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat

3. Menyelaras semua aktiviti

4. Borang kebenaran ibubapa / penjaga

5. Surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan

6. Merekodkan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agong

7. Mengurus buku rekod penilaian kokurikulum

a. Mengagihkan buku rekod penilaian kokurikulum kepada guru tingkatan untuk

diedarkan kepada semua pelajar

b. Mengutip kembali buku penilaian kokurikulum daripada guru tingkatan pada

akhir tahun untuk disimpan dan direkod dibilik setiausaha kokurikulum

8. Menyediakan buku dan borang yang diperlukan untuk kegiatan

a. Borang memasuki sukan, permainan, persatuan, kelab, pasukan khas dan badan

beruniform

Page 37: Buku Log Ina Betul Punye

b. Borang senarai AJK dan ahli

c. Buku laporan kegiatan

d. Fail-fail berkaitan

9. Mengumpulkan laporan tahunan kegiatan untuk edaran, rekod dan rujukan

10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang kegiatan dan pencapaian kokurikulum

11. Memastikan kelengkapan pakaian dan peralatan

Tugas Guru Permainan Pasukan Sekolah

1. Mengadakan mesyuarat

2. Kenalpasti pelajar yang berminat, berbakat dan berpotensi melalui temuduga,

soalselidik dan uji bakat

3. Khidmat nasihat jurulatih / kepakaran luar, jika perlu

4. Latih pasukan permainan sekolah secara konsisten ( 2 @ 3 kali seminggu )

5. Latihan insentif setiap hari selama seminggu sebelum pertandingan

6. Anjur perlawanan antara rumah / tingkatan

7. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar

8. Mengurus surat kebenaran ibubapa / penjaga

9. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pengurusan dan peralatan pasukan

10. Memastikan alatan dan kemudahan permainan sentiasa berkeadaan baik dan selamat

11. Melapor dan merekod keputusan-keputusan pertandingan

12. Membentuk pasukan pelapis

13. Merekod nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang ( johan daerah / negeri ,

wakil daerah / negeri atau Negara )

14. Menyediakan sijil penghargaaan

15. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk

meningkatkannya

BIDANG TUGAS AKTIVITI MINGGUAN BADAN BERUNIFORM

Page 38: Buku Log Ina Betul Punye

Tugas Guru Penasihat Persatuan / Kelab / Badab Beruniform

1. Memastikan semua ahli mempunyai uniform lengkap

2. Latihan dibuat mengikut masa / hari yang ditetapkan

3. Memilih, membimbin ahli-ahli ke pertandingan luar

4. Membentuk AJK melalui mesyuarat Agong

5. Adakan perlembagaan /peraturan

6. Merancang aktiviti tahunan dan menyerahkannya kepada penyelaras perastuan / kelab /

badan beruniform unutk disimpan dan direkod

7. Anggaran perbelanjaan dan pendapatan

8. Menyediakan lapoan aktiviti dan difailkan

9. Mengurus surat menyurat berkaitan dengan kegiatan luar

10. Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima sijil pengharagaan kepada majlis

kokurikulum / PK HEM

11. Pertandingan buku skrap

Page 39: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 31 Januari-4Februari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Infrastruktur dan Fizikal

4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Infrastruktur dan Fizikal Sekolah.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Dasar Pembangunan di Sekolah.

2) Memahami dengan jelas tentang Infrastruktur atau Kemudahan di

Sekolah.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi taklimat tentang Dasar Pembangunan di Sekolah disampaikan oleh

En. Bahaman Bin Khamis iaitu Setiausaha Jawatankuasa Induk Harta

benda Sekolah. Diantara perkara yang dibincangkan ialah pelan

sekolah, blok-blok di sekolah, kemudahan seperti surau, rumah bomba

dan sebagainya.

2) Sesi diteruskan dengan menyiapkan laporan program orientasi pada

hari ini.

7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan cukup jelas, ringkas dan mudah difahami.

Perbincangan pada hari ini menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap

harta benda sekolah.

8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini memberikan gambaran

Page 40: Buku Log Ina Betul Punye

tentang keperluan-keperluan di sekolah pada masa kini.

................................................ ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan

Secara keseluruhannya, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah lengkap dan

boleh dikatakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran adalah berkeadaan baik.

Manakala kemudahan-kemudahan lain yang bertujuan untuk memudahkan dan meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan ditambah dari semasa ke semasa bagi

menampung segala kehendak serta keperluan guru-guru dan para pelajar.

Di sesetengah bilik-bilik darjah diselia dan dihias dengan baik. Dinding-dinding bilik

darjah dihiaskan dengan kata-kata hikmah dan beberapa sudut mata pelajaran khas. Selain itu

juga, dinding-dinding bilik darjah juga ditampal dengan nota-nota dan bahan bacaan. Bilik-bilik

mata pelajaran khusus seperti bengkel-bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup dan bilik Sains

berkeadaan agak baik dan segala peralatan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran

adalah mencukupi mengikut mata pelajaran. Makmal komputer turut disediakan di sekolah ini

dan kelengkapan teknologi maklumat adalah masih tidak mencukupi untuk semua pelajar dan

guru. Sekolah ini juga turut menyediakan bangunan khas untuk kelas pendidikan khas yang

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas.

Selain itu, kemudahan-kemudahan asas turut dititik beratkan oleh pihak pentadbir

sekolah. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti kantin, surau dan tandas yang

mana jumlahnya agak terhad dan ianya dijaga dengan rapi dan sentiasa dalam keadaan yang

baik. Kawasan meletak kenderaan guru juga disediakan. Bukan itu sahaja, tahap keselamatan

pelajar dan sekolah turut diambil berat oleh pihak pengurusan sekolah. Alat pemadam kebakaran

Page 41: Buku Log Ina Betul Punye

diletakkan di beberapa tempat yang strategik dan ianya dalam keadaan yang baik. Sekolah ini

juga menyediakan sebuah pondok keselamatan untuk pihak pengawal sekolah. Manakala bagi

tujuan pengurusan sekolah, sebuah bilik gerakan turut disediakan.

Selain itu, ruang tanah telah digunakan secara maksimum dan tiada lagi rezab tanah

untuk pembinaan bangunan baru. Hal ini telah menyebabkan tiada lagi ruang yang dapat

dibangunkan untuk pembinaan bangunan baru pada masa akan datang. Padang permainan

sekolah yang agak besar dan telah digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti ko-kurikulum.

Kemudahan yang terdapat di SMK Lubok China adalah seperti berikut:

Bil Jenis Kuantiti

a KEMUDAHAN FIZIKAL

Dewan 1

Kantin 1

Tandas 8

Kedai Koperasi / buku 1

Stor 7

Tempat Letak Basikal 1

Dataran 1

b KEMUDAHAN HUMANISTIK

Surau 1

Bilik Rawatan 1

Bilik Bacaan 3

Bilik Wuduk 1

Bilik Kaunseling 1

Bilik Cetak 1

Bilik Mesyuarat

1

Bilik Peperiksaan

0

Page 42: Buku Log Ina Betul Punye

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

1

Pondok Pengawal Keselamatan

1

cKEMUDAHAN P&P

Makmal Sains

4

Makmal Komputer

2

Bengkel Kemahiran Hidup

4

Pusat Sumber Sekolah

1

Perpustakaan 1

Pusat Sumber 1

Bilik Gerakan 1

Bilik Guru 3

Bilik Darjah 55

Bilik Intervensi 2

Bilik Muzik -

Bilik Tayang 1

Bilik Kerja -

Bilik Gelap 1

Pejabat 1

Sudut bacaan/maklumat 20

Padang 1

Gimnasium -

Gelanggang Badminton -

Gelanggang Bola Tampar -

Gelanggang Bola Jaring -

Page 43: Buku Log Ina Betul Punye

Gelanggang Sepak Takraw -

Gelanggang Bola Baling -

Gelanggang Bola Sepak -

Stor Sukan 1

Stor Pekerja 1

d PERALATAN UNTUK P&P

Televisyen 5

Komputer 50

Laptop 25

LCD 5

OHP 5

VCD 3

Radio-kaset 2

Mesin Fotostat 3

Mesin Cetak 6

Mesin Taip -

e KEMUDAHAN KOMUNIKASI

Telefon 4

Faksimili 1

E-mel 1

Page 44: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 7-11 Februari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.30 petang

3. Bidang Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah.

4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Sumber Manusia di

Sekolah.

2) Memahami dengan jelas tentang Modal Insan yang terkandung dalam

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi taklimat tentang Pengurusan Sumber Manusia disampaikan oleh

En Hamdan Bin Hashim iaitu Guru Penolong Kanan 1. Diantara

perkara yang dibincangkan adalah modal insan, ciri-ciri guru yang

disukai pelajar, kawalan kelas dan imej seorang guru.

2) Sesi diteruskan dengan menyiapkan laporan program orientasi pada

hari ini. Bahan dan maklumat diperolehi daripada perbincangan antara

guru-guru lain.

7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan cukup jelas, ringkas dan mudah difahami.

Perbincangan pada hari ini menimbulkan rasa semangat terhadap guru

baru dalam mendidik pelajar sekolah ini.

Page 45: Buku Log Ina Betul Punye

8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini memberikan gambaran

tentang hubungan antara guru dan pelajar di sekolah ini.

................................................ ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan.

Sesi taklimat dimulakan dengan guru-guru baru memperkenalkan diri masing-masing.

Seterusnya En Hamdan memperkenalkan diri beliau sebagai GPK 1 yang sudah berkhidmat

sebagai seorang guru sudah lebih dari 20 tahun. Pengalaman beliau mengajar sejak mula

berkhidmat selama 20 tahun menyebabkan beliau seorang guru yang kaya dengan pengalaman.

Diantara perkara yang dibincangkan pada hari ini adalah :

1) Ciri – ciri guru yang disukai pelajar:

Untuk menjadi guru yang baik, ilmu pengetahuan guru tersebut mestilah benar-benar

mantap dan selaras dengan peredaran semasa.

Pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada masa dahulu. Pelajar pada masa

kini didedahkan dengan pelbagai ilmu yang boleh didapati di mana sahaja dengan

mudah. Dengan hanya 1 klik sahaja, mereka boleh memperolehi bahan pelajaran

dengan mudah dan cepat.

Pelajar sekarang bijak menilai guru terutamanya dari segi penampilan guru. Guru perlu

bijak memainkan watak semasa di dalam kelas atau di luar kelas.

Guru mestilah berupaya membuatkan pelajar merasakan diri mereka telah belajar

sesuatu daripada guru. Walaupun sedikit tetapi nilainya pada pelajar yang lemah amatla

berharga.

Page 46: Buku Log Ina Betul Punye

Guru juga hendaklah memastikan diri mereka memperolehi kepuasan selepas mengajar.

Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran

adalah berkesan.

2) Selain itu, keperluan sekolah juga perlu diambil kira. Disini ia merujuk kepada sama ada

terdapat kekosongan opsyen untuk mengajar di sekolah ini. Perkara yang mungkin dihadapi

adalah seperti berikut:

Guru kemungkinan tidak berpeluang mengajar opsyen lalu diberi mengajar mata

pelajaran yang lain.

Guru perlulah belajar mata pelajaran yang akan diajar untuk lebih memahami.

Tanamkan semangat dalam diri guru dan jangan mudah putus asa.

3) Perkara yang dibincangkan dalam Pengurusan Sumber Manusia ialah :

Perkara ini melibatkan perhubungan yang khusus antara guru dan pelajar.

Pelajar di sekolah 100% bergantung dengan guru.

Guru mestilah bersikap proaktif.

Guru mestilah menolong pelajar sehingga menimbulkan semangat ingin tahu pelajar

dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

Masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah tidak mencukupi dan guru perlu

mempengaruhi pelajar untuk belajar sendiri.

Tindak balas berantai bermaksud seorang pelajar boleh menarik pelajar lain untuk turut

belajar bersama-sama.

Selain daripada mengajar, guru perlulah memainkan psikologi dan motivasi untuk

diberi kepada pelajar.

Guru mampu memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar di sekolah.

4) Perkara yang boleh memotivasikan guru :

Kawalan kelas seperti tegas, adil, berimej garang selama baberapa bulan, tidak mudah

putus asa dan carilah rakan guru yang boleh membantu guru baru.

Salurkan kemahiran atau kelebihan dalam kokurikulum, menawarkan diri dalam bidang

yang diminati atau belajar sesuatu yang boleh memberi faedah kepada sekolah.

Page 47: Buku Log Ina Betul Punye

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2008

BIL

.

PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh 14-18 Februari 2011

2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG, Swasta dan Masyarakat) dan

Pengurusan Kewangan Sekolah.

4. Aspek Perbincangan dan Taklimat Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG,

Swasta dan Masyarakat) dan Pengurusan Kewangan Sekolah.

5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:

1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Hubungan Komuniti

(PIBG, Swasta dan Masyarakat).

2) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Kewangan Sekolah.

6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:

1) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG,

Swasta dan Masyarakat) disampaikan oleh Cik Hjh. Setia Awan iaitu

Guru Bimbingan dan Kaunseling. Diantara perkara yang dibincangkan

ialah pengurusan strategik di sekolah, peranan PIBG di sekolah dalam

meningkatkan kemajuan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan

Page 48: Buku Log Ina Betul Punye

bukan akademik serta kaitkan dengan PIPP.

2) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Kewangan Sekolah disampaikan

oleh Puan Rozita iaitu Ketua Pembantu Tadbir. Diantara perkara

yang dibincangkan adalah urusan cuti, proses menjadi guru tetap dan

kewangan sekolah.

7. Penilaian Perbincangan berlangsung dengan lancar.

8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu meningkatkan tahap

kefahaman guru terhadap pengurusan hubungan komuniti dan kewangan

sekolah.

................................................ ...............................................(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim) Tandatangan Guru Tandatangan FasilitatorRingkasan Perbincangan.

Diantara perkara yang dibincangkan adalah :

1) PIBG atau Persatuan Ibubapa dan Guru ditubuhkan dengan tujuan membantu pihak sekolah

dalam menjaga kebajikan pelajar, prasarana dan hubungan dengan organisasi di luar

sekolah.

2) PIBG merupakan badan berdaftar.

3) Diantara aktiviti yang dijalankan oleh PIBG adalah :

Kebajikan pelajar di sekolah dijaga kerana rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai taraf

sosioekonomi yang rendah.

Tambang, yuran, uniform, alat tulis dan buku.

Membantu pelajar mengikuti program di luar sekolah.

Membaiki prasarana sekolah seperti tandas, makmal, kerusi meja pelajar dan peralatan

pembelajaran dan pengajaran.

4) Semua guru merupakan ahli PIBG dan guru wajib menghadiri mesyuarat agong yang

diadakan. Perlantikan AJK adalah 2 kali setahun.

Page 49: Buku Log Ina Betul Punye

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) ditubuhkan mengikut akta kaedah-kaedah persatuan Ibu

Bapa-Guru-guru 1973 tetapi dibatalkan dan ditubuhkan pula mengikut akta Pendidikan 1996

peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan ibu bapa –guru) 1998.

Antara perkara yang disentuh didalam taklimat yang bertajuk pengurusan hubungan komuniti

(PIBG, swasta dan masyarakat) adalah:

1. Fahaman pengurusan sekolah

Pengurusan kewangan

Pengurusan pentadbiran Am

Pengurusan kurikulum

Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

Pengurusan staf

Kokurikulum

Pembangunan fizikal

Perhubungan luar

2. Timbal balik peranan tiga bidang pendidikan

Pendidikan Informal ( keluarga, masyarakat)

Pendidikan formal (sekolah)

Pendidikan Nonformal ( tv,ict,dll)

3. Peranan PIBG terhadap sekolah

Bina RT serambi sekolah

Kepakaran ibubapa dalam kokurikulum

Bantuan kewangan dan kebendaan

Latihan kemahiran (ICT & P&P)

Keceriaan sekolah

Pendidikan & pembangunan

Pengurusan organisasi

Kaunseling dan kerjaya

Page 50: Buku Log Ina Betul Punye

4. Peranan sekolah terhadap PIBG

Bimbingan dan kaunseling

Pendidikan keluarga dan pengurusan keluarga

Pengurusan PIBG

Khidmat masyarakat

Bersama belia

Program masjid

5. Isu-isu cabaran dalam pendidikan

Isu globalisasi

- Sains dan teknologi

- Hiburan VCD lucah

- Fesyen

- Permakanan

- Kebimbangan dan ketakutan

Peluang globalisasi

- Kerjaya terbuka

- Maklumat terbuka 24 jam belajar

- Pasaran terbuka

6. Isu kecemerlangan Akademik

Pelajar luar bandar lemah Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

Pemilihan fakulti di universiti

Dunia pekerjaan selepas tamat IPT

Asas kecemerlangan akademik dalam rumahtangga

7. Isu keluarga

Page 51: Buku Log Ina Betul Punye

Pengurusan/kepimpinan keluarga lemah dam longgar

Tiada wawasan keluarga

Pembuangan masa

Konflik dalam keluarga

Kewangan keluarga.

8. Strategi PIBG untuk sekolah

Bagaimana PIBG dan sekolah saling bekerjasama memanfaatkan sumber masing-

masing.

Strategi menjadikan rumahtangga serambi kepada sekolah bukan serambi kepada

disco atau panggung wayang.

Strategi mengatur kesedaran ibubapa dalam pengurusan dan kepimpinan keluarga

mengikut kaedah yang betul.

Muafakat PIBG Daerah untuk merapatkan jurang antara PIBG yang cemerlang

dan lemah melalui pertukaran idea atau maklumat.

Kenalpasti sumber manusia, teknologi, kewangan dan lain-lain yang boleh

disumbangkan kepada sekolah.

PERANAN PIBG DALAM BIDANG AKADEMIK

1. Selaku badan yang berdaftar, PIBG tertakluk kepada dibawah Pendaftar Pertubuhan

Malaysia. Oleh yang demikian, PIBG tidak boleh menguruskan pentadbiran sekolah.

Namun begitu, PIBG dapat menbantu dalam hal yang berkaitan derngan akademik.

Contohnya, menyediakan bantuan kewangan bagi melaksanakan program kecemerlangan

akademik. Selaian itu, PIBG juga dapat membantu sekolah dalam memastikan prasarana

sekolah lengkap dan boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Dengan bantuan

kebajikan yang diberikan terhadap pelajar yang kurang berkemampuan seperti membantu

menjelaskan yuran peperiksaan, kemajuan pelajar, guru dan sekolah dapat ditingkatkan.

Ini kerana tidak akan timbul masalah yang berkaitan dengan yuran peperiksaan

tertunggak.

2. Sumbangan untuk memajukan sekolah bukan sahaja tertakluk kepada bantuan kewangan

sahaja, namun bantuan kemahiran turut dapat diberikan dalam memastikan setiap

Page 52: Buku Log Ina Betul Punye

kemudahan dan kemahiran yang ada dimanfaatkan. Contohnya, jika ibu bapa pelajar

mempunyai kemahiran berkaitan dengan ICT, maka sumbangan untuk memajukan sistem

komputer sekolah boleh diberikan. Selain itu, ibu bapa juaga boleh membantu

meningkatakan kemahiran guru ICT untuk mengajar kemahiran komputer kepada pelajar.

3. Dalam aspek Kaunseling dan Kerjaya, pihak PIBG juga boleh membantu untuk

mengadakan program-progran seperti Hari Kerjaya untuk membuka minda pelajar akan

lebih terdedah dengan alam pekerjaan serta peluang-peluang untuk menyambung

pengajian di peringkat lebih tinggi. Dengan bimbingan dan nasihat daripada ibubapa yang

berjaya dalam bidang masing-masing, mudah untuk pelajar membuat keputusan untuk

menentukan masa depan hidup mereka.

PERANAN PIBG DALAM BIDANG BUKAN AKADEMIK

1. Berkaitan dengan aspek bukan akademik, pihak PIBG juga dapat membantu untuk

meningkatakan hubungan baik diantara pihak sekolah dengan komuniti. Melalui

program-program seperti Sukan Tahunan, Hari Ko-Ko dan sebagainya akan dapat

memupuk kerjasama diantara sekolah dengan komuniti. Selain itu, dapat mewujudkan

persekitaran yang sihat selain membantu pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.

2. Dari aspek pengurusan organisasi, kelancaran pengurusan PIBG dapat memajukan

sekolah dalam pelbagai bidang Kokurikulum antaranya sukan, perkhemahan, kawad

mahupun program-program yang baik untuk perkembangan Kokurikulum sekolah.

Bantuan kewangan, peralatan dan moral dari PIBG dapat menyumbang kepada kemajuan

dan kecemerlangan sekolah. Semua ini hanya dapat diwujudkan menerusi pengurusan

organisasi yang cekap dan teratur oleh PIBG.

PIBG MEMBANTU DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI SEKOLAH.

Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha

kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan

terbilang menjelang wawasan 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa

berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam

Page 53: Buku Log Ina Betul Punye

pelbagai bidang, termasuklah sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang

berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,

bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,

progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) merupkan organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan

membantu pihak sekolah merealisasikan matlamat dan hasrat kerajaan tersebut. Oleh itu, PIBG

mestilah bergiat aktif dan sering mengambil berat segala perkara yang berkaitan dengan pelajar

supaya sebarang masalah yang mampu dielakkan dapat dibendung dengan kadar segera.

Terutamanya masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan remaja pada masa kini.

Namun usaha ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada sokongan atau kerjasama daripada

pihak ibubapa itu sendiri. Ibubapa berperanan memantau tindak tanduk anak mereka dan segera

berhubung dengan pihak sekolah sekiranya memerlukan bantuan guru-guru mengawasi anak-

anak mereka. Perhatian ibubapa dan guru-guru amatlah penting dalam usaha mendidik pelajar

sekolah bagi melahirkan modal insan yang sejati. Selain itu PIBG sekolah mampu menganjurkan

aktiviti yang boleh mengisi masa pelajar dengan melakukan perkara yang berfaedah. Contohnya

mengadakan program Belia Benci Dadah dengan kerjasama Rakan Muda, pertandingan bola

sepak antara sekolah-sekolah atau mengadakan perkhemahan yang pengisiannya penuh dengan

aktiviti berkaitan isu-isu remaja pada masa kini.

Oleh itu, perlu wujud hubungan dua hala antara guru dan ibubapa pelajar untuk

melahirkan insan yang menepati acuan negara kita Malaysia.

Page 54: Buku Log Ina Betul Punye

Diantara perkara yang dibincangkan dalam kewangan sekolah seperti :

1) Elaun guru seperti elaun makanan, elaun harian, elaun bayaran sewa hotel, elaun

lojing, elaun gantian tetap, elaun perjalanan kenderaan dan elaun yang telibat jika

ke luar negara.

2) Seterusnya cuti yang boleh dimohon guru seperti cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti

separuh gaji, cuti tanpa rekod, cuti sebab perubatan, cuti sakit, cuti kecemasan dan

cuti haji.

Page 55: Buku Log Ina Betul Punye

REFLEKSI KENDIRI

1) Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan.

Sepanjang pemerhatian saya dapati majoriti kakitangan dan warga sekolah ini adalah

bersikap peramah terutamanya pihak pentadbir. Sikap yang ditunjukkan oleh para guru sekolah

ini membuatkan saya berasa amat selesa sekali berada di sekolah ini. Mereka terlalu senang

untuk bekerjasama dan banyak membantu saya dalam mendapatkan segala maklumat yang

diperlukan. Saya juga tidak perlu melalui prosedur atau karenah tertentu kerana guru-guru

sentiasa sedia membantu. Saya berasa bertuah dihargai sebagai salah seorang warga guru

SMKLC.

Selain itu amalan 3S yang ditekankan di sekolah ini berjaya diaplikasikan oleh

pelajarnya. S yang dimaksudkan adalah salaman, sapaan dan senyuman. Kebanyakan para

pelajar menunjukkan rasa hormat kepada pada guru melalui 3S ini. Sekolah ini berjaya

membudayakan pelajar mereka melalui 3S ini. Selain itu, saya juga amat terharu kerana

mendapat layanan yang sama daripada pelajar walaupun masih baru di sekolah itu.

Pelajar sekolah ini adalah berbilang kaum walaupun majoriti pelajarnya adalah Melayu.

Dari segi pergaulan, sekolah ini berjaya memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar.

Page 56: Buku Log Ina Betul Punye

Mereka bergaul dalam kedaan yang amat baik sekali. Semangat perpaduan dikalangan pelajar

begitu menebal dan mereka berkawan tanpa berpuak-puak. Selain itu, sikap hormat-menghormati

antara satu sama lain adalah dijaga bagi menjaga kestabilan perhubungan sesama manusia.

2) Aspek –aspek yang boleh diperbaiki

Pada keseluruhan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum

di sekolah ini adalah berkeadaan memuaskan. Pada pandangan saya aspek yang perlu diperbaiki

ialah dari aspek landskap sekolah. Dari bahagian hadapan iaitu perkarangan sekolah,

landskapnya boleh dikatakan ditahap memuaskan. Walaubagaimaanpun keseluruhannya adalah

ditanam dengan pokok yang berdaun hijau. Sekolah ini sepatutnya menambah keceriaan dengan

penanaman pokok bunga yang pelbagai warna. Aspek lain yang perlu diperbaiki ialah keceriaan

taman sekolah. Kebanyakan taman yang ada di sekolah ini seolah-olah tidak terjaga. Taman yang

berada di sudut tepi bahagian hadapan sekolah sepatutnya diceriakan bagi mengelakkan ianya

mendatangkan kecacatan pada pandangan tetamu yang datang ke sekolah. Selain itu, pokok-

pokok bunga yang mengelilingi kolam pula tidak ceria dari segi susunan, warna dan

kesuburannya. Taman-taman yang ada disudut belakang sekolah juga amat tidak memuaskan.

Ianya seolah-olah terbiar dan tidak dijaga. Landskap yang membentuk taman agak menarik tetapi

cacat dari segi penjagaan dan keceriaannya.

Keceriaan dalam bilik darjah juga kurang memuaskan. Sudut-sudut dibahagian belakang

dan hadapan bilik darjah tidak ditampal dengan bahan-bahan ilimu ataupun nota berkaitan

dengan mata pelajaran tertentu. Apa yang ada hanyalah jadual kelas dan jadual bertugas. Sudut

tersebut dibiarkan kosong begitu sahaja. Jika ada bahan yang ditampal ia seolah-olah sekadar

memenuhi syarat sahaja. Ianya kurang menarik dan seolah-olah tidak berganti. Tahap kebersihan

kelas juga amat tidak memuaskan. Ada sahaja sampah yang dibiarkan diatas lantai serta susunan

meja yang tidak teratur. Selain itu, kelengkapan LCD dan papan putih (White board) tidak

disediakan sepenuhnya untuk setiap kelas. Beberapa kelas sahaja di lengkapi kemudahan papan

putih (White board). Keadaan ini telah menimbulkan rasa ketidak selesa bagi saya untuk

mengajar. Kelengkapan LCD yang amat terhad juga telah membantutkan proses P&P di bilik

Page 57: Buku Log Ina Betul Punye

darjah. Oleh itu, ianya menyukarkan saya dalam mempersembahkan ABM yang canggih dan

terkini.

Apa yang saya perhatikan keadaan perpustakaan sekolah juga amat tidak memuaskan dari

segi keceriannya. Buku-buku yang berada dirak tidak disusun dengan baik dan dalam keadaan

yang tidak terurus. Pihak perpustakaan juga seolah-olah tiada inisiatif untuk menceriakan

perpustakaan ini. Keadaan yang agak suram amat tidak sesuai kerana boleh mengurangkan mood

pelajar untuk berada diperpustakan dan sekaligus menghilangkan minat untuk membaca.

Pepustakaan sekolah ini memerlukan perubahan yang drastik dari segi susunan perabot, rak buku

serta keceriannya.

3) Aspek –aspek yang menarik perhatian.

Sikap menghormati guru yang ditunjukkan oleh para pelajar terutamnya pengawas

sekolah amat memuaskan. Mereka akan menundukkan kepala dan memberikan senyuman setiap

kali bertemu dengan guru di sekitar kawasan sekolah. Pelajar juga menghormati guru dengan

cara sentiasa ringan tulang untuk membantu guru secara sukarela walaupun tidak di suruh. Saya

amat terharu walaupun saya hanya sementara waktu di sekolah ini tetapi saya diberi layanan dan

penghormatan yang sama oleh para pelajar.

Antara lain, sikap penyayang dan kesungguhan pihak pentadbir dan guru dalam

membentuk tingkah laku positif pelajar harus mendapat pujian. Antara perkara yang ditekankan

adalah peringatan dan nasihat kepada pelajar berkaitan tatatertib dan tingkah laku pelajar

sepanjang berada di sekolah. Guru-guru tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa bercakap

tentang perkara yang sama memandangkan pelajar sekolah menengah yang majoritinya masih

mentah dan nakal. Bukan itu sahaja, pada setiap hari Rabu murid-murid akan memakai pakaian

seragam badan beruniform masing-masing dari awal pagi lagi semasa sesi persekolahan.

Ketegasan guru-guru mewujudkan aktiviti kokurikulum menjadikan aktiviti itu menyeronokkan

Page 58: Buku Log Ina Betul Punye

dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid menyebabkan aktiviti kokurikulum dapat

berjalan dengan lancar.

Dapat diperhatikan juga ialah hubungan yang mesra dan akrab di kalangan pihak

pentadbir sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana sekolah

yang penyayang. Selain itu, pada setiap pagi sebelum masuk ke kelas, murid-murid akan

mengaminkan doa yang dibaca oleh pengawas yang bertugas. Bukan itu sahaja, sebelum

memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid-murid akan membaca doa dan

begitu juga sebelum pulang dari sekolah. Aspek kerohanian amat penting dalam mewujudkan

murid-murid yang berakhlak mulia, berketerampilam dan bertanggungjawab dalam semua aspek

kehidupan.

CADANGAN DAN SYOR.

Sepanjang aktivit program orientasi ini dijalankan, pelbagai ilmu yang dapat ditimba melalui slot

seperti ceramah, taklimat dan perbincangan yang telah dilakukan. Ilmu ini amatlah berguna bagi

saya sebagai seorang guru baru agar lebih bersedia dalam menghadapi kerenah pelajar yang

pelbagai ragam dan pelbagai lagi tanggungjawab yang akan disandarkan kepada guru di sekolah.

Program orientasi ini wajar diteruskan supaya guru baru didedahkan dengan iklim atau suasana

di sekolah yang akan ditempatkan kelak. Namun setiap perkara sudah pasti ada kelebihan dan

kekurangan. Di sini saya ingin mencadangkan supaya :

1. Program orientasi ini dipendekkan tempoh masanya supaya pengisiannya lebih padat dan

pengisiannya sesuai dengan masa yang ditetapkan.

2. Pihak kementerian seharusnya menyediakan modul yang lebih terperinci supaya guru

baru dan pihak sekolah dapat memastikan pengisian yang dijalankan sepanjang tempoh

program orientasi ini benar-benar memenuhi kehendak pihak kementerian. Dalam

konteks ini, terperinci bermaksud modul yang disediakan seharusnya mempunyai tajuk

bagi setiap slot ceramah dan mempunyai rangka atau isi-isi penting yang mesti disentuh

atau dihuraikan. Tidak cukup dengan memberi tajuk sahaja kerana skop yang luas

menyukarkan pihak sekolah menyusun jadual lalu mengakibatkan tempoh masa program

Page 59: Buku Log Ina Betul Punye

orientasi ini agak panjang atau lama. Sebagai seorang guru baru yang kurang

berpengalaman, segala urusan seperti unit pembangunan sekolah, pengurusan sumber

manusia, kewangan sekolah dan sebagainya merupakan perkara yang baru dan perlu

dipelajari bagi memudahkan guru baru memastikan segala tugasan yang

dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, diharapkan beberapa

penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan Program Orientasi Guru Sandaran

Siswazah Terlatih (GSST) benar-benar mampu melahirkan guru-guru baru yang bersedia

dari segi mental dan fizikal dalam mendidik generasi yang bakal mentadbir atau

menerajui negara kelak.

KANDUNGAN LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU

SANDARAN SISWAZAH TERLATIH, (GSST) 2010

1. Biodata Guru

2. Penghargaan

3. Maklumat Sekolah

4. Budaya Organisasi dan Persekitaran Sek Men Keb Lubok

China, Melaka

5. Dasar dan Program Kemeterian Pelajaran Malaysia

6. Bidang Kurikulum dan Ko-kurikulum

7. Bidang Kurikulum

8. Bidang Ko-kurikulum

9. Pengurusan Infrastuktur dan Fizikal Sek Men Keb Lubok

China, Melaka

10. Pengurursan Sumber Manusia

Page 60: Buku Log Ina Betul Punye

11. Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG, Swasta dan

Masyarakat)

12. Pengurusan Kewangan Sek Men Keb Lubok China,

Melaka

13. Refleksi Kendiri

14. Syor dan Cadangan

15. Lampiran