word punye

Upload: iqbalsobri13

Post on 19-Jul-2015

467 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pantomim Definisi Pantomim Dalam aktiviti pengajaran pembelajaran,pantomime adalah satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafakan oleh pelakon tetapi dibaca oleh pelajar lain serentak dengan aksi pelakon. Dengan itu, pelakon dan pembaca mestilah bersama-sama menghayati skrip tersebut sebelum dilakonkan.

Kelebihan Teknik Pantomim 1. Dapat Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk beraksi kerana tidak perlu untuk menghafaz dialog. 2. Menggalakan kemahiran berfikir kerana persembahannya tidak hanya terhad kepada melakonkan cerita tetapi juga cetusan peristiwa secara simbolak. 3. Sesuai dalam pengajaran puisi kerana keberkesan penghayatan isi dan maksud puisi. 4. Dapat melatih pelajar membuat pelbagai tafsiran terhadap sesuatu yang mereka lihat.

TEATER BERCERITA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).

Anne

Pellowski

(1990)

menjelaskan

bahawa

bercerita

ialah

keseluruhan

pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan Hari ini

saya bercerita kepada anak lelaki saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.

Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).

Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:

pengajaran pengetahuan perkongsian pengalaman. Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:

meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata

memahami dan menghayati cerita meningkatkan kemahiran mendengar mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

menambah pengalaman dan pengetahuan menanam sikap cinta akan warisan budaya menerapkan unsur nilai murni memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling mencungkil dan mengasuh bakat membentuk insan yang harmoni dan seimbang menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

KAEDAH BERCERITA Definisi Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat Ciri-ciri Penting

1. 2.

Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) 3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,

intonasi dan ekspresi/mimik muka

4.

Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian 5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang

dan berketrampilan

Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita

memilih cerita yang sesuai menghafal isi-isi penting sediakan alat bantu mengajar kesediaan pelajar murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir pastikan suara jelas dan lantang kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas

mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid ayat dan perkataan mudah difahami murid disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi aktiviti susulan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid

Panjang

atau

pendek

cerita

hendaklah

bergantung

kepada

masa

yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Kemahiran Lisan:

Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan) Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka sesuai dengan emosi Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA 1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni 2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak 3. Plot yang mudah, kronology & happy ending 4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek 5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan 6. Melibatkan watak kanak-kanak 7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi 8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK) 9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek 10. Bersifat universal

CONTOH TEKNIK BERCERITA 1. Bercerita tanpa alat 2. Bercerita berpandu 3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri 4. Bercerita menggunakan bahan maujud 5. Teka-teki 6. Teater bercerita 7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA 1. Buku besar 2. Beg bercerita 3. Gambar bersiri 4. Boneka 5. Kad Cantuman 6. Kostum 7. Poster 8. Topeng 9. Alat muzik/audio/vcd

Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita 1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P 2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama 3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera 4. Melibatkan pelbagai deria 5. Tidak membahayakan kanak-kanak 6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam 7. Boleh dipelbagaikan kegunaan 8. Mudah digunakan dan disimpan

Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:

Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan) Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka sesuai dengan emosi Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid

Panjang

atau

pendek

cerita

hendaklah

bergantung

kepada

masa

yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Teknik main peranan Pengenalan Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

Matlamat

- murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain. - Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami diri sendiri dengan mendalam. - Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. - Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial. - Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi watak. - Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri. - Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas. - Membantu murid berkomunikasi secara berkesan. - Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Prosedur

1. Pilih murid yang sukarela untuk main peranan. Kadangkala guru boleh memilih murid yang berbeza untuk main peranan yang sama. Penonton akan memperolehi interpretasi yang berbeza dan inferens serta penerokaan 2. Murid perlu diberi penerangan mengenai watak; tujuan; dan situasi yang dilakonkan. Murid-murid diberi masa untuk berlatih 3. Penonton juga perlu diberi penerangan supaya mereka faham watak yang dilakonkan 4. Lakonkan situasi. Berikan kebebasan kepada murid-murid untuk membuat pelbagai

melakonkan watak mereka 5. Lakonkan semula situasi jika perlu dengan menggunakan murid yang berlainan 6. Perbincangan mengenai situasi boleh dilakukan setelah selesai aktiviti main peranan. Guru boleh membimbing murid-murid dalam membuat rumusan Konsep Main Peranan melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialahdramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cubamenyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secaraspontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau kelas yang memberi peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.

Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak seperti watak yang terdapat dalam situasi. Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan berpeluang memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih mendalam.

Langkah-langkah Melaksanakan Teknik Main Peranan

Teknik-Teknik Main Peranan

Kelebihan Teknik Main Peranan

Menambah minat dan mendorong kebolehan murid untuk belajar

teknik yang melibatkan gambaran-gambaran pengalaman secara murid terhadap spontan. sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip

cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkahlangkah penyampaian pelajaran melalui penyampaian yang tersusun

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis

Teknik Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiriberdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikanmasalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid murid dapat menggunakankemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah denganindividu tertentu dan mencatat isi-isi penting dan pelbagai lagi. Semasa di dalam proses ini murid-murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusandan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknikini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanyadalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Dengan menggunakan teknik ini gurudapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid - murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEATER PEMBACA Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip

pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan. Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing. Terdapat dua cara untuk

menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain.

Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita

Pengenalan

1. Melibatkan kumpulan murid 2. Menghayati dan membaca skrip cerita 3. Baca lancar, sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan cerita 4.Gerak aksi sesuai dengan suasana 5. Utamakan suara, sebutan, gerak badan, mimik muka agar murid mudah faham 6. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik. 7. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan

Teknik Bercerita Penggunaan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).

sejenak daripada

penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang

dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal

TEKNIK BERCERITA Sesuai dengan: -kanak

a

CONTOH TEKNIK BERCERITA

-teki

IMPLIKASI BERCERITA lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

sekeliling

harmoni dan seimbang

hayat.

IMPROVISASI TEATER Konsep Improvisasi Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum. Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menjelaskan; In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.

Improvisasi dan Kreativiti Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah: - Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar - Berdasarkan props ( peralatan/ objek ) - Improvisasi berdasarkan dialog - Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan - Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu - Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: i- Permainan Bebas ( Free Play ) - Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah - Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. - Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. - Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) - Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan ) - Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain. - Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat

persembahan. - Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi. iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) - Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. - Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan

seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.) - Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. - Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanakkanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play ) - Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. - Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. - Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti : i- nama penuh watak ii- umur iii- latar belakang keluarga iv- pekerjaan v- sikap dan tingkah laku vi- hobi atau minat vii- keadaan kesihatan dan viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan - Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanakkanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) - Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanakkanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut. vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation ) - Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru. - Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi. - Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini. - Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik. - Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu. - Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut. - Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut

Definisi Boneka Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Kesannya cukup baik ke arah: Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita Merangsang daya imaginasi Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.

Penggunaan Buku Besar Definisi Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku besar adalah satu bentuk penceritaan yang berpandukan buku yang mempunyai gambar yang jelas menunjukkan gambaran peristiwa tersebut berlaku. Pencerita akan bercerita sambil menunjukkan gambar yang terdapat dalam buku tersebut.

Kelebihan Penggunaan Buku Besar 1. Pendengar mendapat gambaran yang jelas akan apa yang diceritakan berdasarkan gambar yang terdapat pada buku tersebut 2. Menarik minat murid untuk mendengar cerita kerana mudah memahami cerita 3. Sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka mudah tertarik pada warna 4. Dapat melatih kanak-kanak berimaginasi berdasarkan gambar yang terdapat dalam buku besar tersebut