kertas big kana this sem
DESCRIPTION
mTRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAIPG KAMPUS RAJA MELEWAR
KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURUFASA 5
TARIKH14 SEPTEMBER 2015 (ISNIN)
TEMPATSJK (T) LADANG SEREMBAN
ANJURANPISMP BAHASA TAMILAMBILAN JUN 2013
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam RukunNegara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan jugasekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat pentingsebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yanglengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik disamping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agaria menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnyadalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalambukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yangmenekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai danprinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepadaperkara yang lebih penting.Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murnimembentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membinarealiti wawasan negara.
3.0 MATLAMAT
Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum disekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.
4.0 OBJEKTIF
Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:
Tarikh : 14 SEPTEMBER 2015 (ISNIN) Masa : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI Tempat : SJK (T) LADANG SEREMBAN ,71450 SUNGAI GADUT SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN Jarak : 17 KM dari IPG KAMPUS RAJA MELEWAR Tel. & Fax : 06-6772473
6.0 PESERTA
Seramai 16 orang guru pelatih, peserta adalah merupakan pelajar PISMP Ambilan Jun 2013, Kampus IPG Kampus Raja Melwar. Bersama seorang Pensyarah Pengiring Encik SHASITARAN RAMAN KUTTY, Penyelaras BIG sebagai Ketua Kontinjen Lawatan Penanda Aras. (Senarai nama rujuk lampiran
7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Ketua Kontinjen : En.Shasitharan A/L Raman Kutty Pengerusi : Kanageswary A/P Karunamoothei
Naib Pengerusi : Yoginaath A/L Iyappa Pillai
Setiausaha : Santihya A/P Perisamy
Bendahari : Renuga A/P Ganasen
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan : Latha A/P Sundara rajan
AJK Peralatan : Kalpanathevi A/P Raman
AJK Jurugambar : Tharsini Priya A/P Mohan
AJK Aktiviti : DuraiRaj A/L Santhra Saygan AJK Buku Program / Poster / Broshur : Kavitha A/P Palan
AJK Kebersihan & Keselamatan : Puvanesvari A/P Rajoo
AJK Pengangkutan : Deepa A/P Munusamy
AJK Perhubungan : Parameswary A/P Munusamy
AJK Dokumentasi : Kaladevi A/P Kalippan
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaanprogram :BILPERKARAJUMLAH
1.
2.
Elaaun Makan Dan Minum
RM 10.00 X 1Hari X 20 Orang
CenderhatiRM 100x 1 Cenderhati
RM 200.00
RM100.00
JumlahRM 300.00
8.0 JADUAL PROGRAM
Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera didalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN 2.
9.0 PENUTUP
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negDisediakan Oleh: Disemak dan disokong oleh:
...................................................... . (SANTHIYA PERISAMY) (EN.SHASITHARAN RAMANKUTTY SETIAUSAHA , PENYELARAS BIG,LAWATAN PENANDA ARAS LAWATAN PENANDA ARAS SJK (T) LADANG SEREMBAN SJK (T) LADANG SEREMBAN LAMPIRAN ISENARAI NAMA PESERTA
BilNama Peserta
1.DEEPA A/P MUNUSAMY
2.DURAI RAJ A/L SANTHRA SAYGAN
3.GONASUNDARI A/P ETTI
4.KALADEVI A/P KALIPPAN
5.KALPANATHEVI A/P RAMAN
6.KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI
7.KARTHI GESU A/L RAJENTERAN
8.KAVITHA A/P PALAN
9.LATHA A/P SUNDARA RAJAN
10.PARAMESWARI A/P MUNUSAMY
11.PUVANESWARI A/P RAJOO
12.RENUGA A/P GANASEN
13.SANTHIYA A/P PERISAMY
14.THARSHINIPRIYA A/P MOHAN
15.YOGAMALAR A/P AYYASAMY
16.YOGINAATH A/L IYAPPA PILLAI
LAMPIRAN IITENTATIF PROGRAM PADA 15 SEPTEMBER 2015 (SELASA)DI SJK(T) LADANG SEREMBAN.
MasaPerkara
7.00 pagi- Berkumpul di Garaj,IPG Raja Melewr
- Bertolak ke SJK(T) Ladang Seremban
8.00 pagi- Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah, SJK (T) Ladang Seremban
- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah
8.30 pagiSesi 1- Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan
kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran)
10.00 pagiSesi 2- Lawatan ke Bilik bilik Khas Mata Pelajaran, Makmal Komputer,
Makmal Sains, PSS, Pra-Sekolah, Linus, PPDa, BOSS dan lain-lain
12.00 pagi --Ucapan Penutupan dan perkongsian kejayaan dan kecemerlangan
sekolah (oleh; Guru Besar Cemerlang)
-Penyerahan cenderamata kepada pihak sekolah
1.00 petang-Makan tengahari
- Kembali ke IPG Kampus Raja Melewar