kk projek pengayaan
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
1/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
1
1.0 PENDAHULUAN
GURU merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baiknya sistem
pendidikan sekalipun, kalau agen yang menyampaikan itu tidak efektif , ia tidak akan mencapai
matlamat kesempurnaan insan. (Aminudin Mansor Majalah Pendidik 2005). Menurut Syarifah Alawiyah ,
pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang membawa murid ke hasil pembelajaran yang
dimahukan.
Kajian ahli psikologi Barat S.L.Pressey, jelas menerangkan satu daripada masalah
pendidikan yang utama ialah mangsa pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan
adalah berhubung rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab sebagai pendidik,
di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan mempunyai sahsiah yang
luhur. Oleh itu, guru seharusnya prihatin dengan pencapaian murid murid dari masa ke
semasa terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Salah satu
aspek yang yang harus diberi penekanan ialah pemulihan terutamanya dalam bacaan.
Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita.
Perkembangan dan kemajuan negara banyak bergantung kepada kecemerlangan dan kualiti
pendidikan yang dihasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan, memang tidak lari dari peranan
yang dimainkan oleh guru. Guru kreatf dan efektif tentulah guru yang baik. Guru yang baik
adalah guru yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik.
Guru yang mengajar bacaan dengan berkesan merupakan guru yang sememangnya
minat membaca, banyak membaca, dan mahir membaca. Oleh itu, mengetahui teknik
mengajar membaca sahaja sebenarnya bukanlah sesuatu jaminan bahawa murid murid akan
cepat menguasai kemahiran membaca.Guru kreatif dan berinovatif akan sentiasa mencipta
teknik sendiri yang difikirkan sesuai dengan situasi dan tahap kepintaran murid murid.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
2/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
2
Penggunaan ICT dalam bacaan juga,pastinya akan menarik minat murid untuk
membaca. Tulisan yang berwarna warni dan grafik yang menarik ,membuatkan murid murid
akan bersungguh sungguh berusaha untuk menguasai kemahiran membaca. Murid akanlebih berminat lagi sekiranya ia dipulihkan melalui pembacaan cerita. Ini sebagaimana seperti
cerita Lagenda Mahsuri yang saya sediakan melalui slaid power point.Dengan kata lain,
kemahiran bahasa murid murid akan meningkat, jika mereka telah menguasai membaca dan
membaca pelbagai bahan bacaan.
Walaupun satu kalimah yang diajarnya dialah gurumu
Peribahasa Arab
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
3/20
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
4/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
4
Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu selepas
kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid
murid telah berjaya menguasai kemahiran yang diajar, maka mereka akan diberikan aktiviti
pengayaan. Bagi murid murid yang masih gagal dalam program pemulihan yang dijalankan
dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan khas. Dalam peringkat ini,
murid murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan
yang dirancang oleh guru pemulihan itu.
2.1 Rasional Dan Objektif Pendidikan Pemulihan
Pemulihan mengikut kajian pakar pakar pendidik, merupakan kumpulan kanak kanak
pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang
berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu
membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran abstrak. Oleh itu, ramai murid
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Untuk membantu murid murid ini
mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu satunya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Murid yang lemah dalam pelajaran memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru
semasa menjalani aktiviti pembelajaran. Murid murid dalam golongan ini biasanya tidak
bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak
berdisiplin semasa belajar. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak
cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Justeru itu, program pemulihan haruslah
disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi
agar mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan rakan sekelas mereka.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
5/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
5
Objektif pendidikan pemulihan bertujuan membolehkan murid murid yang menghadapi
masalah pembelajaran supaya dapat menguasai kemahiran kemahiran tertentu dengan
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehanmereka. Ia juga agar murid murid ini mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan
dan perkembangan positif mereka. Selain itu, ia dapat mengurangkan masalah pembelajaran
yang dihadapi serta mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat
yang memuaskan.
Seterusnya pendidikan pemulihan ini, akan memberi peluang yang sama dengan
melibatkan murid murid itu dalam aktiviti aktiviti sosial, baik dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Mereka juga akan mengamalkan sikap positif seperti mempunyai keyakinan diri
dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat. Paling penting, murid
murid ini akan dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya
mengurangkan masalah keciciran.
.
Rajah:Skop kajian pendidikan pemulihan dan imbuhan
Pendidikan imbuhan
(sosioekonomi dan politik )
PENDIDIKANPEMULIHAN ( PEDAGOGI ))
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
6/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
6
Beberapa strategi boleh dijalankan di sekolah terutamanya mewujudkan kerjasama antara guru
pemulihan dengan guru kelas. Dalam hubungan ini, guru pemulihan dan guru kelas sentiasa
digalakkan meengadakan perbincangan dari semasa ke semasa untuk membantu
menyelesaikan masalah murid. Ini bertujuan untuk mengesan perkembangan pencapaian murid
secara berterusan. Mereka juga digalakkan bekerjasama dalam mengendalikan aktiviti
pemulihan.
Guru pemulihan juga harus mempunyai hubungan profesional dengan guru panitia
Bahasa Melayu. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dalam
tempoh dua atau tiga bulan sekali. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk membincangkan
perkembangan pencapaian murid murid lemah. Dalam pertemuan ini, ibu bapa akan diberi
tunjuk ajar tentang cara - cara membimbing anak mereka yang lemah dalam pembelajaran.
Guru kelas pula hendaklah memberi tumpuan khusus kepada murid murid lemah
selama 10 hingga 20 minit bagi setiap waktu pelajaran. Guru juga harus memastikan hubungan
yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas
juga hendaklah memastikan hubungan yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan
dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas juga hendaklah meastikan hubungan dengan ibu
bapa murid pemulihan sentiasa terjalin bagi memudahkan kedua dua pihak mengatasi
masalah tersebut.
Secara umumnya , murid murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran
adalah terdiri daripada murid murid yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung
rapat dengan beberapa faktor. Antaranya ialah faktor faktor pembelajaran yang
berkemungkinan kurikulum yang kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak - kanak,
strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai ataupun bahan pelajaran yang
disediakan tidak menarik minat murid murid.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
7/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
7
Faktor peribadi juga merupakan aspek yang menyebabkan murid murid mengahadi
masalah pembelajaran seperti kemiskinan dan masalah sosial. Faktor masalah peribadi
merupakan satu putaran yang luas dalam proses pembelajaran seseorang murid. Mereka tidakmempunyai motivasi yang kuat untuk belajar. Aspek lain ialah kurang kecerdasan di mana
murid murid yang menghadapi masalah mental ialah murid yang lambat berfikir, cepat lupa,
sukar memahami, lemah pengamatan dan sebagainya.Seterusnya ialah masalah fizikal, di
mana murid murid yang kurang sihat akan menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
Murid murid ini berkemungkinan kekurangan zat makanan yang menyebabkan kurang
semangat dan tumpuan kerana lesu dan penat. Tenaga belajar juga menjadi kurang, mungkin
kerana mereka terpaksa bekerja sambilan membantu ibu bapa yang miskin. Seterusnya murid
murid yang kurang sihat, amat mudah diserang pelbagai penyakit. Mereka kurang cergas,
menyebabkan otak mereka lembab berfikir iaitu kurang cerdas.
Di samping itu aspek psikologi yang berkait rapat dengan emosi. Murid murid ini
mempunyai perasaan terlalu rendah diri, takut, malu, marah, pemberontak dan sebagainya.
Murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran mungkin akan membeci guru dan
sekolah atau menjadi seorang pemalu. Murid murid yang mempunyai kecacatan fizikal
mungkin akan hilang keyakinan diri dalam aktiviti pembelajaran.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
8/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
8
Rajah:Proses pengelolaan sesi pemulihan
3.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELASKHAS.
Rajah Atas: Langkah langkah pengajaran pemulihan
Mengenal pasti
murid
Tindakan
susulanpenilaianpengajaran
perancanganMenganalisis
masalah
Pengajaran Guru Pembelajaran Murid
latihan penilaian
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
9/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
9
Murid murid bermasalah kesukaran dapat dikenal pasti melalui pemerhatian,
pembinaan inventori, menginterprestasi rekod prestasi, ujian kertas dan pensel, latihan, dan
mengadakan sesi soal jawab. Seterusnya ialah guru perlu merancang hasil pembelajaran,
strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran daan pembelajaran, dan membuatpenilaian. Proses perancangan seharusnya berdasarkan kebolehan, keperluan, minat,
pengalaman, kekuatan dan kelemahan murid.
Aktiviti pemulihan bagi murid murid yang menghadapi kesukaran pembelajaran boleh
dilaksanakan semasa murid murid lain menyelesaikan tugasan atau semasa mereka
melakukan aktiviti pengayaan. Bagi aktiviti pemulihan, proses penilaian adalah penting
mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Murid murid yang telah menguasai kemahiran
kemahiran tertentu perlu diberikan maklum balas positif untuk meningkatkan keyakinan diri
mereka untuk terus belajar.
Selepas proses penilaian, murid murid yang telah menguasai kemahiran kemahiran,
perlu dipindahkan ke dalam kumpulan sama kebolehan. Manaka murid murid yang belum
menguasai kemahiran, dirujuk kepada guru pemulihan khas.
Pengajaran Guru
Mengenlpasti kesukaran pembelajaran
merancang
mengajar
menilai
Tindakan susulan
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
10/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
10
4.0 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN
DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS.
Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas di luar Negara , secara ringkasnya dua buah
negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England.
Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah termaktubnya PL 94 142, sementara di
England pula selepas Laporan Warnock. Sejarah dalam negara bermula pada tahun 1965
apabila tiga orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968,
seramai Sembilan orang guru telah mendapat latihan di luar Negara.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
11/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
11
Program Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid murid lemah di sekolah rendah. Program ini ditumpukan kepada
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru
guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Dari sudut
FalsafahPelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas akan memenuhi keperluan
setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh
itu ianya selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.
Pemulihan dalam kelas biasa merupakan aktiviti KBSR yang dijalankan dalam kelas
biasa untuk membantu murid murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang
telah dipelajari. Antara program yang dijalankan ialah program yang dikendalikan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum untuk membantu murid murid menguasai kemahiran asas 2M iaitu
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis ( KIA2M ). Murid murid ini dikehendaki
menduduki ujian penapisan, pelepasan dua sebelum dilepaskan tetapi bagi murid yang gagal
ujian pelepasan tiga, mereka akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas.
Begitu juga dengan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang menggantikan
Program KIA2M. Di dalam kelas biasa, murid murid ini menjalani Ujian Saringan. Selepas
Ujian Saringan 2, jika murid murid hanya menguasai konstruk 1 daripada 12 konstrak yang
diberi, mereka akan ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas. Menerusi program PROTIM pula,
program pemulihan 3M telah dirancang bagi membantu murid murid tahap dua iaitu tahun
empat, lima dan enam.
Dalam konteks sekolah rendah, program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan
tindakan yang dijalankan untuk membantu murid murid yang mengalami kesukaran dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.Di Kelas Pemulihan Khas, murid
murid yang telah dikenal pasti akan datang ke Kelas Pemulihan Khas pada waktu yang
ditentukan untuk belajar Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Mereka akan dihantar balik ke
kelas ( tidak perlu datang lagi ) apabila telah menguasai kemahiran asas yang ditentukan. Kelas
ini dikendalikan oleh seorang guru khas yang terlatih.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
12/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
12
Murid murid yang ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas ialah murid murid daripada
pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam satu
kelas khas untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Bagi setiap sesi pemulihan,bilangan murid yang ditetapkan ialah seramai 7 10 orang. Peruntukan waktu untuk kelas ini
adalah sebanyak 20 jam seminggu termasuk dua jam seminggu untuk sesi panduan dan
bimbingan kaunseling bertujuan untuk memotivasikan murid pemulihan.
Yang nyata, murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan
pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-
murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan
khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran
lain.
Kelas Pemulihan Khas dilengkapi dengan pelbagai keperluan pembelajaran seperti
kerusi meja, alat tulis, barang permainan dan penyediaan kelas yang kondusif untuk menarik
minat murid pemulihan. Semua maklumat murid seperti nama, rekod rekod aktiviti, rekod
pencapaian kemahiran, jadual kedatangan dan laporan terperinci hendaklah disusun dalam
almari di Kelas Pendidikan Khas. Papan papan kenyataan yang dihiasi juga mesti dilengkapi
dengan jadual kelas,maklumat latar belakang murid, prestasi kemahiran, prestasi sikap dan
sosial serta prestasi akademik. Hasil kerja murid yang baik dan boleh dijadikan contoh dan
dipamerkan sebagai bahan motivasi kepada murid lain.
Selain itu, gambar mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi juga elok
dipamerkan.Pastikan juga kelas mendapat udara yang segar dan terhindar daripada bunyi
bising dan juga bau yang kurang menyenangkan. Elakkan daripada meletakkan kelas ini di
hujung bangunnan sekolah atau bawah tangga. Murid pemulihan juga perlu mendapat layanan
yang sama seperti murid normal yang lain.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
13/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
13
Kaedah pemulihan di dalam kelas biasa pula dirancang dan dikendalikan oleh guru mata
pelajaran mengikut jadual waktu biasa. Murid murid disatukan dalam satu kelas, sama ada
murid murid yang cerdas, sederhana atau lemah. Waktu memulihkan murid murid adalahsecara berterusan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Pemulihan Kelas Biasa
Pendidikan Pemulihan Kelas Khas
Murid murid mengalami masalahpembelajaran yang ringan iaitu mereka lamat
menguasai sesuatu kemahiran.
Murid murid mengalami masalahpembelajaran yang berat / kompleks. Murid
murid ini tidak dapat menguasai kemahiran 3M
( membaca,menulis,mengira) selepas
saringan.
Menggunakan sukatan yang sama Menggunakan sukatan yang berbeza
Guru yang sama Guru yang dilantik khas dan telah mengikuti
kursus.
Masa pembelajaran mengikut jadual waktu
biasa.
Jadual sendiri yang berasingan.
Tempat pembelajaran di dalam kelas. Di dalam kelas khas yang lengkap denganperabot.
Rajah: Perbezaan Pendidikan Pemulihan Kelas Biasa dan Kelas Khas.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
14/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
14
Walaubagaimanapun setiap kaedah itu ada kelebihan dan kekurangannya.
Pendidikan Pemulihan kelas Biasa akan menjimatkan masa guru di mana penumpuan guru
tertumpu pada seluruh pelajar di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah
digunakan. Guru hanya memberi penerangan sekali sahaja dan menyeluruh kepada sebuah
kelas. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. Wujudnya
semangat kerjasama dan bantu membantu antara murid yang yang cerdas dengan murid yang
lemah. Di sini akan wujudnya pembimbing rakan sbaya iaitu sikap saling bantu membantu iaitu
di mana murid yang pandai akan menunjuk ajar rakan sekelas mereka yang lemah.
Selain itu, mutu pelajaran juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti kelas yang dijalankan
secara kumpulan. Penghasilan bahan yang dibuat dalam kumpulan akan mempengaruhi rakan
rakan yang lain. Ini secara tidak langsung akan membaiki kelemahan mereka melalui
pemerhatian terhadap hasil kerja rakan mereka. Persaingan yang sihat juga akan berlaku di
mana murid murid akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi mendapat
pujian seperti rakan rakan yang lain. Naluri kanak kanak memang suka dipuji dan dijadikan
contoh. Namun begitu terdapat kelemahan pendidikan pemulihan di dalam kelas biasa. Murid
murid yang mempunyai tahap emosi yang lemah akan berasa terlalu rendah diri dan
mengasingkan diri.
Keadaan ini, menyebabkan murid murid yang lemah akan terus ketinggalan di mana
mereka hanya menjadi pendengar sahaja tanpa mempelajari sesuatu.
Mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar secara menyeluruh tanpa tumpuan khusus
terhadap mereka. Pengajaran guru secara menyeluruh yang lebih menumpukan kepada
kumpulan murid yang cergas dan sederhana, pastinya tidak dapat mengikuti pelajaran seperti
biasa.
Dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, murid murid yang ketinggalan
hanya mengikut murid yang lebih pandai. Ini menyebabkan mereka tidak belajar, sebaliknya
hanya meniru sahaja. Berkemungkinan juga murid murid yang lemah ini akan dipinggirkan
oleh rakan rakan sekelas yang lebih pandai di mana mereka tidak diberi peluang melakukan
aktiviti yang mencabar.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
15/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
15
Murid murid kumpulan yang cergas dan sederhana akan memonopoli sesuatu aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas. Jika bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas, menyebabkan
guru akan terlepas pandang kepada murid pemulihan ini. Guru akan membuat andaian bahawa
semua murid telah memahami pelajaran tanpa penilaian individu.
Manakala kelebihan murid murid yang mengikuti pemulihan di Kelas Pemulihan khas
ialah guru telah mengenal pasti kemahiran yang belum dikuasai oleh murid. Pengelompokan
dibuat selepas ujian saringan yang tidak disedari oleh murid. Murid murid pemulihan ini akan
mendapat perhatian sepenuhnya kerana bimbingan diberikan dalam kumpulan kecil atau
secara individu. Murid murid ini tidak berasa terasing apabila berada dalam kumpulan ini.
Murid murid yang mempunyai aras kebolehan yang sama ini, dapat melahirkan idea dan
pendapat tanpa perasaan malu. Secara tidak langsung idea idea mereka dapat dilahirkan
dalam bentuk kumpulan.
Guru pula lebih mudah menjalankan aktiviti pembelajaran mengikut keupayaan mereka
sendiri dengan lebih mudah kerana arahan guru sesuai pada tahap pemikiran mereka. Apabila
guru memberi sesuatu aktiviti, kumpulan ini dapat menjalankannya dengan mudah kerana
tahap latihan yang diberi oleh guru sesuai dengan tahap pencapaian dan kebolehan mereka.
Namun demikian, tetap wujud beberapa kelemahan pendidikan pemulihan di dalam
Kelas Pendidikan Khas ini. Antaranya ialah murid murid bergantung sepenuhnya kepada
pengajaran guru. Oleh itu, guru perlu benar benar mahir dan kreatif dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran agar semua murid berminat dan memberi tumpuan ketika belajar. Selain itu
sekiranya murid ini sedar, mereka diasingkan maka mereka akan berasa rendah diri. Secara
tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka pasif ketika berada di sekolah mahupun di
dalam bilik darjah.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
16/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
16
5.0 PENGAYAAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)mentakrifkan pengayaan sebagai perihal
(usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata.
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan
sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan
untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama
ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti
pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Rajah: Proses pelajaran Bahasa Malaysia
Pelajaran Bahasa Malaysia
membaca
Pencapaian Kumpulan murid
memuaskan
Aktiviti Penilaian
Aktiviti PemulihanAktiviti Pengayaan
Pencapaian Kumpulan murid
kurang memuaskan
lisanmenulis
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
17/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
17
5.1 Rasional Dan Objektif Pendidikan Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangatberdikari, daya cipta serta bakat pimpinan mereka.Justeru, tujuan program pengayaan adalah
untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang
sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka
mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan
serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan
masyarakat.
Tujuan dan rasional pengayaan adalah untuk memperkembangkan kemahiran-
kemahiran yang sedia ada pada murid, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka,
membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat
ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinanmurid-murid dalam pelbagai bidang dan untuk
memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima.
Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas, mempunyai kebolehan, minat dan
bakat yang berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pengetahuan juga berbeza. Justeru itu, murid murid yang mempunyai kebolehan yang
berlainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
keupayaan dan perkembangan mental mereka. Dengan adanya program pengayaan, adalah
diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan menggembirakan tetapi juga memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
18/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
18
Antara objektif pengayaan adalah untuk memberi peluang kepada murid murid supaya
mereka dapat menggunakan kemahiran kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran
biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran
pelajaran tertentu. Selain itu, murid murid dapat menjalani aktiviti- aktiviti pembelajaran yang
menarik dan mencabar serta boleh memperkembangkan minat dan bakat mereka. Seterusnya,
ia juga dapat memupuk minat membaca dan menyemai sifat berdikari dan minat belajar.
Seterusnya melalui aktiviti pengayaan, para guru boleh menilai sesuatu hasil kerja mereka
serta bakat kepimpinan murid murid boleh dikembangkan.
Contoh contoh aktiviti pengayaan dalam konteks KBSR dan KBSM ditumpukan
kepada membaca, menulis dan mengira. Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad
bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan
mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan
Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan , pantun , teka-teki ,
dialog , cerita dan berita .Aktiviti pengayaan penulisan biasanya disediakan dalam bentuk
lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya
disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.
Rajah:Aktiviti Pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan
Kumpulan cerdas Kumpulan sederhana Kumpulan lambat
Aktiviti PemulihanAktiviti Pengayaan
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
19/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
19
6.0 PENUTUP
Ahli psikologi Barat, W.F.Connell berkata, salah satu tujuan pendidikan ialah
mendapatkan pengetahuan dan pengetahuan ini harus disusun dengan cara tertentu yang
dapat menampakkan kaitan dengan tradisi pembelajaran. Oleh itu, semua guru mesti berusaha
menjadikan anak muridnya Berjaya dengan cemerlang dalam apa cara sekalipun. Bagi murid
murid yang lemah, pemulihan perlu diberikan, manakala bagi murid yang mempunyai aras
kebolehan yang tinggi, murid murid tersebut perlu diberi pengayaan. Kejayaan Program
Pendidikan Pemulihan amat bergantung kepada sejauh mana guru pemulihan itu dapat
melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Setiap orang guru pemulihan perlu mempunyai
perwatakan guru yang baik serta memahami peranan yang boleh dilaksanakan dalam
memenuhi bidang tugas masing masing.
Di dalam kelas biasa, guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti
pemulihan untuk membantu murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan aktiviti
pengayaan bagi murid yang telah menguasai kemahiran yang telah diajar. Di antara peranan
yang penting ialah mengatur langkah langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
dan pengayaan ialah menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan
dalam sesi pemulihan dan pengayaan, menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan dan
pengayaan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Seperti mana yang diketahui umum, murid murid di dalam sesebuah kelas berbeza
dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang
demikin, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang
mengandungi ramai murid, perbezaan perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi
perhatian guru. Akibatnya murid murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat
menguasai kemahiran kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah
disediakan dengan serta merta supaya masalah keciciran dalam pembelajaran bagi murid
murid ini dapat diatasi.
-
7/31/2019 Kk Projek Pengayaan
20/20
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
20
Dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan pemulihan merupakan aktiviti alternatif bagi
membantu murid murid yang menghadapi kesukaran pembelajaran untuk menguasai
kemahiran tertentu. Manakala program pengayaan adalah untuk semua murid dalam bilikdarjah. Aktiviti pengayaan terdiri daripada aktiviti tambahan untuk mengukuhkan aktiviti
pembelajaran asas. Menerusi program pengayaan juga, murid murid berpeluang melakukan
aktiviti yang lebih mencabar selepas mereka menguasai sesuatu topic atau kemahiran.
Manusia mempunyai akal yang boleh dibentuk dan dididik menjadi golongan
yang berilmu dan berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah.