kedudukn bm

Upload: rose-amaniey

Post on 01-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JHJ

TRANSCRIPT

Kesilapan pihak berwajib yang sering menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia juga menyebabkan kepercayaan atau penerimaan masyarakat terhakis dan memberi kesan kepada golongan muda iaitu mereka menjadi salah faham tentang konsep serta penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Penerangan atau ulasan yang terperinci serta keputusan muktamad perlu dilakukan oleh pihak berwajib iaitu kerajaan Malaysia sama ada ingin menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia dan tidak seharusnya menukar perkataan tersebut berulang kali kerana akan menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat. Perubahan tersebut juga sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan. Kajian yang terperinci perlu dibuat bagi jangka masa yang panjang dan keputusan yang rasmi dan muktamad perlu dibuat supaya masyarakat mampu menerima dan memahami maksud sebenar kepada perubahan tersebut. Sudah pasti apabila keputusan muktamad telah dibuat, masyarakat tidak lagi akan menjadi keliru dan bersoal jawab tentang perkara tersebut.Bahasa Melayu diletakkan sebagai Bahasa Malaysia adalah tidak wajar kerana ini mencacatkan lagi imej bangsa Melayu yang merupakan pemilik asal kepada Bahasa Melayu.penjenamaan semula Bahasa Melayuistilah Bahasa Melayu yang kerap berubah-ubah. Dahulunya Bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia dan seterusnya ditukar lagi kepada Bahasa Melayu dan kini kembali semula kepada Bahasa Malaysia, semua ini telah menimbulkan kekeliruanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 secara berperingkat bagi mengantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Semua ini baik kerana kementerian pendidikan telah menetapkan satu standard dan kualiti perlu dicapai terhadap pembelajaran terutamanaya yang melibatkan bahasa melayu.Bagi pendapat saya, pembubaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ialah tindakan yang tepat. Hal ini demikian kerana ia bukan sahaja menjejaskan peranan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan disekolah malahan turut menghalang pelajar untuk mempelajari subjek tersebut melalui bahasa yang mudah difahami.Isu bahasa melayu ini turut menyebabkan guru terpaksa mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan murid dan dalam masa yang sama mereka harus memainkan peranan untuk memupuk sikap cintakan bahasa melayu.Bahasa Melayu yang mengalamai penjenamaan semula kepada Bahasa Malaysia. Kemudian ditukar kembali kepada Bahasa Melayu dan kini kembali semula menggunakan Bahasa Malaysia telah menghakis kewibawaan bahasa melayu itu sendiri. Dalam Perlembagaan telah tercatat bahasa bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Jadi, seharusnya isu penggunaan nama untuk bahasa kebangsaan ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Tidak timbul isu perkauman lagi kerana semuanya telah termaktub dalam perlembagaan.Bahasa melayu telah di tukar kepada bahasa Malaysia, kemudian menggunakan semula bahasa Melayu dan kini berbalik semula kepada nama bahasa Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaumJika dahulu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah diguna pakai unuk pengajaran Bahasa Melayu kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan bagi membantu meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. KSSR lebih menekankan pengajaran berpusatkan murid.Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diberikan secara menyeluruh dan mendalam dimana ianya meliputi kemahiran berbahasa,hasil pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.Sesungguhnya jika kita mampu menghayati organisasi kandungan dalam subjek bahasa Melayu,kita mampu untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan sebaiknya.Perubahan-perubahan dalam pendidikan mengakibatkan para pelajar dan pendidik keliru. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada suatu ketika dahulu telah merombak banyak perkara. Antaranya semua buku teks telah digantikan kepada bahasa Inggeris, masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tersebut juga telah ditambah. Perubahan seperti itu sememangnya ada baiknya, namun kita juga harus mengambil kira aspek lain seperti guru-guru Sains dan Matematik tidak semuanya mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris apatah lagi melibatkan istilah-istilah khusus dalam subjek tersebut.Penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak dalam subjek tersebut akan menyebabkan seseorang pelajar tersebut lebih berfokus kepada bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.Hal ini kerana mereka menganggap bahasa Melayu begitu mudah untuk dipelajari dan mereka seharusnya berfokus kepada bahasa Inggeris.Perubahan sikap pelajar yang seperti inilah yang menyebabkan bahasa Melayu terpinggir di mata pelajar.n murid murid di Bandar akan terus mengabaikan subjek Bhasa Melayu sedangkan termaktub dalm FPK, bhasa Melayu adalah bahsa [engantar untuk sekolah rendah.Subjek Bahasa melayu tidak diwajar dibuat sebegitu kerana dalam KSSr sendiri ada menyatakan bahawa subjek Bahasa melayu adalah subjek yang perlu diberi perhatian leh para murid kerana ianya telah banyak menggunakan bahasa yang standard.Kemahiran kemahiran ini juga ada termaktub di dalam sukata pembelajaran Bahasa Melayu KSSR.