kecerdasan pelbagai

41
1.0) Pendahuluan Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ciri- ciri pengajaran guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI),proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni. Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam “The Condition of Learning “, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang 1

Upload: jananijj

Post on 07-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kecerdasan pelbagai

TRANSCRIPT

1.0) Pendahuluan

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ciri-ciri pengajaran guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI),proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning , pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan, secara formal dan tak formal, secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira , secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu. Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.

2.0) Definisi Pedagogi

Perkataan pedagogi berasal daripada perkataan greek pedagoguependidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi bermaksud sains dan seni pengajaran yang melibatkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran.

Mengikut Mok Soon Sang (2002) pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Pendapat Mok Soon Sang ada kebenarannya kerana pedagogi merupakan kaedah mengajar yang perlu dipraktikkan oleh semua guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jikalau guru tidak mempunyai dan tidak memilih kaedah mengajar yang betu dan tepat maka pengajaran guru tidak berkualiti dan juga tidak optimum. Dalam lain perkataan guru tersebut tidak dapat mencapai hasil pembelajaran dengan tepat menyebabkan pengajaran guru akan gagal.

Shafritzn(1997) mentakrifkan pedagogi sebagai prinsip dan kaedah pengajaran. Menurut Cruickhank mengatakan bahawa pedagogi adalah seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip,kaedah,teknik dan strategi untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Mengikut Concise Encyclopaedia Brinnica ,ditinjau dari sudut tradisi ,pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Ada juga ahli pendidikan yang berpendapat bahawa pedagogi ialah ilmu yang menerangkan tentang kaedah pengajaran (Sharifah Alwayiyah,1976).

Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang menarik kepada para pelajar. Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru. Seorang guru harus menguasai pengetahuan pedagogi yang akan membantu mereka mendalami dalam kursus yang mereka ikuti.

Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang guru. Kita perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.

3.0 Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan.Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir,bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan seseorang murid yang lain.

Kecerdasan pelbagai terdapat sekurang kurangnya lapan jenis.Secara mudah simbol di bawah mengambarkan setiap jenis kecerdasan yang melibatkan kecenderungan potensi seseorang dalam bentuk verbal linguistik,logik matematik,visual ruang,kinestetik,muzik,interpersonal,intrapersonal dan naturalis.

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, satu lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Beliau menyatakan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada lapan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

3.1 ) Kecerdasan Verbal Linguistik

Kebolehan mengggunakkan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan termasuklah kebolehan mengingat maklumat ,meyakini orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri serta cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan.

3.2 ) Kecerdasan Logik Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap dan membuat keputusan .Selain itu, Kebolehan menggunakkan nombor secara berkesan dan bijak berhujah termasuklah memahami kelompok nombor asas ,prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

3.3) Kecerdasan Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk ruang ,warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi.

3.4) Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.Selain itu,kebolehan menggunakkan badan untuk menyatakan idea dan perasaan dan menyelesaikan masalah kemahiran fizikal seperti koordinasi ,keanjalan,kepantasan dan keseimbangan. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan gerakan badan, gimnastik, permainan (otot kasar/otot halus) .Kanak-kanak suka melakukan pergerakan (menari).

Guru boleh

Memberi peluang kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal.

Menyediakan tempat bermain di dalam atau di luar kelas.

Menggalakkan kanak-kanak menyertai acara sukan / tarian.

3.5 ) Kecerdasan Muzik

Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

3.6 ) Kecerdasan Intrapersonal

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diriyang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.Secara keseluruhannya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.

Guru boleh:

-Sedia mendengar perasaan kanak-kanak dan memberi maklum balas yang sesuai.

-Menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka.

3.7) Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Guru boleh

-Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan.

-Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi.

3.8) Kecerdasan Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Guru boleh

-Mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di luar bilik darjah (nature walk).

4.0 Analisis Kecerdasan Pelbagai Dalam Kurikulam Tahun 4

4.1 . Kecerdasan Linguistik ( tahun 4 )

Tajuk : Salasilah Keluarga Saya ( m/s 20)

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Murid yang kecerdasan verbal-linguistik yang tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Murid ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.Mereka mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

A ) Contoh 1 ( Tajuk Salasilah Keluarga Saya m/s 20)

Dalam tajuk ini murid dikehendaki membina salasilah keluarga mereka sendiri serta harus menceritakan salasilah keluarga mereka dihadapan kelas. Aktiviti ini mendorong murid untuk bertanya kepada ibu bapa mereka tentang nama nenek dan datuk mereka. Secara tidak langsung murid dapat berbicara dengan ibu bapa mereka serta berceritakan salasilah keluarganya. Murid juga mendengar dengan teliti tentang nama datuk dan nenek mereka dan dapat menceritakan dihadapan kelas dengan mengingatkan nama-nama datuk dan nenek mereka.

B) Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Verbal Linguistik

Aktiviti ini menyebabkan murid mahir dalam penggunaan bahasa.Selain itu,murid juga dapat menggunakkan perkataan dengan tepat.Selain itu,proses ini menyebabkan murid mengenali perkataan perkataan baharu serta cara menggunakan dalam percakapan seharian.Contohnya, menceritakan tentang salasilah keluarga dengan mengunakan perkataan perkataan baru untuk menceritakan tentang keluarganya.Seterusnya, dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa.Lama-kelamaan murid dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dalam mengenali dan mengunakkan perkataan.

C) Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Verbal Linguistik

Aktiviti ini menyebabkan segelintir murid tidak dapat menguasai kerana tidak mahir membaca menyebabkan murid tidak dapat menceritakan tentang salasilah keluarganya serta menyebabkan gagal untuk menggunakkan perkataan yang sesuai untuk menceritakan . Semua murid tidak dalam tahap yang sama tetapi berbeza menyebabkan semua murid tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.

4.2) Kecergasan Naturalis ( Tahun 4 m/s 64 )

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

A) Contohnya:

Melalui tajuk Pentingnya Alam Sekitar guru dapat memberikan aktiviti luar bilik darjah seperti melihat kawasan sekolah atau kawasan tempat tinggal mereka dan menceritakan keadaan tempat tinggal dan kawasan sekolah mereka. Sebelum memberikan tugasan ini guru memberikan maklumat tentang kebaikan dan keburukkan jika murid tidak jaga alam sekitar. Setelah murid melihat kawasan -kawasan berkenaan murid dapat menjustifikasikan bahawa kepentingan menjaga alam sekitar.Seperti murid tidak akan buang sampah dalam atau luar kawasan sekolah dan inginkan kawasan alam sekitar yang indah.

B) Kelebihan Pengaplikasikan Kecerdasan Naturalis

Aktiviti ini menyebabkan murid secara langsungnya menyedari bahawa kepentingan menjaga alam sekitar dan menjaganya untuk kepentingan bersama. Selain itu, menambahkan lagi nilai tanggungjawab dalam diri murid serta menyedarkan dirinya bahawa dirinya juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.

C) Kelemahan Pengaplikasikan Kecerdasan Naturalis

Aktiviti ini menyebabkan murid tidak dapat menceritakan keadaan kawasan tempat tinggal serta kawasan sekolah kerana murid tidak mempunyai kesedaran diri untuk membezakan sama ada tempat yang bersih dengan yang tercemar.

4.3. Kecerdasan Kinestetik ( Tahun 4 m/s 66 )

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.Selain itu,kebolehan menggunakkan badan untuk menyatakan idea dan perasaan dan menyelesaikan masalah kemahiran fizikal seperti koordinasi ,keanjalan,kepantasan dan keseimbangan. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan gerakan badan, gimnastik, permainan (otot kasar/otot halus) . Kanak-kanak suka melakukan pergerakan (menari).

Contoh ;

A. Melalui tajuk Perubahan Zaman Air Batu Guru dapat membuat hand on aktiviti.Sebelum ini murid tidak pernah melihat zaman air batu melalui tajuk ini murid dapat menjalankan uji kaji serta dapat merumuskan perubahan yang berlaku pada zaman tersebut. Murid menggunakkan kertas putih dan biru ,pita pelekat,binatang mainan,beg plastik ,getah dan air untuk membina bumi yang telah sejuk dan cairkan.

B) Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Kinestetik

Melalui tajuk ini dapat menarik minat murid melalui penglibatan diri dalam aktiviti. Dengan penglibatan diri murid dapat merasai dan memahami dengan mendalami topik tersebut. Murid tersebut dapat merasai keadaan tempat tersebut yang sejuk.Jika guru menyatakan bahawa zaman air batu tempat tersebut sejuk murid hanya mengetahui sahaja tetapi tidak dapat merasai malah murid membuat dan dapat merasai serta mengetahui dan mengingatinya pada jangka masa panjang

C) Kelemahan Pengaplikasian Kecerdasan Kinestetik

Melalui tajuk ini juga mempunyai beberapa kelemahan iaitu untuk menyejukkan air tersebut mengambil masa yang lama kemungkinan murid tidak sempat merasai kesejukkan zaman air batu binaan mereka pada masa pengajaran dan pembelajaran.

4.4 Kecerdasan Logik Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap dan membuat keputusan .Selain itu, Kebolehan menggunakkan nombor secara berkesan dan bijak berhujah termasuklah memahami kelompok nombor asas ,prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Contoh 1 :

A.)

Melalui tajuk dari buku teks tahun 4 unit 1 Konsep Masa dalam Sejarah guru dapat memberikan aktiviti garis masa. Melalui aktiviti ini guru memberikan aktiviti untuk mencari maksud dekad,abad dan alaf. Melalui aktiviti ini murid dapat mengenali nilai bagi setiap perkataan yang diberi.

Contoh 2 :

Melalui tajuk ini guru juga dapat memberikan aktiviti berdasarkan peristiwa periswa yang berlaku dalam kehidupan murid tersebut iaitu menghasilkan garis masa peristiwa penting dalam kehidupan mereka.

B.) Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Logik Matematik

Aktiviti ini memberikan murid mahir untuk menyelesaikan masalah pengiraan dengan mudah .Selain itu, aktiviti ini mendorong murid untuk menggunakkan komputer dengan cekap untuk mendapatkan maksud perkataan yang diberikan oleh guru.Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kebolehan menggunakkan nombor dan menjangka peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada dirinya.

C.) Kelemahan Pengaplikasian Kecerdasan Logik Matematik

Aktiviti ini terdapat beberapa kelemahan iaitu bukan semua murid dapat menguasai atau mengetahui nilai bagi perkataan yang diberi kerana semua murid tidak mahir menggunakkan komputer. Jika murid tidak mengetahui maksud perkataan maka sukar bagi murid menyelesaikan masalah pengiraan.

4.5) Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

A.) Contoh :

Melalui tajuk Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka guru dapat memberikan aktiviti kepada murid untuk memperdengarkan rentak syair kepada murid. Selepas mendengarkan rentak syair murid mealunkan syair Tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka mengikut rentak syair yang diperdengarkannya.Melalui aktiviti ini murid dapat mengikut rentak serta dapat mengaplikasikannya dalam syair tersebut.

B.) Kelebihan Pengaplikasikan Kecerdasan Muzik

Melalui aktiviti ini murid mendapat pengalaman baru untuk mengenali rentak syair dan cara mealunkankan syair. Murid berasa seronok kerana unsur muzik disukai oleh pelajar. Secara tidak langsungnya, murid dapat melantunkan nada suara dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik rentak syair.Selain itu , murid juga ,peka terhadap bunyi kerana melalui aktiviti ini murid mendengar dengan teliti sebelum mealunkan syair. Pembelajaran ini mendorong murid untuk mendengar dengan teliti.

C.) Kekurangan Pengaplikasikan Kecerdasan Muzik

Melalui aktiviti ini murid berasa gelisa kerana murid tidak dapat mengecam rentak syair dengan baik. Mereka hanya mendengar sahaja dan dapat menghayati tetapi tidak dapat mengaplikasi dalam mengalunkan syair.

4.6 Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.

A. Contoh:

Topik dari buku teks tahun 4 mukasurat 144 dan 145 yang bertajuk Pertarungan Dua Sahabat, melalui tajuk ini guru dapat menjalankan aktiviti berasaskan kumpulan . Guru bahagikan kepada empat kumpulan setiap ahli mempunyai watak sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat. Murid dikehendaki melakonkan watak tersebut dengan memahami keseluruhan cerita bersama dengan rakan kelas mereka. Murid dikehendaki mendialog dialog dialog yang terdapat dalam buku teks.

B. Kelebihan Pengaplikasikan Kecerdasan Interpersonal

Melalui aktiviti berlakon murid dapat berpeluang untuk mencungkil bakat mereka serta secara tidak langsung murid dapat bergaul dengan rakan mereka.Selain itu , murid dapat mengeratkan hubungan melalui saling berkongsi maklumat tentang isi cerita tersebut dan bersama-sama dapat membantu untuk melakonkan .Senario ini memberi satu pengalaman kepada murid tersebut untuk bergaul serta berkomunikasi dengan masyarakat. Selain itu,situasi ini mewujudkan suasana untuk bekerjasama dengan rakan mereka untuk menyelesaikan tugasan guru pada tepat masa.

C. Kekurangan Pengaplikasikan Kecerdasan Interpersonal

Walaupun ada kelebihan tetapi masih ada kekurangan melalui aktiviti ini ,segelintir murid mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan murid pasangan yang berlakon kerana mereka masih tidak fasih dalam bahasa.Selain itu,murid tidak dapat mengingat dialog-dialog yang terdapat dalam watak tersebut. Jika mereka melihat buku teks dan tidak dapat menghasilkan lakonan yang baik serta sempurna. Kemungkinan murid yang lain keliru dengan hasil lakonan yang mereka lakonkan.

4.7 Kecerdasan Intrapersonal

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diriyang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.Secara keseluruhannya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.

A. Contoh :

Melalui tajuk unit 2 Kenali Diri Saya guru memberikan aktiviti secara individu kepada murid. Guru memberikan penerangan kepada murid tentang butir-butir kelahiran serta biodata mereka . Melalui keterangan tersebut guru bekalkan satu borang yang harus diisi oleh mereka dengan lengkap.Murid boleh merujuk sijil kelahiran mereka untuk melengkapkan borang yang guru berikan tanpa bantuan murid lain.

B. Kelebihan Pengaplikasikan Kecerdasan Intrapersonal

Melalui aktiviti yang diberikan oleh guru murid dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri kerana melalui pengisian borang dapat mengenali tentang diri sendiri secara mendalam serta mendapat mengetahui tentang maklumat diri yang diketahui dan belum diketahui oleh dirinya . Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari melalui mengisi ruang cita-cita serta kegiatan kegemaran.

C. Kekurangan Pengaplikasikan Kecerdasan Intrapersonal

Walaupun ada kelebihan tetapi masih ada kekurangan melalui aktiviti ini , segelintir murid mengalami masalah seperti kekeliruan semasa mengisi borang kerana mereka selalu inginkan seorang rakan untuk membantu mereka. Oleh hal yang demikian ,murid berasa cepat bosan dengan hanya mengisi borang .Selain itu, butir yang terdapat dari sijil kelahiran dapat diisi selain daripada butiran tersebut murid sukar untuk diisi.

4.8 ) Kecerdasan Ruang dan Visual

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan murid murid membuat persepsi tentang objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang murid juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan murid murid mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.kecerdasan ini memberikan ruang kepada murid murid untuk mengingati benda secara visual dengan melihat visual tersebut murid-murid dapat mempertingkatkan daya imaginasi mereka.Jika dapat mempertingkatkan imaginasi murid murid dapat belajar ikut tunjuk cara,video dan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru.Kecerdasan visual ini membina kefahaman murid secara mendalam dan dapat membuat gambar rajah secara mental.Kefahaman ini amat membantu murid mempersembahkan idea mereka dan dapat berfikir dalam bentuk gambar rajah.

Contoh:

A. Unit 4 / Tajuk Tempat Tinggal Saya ( Persekitaran Indah dan Permai 54 55)

Dalam tajuk persekitaran indah permai telah memberikan gambaran tempat -tempat yang terdapat di Malaysia .Dalam tajuk tersebut telah memberikan keadaan gambar dahulu dan sekarang. Guru mengemukakan satu soalan kepada murid iaitu banding bezakan perubahan yang berlaku di tempat tempat berkenaan serta apakah kesan daripada perubahan tersebut. Melalui gambar gambar tersebut murid dapat gambaran tentang perubahan-perubahan yang berlaku dan dapat berfikir kesan daripada perubahan tempat tersebut.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Ruang Dan Visual

Murid mudah memahami serta menguasai pembelajaran kerana memudahkan murid mengingati dan merasai gambaran secara mental dapat mendalami pengajaran dan pembelajaran. Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental serta membantu murid untuk menyatakan maklumat tentang topik persekitaran indah permai dengan tepat.Selain itu,gambaran visual ini mendorong murid untuk mengimaginasi tentang tempat tersebut pada masa akan datang.

C. Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Ruang Dan Visual

Kelemahan pengaplikasian kecerdasan visual dan ruang adalah semua murid tidak dapat menguasai visual kerana murid tidak dapat membuat penilaian mengikut gambar rajah kerana bukan semua murid berada dalam kategori yang sama ,ada murid yang tidak dapat bezakan perubahan tempat tersebut secara visual murid-murid berkenaan harus membaca maklumat..Proses pembelajaran dan pengajaran sukar tertentukan kerana penguasaan murid ditentukkan melalui gambaran yang ditunjukkan.Selain itu, murid tidak dapat memahami mesej yang disampaikan melalui visual.

5.0) Analisis Kecerdasan Pelbagai Dalam Kurikulam Tahun 5

5.1) Kecerdasan Ruang Dan Visual ( M/S 56)

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan murid murid membuat persepsi tentang objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang murid juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan murid murid mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.kecerdasan ini memberikan ruang kepada murid murid untuk mengingati benda secara visual dengan melihat visual tersebut murid-murid dapat mempertingkatkan daya imaginasi mereka.Jika dapat mempertingkatkan imaginasi murid murid dapat belajar ikut tunjuk cara,video dan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru.Kecerdasan visual ini membina kefahaman murid secara mendalam dan dapat membuat gambar rajah secara mental.Kefahaman ini amat membantu murid mempersembahkan idea mereka dan dapat berfikir dalam bentuk gambar rajah.

Contoh 1 :

A. Unit 5/ Tajuk 2: Perjuangan Tokoh Tempatan ( Pahlawanku M/S 56 -57)

Dalam tajuk pahlawanku telah memberikan gambar - gambar pejuang tempatan serta negeri pejuang mereka yang menentang British dengan menunjukkan peta Malaysia. Murid dapat mengenal dan memahami serta gambarkan secara mental tentang pejuang-pejuang tempatan mengikut negeri masing masing. Melalui proses ini juga murid hanya melihat gambar pejuang dapat menceritakan tentang tempat pejuangan serta nama pejuang.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Visual Dan Ruang

Murid mudah memahami serta menguasai pembelajaran kerana memudahkan murid mengingati dan merasai gambaran secara mental dapat mendalami pengajaran dan pembelajaran. Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental serta membantu murid untuk menyatakan maklumat tentang topik pahlawanku dengan tepat. .

C. Kelemahan Pengaplikasikan Kecerdasan Visual Dan Ruang

Kelemahan pengaplikasian kecerdasan visual dan ruang adalah semua murid tidak dapat menguasai visual kerana murid tidak dapat membuat penilaian mengikut gambar rajah kerana bukan semua murid berada dalam kategori yang sama ,ada murid yang mudah lupa menyebabkan mereka tidak dapat imaginasikan nama tokoh tokoh yang menentang british .Proses pembelajaran dan pengajaran telah menentukkan masa tertentu untuk murid menguasai. Jika proses kecerdasan visual mengambil masa yang lama untuk murid menguasai maka objektif pembelajaran tidak dapat di kuasai.

5.2 Kecerdasan muzik

Contoh 1 :

A. Unit 9 / Tajuk 4: Identiti Negara Kita ( Bendera Berkibar M/S 56 -57) dan

Unit 10 /Tajuk 4: Identiti Negara Kita ( Negaraku m/s 125)

Dalam tajuk Bendera Berkibar murid dikehendaki menyanyi lagu Jalur Gemilang dan Negaraku dengan bimbingan guru.Murid menyanyi lagu tersebut sambil menghayati lagu Jalur Gemilang dan Negaraku. Melalui aktiviti ini murid dapat menyanyi serta mengetahui erti seni kata yang terdapat dalam lagu Jalur Gemilang serta lagu Negaraku untuk murid menikmati dan menghayati pengalaman muzik.

B. Kelebihan pengaplikasian Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini membantu murid menguasai pembelajaran ini dengan mudah kerana murid melibatkan diri mereka secara sukarela. Murid dapat menghayati dan merasai rentak lagu dengan sempurna. Murid dapat satu pengalaman yang manfaat kerana dapat menyanyi sesebuah lagu dengan mengetahui maksud seni kata yang membantu untuk menghayati lagu tersebut. Selain itu,kecerdasan ini mewujudkan kesedaran dalam diri murid melalui menyanyikkan lagu adalah mereka Warga Negara Malaysia yang harus Berpatriotik. Seterusnya,murid dapat menghafal lirik lagu atau seni kata dengan cepat kerana murid menghayati lagu tersebut secara tidak langsung mendorong murid menghafal lirik lagu.

C. Kekurangan pengaplikasian Kecerdasan Muzik

Melalui aktiviti ini segelintir murid berasa gelisa kerana murid tidak dapat mengecam rentak lagu kerana mereka tidak pernah menyanyi lagu sebelum ini. Murid tersebut kemungkinan tidak faham maksud seni kata dan tidak dapat menghayati lagu tersebut. Oleh hal demikian murid tidak dapat menyanyikan lagu tersebut.Selain itu, murid yang aras linus kemungkinan penguasaan seni kata tahap yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dan berasa bosan serta tidak ingin melibatkan diri.

5.3 Kecerdasan Matematik

Contoh 1 :

A. Unit 4 / Tajuk 2: Pejuang Kemerdekaan Negara (Kedatangan Kuasa luar m/s (38 - 39 )

Dalam tajuk Kedatangan Kuasa Luar guru dapat menyelitkan kecerdasan matematik melalui aktiviti mengira dan menganalisis tentang tempoh masa kuasa luar yang telah menjajah dan campur tangan di Negara kita iaitu Siam,Belanda ,British, Portugis dan Jepun. Negara-negara kuasa luar telah menjajah Negara kita pada tempoh masa yang berbeza. Guru mengarahkan murid untuk membuat jadual berapa tahun kuasa luar telah menjajah Negara kita. Murid dikehendaki membuat jadual berkenaan seperti contoh jadual dibawah :

Negara

Tahun Penjajahan

Negeri - negeri

Tempoh Penjajahan ( tahun )

Belanda

1641 - 1824

Melaka

182

British

1786 1941

1946 1957

1946 - 1963

PulauPinang,Singapura dan Melaka.

Tanah Melayu

Sarawak dan Borneo Utara

156

12

18

Jepun

1941 1945

Tanah Melayu

5

Portugis

1511-1641

Melaka

131

Jadual 1 : Tempoh Penguasaan Kuasa Luar

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Matematik

Aktiviti melalui kecerdasan matematik ini murid mendapat mengira dan menganalisis tentang tempoh penguasaan kuasa luar di Negara kita. Secara tidak langsung murid mendapat satu gambaran jelas melalui aktiviti kecerdasan kuasa luar menjajah Negara kita. Murid juga dapat menyatakan tahun penjajahan dan jangka masa penjajahan serta dapat banding bezakan tempoh masa penjajahan Negara kuasa luar.Selain itu, murid dapat menganalisis pengiraan dengan baik dan tepat. Kecerdasan ini mendorong untuk menjangka sesuatu pengiraan atau analisis dengan tepat.

C. Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Matematik

Kecerdasan matematik mempunyai kelebihan tetapi masih mempunyai kekurangan kerana segelintir murid tidak dapat membuat pengiraan kerana kurang mahir dalam matematik dan menyebabkan murid bermasalah untuk banding bezakan tempoh masa dan sukar untuk menganalisis. Selain itu, murid berasa keliru dengan tahun tahun penjajahan kerana mempunyai ada kuasa luar telah menjajah tempat penjajahan yang sama pada tempoh masa yang berbeza.Oleh hal demikian murid tidak dapat meneruskan pembelajaran tersebut dengan sempurna serta pemahaman dalam aktiviti tersebut tidak boleh dikuasai.

5.4 Kecerdasan Interpersonal

Contoh 1 :

A. Unit 9 / Tajuk : Identiti Negara Kita ( Lahirnya Bendera Negara Kita m/s 56 -57)

Dalam tajuk Lahirnya Bendera Negara guru dapat menyelitkan kecerdasan dalam aktiviti secara kumpulan . Murid menjalankan aktiviti secara kumpulan , lakonkan proses penciptaan bendera kebangsaan bermula daripada pertandingan sehingga pemenangnya diumumkan. Murid dibahagikan kepada kumpulan setiap ahli kumpulan memilih watak masing masing dan berlakonkan dalam kumpulan. Murid secara kumpulanberbincang antara mereka untuk menghasilkan lakonan tersebut dengan sempurna.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Interpersonal

Aktiviti melalui kecerdasan Interpersonal ini mewujudkan suasana yang harmoni diantara murid untuk bekerjasama antara mereka untuk mendapatkan satu hasil yang terbaik seperti lakonan penciptaan bendera. Selain itu, murid dapat berkongsi maklumat antara mereka serta dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Oleh hal sedemikian,murid dapat memperkembangkan idea ,pengalaman dan bakat mereka. Murid juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka daripada kerja kumpulan ini. Seterusnya, murid dapat sokongan daripada ahli kumpulan untuk meneruskan tugasan serta secara tidak langsung mewujudkan keyakinan diri . Keyakinan diri yang wujud dalam diri murid mendorong untuk berkongsi idea idea dengan mudah.

C. Kelemahan Pengaplikasian Kecerdasan Interpersonal

Walaupun kecerdasan ini mempunyai kelebihan tetapi masih mempunyai kekurangan kerana bagi sekolah kurang murid sukar untuk menjalankan aktiviti ini kerana mempunyai bilangan murid tidak mencukupi untuk menjalankan lakonan tersebut. Walaupun mempunyai bilangan murid untuk satu kumpulan untuk lakonan tersebut tetapi murid berasa jemu dengan suasana tersebut kerana tidak ada kumpulan lain untuk bertanding malah setiap kali mereka sahaja akan melibatkan diri dan berasa cepat bosan. Keadaan ini menyebabkan tidak ada peningatan dalam pengetahuan dan idea. Mereka hanya dalam kategori yang sama serta cara mengeluarkan idea adalah tidak akan berkembang.

5.5 Kecerdasan Intrapersonal

Contoh 1 :

A. Unit 5 / Tajuk : Perjuangan Tokoh Tempatan ( Gagahnya Pejuangku m/s 58 -59 )

Dalam tajuk Lahirnya Bendera Negara guru dapat menyelitkan kecerdasan Intrapersonal dalam aktiviti mencari tokoh lain yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan Negara. Seterusnya, dengan menggunakkan pelbagai sumber,cari tokoh tokoh pejuang lain yang menentang British serta menghasilkan buku skrap dan pamerkan di sudut Sejarah secara individu.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Intrapersonal

Melalui aktiviti yang diberikan oleh guru murid dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri kerana melalui aktiviti tersebut mereka mencari maklumat dan menghasilkan buku skrap secara individu. Oleh hal demikian, murid berasa yakin pada diri sendiri agar mereka juga dapat melaksanakan tugas secara sendiri tanpa bantuan orang lain.Selain itu,murid secara individu dapat mengumpulkan maklumat untuk menghasilkan buku skrap. Secara tidak langsung,murid dapat mempelajari cara berkumpul maklumat dengan menggunakkan pelbagai sumber. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

C. Kelemahan Pengaplikasian Kecerdasan Intrapersonal

Walaupun ada kelebihan tetapi masih ada kekurangan melalui aktiviti ini ,segelintir murid mengalami masalah seperti kekeliruan semasa mencari maklumat kerana murid berasa tidak keyakinan terhadap maklumat yang diperolehi sama ada betul ataupun sebaliknya. Mereka selalu ingin seorang rakan untuk membantu mereka. Oleh hal yang demikian ,murid berasa cepat bosan dengan tugasan yang diberikan . Peluang berkongsi maklumat adalah kurang berbanding dengan tugasan kumpulan kerana kebiasaannya tugasan - tugasan individu murid akan menjalankan di rumah masing-masing. Seterusnya , murid mementingkan diri sendiri dan tidak mewujudkan nilai kerjasama serta memansuhkan keharmonian antara rakan-rakan sekelasnya.

5.6 Kecerdasan Verbal dan linguistik

Contoh 1 :

A. Unit 11 / Tajuk : Identiti Negara Kita ( Sejarah Perkembangan Bahasa Kebangsaan m/s 138 139 )

Tajuk Sejarah Perkembangan Bahasa Kebangsaan adalah teks tentang sejarah perkembangan bahasa kebangsaan serta peranan tulisan jawi , akhbar ,penubuhan pejabat karang mengarang,penubuhan angkatan sasterawan 50 dan dewan bahasa dan pustaka. Guru mengarahkan murid untuk membaca teks tersebut dan menyenaraikan maklumat-maklumat yang penting serta membentangkan di hadapan kelas secara kumpulan atau individu.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Verbal dan Linguistik

Aktiviti ini menyebabkan murid mahir dalam penggunaan bahasa. Selain itu,murid juga dapat membaca perkataan dengan tepat. Selain itu, proses ini menyebabkan murid mengenali perkataan perkataan baharu serta cara menggunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, dalam tajuk ini murid membaca dan menyenaraikkan maklumat yang penting secara tidak langsung mereka teliti semasa membaca. Amalan ini akan mendorong murid untuk mengamalkan sikap teliti semasa membaca untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Selain itu, melalui kecerdasan ini murid dapat membaca dengan lancar. Seterusnya ,murid berasa yakin semasa bercakap atau memberikan pendapat kerana mereka fasih dalam bahasa serta meningkatkan tahap perbahasan dalam bahasa melayu mahupun secara bertulisan atau secara lisan.

C. Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Verbal dan Linguistik

Aktiviti ini menyebabkan segelintir murid tidak dapat menguasai kerana tidak mahir membaca serta tidak dapat menyenaraikan maklumat-maklumat yang penting . Selain itu, murid tidak dapat mengetahui maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku teks kerana murid tidak fasih membaca . Semua murid tidak dalam tahap yang sama tetapi berbeza menyebabkan semua murid tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut dan sukar untuk menguasai pembelajaran tersebut. Seterusnya, ada segelintir murid masih dalam kategori aras linus .Mereka masih sukar dalam aspek pembacaan. Oleh hal demikian, kecerdasan ini sukar diaplikasikan kepada murid aras rendah. Kebiasaanya murid mengambil masa yang lama untuk membaca serta ada yang membaca tetapi tidak faham maksud perkataan berkenaan.

5.7 Kecerdasan Kinestetik

Contoh 1 :

A. Unit 7 / Tajuk : Yang Di-Pertuan Agong Payung Negara ( Stesen Ilmu m/s 96 - 97 )

Kecerdasan kinestetik dapat diterapkan melalui aktiviti Stesen Ilmu. Melalui aktiviti ini guru menyediakan tiga stesen yang mengandungi soalan yang berbeza. Permainan ini dijalankan secara berkumpulan. Ketua kumpulan akan mengambil urutan stesen ilmu daripada guru. Apabila muzik dimainkan setiap kumpulan akan bergerak mengikut stesen yang telah ditetapkan. Mereka perlu menjawab soalan yang disediakan di stesen tersebut. Apabila muzik dihentikkan setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang seterusnya. Permainan diteruskan sehingga semua soalan di setiap stesen yang seterusnya.Permainan diteruskan sehingga semua soalan di setiap stesen dijawab oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang berjaya menjawab kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan adalah pemenang.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Kinestetik

Melalui aktiviti ini murid merasa seronok serta secara tidak langsung mencuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan kerana aktiviti berasaskan permainan.Murid suka melibatkan diri dalam aktiviti sebegini kerana murid suka bermain. Selain itu, murid dapat mengeluarkan idea dan berkongsi maklumat dalam ahli kumpulan mereka. Murid ingin menjawab soalan yang diberikan secara tepat secara tidak langsung mencuba sedaya upaya mencari jawapan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.Dengan ini , dalam diri murid mewujudkan sifat berusaha untuk mencapai kejayaan.

C. Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Kinestetik

Melalui tajuk ini juga mempunyai beberapa kelemahan iaitu untuk menjalankan aktiviti ini bilik darjah tidak sesuai kerana ada segelintir kawasan bilik darjah adalah sempit menyebabkan aktiviti tidak boleh dijalankan.Selain itu, murid tidak dapat kawal diri mereka kerana aktiviti sebegini adalah tidak dijalankan sebelum ini.Mereka mendapat sesuatu pengalaman yang baru menyebabkan murid tidak dapat kawal diri mereka. Selain itu, kekurangan bilangan murid akan menyebabkan aktiviti ini tidak boleh dijalankan.

5.8 Kecerdasan Naturalis

Contoh 1 :

A. Unit 12 / Tajuk : Bunga Kebangsaan ( Sahabatku di Asia Tenggara m/s 156- 157 )

Kecerdasan naturalis boleh dikaitkan dalam tajuk ini. Guru menerangkan dan menekankan tentang kepentingan bunga kebangsaan dan menyenaraikkan bunga kebangsaan Negara Negara Asia Tenggara yang lain untuk menghayati dan menghormati bunga kebangsaan Negara-negara lain juga.Guru mempaparkan gambar-gambar bunga tersebut melalui LCD.Seterusnya, guru menyatakan ciri-ciri serta latar belakang bunga kebangsaan tersebut untuk mereka mengetahui lebih lanjut tentang bunga-bunga kebangsaan Negara negara berkenaan.

B. Kelebihan Pengaplikasian Kecerdasan Naturalis

Aktiviti berdasarkan tajuk berkenaan murid dapat merasakan kepentingan memelihara dan memulihara bunga kebangsaan adalah tanggungjawabnya. Murid dapat mengetahui bunga kebangsaan bagi semua Negara asia tenggara serta mereka mula sayangi alam sekitar. Selain itu, murid ingin menerokai lebih lanjut tentang maklumat bunga raya setelah mengetahui keistimewaan bunga tersebut. Selain itu, murid dapat menyemai dalam diri bahawa bunga kebangsaan Negara kita patut dibanggakkan.

C. Kekurangan Pengaplikasian Kecerdasan Naturalis

Walaupun mempunyai kelebihan tetapi masih mempunyai kekurangan iaitu mereka hanya melihat gambaran visual sahaja. Dengan melihat secara gambaran tidak merangsangkan minda mereka untuk menghayati bunga kebangsaan. Mereka ingin melihat bunga tersebut secara langsung serta menyentuh bahagian bahagian pokok bunga untuk mereka dapat merasai ciri-ciri bunga tersebut jika tidak dapat pengalaman tersebut maka mereka tidak dapat merasi bangga dengan adanya bunga kebangsaan.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasan interlek yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan emosi yang ada padanya. Maksudnya, seseorang pelajar yang dikatakan cergas atau bijak tidak lagi boleh diukur dan dilihat melalui kecermerlangan dalam bidang akademik sahaja.Sebaliknya, kecerdasan emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendali sesuatu perkara juga amatlah penting.Dengan itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik. Di samping itu, pengetahuan guru terhadap kecerdasan yang terdapat pada pelajar membolehkan guru memperbanyakkan aktiviti kokurikulum di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bagi mengembangkan segala bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara tidak langsung bidang kokurikulum pelajar juga dapat dibangunkan.

7.0 Refleksi

Salam sejahtera dan salam satu malaysia kepada semua. Nama saya Vani A/P Saramata Pillay dari kelas 4 pismp mz/ bhs/ sej. Saya dapat menyiapkan tugasan yang saya kira sudah lengkap dan mampan dengan ilmu pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. Tugasan kurikulam sejarah sekolah semester ini melibatkan tugasan individu. Objektif utama kerja kursus ini adalah menerapkan kecerdasan pelbagai dalam merancang teknik,kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Menerusi tugasan ini dapat kita mengetahui seorang guru boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikuti jenis kecerdasan ,bakat dan potensi yang terdapat pada murid. Kaedah ini membolehkan guru mempelbagaikan cara pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalan tidak berfokus pada satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan murid .

Seterusnya dapat mengetahui secara mendalam tentang bagaimana seorang guru dapat memastikkan murid memahami peristiwa sejarah dan menguasai fakta sejarah dengan menggunakkan kaedah pengajaran teori kecerdasan pelbagai. Kandungan buku teks sejarah dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid terhadap ilmu sejarah yang menerapkan unsur kecerdasan pelbagai serta kelemahan dan kelebihan dengan pengaplikasiannya. Hal ini secara tidak langsung dapat melengkapkan pengetahuan, kemahiran dan cara pengaplikasian kecerdasan pelbagai.

Selain itu, kerja kursus ini memberikan ruang untuk mengeluarkan idea dalam mencadangkan aktiviti berasaskan buku teks tahun 4 dan 5 dengan menyelitkan kecerdasan pelbagai yang sesuai. Kerja kursus ini membantu saya untuk mengetahui sepenuhnya tentang bagaiman untuk mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam aktiviti serta mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan pengaplikasian kecerdasan pelbagai. Oleh hal demikian, ia membantu saya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang lebih berkesan.Ilmu yang saya perolehi amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sangat bermakna kepada bakal guru seperti saya.

Natijahnya, kerja kursus ini adalah cetusan pemikiran ke arah memperkaya dan menyiapkan diri dengan konsep yang mendalam dan juga mampu untuk membuka ruang supaya dapat memahami lebih mendalam yang memperingkatkan saya supaya sentiasa berwaspada menghadapi cabaran. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan ia ketika bergelar guru serta membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

8.0 BIBLIOGRAFI

30