kecerdasan pelbagai

Upload: mohd-noor-yunus

Post on 19-Jul-2015

320 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KECERDASAN PELBAGAI

PENGENALAN

Memandangkan Teori Kecerdasan Pelbagai ini penting untuk difahami dan dijelaskan, maka beberapa tokoh telah menghuraikan maksud bagi teori tersebut antaranya ialah: 1

David G. Lazear telah mempermudahkan Teori Pelbagai Kecerdasan dengan memeprkenalkannya sebagai Seven Ways of Knowing. Beliau juga memperkembangkan teori itu sebagai Seven Ways of Teaching dan seterusnya sebagai Seven Pathways of Learning. Thomas Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori linguistik, logik-matematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah kecerdasan pelbagai sebagai Armstrongs Multiple Intelligences Pizza iaitu pizza kata, logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri. Elaine Winter pula menggunakan asas Teori Kecerdasan Pelbagai dalam konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberikan tumpuan kepada indera bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan soalan atau perkaitan, bermain dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan kegiatan sosial, dan bermain sendirian.

An intelligence is the ability to solve problems, or to create products, that are valued within one or more cultural setting. [Horward Gardner FRAMES OF MIND 1983]

Mengikut pandangan tradisional pula, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. Howard Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini

1

Kementerian Pendidikan Malaysia

dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual. Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.

Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

JENIS-JENIS KECERDASAN

Jenis Kecerdasan

Penerangan Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni

Musical/Rhythmic

muzik dan peka kepada pitch, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.

LogicalMathematical

Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi,

Interpersonal

tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta

Naturalistic

mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.

Ethical/Spiritual

Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti

masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya Bodily-Kinesthetic Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu. Visual/Spatial Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental. Verbal/Linguistic Boleh menggunakan bahasa dengan berkesan secara lisan dan penulisan. Intrapersonal Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri Jadual 1 : Jenis-Jenis Kecerdasan

Ciri-ciri Pelbagai kecerdasan itu ditunjukkan dengan lebih jelas lagi melalui jadual di bawah.

Kecerdasan Bahasa Menulis

Cerdas dalam karangan, sajak,

Pekerjaan puisi, Penulis, penyajak, penceramah

pnatun dan memberi ucapan Logik Matematik Ruang Muzik Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur lagu, penyanyi,

Mencipta lagu, menyanyi, menikmati Pencipta muzik, memain alat muzik

pemain alat muzik, peminat muzik

Kinestetik

Gerakan,

tarian,

lakonan,

sukan, Atlit,

pemain

bola

sepak,

memain permainan Interpersonal Intrapersonal Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah

peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, falsafah penyajak, ahli

Naturalistik

Mengecam

sifat

semula

jadi, Pemburu, petani, ahli sains

memburu dan pertanian

semulajadi

Jadual 2: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan

Berdasarkan teori-teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa: Kecerdasan pelbagai, merujuk kepada kebolehan semulajadi dan kecenderungan minat seorang individu atau pelajar. Kecerdasan yang dimaksudkan meliputi 8 jenis kecerdasan yang berbeza, iaitu kecerdasan Bahasa, Logik-matematik, Ruang (spatial), Muzik, Kinestetik, Interpersonal, Intrapersonal, dan Kecerdasan Naturalistik.

APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor Pelaksanaan

Terdapat beberapa faktor pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran:

1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. 2. Mempelbagaikan cara penilaian. 3. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. 4. Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa unik dan belajar dengan cara yang berlainan. 6. Meningkatkan kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. 7. Meningkatkan harga diri dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Proses Pelaksanaan

Proses pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melalui beberapa peringkat, iaitu:

Peringkat 1: Padanan

Guru harus menyedari bahawa adalah amat perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Dalam proses mencari padanan antara kedua aspek tersebut, guru perlu mengenal pasti kekuatan-kekuatan diri mereka dan kekuatan pelajar itu sendiri. Langkah berikut boleh diambil bagi mengenal pasti kekuatan-kekuatan tersebut.

Kekuatan Guru

1. Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults). 2. Mengetahui kekuatan guru di antara kecerdasan pelbagai berdasarkan senarai semak yang disediakan. 3. Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau kecerdasan dominan guru. 4. Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.

Kekuatan Murid/Pelajar

1. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar. 2. Mengenal pasti aktiviti yang digemari murid pada masa lapang. 3. Merujuk kepada laporan prestasi murid. 4. Mendapatkan maklumat melalui profil kecerdasan murid.

Peringkat II: Percubaan

Pada peringkat ini, guru perlu melakukan percubaan terhadap strategi pengajaran berteraskan kecerdasan pelbagai yang telah dirancang. Semasa proses itu, guru harus mencuba beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas mencuba beberapa aktiviti yang dicadangkan, guru sekarang lebih bersedia dan berkeyakinan serta dapat menjana idea baru bagi membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi Teori Kecerdasan Pelbagai. Empat langkah boleh diambil bagi melaksanakan peringkat percubaan ini, iaitu: 1. Perancangan Guru memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Untuk tujuan ini, beberapa soalan boleh digunakan sebagai panduan dalam rancangan pelajaran. Soalan tersebut memastikan guru perihatin terhadap memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

2. Persekitaran Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Keadaan fizikal bilik darjah boleh diubah suai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Berikut adalah beberapa fokus yang boleh digunakan; Stesen Kecerdasan Perhiasan bilik darjah Lawatan luar Sumber bilik darjah

3. Proses Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai merentasi kurikulum. Opsyen tersebut melibatkan lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu; Sisipan. Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.

-

Jaringan. Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik. Jalinan. Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran. Perkongsian. Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran.

-

Kesepaduan. Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan.

4. Penilaian Guru boleh menggunakan cara yang berbeza dalam pengendalian penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, iaitu Verbal-Linguistik dan LogikMatematik. Dalam proses penilaian tersebut, guru harus memastikan agar penilaian yang dibuat itu bermakna, berkonteks, mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu bidang, berpadanan dengan kecerdasan murid, digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan.

Peringkat III: Peningkatan

Pada peringkat ini, guru boleh merancang dan menjalankan pelajaran dengan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir murid, terutamanya dalam penyelesaian masalah dan untuk memperluaskan pemikiran murid. Selain itu, perancangan juga boleh dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir bagi murid yang berkebolehan tinggi.

(Untuk aktiviti peningkatan, sila rujuk lampiran)

Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam mata pelajaran Kajian Tempatan)

Tahun Masa Topik

: : :

4 60 minit 1. RUMAH DAN KELUARGA 1.2 Perihal Rumah d) Ruang dan Kegunaan i. Ruang-ruang dalam rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi dan dapur. ii. Kegunaan ruang-ruang dalam rumah.

HASIL PEMBELAJARAN: 1. Menamakan ruang-ruang dalam rumah. 2. Menyatakan kesan dan akibat sekiranya sebuah rumah mempunyai satu ruang sahaja.

UNSUR PATRIOTISME: 1. Bersyukur atas kemudahan dan keselesaan yang dinikmati di dalam rumah.

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: 1. Majalah 2. kepingan model rumah 3. gambar ruang rumah 4. kertas sebak 5. maker pen

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan sebuah majalah seperti Anjung Seri Motivasi dan bersoal jawab dengan murid tentang kandungan majalah tersebut. 2. Guru mengaitkan isi kandungan majalah dengan tajuk pelajaran. Aktiviti 2

Catatan

1. Setiap murid diminta melakar pelan dan melabelkan Kecerdasan Visual/ruang ruang di dalam rumah masing-masing. 2. Murid diminta mempamer dan menceritakan berkenaan Kecerdasan ruang di dalam rumah masing-masing. Linguistik Verbal

Berbangga dengan rumah sendiri Aktiviti 3 1. Guru mempamerkan gambar-gambar setiap ruang yang Kecerdasan Interpersonal perlu ada dalam sebuah rumah. 2. Murid menamakan setiap ruang berdasarkan gambar Aktiviti 4 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi

menjalankan aktiviti. Kumpulan 1 Melakar dan melabel ruang-ruang yang terdapat dalam sebuah rumah dengan Kecerdasan visual-ruang

kedudukan yang sesuai. Kumpulan 2 Membuat model dengan mencantumkan

kepingan

model

rumah

yang

telah

Kecerdasan Kinestetik

disediakan oleh guru. Kumpulan 3 Menyenaraikan kegunaan setiap ruang dalam rumah. Kumpulan 4 Mencipta dan menyanyikan sebuah lagu bertemakan Rumah Kecerdasan Muzik Aktiviti 5 1. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan. 2. Guru membimbing murid bagi melengkapkan maklumat yang disampaikan. 3. Guru menyoal murid bagaimana keadaan sebuah rumah sekiranya rumah tersebut mempunyai satu ruang sahaja. Penilaian 1. Murid merumuskan isi pelajaran dan bersyukur dengan Kecerdasan verbal-linguistik keselesaan di rumah masing-masing. Kecerdasan kinestetik Kecerdasan verbal-linguistik Kecerdasan verbal-linguistik

TEORI, STRATEGI DAN PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA MENGGUNAKAN PERISIAN MICROSOFT ACCESS

KANDUNGAN1.0 PENGENALAN 2.0 TEORI PEMBELAJARAN 2.1 Teori Tingkah Laku 2.2 Teori Kognitif 2.3 Teori Konstruktivism 2.4 Teori Pembelajaran dalam Situasi (Situated Learning) 2.5 Teori Pembelajaran Bertumpu (Anchored Instruction) 2.6 Teori Pembelajaran Kepelbagaian Kecerdasan 3.0 STRATEGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Perbincangan 3.2 Tunjuk Cara 3.3 Pembelajaran Koperatif 3.4 Eksplorasi Penemuan 3.5 Projek 3.6 Pembelajaran Anjal 3.7 Pembelajaran Aktif 3.8 Pembelajaran Kaloboratif 3.9 Pembelajaran Kontekstual 3.10 Pembelajaran Masteri 4.0 RUMUSAN RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Pada era meklumat sekarang ini, kita sentiasa dihujani dengan maklumat tidak kira di mana kita berada. Oleh kerana terdapat banyak maklumat yang perlu diuruskan, keperluan terhadap perisian sistem pengurusan pangkalan data bagi mengawal penyimpanan dan pengurusan data-data tersebut. Generasi pada era maklumat pula, perlu mempunyai kemahiran dalam mengurus, mendapatkan, memanipulasi dan menilai maklumat yang ada. Kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat (TM) tidak ketinggalan memasukkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan sistem pengurusan pangkalan data dalam bidang Sistem Maklumat. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran sistem pengurusan pangkalan data mencapai objektifnya, pendekatan yang digunakan hendaklah tepat. Teori, strategi dan perkaedahan yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipastikan mengikut kesesuaian cara pelajar belajar topik ini. Huraian yang seterusnya akan memberi tumpuan kepada teori, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sistem pengurusan pangkalan data bagi mata pelajaran TM yang menggunakan perisian Microsoft Access 2000.

atas

2.0 TEORI PEMBELAJARAN Sesuatu teori memberi penjelasan umum terhadap tinjauan yang dibuat dalam satu jangka masa yang

panjang. Ia biasanya menerangkan dan meramalkan tingkah laku. Pembelajaran telah dikaji beberapa lama dan banyak teori telah dicadangkan untuk menerangkannya. Menurut Bigge (1982), teori pembelajaran ialah suatu gabungan sistematik pandangan terhadap proses semulajadi yang mana seseorang menghubungkannya dengan persekitaran dalam apa jua cara bagi meningkatkan kemampuannya dan persekitaran dengan lebih berkesan. Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000) pula, teori pembelajaran merupakan set prinsipprinsip yang terurus bagi menerangkan bagaimana seseorang individu itu belajar, iaitu bagaimana mereka memperolehi kebolehan dan / atau pengetahuan baru. 2.1 Teori Tingkah Laku Teori tingkah laku mengganggap psikologi sebagai sains eksperimen. Teori ini memberi tumpuan terhadap tingkah laku dan persekitaran luar yang mempengaruhi pembelajaran. Tiga prinsip utama yang mendominasi pembelajaran mengikut teori tingkah laku menurut Kearsley (1994) ialah rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Pembelajaran digambarkan sebagai suatu perubahan kemungkinan tingkah laku yang tertentu berlaku dalam satu situasi yang tertentu. Persekitaran menyediakan satu situasi yang mendorong kepada satu tingkah laku yang diikuti oleh akibat-akibat yang kemudiannya menentukan sama ada tingkah laku akan berlaku semula. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila pelajar tetap berkelakuan dengan cara yang dikehendaki sebagai reaksi kepada peristiwa khusus. Pelajar boleh belajar tanpa berpandukan panduan tetapi panduan memberikan kemungkinan yang istimewa bagi mempercepatkan pembelajaran (Skinner 1968). Kemungkinan merupakan situasi dan akibat yang mempengaruhi tingkah laku individu. Satu proses yang dipanggil pembentukan boleh menolong pelajar belajar tingkah laku yang lebih kompleks. Bagi membentuk tingkah laku, guru secara perlahan-lahan dan berhati-hati menyesuaikan kemungkinan-kemungkinan bagi menarik pelajar berkelakuan dengan cara yang akhirnya menjurus ke arah matlamat yang hendak dicapai. Dari perspektif teori tingkah laku, tugas utama guru ialah mengubahsuai kemungkinan-kemungkinan (peristiwa dan akibat) dengan cara yang boleh menolong pelajar belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran sistem pengurusan pangkalan data yang menyesuaikan teori tingkah laku dapat dilaksanakan dengan cara yang berikut :i. Guru harus menyatakan objektif pengajaran sebagai tingkah laku pelajar secara khusus yang mana apabila berjaya dilaksanakan, menunjukkan pembelajaran telah berlaku. Semua ini melibatkan pengenalpastian matlamat dan memecahkan matlamat tersebut kepada satu set tingkah laku yang ringkas yang boleh digunakan bagi membentuk tingkah laku pelajar. Misalnya langkah-langkah seperti menamakan medan, menentukan jenis data dan menetapkan saiz medan merupakan satu set tingkah laku ke arah mencipta satu jadual pangkalan data. Jadi, objektif setiap langkah-langkah ini dinyatakan satu persatu. ii. Guru harus menggunakan tanda-tanda sebagai panduan kepada pelajar ke arah matlamat tersebut. Pada awalnya kemasukan suatu tanda ke dalam sesuatu situasi akan menolong memastikan kejayaan pelajar dengan memandu mereka kepada tingkah laku yang tertentu. Kemudian guru harus mengeluarkan tanda tersebut secara beransur-ansur bagi memastikan tingkah laku dihubungkan dengan jelas kepada situasi yang sepadan. Oleh itu pada peringkat awal proses pembelajaran berkenaan dengan pangkalan data, langkah-langkah aktiviti yang perlu dilaksanakan diberikan dalam bentuk teks dan disertakan dengan rajah-rajah paparan pada skrin monitor sebagai panduan. Lama-kelamaan rajah-rajah tersebut dikurangkan secara beransur-ansur sehingga pelajar boleh mencipta jadual berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan tanpa rajahrajah sebagai bantuan.

iii. Guru harus menggunakan akibat untuk memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki. Tingkah laku yang diperkukuhkan adalah lebih sesuai untuk berulang. Menggunakan akibat secara berkesan melibatkan dua tugas iaitu memilih pengukuhan dan mengatur akibat-akibat yang terpilih bagi memastikan pelajar diperkukuhkan dengan tingkah laku yang dikehendaki. Bagi memastikan lebih berkesan dan menjimatkan masa, tingkah laku tersebut harus dengan cepatnya diikuti dengan akibat bagi tujuan pengukuhan. Misalnya, apabila langkah-langkah mencipta jadual selesai, pelajar perlu beralih ke tetingkap pangkalan data untuk melihat ikon serta nama jadual pada tetingkap pangkalan data. Ikon ini merupakan hasil dari aktiviti yang telah dilaksanakan. 2.2 Teori Kognitif Teori kognitif menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada faktor dalaman dalam pembelajaran. Pembelajaran digambarkan sebagai suatu perubahan pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Prinsip utamanya ialah kebanyakan tingkah laku, termasuk pembelajaran ditadbir oleh proses ingatan dalaman lebih baik berbanding dengan suasana luaran (Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000)). Ingatan manusia mempunyai dua kriteria paling penting iaitu ia lebih terurus dan ia adalah lebih aktif. Jadi, ingatan tidak menerima maklumat secara mudah, sebaliknya ia aktif mensintesis dan menguruskan maklumat, menghubungkaitkannya dengan pengetahuan yang sedia tersimpan dalam ingatan. Ingatan adalah seperti pensintesis yang melibatkan tiga proses iaitu memerhati, mengkod dan mendapatkan semula. Memerhati adalah merujuk kepada proses menerima maklumat terpilih dari persekitaran. Mengkod merujuk kepada proses menterjemah maklumat ke dalam bentuk yang bermakna dan patut diingati. Mendapatkan semula merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat untuk tujuan selanjutnya. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila individu pelajar tersebut mengkod maklumat baru atau mengkod semula maklumat sedia dengan cara baru. Dalam kedua-dua kes ini, individu-individu lebih dapat memanggil kembali maklumat dari ingatan dengan mudah dan menggunakannya dengan berkesan dalam situasi yang tertentu. Kita kerap kali dihujani dengan banyak maklumat dari persekitaran dan hanya sebahagian daripadanya sahaja dipilih untuk diingati. Maklumat baru dipertimbangkan meringankan apa yang telah diketahui dan berhubungkait dengan maklumat yang telah sedia ada setiap kali wujud (mengkod). Ini membentuk satu pengurusan yang koheren yang menjadikan maklumat baru lebih bermakna serta membenarkan maklumat yang berkaitan dihubungkan bersama. Ia juga memberikan "tanda carian" yang memudahkan untuk mencari maklumat pada masa-masa lain. Untuk memanggil kembali maklumat dari ingatan, seseorang itu mulakan dengan "tanda carian" yang diberikan oleh skim pengurusan dan memeriksa ingatan bagi maklumat yang dikehendaki, mungkin pada masa yang sama "mengimbas" ingatan bagi maklumat berkaitan yang lain (mendapatkan kembali). Dari perspektif kognitif, tugas utama guru ialah mencipta situasi yang akan menolong pelajar menumpu perhatian, mengkod dan mendapatkan kembali maklumat. Untuk menjalankan tanggungjawab ini, perspektif teori kognitif mencadangkan kepada guru supaya mengambil langkah-langkah khusus iaitu :i. mengurus maklumat baru dan jadikan skim pengurusan tersebut jelas kepada pelajar. Misalnya apabila hendak mencipta satu jadual, pelajar didedahkan dengan dengan cara menstrukturkan jadual mengikut kategori maklumat terlebih dahulu dan diikuti dengan langkah-langkah mencipta jadual. Jadi apabila diberi tugasan yang lain berkaitan dengan mencipta jadual, mereka akan mengingat semula langkah-langkah tersebut untuk digunakan menyelesaikan tugasan yang baru.

ii. menghubungkaitkan maklumat baru kepada pengetahuan sedia secara berhati-hati. Maklumat baru yang dihubungkaitkan kepada pengetahuan sedia akan menjadi lebih bermakna dan pelajar akan menjadi lebih mudah dan berkesan mempelajarinya. Dua teknik yang membimbing hubungkait ini ialah :a. mempastikan pelajar nampak kewujudan hubungan antara maklumat baru dengan apa yang telah mereka ketahui. b. membentuk pelbagai hubungan antara maklumat baru dengan pengetahuan sedia pelajar sebagai satu cara "rujukan bersilang" bagi maklumat baru. Langkah mencipta jadual, borang, laporan dan kuiri menggunakan wizard dalam MS Access mempunyai banyak persamaan. Pelajar lebih mudah mempelajari cara mencipta laporan menggunakan Report wizard sekiranya telah didedahkan dengan cara mencipta borang menggunakan Form wizard. iii. menggunakan teknik memandu dan menyokong pelajar dalam proses pembelajaran pelajar dalam menumpukan perhatian, mengkod dan mendapatkan kembali maklumat. Teknik-teknik seperti soalan berfokus, menyerlahkan dan analogi adalah sesuai digunakan bagi memandu pelajar memahami setiap langkah yang dijalankan semasa mencipta kuiri. Ini telah tersedia dalam setiap wizard dalam MS Access. 2.3 Teori Konstruktivism Teori konstruktivism adalah satu istilah digunakan secara relatif kebelakangan ini untuk menunjukkan satu koleksi teori dengan idea bahawa individu membina pengetahuan dengan aktif apabila bekerja untuk menyelesaikan masalah sebenar, selalunya secara berkolaboratif dengan orang lain (Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000)). Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran sebagai satu perubahan yang bermakna yang dibina dari pengalaman. Teori konstruktivis mentakrifkan pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat pembelajaran mereka. Pembinaan pengetahuan ialah suatu proses memikirkan tentang pengalaman dan menterjemahkannya. Disebabkan oleh setiap individu mempunyai set pengalaman yang tersendiri untuk dihalusi, setiap individu akan membina kefahaman yang tersendiri. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna, kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Berdasarkan kepada perspektif konstruktivis, pembelajaran ditentukan oleh saling tindak kompleks antara pelajar-pelajar dalam mewujudkan pengetahuan, konteks sosial dan masalah yang hendak diselesaikan. Arahan pula merujuk kepada memberikan kepada pelajar situasi berkolaboratif di mana mereka mempunyai makna dan peluang untuk membina kefahaman baru dengan situasi khusus melalui pengumpulan pengetahuan terdahulu dari pelbagai sumber. Dua kriteria yang dilihat mengenengahkan deskripsi ini ialah pembelajaran dalam konteks dan kolaboratif. Dari perspektif konstruktivis, tanggungjawab utama guru ialah mencipta dan menjaga persekitaran penyelesaian masalah secara kolaboratif. Untuk menjalankan tanggungjawab ini, proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan seperti berikut ;i. memberikan peluang kepada pelajar dengan pembelajaran dalam konteks. Pelajar menggunakan pengetahuan berkenaan dengan sesuatu mata pelajaran lain yang telah dipelajari untuk membina satu pangkalan data bagi memperlihatkan aturan

sesuatu perkara, misalnya saiz atom menuruni kumpulan unsur dalam Jadual Berkala bagi mata pelajaran kimia. Ini adalah berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran komputer yang disepadukan dengan mata pelajaran kimia. ii. mencipta aktiviti pembelajaran berkumpulan. Pembelajaran berlaku hasil dari dialog sosial yang menggabungkan pengetahuan. iii. tunjuk dan pimpin pelajar membina pengetahuan. Pelajar dan guru bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah, di mana guru menggunakan pengalaman untuk memberi panduan sesuai dengan tahap pengalaman dan pengetahuan pelajar. Dengan ini, pelajar akan bekerja seperti saintis, mencuba apa yang mereka ketahui mengenai sesuatu subjek semasa menyiasat sesuatu masalah, jika tiada sebarang perubahan, gunakan pemerhatian untuk mengembangkan pengetahuan. 2.4 Teori Pembelajaran dalam Situasi (Situated Learning) Pembelajaran dalam situasi bermaksud proses pembelajaran berlaku di mana pelajar menguasai kemahiran dan pengetahuan di tempat atau dalam konteks di mana ia berada. Konsep pembelajaran dalam situasi diperkembangkan daripada idea pembelajaran menerusi pengalaman. Mengikut Brown, Collins & Duguid (1989), sebenarnya proses pembelajaran berlaku dalam suasana atau latar belakang yang sebenarnya, bukan terpisah daripada konteks seperti yang berlaku dalam bilik darjah. Mereka mencadangkan idea perantisan kognitif (cognitive apprenticeship) iaitu pelajar menjadi pelatih atau perantis di tempat kerja. Pelajar lebih mudah belajar dalam situasi yang sebenarnya (atau pembelajaran dalam konteks) daripada belajar dalam alam tiruan seperti dalam bilik darjah. Pembelajaran dalam situasi juga membolehkan pelajar belajar melalui pengamatan dan tindakan. Melalui proses berfikir di dalam situasi ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru serta menemui dan membina pengetahuan dan kemahiran baru. Dalam pembelajaran dalam situasi, proses berfikir juga berlaku dalam situasi bukan menerusi ingatan daripada pembelajaran lepas atau perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Seseorang pelajar yang melalui pembelajaran dalam situasi boleh menyelesaikan sesuatu masalah pada 'tempat' itu sendiri melalui proses celik akal secara cuba-cuba. Oleh itu pembelajaran dalam situasi mementingkan "hands-on experience". Ada empat langkah untuk melaksanakan pembelajaran dalam situasi. i. Sediakan persekitaran untuk belajar secara perantisan (apprenticeship) iaitu suatu situasi yang sesuai untuk pelajar mendapat kemahiran dan pengetahuan, misalnya makmal. Guru perlu mengenalpasti objektif yang harus dicapai oleh pelajar. Walaubagaimanapun, dalam objektif ini pelajar perlu juga diberi kebebasan untuk berfikir dan membina pengetahuan dan kemahiran baru. ii. Sediakan alat (scaffolding) yang diperlukan oleh pelajar untuk belajar dalam situasi atau konteks yang sebenarnya. Contohnya komputer dan modul pembelajaran. Alat yang disediakan ini harus mencabar mental dan tindakan pelajar. Pelajar akan menggunakan alat ini untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan guru. iii. Sediakan kemudahan sokongan yang membolehkan guru bertindak sebagai penasihat atau jurulatih untuk mengesan kemajuan pelajar, berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar dan membantu pelajar menggunakan dan membina kemahiran dan pengetahuan. iv. Menilai pembelajaran dalam situasi menggunakan ujian dan tugasan kognitif yang memberi tumpuan kepada proses pembelajaran, pengamatan dan penyelesaian masalah.

Pembelajaran dalam situasi digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan sesuatu projek. Pelajar dikehendaki mendapatkan maklumat atau membina sesuatu dalam situasi berkenaan secara individu atau berkumpulan. Mereka akan berinteraksi dan cuba menyelesaikan masalah. Guru akan membimbing mereka sehingga projek itu siap. 2.5 Teori Pembelajaran Bertumpu (Anchored Instruction) Pembelajaran bertumpu dan pembelajaran dalam situasi mempunyai persamaan dari segi belajar tepat pada masa dan tempat (just in time learning). Perbezaan antara kedua teori ini ialah dari segi pengalaman dan tempat mendapatkan pengalaman pembelajaran. Dalam pembelajaran bertumpu, pelajar belajar melalui teknologi untuk menyelesaikan masalah. Contohnya pelajar ditayangkan dengan video yang memaparkan situasi kerja di sebuah jabatan yang melibatkan pengendalian maklumat. Masalah-masalah yang timbul dan memerlukan penyelesaian diketengahkan supaya pelajar akan membina idea baru dan mengaplikasikan pula dalam situasi yang berlainan. 2.6 Teori Pembelajaran Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi jenis bilik darjah merentasi dunia berdasarkan cara di mana beliau mencabar pendapat yang menyatakan kecerdasan telah ditetapkan (Checkly 1997). Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner menarik para pendidik untuk mula memikirkan tentang kecerdasan sebagai satu set bagi kebanyakan kemahiran dan kebolehan yang berbeza yang menolong seseorang individu pelajar memahami, menyelidik dan memberi reaksi kepada banyak jenis kandungan bagi tujuan menyelesaikan masalah atau untuk membuat sesuatu yang dinilai dalam satu atau banyak perkembangan kecerdasan manusia (Checkly 1997). Dr. Gardner mencadangkan bahawa setiap orang memiliki lapan kecerdasan yang pelbagai iaitu cara di mana individu memberi reaksi dalam cara yang berbeza terhadap jenis kandungan yang berbeza. Ringkasan bagi lapan Kepelbagaian Kecerdasan adalah seperti berikut : Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan. Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Logikal/Matematikal Muzikal/Lirik Semulajadi Verbal/Linguistik Visual/Spatial

Menurut Dr. Gardner, seseorang individu tidak seharusnya mempunyai kekuatan yang sama dalam setiap bahagian atau gabungan kecerdasan yang sama taranya. Seseorang individu boleh memajukan setiap kecerdasan, walaupun hipotesis menunjukkan kebanyakannya akan lebih bersedia untuk maju dalam satu bahagian berbanding dengan bahagian yang lain. Pengajaran dan pembelajaran bagi sistem pengurusan pangkalan data dengan menggunakan perisian MS Access sesuai menggunakan kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan

intrapersonal, kecerdasan logikal/matematikal, kecerdasan verbal/linguistik dan kecerdasan visual/spatial. Penggunaan komputer semasa mempelajari MS Access telah mengaplikasikan kecerdasan kinestatik tubuh melalui penggunaan papan kekunci dan tetikus. Contohnya pelajar yang pernah menggunakan tetikus untuk klik pada butang tanda panah tunggal pada kotak dialog Report Wizard bagi memindahkan nama medan yang dipilih satu demi satu untuk dipaparkan dalam borang menggunakan Form Wizard akan boleh mengingat butang tersebut lebih baik berbanding jika guru memberitahu bentuk butang yang berkenaan. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam membangunkan pangkalan data secara tidak langsung menggunakan kecerdasan interpersonal dalam berbincang tentang struktur jadual. Pelajar yang mempunyai kecerdasan interpersonal biasanya menonjol untuk memimpin kumpulan dalam menjana idea semasa perbincangan. Penilaian kendiri berkenaan dengan tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran menggunakan MS Access melibatkan kemahiran intrapersonel. Pelajar dikehendaki membahagikan tugas membangunkan sistem pengurusan pangkalan data secara seimbang, bukannya mengharapkan seorang ahli yang telah mahir. Kecerdasan logikal/matematikal merupakan kecerdasan yang paling banyak diterapkan dalam membangunkan sistem pengurusan pangkalan data. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa untuk mencipta sesuatu kuiri memerlukan kepada kefahaman tentang logik apabila memilih kriteria-kriteria bagi medan jadual yang terlibat. Perisian MS Access itu sendiri menjadi berkuasa kerana keupayaannya dalam menghasilkan kuiri. Sesi persembahan sistem pengurusan pangkalan data yang telah dibangunkan pula merupakan medan pelajar menggunakan kecerdasan verbal/linguistik. Dalam sesi ini pelajar dari setiap kumpulan akan menyampaikan penerangan berkenaan dengan pangkalan data yang telah dibangunkan kepada rakan sekelas.

atas

3.0 STRATEGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat berbagai-bagai strategi dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran. Bagaimanapun, sesuatu strategi dan kaedah yang tertentu mungkin sesuai digunakan untuk sesetengah pelajar dan tidak sesuai untuk pelajar yang lain. Setiap kaedah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru. Ahli pendidik telah berusaha untuk mendapatkan satu kaedah pengajaran yang paling berkesan dan mereka mendapati menguasai kemahiran dalam kaedah yang tertentu adalah tidak mencukupi untuk menjadi guru yang berkesan. Guru perlu memilih kombinasi kaedah yang sesuai serta merancang secara sistematik proses pengajaran agar dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar. Strategi dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran sistem pengurusan pangkalan data yang menggunakan perisian MS Access akan dijelaskan dalam huraian seterusnya. 3.1 Perbincangan Perbincangan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Jadi, perbincangan adalah kaedah dinamik yang menggalakkan perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Melalui kaedah ini, pelajar berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang berkaitan dengan penggunaan perisian Microsoft Access. Dengan cara ini pelajar dilatih berfikiran secara kiritis, kreatif dan analitis. Sepanjang sesi perbincangan pelajar diberi peluang menggunakan prinsip, konsep dan prosedur yang telah mereka pelajari. Ini memperkenalkan kepada pelajar kepada perbezaan pemikiran dan cadangan, menggalakkan mereka menilai logik dan kenyataan pandangan sendiri atau rakan-rakan yang lain. Kefahaman pelajar terhadap topik perbincangan dapat diperkukuhkan dan kemahiran interpersonal juga dapat ditingkatkan melalui perbincangan. Perbincangan juga memberi maklum balas serta-merta

kepada guru tentang kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang berkaitan dengan pangkalan data. Terdapat tiga kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan iaitu kemahiran menyoal pelajar, kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan daripada soalan yang dikemukakan dan reaksi terhadap soalan pelajar. Perbincangan boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukur dan menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar, sebagaimana yang disenaraikan dalam rekod pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat. Perbincangan juga boleh mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar serta menggalakkan pembelajaran koperatif dan kaloboratif. Perbincangan boleh diadakan sebelum memulakan pelajaran berkaitan dengan sistem pengurusan pangkalan data bagi memberi maklumat dan gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari. Pelajar yang berbincang sebelum memulakan pelajaran akan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas kerana mereka menjadi lebih bersedia. Perbincangan sesuai untuk kumpulan kecil, sederhana dan individu. 3.2 Tunjuk Cara Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Contohnya guru menunjukkan bagaimana untuk memulakan perisian Microsoft Access kepada semua pelajar dengan menggunakan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan pelajar boleh mengikuti contoh yang diperhatikan selepas ditunjukkan caranya. 3.3 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ialah satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dari kumpulan berkebolehan berlainan (heterogeneous) bekerjasama belajar kemahiran kaloboratif dan sosial apabila bekerja dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian objektif dan matlamat pengajaran yang sama. Contohnya dalam merekabentuk dan menghasilkan projek sistem pengurusan pangkalan data, setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan, saling menyoal atau menjawab soalan dan sama-sama mengkaji sesuatu masalah. Seorang pelajar tidak dapat menyempurnakan tugas tersebut secara sendirian sebaliknya perlu bergantung kepada ahli-ahli lain dalam kumpulannya. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara, pembimbing atau pembekal sumber maklumat. Setiap kumpulan pada akhirnya membentangkan projek yang telah dihasilkan untuk dibincangkan. Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial berfikiran kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang bermakna. Ia juga menggalakkan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat serta menghormati pendapat orang lain.Di samping itu juga, nilai-nilai kerjasama, bertanggungjawab, toleransi, perpaduan dan persefahaman dapat dipupuk dalam kumpulan yang dibentuk. Beberapa kajian yang menunjukkan pelajar yang bekerja dalam satu pasukan dapat belajar antara satu sama lain (Slavin, 1990). 3.4 Eksplorasi Penemuan Kaedah eksplorasi penemuan menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap sesuatu masalah melalui proses celik akal serta cuba-cuba dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu proses perisian. Guru sebagai fasilitator atau pengurus pembelajaran akan menyediakan persekitaran pembelajaran agar eksplorasi penemuan dapat dilaksanakan. Prinsip utama dalam kaedah eksplorasi penemuan ini ialah pelajar menemui sesuatu secara perbuatan bukan secara mendengar atau membaca (Siti Fatimah 1998). Misalnya pada awal pembelajaran berkenaan perisian MS Access, pelajar dikehendaki meneroka perisian untuk mengenalpasti dan menentukan fungsi objekobjek, ikon-ikon serta elemen lain yang terdapat pada skrin MS Access. Mereka mencari jawapan yang dikemukakan oleh guru, pelajar lain atau pelajar itu sendiri. Soalan-soalan ini merupakan rangsangan kepada pelajar untuk membuat penemuan.

Guru juga perlu menggalakkan pelajar berfikir. Contohnya sebelum membangunkan satu sistem pengurusan pangkalan data, pelajar menganalisis contoh fail contoh pangkalan data sebagai membuka minda pelajar untuk mempelajari pengetahuan seterusnya. Motivasi dan dorongan memainkan peranan penting bagi meningkatkan semangat pelajar untuk terus mendapatkan pengetahuan melalui kaedah ini. Tujuan kaedah eksplorasi penemuan ialah mengukuhkan kefahaman pelajar tentang kandungan pelajaran melalui perbuatan dan penglibatan aktif pelajar. Prosedur dan peraturan untuk mencari jawapan mungkin boleh didapati daripada pengalaman pelajar dan pengetahuan sedia ada. 3.5 Projek Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil membuat (learning by doing) boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi matlamat kepada kemahiran yang hendak diperolehi. Guru menyediakan kriteria output yang hendak dihasilkan setelah pelajar menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti berkumpulan. Misalnya dalam bidang sistem maklumat bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat, projek yang perlu dihasilkan adalah berupa satu sistem pengurusan pangkalan data yang mempunyai kriteria berkaitan dengan kemahiran mengendalikan perisian sistem pengurusan pangkalan data itu sendiri. Melalui projek ini pelajar perlu membuat mengenalpasti, menganalisis, merekabentuk, membangunkan dan melaksanakan serta menyelenggarakan sistem yang telah dibina. Projek ini diberitahu pada awal pembelajaran topik supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya. 3.6 Pembelajaran Anjal Pembelajaran anjal melibatkan penggunaan modul bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di luar waktu rasmi. Strategi ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran pelajar serta mengatasi masalah kekangan masa untuk mempelajari perisian MS Access dalam waktu rasmi. 3.7 Pembelajaran Aktif Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapat maklumat yang diperlukan secara sendiri. Pelajar digalakkan untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang. 3.8 Pembelajaran Kaloboratif Pembelajaran ialah pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitu i. melibatkan hubungan antara para pelajar. Pelajar bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya, menggunakan gabungan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah. Perbincangan hasilan memberikan peluang kepada pelajar meneroka lebih jauh lagi pilihan terjemahan dan untuk menguji serta memurnikan kefahaman mereka. ii. melibatkan peranan guru. Ini bukan bermakna guru mengetahui jawapan kepada masalah tersebut. Sebenarnya masalah itu mungkin baru bagi guru sebagaimana ia baru bagi pelajar. Bagaimanapun, guru mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan proses penyelesaian masalah dan membina pengetahuan. Dengan itu guru bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan. 3.9 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran dalam konteks adalah berdasarkan bahawa pengetahuan berkembang apabila digunakan. Oleh sebab itu, arahan adalah berupa suruhan kepada pelajar supaya mengambil pengetahuan untuk bekerja dalam konteks menyelesaikan masalah sebenar dan bermakna. Bagaimanapun tidak semua

masalah mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, sesuatu masalah haruslah i. dilihat oleh pelajar sebagai relevan dan menarik. Pelajar akan lebih berusaha menyelesaikan masalah yang mereka melihat sebagai relevan atau mendorong perasaan ingin tahu mereka. Contohnya mencipta kuiri berdasarkan pangkalan data unsur-unsur untuk melihat aturan susunan unsur-unsur. ii. kompleks secara realistik. Masalah kompleks mencerminkan kesulitan dalam pengalaman sebenar. Jadi, ia menolong pelajar datang dengan kefahaman yang penuh terhadap pengalamannya.. Tambahan pula, masalah yang kompleks adalah lebih ke arah mencetuskan pengalaman yang berbeza bagi pelajar. Oleh itu, ia memperkenalkan pendekatan yang berbeza kepada penyelesaian masalah. iii. memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan. Sebagaimana satu teori, pelajar membina pengetahuan sebagaimana mereka menggunakannya untuk menerangkan apa yang telah berlaku dan membuat serta menguji ramalan apa yang akan berlaku. 3.10 Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) telah diperkenalkan oleh Bloom (1956). Pembelajaran Masteri dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Pengajaran individu didapati sukar untuk dilaksanakan walaupun tiap-tiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan mereka, menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka serta membenarkan pelajar belajar mengikut objektif masing-masing. Oleh kerana ramai pelajar yang terlibat dalam pelbagai aktiviti, perlaksanaannya mungkin boleh menimbulkan lebih banyak masalah dari segi pengurusan bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pembelajaran masteri melibatkan beberapa langkah iaitu : i. menyediakan satu set objektif yang boleh dicapai oleh pelajar. ii. menyediakan set item ujian disediakan bagi mengukur objektif. iii. mengenalpasti peringkat pencapaian pelajar yang telah ditetapkan sebagai peringkat penguasaan. iv. menyatukan semua objektif pembelajaran supaya masa pengajaran dapat ditentukan. v. merancang aktiviti pengajaran yang meliputi persembahan maklumat. Sebelum melaksanakan pembelajaran masteri, guru harus memberitahu pelajar tentang strategi dan penilaian pembelajaran masteri di mana pelajar harus mencapai satu piawai yang telah ditetapkan bukannya perbandingan. Oleh itu langkah melaksanakan pembelajaran masteri adalah seperti berikut: i. menyampaikan pelajaran kepada pelajar. ii. memberikan latihan dan mendapatkan maklum balas. iii. memberikan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran itu boleh dikuasai oleh pelajar. iv. menyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan. v. memberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan.

atas

4.0 RUMUSAN Teori pembelajaran telah ditakrifkan sebagai sebagai satu usaha untuk menerangkan bagaimana seseorang memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi sistem pengurusan pangkalan data menggunakan perisian MS Access, seseorang guru perlu memahami pelbagai perspektif teori kerana setiap perspektif menyumbangkan sesuatu terhadap pengajaran. Contohnya, pengukuhan dari teori behaviouris, pengurusan maklumat dari teori kognitif, pembelajaran dari orang lain dari teori konstruktivis dan mengikut kecerdasan pelajar dari teori kepelbagaian kecerdasan adalah merupakan prinsip-prinsip yang berguna secara tersirat dalam setiap situasi arahan. Guru juga perlu mahir dalam memilih dan mengendalikan strategi dan kaedah yang telah dirancang bagi

memupuk minat yang berterusan di kalangan pelajar untuk terus mempelajari sistem pengurusan pangkalan data menggunakan perisian MS Access.

atas

RUJUKAN Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row Publishers, Inc. Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of learning. Educational Researcher. Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard Gardner. Educational leadership (atas talian) . Kearsley, G. 1994. The theories into practice database. Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching and learning. London: Prentice-Hall International. Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts. Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey: Merril/Prentice Hall. Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa, Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.