fitrah manusia dan teori kecerdasan pelbagai

33
2 .FITRAH MANUSIA. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut: i) Teori –teori perkembangan manusia. Pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi perubahan dari segi saiz,tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah dilihat serta diukur sementara perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif yang mana perubahan ini sukar diukur tetapi dapat dilihat. Berdasarkan teori- teori perkembangan manusia, pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi tentang perkembangan dan pertumbuhan. Sebagai seorang guru, saya dapat membantu murid-murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dengan memahami konsep pertumbuhan atau perkembangan bahawa setiap individu itu adalah unik dan keunikannya seharusnya dihormati. Dengan itu kanak-kanak hendaklah dibenarkan berkembang mengikut perkembangannya sendiri. Dalam pembelajaran, murid-murid harus diterap dengan nilai-nilai kepercayaan pada diri sendiri yang mana akan memudahkan seseorang individu itu menghadapi dan mengatasi masalah dalam kehidupan sehariannya. Murid-murid perlu diasuh agar tidak wujud perasaan malu dalam diri mereka melalui galakan untuk meneroka dan mencuba sesuatu 1

Upload: karomirahman

Post on 12-Jun-2015

4.482 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

2 .FITRAH MANUSIA.

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai

pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-

tajuk berikut:

i) Teori –teori perkembangan manusia.

Pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi perubahan

dari segi saiz,tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah dilihat serta

diukur sementara perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif yang mana

perubahan ini sukar diukur tetapi dapat dilihat. Berdasarkan teori-teori perkembangan

manusia, pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi tentang

perkembangan dan pertumbuhan. Sebagai seorang guru, saya dapat membantu murid-

murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dengan memahami konsep

pertumbuhan atau perkembangan bahawa setiap individu itu adalah unik dan keunikannya

seharusnya dihormati. Dengan itu kanak-kanak hendaklah dibenarkan berkembang mengikut

perkembangannya sendiri. Dalam pembelajaran, murid-murid harus diterap dengan nilai-nilai

kepercayaan pada diri sendiri yang mana akan memudahkan seseorang individu itu

menghadapi dan mengatasi masalah dalam kehidupan sehariannya. Murid-murid perlu

diasuh agar tidak wujud perasaan malu dalam diri mereka melalui galakan untuk meneroka

dan mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam proses pembelajaran di dalam kelas

agar mereka menyedari keupayaan serta potensi diri mereka. Murid-murid juga perlu diberi

tugasan tidak kira dalam bentuk penyelesaian, produk, kemahiran atau kefahaman untuk

memupuk ketekunan murid yang akan meningkatkan lagi ketrampilan iaitu, keupayaan untuk

melakukan sesuatu. Ini akan melahirkan perkembangan sikap yang rajin di kalangan murid

iaitu satu keinginan untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan untuk menjalankan

sesuatu aktiviti hendaklah sentiasa digalakkan. Sekiranya keinginan itu dihalang, maka

perasaan rendah diri dan kurang yakin akan wujud dalam diri mereka. Oleh itu aktiviti

1

Page 2: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

berfaedah yang dilakukan oleh murid-murid hendaklah dipuji dan digalakkan agar sikap

ketekunan dapat dipupuk.

Dalam bidang sukan, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk bermain dan

bersukan. Ini kerana aktiviti bermain itu akan dapat menguatkan otot-otot dalam tubuh

badan, menambahkan kecerdasan, menghilangkan kemalasan dan kelesuan badan,

mendatangkan kegembiraan dan keseronokan. Murid-murid hendaklah dibiasakan dengan

budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik. Murid-murid juga harus dinasihati dan diberi

bimbingan sekiranya melakukan kesilapan, bukan dengan merotan atau memukul.

Dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat mudah dipengaruhi

keadaan sekeliling. Oleh itu seorang guru hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap

murid-murid dengan menganggap mereka sebagai anak sendiri serta membaiki akhlak murid

secara lembut, maka kanak-kanak akan membesar menjadi individu yang bersopan-santun

serta tinggi moralnya.

ii) Potensi Manusia

Satu kriteria untuk mengukur potensi kanak-kanak adalah melalui kecerdasan. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh mengaplikasikan pelbagai kecerdasan

kepada murid-murid terutamanya dalam bilik darjah. Setiap kanak-kanak ada potensi untuk

berjaya dalam hidup.Guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pemguasaan

bahasa dengan membaca,membincang serta membuatkan kanak-kanak merumus dan

bercerita semula yang telah dibaca .Guru juga boleh bermain dengan murid-murid

permainan logik terutamanya matematik seperti kuiz pengiraan, teka-teki, teka silang kata

dan sebagainya untuk menguji minda mereka. Selain itu, guru perlu merancang dan

mempelbagaikan bahan kreatif dan murid akan menghasilkan idea kreatif mereka. Setiap

aktiviti yang dianjurkan guru perlu memberi galakkan dan peluang untuk mereka

menyertainya. Murid yang berpotensi akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam

2

Page 3: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

diri mereka manakala murid yang kurang berpotensi perlu di beri perhatian dan bimbingan

yang sewajarnya agar mereka tidak merasakan kekurangan yang wujud dalam diri mereka.

Oleh itu guru perlu mengambil berat dengan mendengar perasaan mereka dan memberi

maklum balas yang bersensetif. Murid-murid digalakkan menggunakan imaginasi dan

pengalaman yang ada untuk mempersembahkan hasil kerja seperti menghasilkan jurnal,

buku skrap, karya seni dan sebagainya. Guru juga memainkan peranan penting di luar bilik

darjah untuk meningkatkan potensi murid. Contohnya membawa mereka melawat ke tempat-

tempat yang berfaedah seperti muzium sains, muzium seni, makmal computer, tempat-

tempat bersejarah dan sebagainya.Murid-murid juga perlu diberi pendedahan dalam bidang

sukan untuk meningkatkan stamina dan daya tahan mereka. Penglibatan murid dalam

kurikulum dan kokurikulum mestilah seimbang untuk mencapai pertumbuhan dan

perkembangan individu yang baik.

iii) Motivasi

Istilah motivasi adalah berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna

menggerakkan. Motivasi bemaksud sesuatu usaha yang menggerakkan seseorang individu

untuk melakukan sesuatu. Motivasi boleh mendorong individu untuk bertindak agar sesuatu

matlamat boleh dicapai. Guru memainkan peranan penting untuk memotivasikan murid-

murid untuk membentuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum terutamanya dalam

proses pembelajaran. Guru dapat membantu murid-murid memahami objektif suatu

pelajaran dengan memberi galakan perkembangan motif yang positif. Setiap penglibatan

murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibimbing agar murid-murid terus

menjadi aktif dan bermatlamat tinggi untuk mencapai kemajuan diri mereka. Tunjukkan

kepada murid-murid bahawa pencapaian matlamat dapat meningkatkan harga diri serta

penghormatan diri. Bagi murid-murid yang lemah, harus dimulakan dengan matlamat yang

senang dicapai. Ini memberi kesempatan bagi mereka untuk menikmati perasaan kejayaan.

3

Page 4: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Guru berperanan penting untuk meningkatkan motivasi murid terutamanya dalam bilik

darjah, antaranya;

i) Suasana pengajaran dan pembelajaran

ii) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

iii) Pengukuhan semula

Diluar bilik darjah pula, guru perlu mengadakan kursus atau kem motivasi bagi murid-murid

yang rendah aras motivasinya. Adakan ceramah, pergaulan, dan interaksi dengan murid-

murid berpencapaian tinggi. Sesi kaunseling juga boleh dikelolakan bagi tujuan tersebut. Apa

sahaja aktiviti yang dilakukan tekankan kepada keperluan, minat serta perasaan ingin tahu

murid-murid melalui tugasan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti, bahan,

matlamat, persaingan sihat,dan contoh-contoh untuk diteladani yang akan membenarkan

setiap murid-murid menikmati keseronokan, kepuasan, mendapat perhatian, penerimaan,

pujian, keistimewaan dan ganjaran.

iv) Perbezaan Individu

Murid-murid mengalami perbezaan di antara satu sama lain dalam pertumbuhan dan

perkembangan diri merekadisebabkan oleh factor-faktor kebakaan dan factor-faktor

persekitaran. Perbezaan individu ini telah memberi kesan terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh itu, sebagai seorang guru, haruslah mengetahui setiap perbezaan

individukerana pengetahuan ini akan membantu seseorang guru itu merancang atau

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah untuk

mengurangkan tahap perbezaan murid-murid yang cerdas dan kurang cerdas. Beberapa

pendekatan harus diambil antaranya seperti menyediakan kumpulan sama ada antara kelas

atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung

dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan, atau beberapa ciri yang lain. Ini akan

4

Page 5: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

mengurangkan jurang perbezaan antara murid dan perasaan rendah diri, di samping

memberi penekanan dan bimbingan yang lebih kepada mereka yang kurang berkeupayaan

dalam pelajaran.

Latihan 1

Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan

5

Page 6: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Latihan 2

Pada pendapat anda , antara faktor baka dan persekitaran yang manakah penyumbang

yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda?

6

PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Mengikut arah tertentu

Ia berlaku secara peringkat demi peringkat

Corak perkembangan berbeza mengikut individu

Perkembangan bahagia-bahagian anggota adalah saling

berkaitan

Ia berlaku dari keadaan menyeluruh kepada keadaan

yang tertentu

Ia berlaku mengikut kadar yang berbeza

Ia berlaku secara berterusan

Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua lelaki

Page 7: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia, faktor baka dan persekitaran memainkan

peranan penting dalam perkembangan personaliti individu.

Berikut merupakan perbandingan antara baka dan persekitaran .

Faktor Baka Fartor Persekitaran

Pengertian

Menurut Norman L. Munn,

Baka merupakan cirri-ciri yang diturunkan

melalui ibu bapa kepada anak-anaknya

melalui gen

Ernest R.Hilgard

Baka ialah cirri-ciri biologi yang diturunkan

melalui ibu bapa kepada anak-anaknya

melalui gen

W.Edger Vinacke

Baka sebagai penentu struktur organ,arah

perkembangan sistem biologi serta potensi

seseorang individu.

Amrom Schienfeid

Baka menentukan persamaan antara ibu

bapa dengan anak-anaknya di kalangan

ahli dalam satu kumpulan keluarga dari

segi sifat seperti kebolehan, minat dan

kawalan emosi.

Pengertian

Menurut Norman L.Munn

Persekitaran sebagai segala benda yang

terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.

Amrom Schienfeld

Persekitaran merujuk kepada luaran

seseorang individu dan factor bakanya

yang bermula dengan peringkat

persenyawaan

W.Edger Vinacke

Persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit

yang boleh mempengaruhi tingkah laku

seseorang individu.

7

Page 8: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

JA Thomson

Baka merujuk kepada perhubungan

genetic antara generasi manusia.

Pengertian ini jelas menunjukkan baka

diturunkan melalui gen ibu bapa kepada

anak-anaknya.

Faktor-faktor kebakaan

1. Kromosom dan gen

Unit-unit baka yang diwarisi daripada

ibubapa diturunkan kepada anak-anak

terkandung dalam kromosom iaitu butir

halus yang terdapat dalam nukleus setiap

sel badan manusia. Setiap kromosom

mempunyai kumin-kumin kecil yang

disebut gen. Gen yang akan menentukan

ciri-ciri anak oleh ibubapa.

2. Penentu Jantina.

Penentu jantina berdasarkan jenis

kromosom yang dipunyai oleh lelaki dan

perempuan.

3. Kelenjar dan hormon.

Kelenjar mencirikan peranan penting

dalam badan kita untuk membolehkan ia

berfungsi dengan baik. Kelenjar akan

Pengertian jelas menunjukkan

persekitaran merujuk kepada alam sekitar

seseorang individu sama ada pada

peringkat pralahir atau selepas lahir.

Faktor-faktor persekitaran

1. Faktor Pralahir

Faktor pralahir bergantung kepada

pemakanan, kesihatan ibu, amalan ibu

seperti penyalahgunaan dadah, faktor Rh,

kesan x-ray, emosi ibu serta umur ibu.

2. Faktor selepas lahir

a) Pemakanan-makanan seorang bayi

perlu dijaga sejak peringkat awal bagi

menjamin perkembangan jasmani dan

mental yang sihat.

b) Keluarga-mempunyai hubungan rapat

dengan seseorang individu. Ibubapa bukan

sahaja terikat oleh pertalian darah dengan

seseorang individu tetapi juga mempunyai

pertalian sosial dan emosi.

- Saiz keluarga akan mempengaruhi

8

Page 9: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

menentukan seseorang itu berbadan

besar, aktif, lesu, menyebabkan sesuatu

penyakit, tekanan darah, hilang akal,

normal, dan menentukan sifat kelakian dan

keperempuanan.

pembentukan sahsiah seseorang kanak-

kanak.

- Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh

kedua-dua ibubapa akan mempengaruhi

sikap kanak-kanak mereka.

3. Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya dari pelbagai

aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan

psikomotor.

- kanak-kanak akan mempengaruhi sikap

rakan sebaya melalui pergaulan seharian

seperti sikap positif dalam pelajaran,

sopan-santun, minat, bahasa atau

sebaliknya.

- rakan sebaya membantu individu

meningkatkan kemahiran interaksi dan

komunikasi antara individu juga berfungsi

sebagai kumpulan kawalan.

4. Sekolah

- Kedudukan sekolah sama ada di luar

bandar atau di bandar boleh

mempengaruhi perkembangan mental,

sosial dan jasmani seseorang.

- Kelulusan guru disesebuah sekolah juga

boleh mempengaruhi perkembangan

pelajar dari pelbagai segi terutamanya

9

Page 10: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Kesan

1. Ciri-ciri fizikal

warna kulit, mata, rambut, jenis darah, saiz

tubuh badan, akan diwarisi daripada

ibubapa atau datuk nenek yang telah

keupayaan akademik.

5. Tempat Tinggal.

Keadaan tempat tinggal menentukan nilai-

nilai seperti tolong-menolong, bertimbang

rasa, kemesraan dan sebagainya.

Biasanya wujud dikalangan masyarakat

luar bandar manakala kawasan bandar

penduduknya lebih bersifat materialistik.

6. Sebaran Am

Pengaruh kanak-kanak terhadap radio,

televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang

gambar dan sebagainya akan

mempengaruhi perkembanagn mental,

pandangan, dan sikap seseorang terhadap

isu-isu ekonomi, sosial, dan politik.

7. Persekitaran Dunia

Ahli-ahli politik dan pemimpin ekonomi,

sosial dan bidang-bidang diseluruh dunia

boleh mempengaruhi penduduk di satu-

satu tempat dari segi idea, budaya,

ekonomi, politik dan ideology.

Kesan

Kesan persekitaran bergantung kepada

situasi seseorang individu yang

berdasarkan faktor-faktor persetikaran

10

Page 11: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

ditentukan daropada gen ibubapa.

2. Ciri Fisiologi

Kanak-kanak daripada ibu yang sihat

merupakan individu yang sihat. Ini kerana

penyakit seperti diabetis, hemofelia(darah

tidak boleh beku), dan kekedilan akan

disebabkan pengaruh baka.

3. Kecacatan mental

Rencatan mental yang disebabkan oleh

pewaris gen yang resesif daripada kedua-

dua ibubapa yang mempunyai tali

persaudaraan yang rapat.

4. sahsiah

Perangai dan sifat introvert dan ekstovert

dipengaruhi faktor baka.

5. kecerdasan

Ketika lahir, seseorang mewarisi bentuk

fizikal bersama dengan kelenjar deria,

otak, dan struktur-struktur lain yang

penting untuk kecerdasan. Walau

bagaimanapun, baka yang baik tidak

menjamin aras kecerdasan yang tinggi

kerana ia juga bergantung pelbagai

rangsangan alam sekitar.

yang lain.

11

Page 12: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Setelah membuat perbandingan dan perbincangan antara factor baka dan persekitaran,ke

atas perkembangan individu, kedua dua factor ini memainkan peranan yang penting. Sukar

untuk menentukan mana yang lebih penting:

Ahli Sosiologi sentiasa menegaskan bahawa persekitaran adalah penting.Menurut

mereka,kecerdasan seseorang bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor -faktor

persekitaran seperti guru yang berkesan,asuhan ibu bapa yang sempurna,makanan yang

seimbang dan seterusnya sebaliknya ahli-ahli psikologi menentang pendapat

tersebut .Menurut mereka, kecerdasan diwarisi melalui faktor baka. Contohnya kecerdasan

boleh ditingkatkan dengan memperkaya persekitarannya tetapi aras peningkatan itu

terhad.Sekiranya individu itu lemah dari segi mental jadi bahan ,tenaga dan masa yang

digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad.Ini

disebabkan keupayaan mentalnya dihad oleh mutu gen yang diwarisi.

Kontroversi inilah yang terus dibahaskan iaitu mana yang lebih penting : baka atau

persekitaran ? Yang lebih jelas kepada kita ialah pencapaian seseorang individu sama ada

pencapaian dalan bidang akademik atau aktiviti kokurikulum adalah hasil interaksi faktor

baka dan persekitaran. Contohnya jika seseorang individu yang mempunyai kecerdasan

yang tinggi tidak diberi asuhan bimbingan , rangsangan dan pengajaran, mungkinkah dia

mengalami perkembangan mental yang maksimum tentu sekali tidak. Ini menunjukkan

pengaruh persekitaran adalah penting sebaliknya kita tentu pernah melihat kanak-kanak

yang lemah diberi pemulihan dan bimbingan oleh guru-guru hampir setiap hari malah

berbulan-bulan tetapi pencapaian individu masih lemah berbanding murid yang lain. Situasi

ini menunjukkan pentingnya pengaruh baka ke atas seseorang individu.

Pada pendapat saya, baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran

akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

12

Page 13: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Latihan 3

Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat

Di antara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap ketekunan?

A Kekalkan bilik darjah dalam keadaan satu dimensi

B Labelkan keputusan ujian dengan baik , buruk atau atas sederhana bawah

sederhana supaya murid lebih peka dengan tahap pencapaian mereka.

C Puji kelebihan lebih dari usaha

13

Page 14: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

D Menegaskan idea bahawa setiap murid mempunyai kemampuan dan kelemahan

yang berbeza.

Latihan 4

Apakah perbezaan antara Pelbagai Kecerdasan oleh Gardener dan Kecerdasan Emosi oleh

Goleman.

Pelbagai Kecerdasan – Gardener Teori Kecerdasan Emosi – Goleman

Gardener percaya terdapat 8 jenis

kecerdasan kanak-kanak.

1. verbal/ linguistik

- kebolehan pengusaan, pembentukan,

dan memproses bahasa.

- Kebolehan untuk menghasilkan corak

verbal konsepsi. Membaca, menulis dan

perkembangan penulisan simbolik dan

bahasa.

2. Logikal/matematikal

- kebolehan berfikir secara logical, induktif

dan ke satu tahap deduktif, mutlak,

mengenali corak geometri dan numberikal.

- boleh mengamati konsep abstrak.

3. Spatial

- kebolehan mengesan imej. Kanak-kanak

Danial Golenan memberikan senarai

kemahiran emosi yang baik boleh diajar

kepada kanak-kanak di sekolah.

1. Kesedaran diri

- Kebolehan untuk mengenal perasaan

dan memberikan nama kepadanya. Ini

penting untuk menyedari hubungan antara

pemikiran, perasaan dan tindakan.

2. Menguruskan emosi

- kebolehan untuk menyalurkan emosi ke

arah positif yang mana ianya penting untuk

menyedari hal disebalik perasaan.

Kepercayaan ada kesan asa ke atas

kebolehan untuk ber6tindak.

3. Empati

- Berkebolehan untuk bertindak sesuai

14

Page 15: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

yang mempunyai kecerdasan ini berfikir

menggunakan imej dan selalunya mereka

dapat menjumpai objek yang hilang kerana

mereka mempunyai ingatan visual yang

kuat.

4. Muzikal

- kebolehan menghasilkan dan menghayati

muzik. Kanak-kanak selalu menyanyi,

menghasilkan bunyi mengikut irama dan

bersiul. Mereka mempunyai pendengaran

yang tajam, dapat membezakan dan

mengenalpasti bunyi-bunyi yang ada di

persekitaran.

5. Kinestatik

- kebolehan kanak-kanak dalam

menggerakkan badan. Kanak-kanak ini

suka bergerak, menggeliat, dan

menghayun.

6. Interpersonal

- kebolehan untuk memahami dan

berkomunikasi dengan orang lain serta

untuk memudahkan hubungan dan proses

kumpulan.

7. Intrapersonal.

- Berkaitan dengan kebolehan untuk

melindungi daripada rakan sebaya.

memerlukan pemahaman perasaan orang

lain yang terlibat.

- berkebolehan untuk mengambil kira

perspektif mereka.

- berkebolehan untuk mendengar tanpa

dipengaruhi emosi peribadi.

- terdapat keperluan untuk berkebolehan

untuk membezakan antara hal orang lain

yang melakukannya atau berkata serta

reaksi dan pengedilan peribadi.

4. Bekerjasama

- mengenal nilai sumbangan orang lain

dan menggalakkan penyertaan bersama.

Mengetahui cara dan bila hendak

memimpin dan bila hendak menurut yang

penting untuk bekerjasama. Kepimpinan

berkesan bukan dibina pada dominasi

tetapi dalam seni membentuk oleh orang

lain bekerjasama berdasarkan sesuatu

matlamat.

5. Penyelesaian konflik

- Dalam hal menyelesaikan konflik terdapat

keperluan untuk memahami mekanisma

yang wujud itu. Kebanyakan resolusi

konflik menuntut penggunaan emosi yang

15

Page 16: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Mempunyai rasa kendiri yang kuat,

kebolehan memimpin yang merujuk

kepada hal membuat keputusan yang

barangkali tidak digemari oleh orang lain.

8. Naturalis

- Kebolehan untuk memerhati corak dalam

alam semulajadi dan memahami alam

semulajadi dan sistem buatan manusia. Ia

termasuk kebolehan seperti mengenal dan

menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta

pengetahuan dan komunikasi kita dalam

alam semulajadi.

lain.

Latihan 5

Teori Pelbagai Kecerdasan ( Howard Gardner )

Setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh

diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Gardner (1991), potensi manusi mempunyai

tujuh kecerdasan dalam dirinya iaitu:

1. Kecerdasan linguistic merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan

perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

Guru boleh :

Bacakan kepada murid dan sebaliknya

Berbincang tentang penulis buku

Melawat bersama murid ke perpusatakaan atau kedai buku

16

Page 17: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Menyuruh kana-kanak meyimpan jurnal tentang peristiwa-peristiwa signifikan

Suruh murid membuat ringkasan dan bercerita semula kandungan buku yang

diajar.

2. Kecerdasan logical-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor

serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan

memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.

Guru boleh :

Bermain permainan logic dengan murid

Mencari situasi yang boleh menggalakkan murid berfikir dan membina

kefahaman tentang nombor

Membawa murid melawat makmal computer, muzium sains, dan pameran

elektronik.

Membuat aktiviti matematik bersama murid, seperti mengira objek dan

membuat ekperimen dengan nombor.

3. Kecerdasan visual-spatial merujuk kepda kecerdasan menepati ruang melukis,

membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta

mengamati dunia visual.

Guru boleh :

Menyediakan pelbagai bahan kreatif yang boleh digunakan oleh murid

Memberi peluang kepada murid meneroka ‘maze’ dan membentuk carta

Membawa murid ke muzium seni

Membawa murid bersiar-siar , kemudian minta mereka imbas kembali apa

yang dilihat dan realisasikan di atas kertas

17

Page 18: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

4. Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan menganalpasti bunyi vocal, bunyian

alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi

muzik.

Guru boleh :

Menyediakan pita rakaman yang boleh digunakan oleh murid

Beri murid peluang bermain alat muzik

Bawa murid ke konsert

Menggalakkan murid mencipta lagu sendiri

5. Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecergasan gerak badan, gimnastik, kawalan

fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya

menari.

Guru boleh :

Menyediakan peluang-peluang aktiviti untuk murid dan menggalakkan mereka

melibatkan diri

Menyediakan kawasan untuk murid bermain di dalam dan di luar kelas

Membawa murid ke tempat-tempat sukan dan tarian

Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti tarian

6. Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi social termasuk

semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta komunikasi dengan berkesan.

Guru boleh :

Menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan

Membantu murid membina kemahiran berkomunikasi

Menyediakan permainan berkumpulan untuk murid

Menggalakkan murid menjadi ahli kumpulan

18

Page 19: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

7. Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengatahuan dan kefahaman seseorang

terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran

terhadap perasaan diri.

Guru boleh :

Menggalakkan murid mempunyai hobi dan minat

Mendengar perasaan murid dan memberi maklum balas sensitive

Menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka

Meminta murid menyimpan jurnal atau buku skrap mengenai pendapat dan

pengalaman masing-masing

Latihan 6

Hukum-Hukum Thorndike (1911)

- berjaya membentuk 3 hukum iaitu hokum kesediaan, hokum latihan dan hokum

kesan.

- Merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan manusia melakukan sesuatu gerak

balas, manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukannya.

Teori Pelaziman Operan Skinner (1953)

- hasil kajian Skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia

- merumuskan bahawa pembelajaran manusia merangkumi:

i. pembelajaran berlaku melalui pelaziman

19

Page 20: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

ii. peneguhan positif ialah ransangan penting untuk menambahkan

kebarangkalian gerak balas pelajar

iii. peneguhan negative diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan

akan mengulangi tingkahlaku operan

iv. dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk

mencapai kejayaan.

Teori Keperluan Maslow

- tiga konsep asas iaitu :

i. Motivasi Intrisik – kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan

fisiologikal dan psikologikal manusia. Maslow berpendapat kuasa dalaman ini

mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang

biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangaan luar.

ii. Teori Keperluan – menghuraikan perkaitan motivasi di antara hierarki

keperluan. Apabila individu mencapai kepuasan pada sesuatu hierarki,

keperluan hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi.

Sekiranya hierarki yang lebih rendah belum mendapat kepuasan, keperluan

dalam hierarki yang lebih tinggi tidak dapat dikembangkan secara wajar.

iii. Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, cirri persamaannya

semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaan di antara

individual pula semakin kecil.

Latihan 7

20

Page 21: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Motivasi Intrisik adalah diwujudkan semulajadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri

daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa

mengharap atau meminta sebarang ganjaran. Manakala Motivasi Ekstrinsik adalah

diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan meggerakkan orang untuk melakukan

sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Ia boleh diransangkan dalam

bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim persekitaran yang

kondusif untuk mendorong murid belajar.

Latihan 8

Strategi pengajaran-pembelajaran untuk mewujudkan motivasi

- Menggunakan set induksi yang menarik.

- Menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru

- membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan mencabar

- Mewujudkan semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan aktiviti pertandingan

- Gunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam

pembelajaran selanjutnya.

21

Page 22: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Latihan 9

Perbezaan Individu adalah diertikan sebagai ketaksamaan dalam aspek perkembangan

secara fizikal, mental, emosi dan social di kalangan individu. Perbezaan individu boleh

dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaannya seperti berikut :

i. Aspek Fizikal : Setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan

serta kemahiran jasmaninya.

ii. Aspek Kognitif : Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar,

mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.

iii. Aspek Emosi : Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam

situasi yang sama.

iv. Aspek Tingkah Laku : Perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi

pergaulan, interaksi dan aktiviti social.

v. Aspek Sosial : Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan

berbeza di antara satu sama lain, termasuk individu-individu dalam

sekeluarga.

vi. Aspek rohani : Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan

yang berbeza dengan individu yang lain.

Setiap murid dalam kelas adalah berbeza dari segi fizikal, kognitif, social, emosi dan rohani.

Sehubungan dengan itu, sesebuah kelas biasanya terdiri daripada pelbagai golongan

individu yang berbeza seperti berikut :

22

Page 23: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

Murid-murid berisiko atau bermasalah dari aspek intelek atau emosi dan social.

Murid-murid pelbagai kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ) ataupun potensi

yang berbeza.

Murid-murid pelbagai berdaya dari pelbagai kaum dan agama.

Murid-murid pelbagai kelas social – kelas social atas, tengah dan bawah.

Murid-murid yang mengalami proses sosialisasi yang berbeza, khasnya di rumah dan

interaksi dengan rakan sebaya.

Murid-murid yang berbeza dari lokasi Bandar dan luar Bandar.

23

Page 24: Fitrah Manusia dan Teori Kecerdasan Pelbagai

24