inteprsetasi kecerdasan pelbagai

Click here to load reader

Post on 12-Jun-2015

4.267 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

KRB 2023 KAEDAH BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTUGASAN INTERPRESTASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Disediakan oleh : BIL 1. 2. 3. 4. NAMA Muhamad Rafizi Bin Hambali Izharnizam Bin Ibrahim Rimas Bin Aslih Mohd Yusof Bin Abdul Karim Program: AT34 PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Kumpulan Kuliah : A ( Isnin ; 2.00-4.00 pm) NO MATRIK D20061027249 D20061027250 D20061027262 D20061027282

Pensyarah : Encik Omar Hisham Bin Mohd Baharin

ISI KANDUNGANPERKARA 1.0 2.0 Pengenalan : Intrepretasi Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2.1 2.2 3.0 Organisasi Kandungan Objektif KBSR MUKA SURAT 1 2 3 3 4 6 6 7 7 7 8 8 8 9 9 10

Konsep Kecerdasan Pelbagai 3.1 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 3.1.7 3.1.8 3.1.9 Kecerdasan Verbal-Linguistik Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan Ruang-Visual Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Muzik Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalis Kecerdasan Existential

4.0

Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Bilik Darjah 4.1 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

11 13 14 15 17

5.0 6.0

Cadangan Dan Pendapat Kesimpulan

Bibliografi Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

1.0

PENGENALAN : INTERPRETASI SUKATAN PELAJARAN.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Berdasarkan tujuan mata pelajaran ini dimasukkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) itu sendiri pun telah melengkapi sebahagian kecerdasan pelbagai verbal-linguistik. Iaitu melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku. Ia meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penulis dan rakan-rakan akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai apakah yang dimaksudkan dengan konsep kecerdasan pelbagai verbal-linguistik dalam tajuk yang berikutnya. Jika dilihat daripada segi organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, terdapat beberapa komponen yang terlibat, iaitu kemahiran berbahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Kecerdasan pelbagai ini adalah terletak di bawah komponen pengisian kurikulum di bawah tajuk kemahiran bernilai tambah. Jelaslah di sini menunjukkan bahawa kecerdasan verbal linguistik tidak diajar secara terus atau langsung kepada murid oleh guru di dalam bilik darjah. Ia dilakukan secara tersirat, tersembunyi ataupun secara penyerapan dan asahan. Sesuai dengan sifatnya yang boleh dipupuk secara semula jadi dan latihan. Melalui analisis terhadap Sukatan dan Huraian Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (SHPBMSR), jelas menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai ini diterapkan di kesemua tahun di sekolah rendah, iaitu sejak tahun 1 sehingga tahun 6. Di dalam SHPBMSR menyatakan, kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visualruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Jelas juga di sini beberapa perkara yang perlu diutamakan oleh seseorang guru untuk menerapkan kecerdasan pelbagai ini iaitu cara pengajaran dan perbezaan individu.

Begitu juga halnya dengan SHPBMSR untuk sekolah jenis kebangsaan. Setiap tahunnya juga dinyatakan mengenai kecerdasan pelbagai melalui kemahiran bernilai tambah. Penekanan tidak semestinya diberikan oleh seseorang guru untuk mengajar kecerdasan verbal linguistik ini. Hal ini di dalam SHPBMSR menekankan setiap elemen dan komponennya perlulah disampaikan secara sama rata. Walaubagaimana pun seperti mana yang kita sedia maklum, pengisian kurikulum ini boleh dilakukan secara bersama dengan pengajian bahasa. Melihat kepada Falasafah Pendidikan Kebangsaan, kecerdasan verbal linguistik ini lebih menyumbang kepada pembentukan keterampilan dan sahsiah murid. Menurut Thomas dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa. Oleh itu, guru perlu mendidik murid untuk menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi sekali gus membentuk sahsiah diri murid yang baik dan berbudi melalui pengajaran bahasa.

2.0

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah adalah berdasarkan kepada Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang disediakan setiap tahun oleh kementerian bagi membantu guru melaksanakan pembelajaran secara berkesan. Objektif khusus yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran dijadikan sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi Kandungan yang terdiri daripada kemahiran bahasa merangkumi Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis; Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

2.1

Organisasi Kandungan

Organisasi Kandungan dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi pelbagai kemahiran. Secara khususnya, kami akan memfokuskan Organisasi Kandungan kepada Kecerdasan Pelbagai iaitu salah satu kemahiran yang

terkandung dalam Kemahiran Bernilai Tambah. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Selain daripada Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir dan Pembelajaran Konstruktivisme juga tergolong dalam Kemahiran Bernilai Tambah. Kecerdasan Pelbagai merangkumi Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Muzik, Kinestetik, Visual-Ruang, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Oleh yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 2.2 Objektif KBSR

Kecerdasan Pelbagai yang digariskan dalam objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) jika dilihat merangkumi beberapa objektif yang digariskan. Antara Kecerdasan Pelbagai yang merangkumi objektif-objektif tersebut ialah Kemahiran Verbal-Linguistik. Ia dapat dilihat pada objektif ( ii ) iaitu bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi, Kemahiran Interpersonal pada objektif yang ke ( iii ) iaitu berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara dan Kemahiran Intrapersonal yang dapat dilihat pada objektif yang ke ( ix) dan ( x ) iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Objektif dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menyarankan supaya Kecerdasan Pelbagai perlu dikembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Bagi objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun satu adalah diharapkan murid-murid dapat diperkembang Kecerdasan Pelbagai setiap murid. Manakala Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dari tahun dua hingga tahun enam adalah sama iaitu dengan merujuk kepada objektif

( ii ), ( iii ), ( ix ) dan ( x ). Hal ini menunjukkan kemahiran membaca sangat penting kepada murid dan mereka perlu menguasai kemahiran ini sejak dari tahun satu. 3.0 KONSEP KECERDASAN PELBAGAI

Ramai para sarjana telah menakrifkan istilah kecerdasan. Menurut Ramlah dan Mahani (2004), Piaget berpendapat bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Melalui BrainyQuote.com pula, kecerdasan dinyatakan sebagai perbuatan atau keadaan pintar dan latihan kepada pemahaman. Melalui Thomas dan John (2005), Gardner menyatakan bahawa kecerdasan adalah sebagai potensi biopsikologi untuk memproses maklumat yang boleh digunakan di dalam set budaya untuk menyelesaikan masalah ataupun mereka produk yang bernilai dalam lingkungan budaya tersebut. Kemudian Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983. Menurut Syukri (2007), jenis kecerdasan yang ada di dalam teori ini adalah seperti; verballinguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Setiap satu kecerdasan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Fokus kami adalah kepada kecerdasan verbal-linguistik kerana ia dilihat lebih sesuai untuk diterapkan melalui pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Syukri (2007), kecerdasan verbal-linguistik ialah kebolehan berfikir dengan perkataan, menggunakan bahasa untuk menyatakan atau memahami maksud yang kompleks merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau asing. Turut ditambah oleh Thomas dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa. Terdapat beberapa salah tanggapan mengenai teori ini. Antara lain di dalam lama