kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

16
KECERDASAN PELBAGAI PEMBANGUNAN KELUARGA(D)

Upload: idana

Post on 19-Mar-2016

123 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d). OBJEKTIF - Setelah menjalani aktiviti 2,para peserta akan dapat mengenali kelebihan dan kemampuan setiap anak yang mencerminkan kecerdasan pelbagai. Definisi. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

KECERDASAN PELBAGAIPEMBANGUNAN KELUARGA(D)

Page 2: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

OBJEKTIF- SETELAH MENJALANI AKTIVITI 2,PARA PESERTA AKAN DAPAT MENGENALI KELEBIHAN DAN KEMAMPUAN SETIAP ANAK YANG MENCERMINKAN KECERDASAN PELBAGAI.

Page 3: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

DEFINISI

Kecerdasan pelbagai atau IQ (intelligence quotient) adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pemikiran yang mencakupi sejumlah kemampuan.Menurut seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner, setiap kanak-kanak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang bersesuaian.

Page 4: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

Ibu bapa perlu mengetahui bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kecerdasan yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Howard Gardner juga, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran dan juga suasana pembelajaran.

Page 5: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

ASPEK KECERDAS

AN PELBAGAI

NATURALIS

PINTAR PENDENGARAN

PINTAR RUANG

PINTAR DIRI

PINTAR PERGERAKAN

PINTAR BAHASA

PINTAR PERGAULA

N

PINTAR LOGIK ANGKA

Page 6: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

CIRI-CIRI ASPEK KECERDASAN PELBAGAI

Page 7: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR BAHASA Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan

ini lebih suka bercerita,berjenaka dan berteka teki.

Mereka juga sentiasa menikmati permainan yang menggunakan perkataan seperti permainan yang melibatkan kemahiran untuk mengeja.

Sentiasa menghabiskan masa dengan membaca.

menikmati silang kata Boleh membaca dan melukis dengan baik. contoh kerjaya:- peguam,pelakon,

novelis

Page 8: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR LOGIK ANGKA Ciri-ciri yang dimiliki oleh kanak-kanak yang

mempunyai kecerdasan ini pula ialah:* mereka boleh menikmati corak dan koleksi barangan.* mereka juga gemar ujian minda dan permainan komputer.* bermain dan memikirkan sesuatu yang melibatkan angka.* lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk angka.* membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu.

o Contoh kerjaya:- akauntan, pengaturcara komputer, saintis

Page 9: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR RUANG Kanak-kanak yang tergolong dalam kategori

kecerdasan ini mampu menikmati aktiviti kesenian dan kraf.

Mereka juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan seperti drama.

Menikmati cantuman gambar (jigsaw), mencari jalan (maze), gambar dan video.

Gemar melukis dan mencipta. Contoh kerjaya:- pelukis, jurubina,

pengembara

Page 10: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR PENDENGARAN Bagi kanak-kanak yang memiliki kecerdasan

ini, mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut. Antaranya ialah:-

* suka menyanyi* sentiasa menikmati muzik* boleh mengingati melodi* mendengar dan membuat persembahan muzik* bermain atau membuat alat muzik* mengikut rentak muzik

o Contoh kerjaya:- pemuzik, penggubah, penyanyi

Page 11: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR PERGERAKAN Individu yang mempunyai kecerdasan pintar

pergerakan ini lebih gemar menari dan melakukan aktiviti olahraga.

Mereka juga berkemampuan untuk menghantar sesebuah mesej melalui pergerakan badan.

Suka bergiat dan suka menyentuh Suka berlakon dan memainkan ape jua

peranan atau pergerakan. Suka membaiki peralatan. Contoh kerjaya:- pakar bedah, juru ukir, penari.

Page 12: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR PERGAULAN Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini lebih

mudah untuk berkawan. Suka mendampingi orang lain. Mereka juga boleh menikmati permainan

yang memerlukan kerjasama. Suka menyelesaikan masalah secara

berkumpulan. Prihatin terhadap orang lain. Contoh kerjaya:- ahli politik,kaunselor,

jurujual

Page 13: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

PINTAR DIRI Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri pintar

diri lebih cenderung dan seronok bersendirian.

Mereka juga lebih suka membayangkan sesuatu.

Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu.

Menyimpan catatan hadiah dan suka berhobi.

Bermotivasi untuk membuat sesuatu. Contoh kerjaya:- penyajak, psikologis,

ahli falsafah

Page 14: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

NATURALIS Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini merupakan

seorang yang prihatin terhadap alam. Mereka juga mempunyai sikap penyayang yang tinggi. Mempunyai sikap ingin tahu yang amat mendalam. Mempunyai rasa empati (belas kasihan) terhadap

semua benda hidup. Berkebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara

mengikut ingatan. Mereka juga mudah terasa. Merupakan seorang yang sangat sensitif atau peka

terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar.

Contoh kerjaya :- ahli geologi, pendaki gunung, petani, ahli botani, penternak.

Page 15: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM DIRI ANAK-

ANAK Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang

keinginan anak-anak dalam melakukan apa jua perkara yang mereka sukai.

Ibu bapa juga boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk merancang teknik, kaedah dan strategi yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada kanak-kanak.

Ibu bapa juga perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan.

Page 16: kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

RUMUSAN Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa

setiap anak yang dilahirkan mempunyai tahap dan aspek kecerdasan yang tersendiri.

Ibu bapa harus berusaha merangsang dan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi meningkatkan aspek kecerdasan yang kurang dalam kalangan anak-anak.

Ibu bapa tidak seharusnya memaksa harapan mereka ke atas anak di luar kemampuannya.